OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 31, 2012

Last entry for 2012


How time flies..

Pejam celik rupanya sudah 2 tahun saya menjadi seorang isteri & sudah 8 bulan lebih sebagai seorang ebu.. Alhamdulillah.. Syukur atas kebahagiaan & rezeki yang Allah berikan. :))

Esok da masuk 2013.. Bermakna bertambahla usia.. Tapi jiwa tetap remaja. Heheh.. :p Tak ada apa yang saya azamkan untuk 2013 sebab dah pun tanamkan azam baru masa masuk tahun baru islam hari tu. :)) but as a human being, macam orang lain jugaklah, saya mahu jadi yang lebih baik berbanding sebelum ini. Setiap hari saya niat camtu. Jadi muslimah, isteri, ibu, anak, menantu, adik, & kakak yang lebih baik berbanding hari sebelumnya. Setiap hari buat orang lain tersenyum. In shaa Allah..

Lupakan apa yang pahit berlaku sepanjang 2012.. Jadikan iktibar & pengajaran. Semoga semua itu akan menjadi penguat semangat saya pada hari esok. Kenangkan apa yang indah sepanjang 2012.. Semoga semua itu menjadi inspirasi untuk saya ke arah yang lebih baik.. :))

# Bukan 1 januari 2013 yang kami nantikan... 3 weeks left.... Waiting happily for his homecoming.. :))

Sebagai penutup 2012, saya titipkan gambar di bawah. Lupa plak kat mana saya copy. Huhu. Semoga dapat menjadi ilmu yang bermanfaat buat kita semua.












- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, December 28, 2012

Salahkah aku??


Sedih.

Kecewa.

Terkilan.

Tertekan.

Salahkah saya kerana saya ingin meneruskan penyusuan susu ibu walaupun terpaksa menjadi seorang EP mom? Salahkah saya mengepam setiap 2-3 jam untuk beri anak saya susu badan sendiri?? Salahkah??? Hmmm...

Saya sedih sebab sehingga ke hari ini, saat ini.. Saya masih lagi dicemuh kerana asyik mengepam susu untuk Mifzal.. Asyik mengusung pam ke sana ke mari.. Adakah ini kehendak saya??? Ya, memang kehendak saya. Kalau ini bukan kehendak saya, dah lama saya suap anak saya dengan susu formula. Lebih baik saya bersenang lenang goyang kaki hanya tunggu anak menangis then baru sibuk2 nak bancuh susu daripada saya korbankan masa rehat & masa tidur saya untuk mengepam.

Tapi adakah kehendak saya semuanya jadi begini?? Saya tak pernah tak pernah & tak pernah terlintas apa lagi berkehendak untuk menjadi seorang EP mom.. Sewaktu mengandung lagi saya da tanamkan niat untuk menyusukan anak dengan susu badan sehingga dia berusia 2 tahun. Siapa yang taknak menyusukan anak secara direct?? Saya pernah merasai nikmat menyusukan anak secara direct selama 3 bulan setengah.. & saat ini masih terasa (malah sentiasa!) perasaan "bonding" yang dirasakan antara seorang ibu & anak. Tapi apa yang terjadi, anak saya menolak untuk menyusu secara direct hanya kerana flow susu yang terlalu laju.. (ada saya nyatakan dalam entri terdahulu). Susu saya terlalu banyak waktu itu. saya google cara penyelesaian yang patut saya buat untuk perlahankan milk flow. Saya buat semua yang dicadangkan. Pam dahulu, kepit cara gunting, menyusu jangan menunduk, bertanya pakar laktasi & macam2 lagi. Tapi keadaannya tetap sama. Malah saya mampu merasai let down reflex (LDR) sehingga 3-4x dalam masa setengah jam hingga Mifzal stress untuk menyusu. Hinggalah akhirnya dia taknak menyusu. Takkanlah saya nak biarkan anak saya kelaparan. Dengan berat hatinya terpaksalah juga saya pam masuk dalam botol dan berikan padanya. Pada mulanya dia boleh terima nipple dan jugak botol. Entah di mana silapnya sehingga satu hari tu dia langsung taknak menyusu dengan saya, tapi bila diberi botol baru dia akan minum. Sampailah ke hari ini saya menjadi seorang pengepam tegar. Dengan sokongan suami & group kumpulan ibu menyusu yang saya sertai, saya terus mencuba untuk direct feed tapi bukanlah mudah buat seorang bayi yang sudah boleh membezakan rasa. Akhirnya saya pasrah. Saya redha menjadi seorang EP mom andainya itu sahajalah caranya saya dapat salurkan susu badan saya buat Mifzal. Tak perlu saya nyatakan berapa banyak airmata saya yang gugur mengenangkan "rezeki & nikmat" saya hanyalah setakat itu. Hanya Allah & suami yang menjadi saksi.. Mungkin saya tak layak berkata begini sebab mungkin saya yang tak cukup berusaha. Mungkin saya tak cukup 'keras' untuk memaksa Mifzal direct feed. Pernah saya marah & paksa Mifzal direct feed sebab cara lembut pun tak berkesan sehingga dia meronta, menjerit & menangis sampai merah muka. Tapi akhirnya saya juga yang menangis sebab menyesal.

Sekarang Mifzal dah pun 8 bulan setengah & Alhamdulillah saya masih mengepam sehingga ke hari ini. Dan masih lagi dicemuh sehingga ke saat ini. Saya mengaku saya tak kuat untuk menerima cemuhan daripada orang di sekeliling saya. Tambah lagi dengan ketiadaan suami dcc. Paling menyedihkan orang2 itu adalah orang2 yang saya sayang! Saya hanya perlukan sokongan.. SOKONGAN.. Sukar sangatkah? Tak perlu mencemuh saya.. Tak perlu membandingkan saya dengan ibu-ibu lain di luar sana.. Memang anda semua bertuah kerana dapat menyusukan anak secara DIRECT & berjaya menuruti sunnah nabi untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.. Tahniah buat anda semua. Apa salahnya bantu saya juga untuk menuruti sunnah ini dengan cara yang saya mampu?? Kita kan saudara sesama islam. Mengapa tak saling membantu? Saya tak minta lebih, cukup sekadar memberi saya sokongan. Bukan menjatuhkan saya dengan kata-kata yang cukup menyedihkan. Agaknya sebab itulah pada zaman moden ni tak ramai yang berjaya menyusukan anak sampai 2 tahun. TIADA SOKONGAN!

Saya bukan anti susu formula, malah saya tidak pernah mencemuh mana2 ibu yang memberikan anak mereka susu formula. Setiap orang tak sama, rezeki setiap manusia itu berbeza. Kita tak tahu masalah orang. Siapa kita nak judge orang lain. Dan terima kasih jugak pada pengeluar susu formula kerana sikit sebanyak membantu ibu-ibu yang ada kesulitan untuk menyusu. mungkin ada yang tercuit dengan statement saya ini tapi macam saya cakap tadi, masalah orang kita tak tahu. jangan kita pandai2 nak menghukum & menjatuhkan orang lain kalau tak tahu hujung pangkal cerita.

Saya sendiri ada sejarah "dipaksa & terpaksa" bagi susu formula pada Mifzal. tapi saya tak salahkan sesiapa. saya yang gagal sebenarnya. Anggaplah itu semua kesilapan diri sendiri. alhamdulillah sekarang tiada lagi susu formula buatnya. Walaupun bekalan yang ada hanyalah sekadar mencukupi tapi saya masih bersyukur masih ada rezeki buat Mifzal setakat ini. Saya seboleh-bolehnya mahukan anak saya minum susu badan saya sekurang2nya sampai dia 2 tahun. Itupun dengan izin Allah. Semoga saya terus kuat untuk memberikan titisan-titisan emas ini buat Mifzal.

Buat suami, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan & pengorbanan abang.. Berkorban wang ringgit membelikan pam & botol susu yang banyak tu. Berkorban tenaga & kudrat kerana sanggup menjaga anak setiapkali saya mengepam walaupun terpaksa menahan sakit slipped disc yang dihadapinya. Sanggup menahan lapar sekejap bila saya terpaksa mengepam tergesa-gesa dan dalam masa yang sama saya harus masak. Sanggup bangun malam untuk tolong susukan Mifzal bila mana waktu itu saya sedang mengepam. Sanggup berhenti dengan kerap setiapkali kami travel jauh @ jalan-jalan untuk beri ruang saya mengepam. Sangat rajin membantu saya membasuh botol2 susu & alatan pam walaupun waktu tu dia baru je nak baring. Yang paling utama, terima kasih yang tak terhingga atas SOKONGAN yang tak pernah putus dari dulu sehingga ke saat ini.. Dan terima kasih juga pada ahli keluarga saya & keluarga mertua yang tolong sama-sama menjaga Mifzal setiapkali saya sibuk mengepam.

Maafkan saya andainya entri kali ini mengguris hati sesetengah pihak. Bukan tujuan saya mengaibkan sesiapa. Saya cuma ingin meluahkan rasa yang dah terpendam sekian lama. Mungkin bukan saya saja yang melaluinya. Saya percaya ramai lagi EP mom di luar sana yang menghadapi cabaran sebegini. Semuanya demi memberikan yang terbaik buat anak tersayang.

Kami cuma perlukan SOKONGAN, bukan cemuhan.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 23, 2012

Jom buat puree!


Salam.

2 hari ni busy buat puree je kejenye.. Nak tinggal Mifzal main ngan tok ma lame2 pun takboleh sebab dia mesti carik ebu dia jugak. Huhu.. Buat mane yang sempat je dulu then esok continue semula. Heee..




Inilah hasil untuk 2 hari ni.. Puri betik, pear, apple & brokoli.. Tapi buat masa ni banyakkan bagi betik dulu sebab Mifzal sembelit. And he loves it to the bits! tak nyempat2 ebu nak suap.. gudboy.. :))

Arini dia dah poo tapi najis dia masih tak lembut.. Tapi dah makin ok la.. Hopefully esok dah back to normal. Bubur pun kena hold dulu.. Baby lain seusia dia dah makan macam2 tapi Mifzal makan buah, bubur n sayur je.. Blum tambah pape protein lagi.. Bukan taknak or bukan sengaja ye tapi disebabkan mifzal kerap sembelit sebulan dua ni so terpaksa lah semua tu ditangguhkan. Tu pun atas nasihat doc. Bagi yang light2 je dulu. Nanti sembelit da ok then baru slowly intro ikan bilis ke, ayam ke ape ke kan. Ingat nanti nak carik oat lah untuk gantikan bubur tu. hopefully he will like it. mifzal pun da makan dalam kuantiti yang banyak. So pasni dah kena bagi 3x sehari..

Ebu sebenarnya excited n tak sabar nak bagi yang tumis2 plak kat Mifzal. Hehe.. Cepatla baik ye sayang.. +___+




- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, December 22, 2012

Mifzal sembelit

Sian anak ebu.. Tadi pegi klinik. Muka ceria je main2 dengan handbag ebu pastu terjenguk2 tengok budak-budak kat situ main sementara tunggu nak masuk. mulut tu bebel2 bahasa jepun dia. bebel lambat masuk agaknye. Bila jumpa doc mula mula oke lagi tak nangis.. Lama-lama ditenungnya muka doc tu terus nak nangis pulak. Huhu..

Masuk arini da 3 hari Mifzal tak poo.. Nampak dia meneran 2-3 hari ni tapi najis tak kua pun. Hati ebu da risau sangat dah takut najis da keras sangat. Abah yang jauh kat sinun tu pun lagi risau. Da cuba bagi macam2.. Ikut petua bagi makan buah huruf P tu tak jalan jugak.. Da bg air prune tak jalan. Air masak pon. Kurma, betik tak jalan jugak. Senanam dah banyak kali buat, urut2 betis, belakang lutut, atas punggung tu.. Tak jugak keluar poo nye.

Arini doc masuk cecair picit masuk dalam punggung tu.. Menjerit macam hape takutkan doc. Pastu nangis menjerit nak poo plak. Sampai berpeluh2 dengan nangis tak henti. Bila ebu pasang selawat syifa yang dia memang suka sangat dengar tu baru lah dia slowly diam.. Ebu nak drive so payah nak tenangkan dia. Terpaksa mintak tolong mak ngahnya lah. Nasib baik dia diam dah pastu terus tertido kepenatan. Ni tido dengan poo tak berbasuh. nak kejut tak sampai hati. Kesian anak ebu.

Sabar ye sayang. Kalau kita nakkan sesuatu nikmat memang terpaksa sakit dulu. Anak ebu strong boy. Pasni tak sembelit dah k.. Aminnn..



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 10, 2012

Mifzal @7m++

Salam.

Lame tak apdet milestone Mifzal kan. Lately bz sangat melayan si tecik tu. banyakkkk sangat progress dia bila da 7m++ ni.. Teruja mak nak! Ngeee..

Ok, lets start.

1) mifzal da boleh sebut 'ebu'!!! Yeayyy.. Shabbashh bete.. Tapi sometimes it sounds like 'evoo'.. Hm tak kesahlah kan.. I'm happy enough! Hihi! Abah? Baru sekali dia sebut. Itupun menurut kata abahnya laa. Ntah btul ntah idak. Bole pecaya ke tuu?? +__+

2) da pandai sebut Allahuakbar. But of course in his own slang la kan. Bahasa comel baby. But i know it is exactly Allahuakbar sebab bila saya sebut, dia akan ajuk semula. Sweet kan? :)) Alhamdulillah. Now saya tengah nak train dia baca zikir2 mudah tu. bacakan kat dia selalu biar lekat dalam kepala dia. And hopefully one fine day he will successfully alunkan kalimah2 zikir tu. insyaallah..

3) da boleh duduk dengan sendiri. Yeayyy!! Shabbashh bete lagi sekalik! ^__^ suke sangat tengok dia seketul je duduk. Haha. Geram!

4) suka tengok orang solat. Especially abahnya solat. Kalau ebu dia solat dia takdela nampak eager sangat. Huhu. Nanti da besar kena rajin solat ye sayang. Jadi imam ebu ngan abah tau. :))

5) makin aktif merangkak & memanjat. Jenuh kepung.

6) sukeeeee sangat main ngan plastik. Big NO NO ok syg.. Not BPA free. Hahah..

7) suka cakar2 muka orang, korek mata ngan idung orang lain. Senang cakap suka lunyaikan muka orang.. Penah sekali time kuku dia panjang, sampai berdarah mulut tok akinya. Muka ebu setakat luka calar2 jela. Hihi

8) sukeeee capai barang. Tarik2 barang. tarik2 rambut. Pantang nampak ape pun depan mata. Tapi bila kita cakap "lepas sayang lepas" then dia slowly lepaskan. Good boy anak ebu.

9) da pandai nak marah2.. Boleh tahan garang jugak anak ebu ni. Huhu

10) da paham kalo ebu ngan abah marah dia. Bila ebu ngan abah larang @ marah dia buat something mula la teriak cam hape jew. =_='

11) berat terkini tak tau sebab tak gi timbang pon. Huhuhu

12) bila tengok ebu ngan abah polok2 manja2 mula la dia sengih2 gelak2.. Haha. Notty.

13) sangat mesra dengan orang ramai. Tak kesah sapa pun dukung dia. Cuma ngan doktor je dia melalak. Hahaha

14) di usia dia 7 bulan ni dah 2x dia demam. Sekali demam berkahak. 3 hari baru baik. guna ubat homeopati. Pas 2 minggu demam selsema plak. Terpaksa doc masukkan ubat bontot sebab panas dalam. Sebab dia nangis tak henti dari petang ke malam sampai takle tido. Itulah pengalaman 2x dia demam sejak dia lahir sampai skarang.

Emm rasenye tu jelah kot so far. Ni nak gi tuka diaper dia plak ni.

Terus membesar dengan sihat bagaikan juara ye sayang. Ebu & abah love u sooooo mucho mucho!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, December 7, 2012

Ceritera susu

Hai.

Skarang ni kami kat kampung incik hubby. Da seminggu lebey pon kat sini. Before tu sempat jugaklah cuti cuti cinta bertiga kat Cameron. Ala-ala pre honeymoon sempena eniberseri kami gitu.. Feeling ombak rindu la kunun. Heheeee.. :))






Tapi tak best sangat sebab Mifzal banyak meragam plak hari pertama kami kat sana. Dia mabuk pening2 gitu dengan jalan pusing2.. ebu ngan abahnya pon tumpang pening sekali. kesian kami kan? huhu.. And i was a little bit stress thinking of my milk production. Hmm.. Meroyan jugaklah kot. Haha. Ok not funny.. =_='

All i can do is.. Campurkan air masak sikit dalam susu tu. nak bagi jadi banyak sikit. heee.. Teruk tul. mebi akan buat khasiat dalam susu hilang, but i've got no choice.. Seems like i've been soooo selfish and stingy to my only son.. Haih.. Sorry sayang... Ebu juz want to give u the best.. All i can.. Tapi tak sampai hati pulak tengok dia berlapar sampai nangis2 nak tido pun tak boleh. takkanlah sebab saya nak sangat2 dia fully bf sampai sanggup bia dia berlapar.. tiba2 rasa sangat2 kejam.. jadi, dengan berat hatinya terpaksa lah carik susu lain untuk topup sementara saya berusaha untuk up kan production susu saya.

Sampai je kampung incik hubby, we decided to buy organic baby rice milk as an alternative, instead of giving him formula milk. Untuk topup bila emergency sahaja. Sebab skarang ni dalam sehari tu, saya tak dapat nak penuhi 2-3x feeding dia.. So juz bancuh 2-3x jelah dalam sehari. Unfortunately, dia tanak minum oke! Haihh... Dahla satu tin tu dekat RM80.. So solution ape lagi yang ada kan.. Terpaksalah merelakan formula milk.. :(( mulanya aritu nak try bagi susu kambing or soy-based milk. Tapi bila google tengok banyak kajian cakap soy-based milk ni tak berapa bagus untuk badan baby, so kami pun takut jugaklah nak try. So back to basiclah, beli anmum jer since Mifzal penah minum susu tu ms minggu pertama dia lahir dulu n he never had any problem with that milk. Poo dia pun oke. Alhamdulillah dia nak minum walaupun mula2 tu cam nak taknak jer. Sebenarnya sampai sekarang pon camtu. Huhu.. Lambat betul nak abiskan sebotol. Skarang ni Mifzal minum 4-6 oz.. Kalau dulu juz 3 oz sahaja. Tak terkejor eden ni haaa.. Dulu sedih jugak.. Bukan jugak, sedih sangat sebab tak dapat fully bf sampai 2 tahun. Setahun pun tak sampai. tak dapat berikan Mifzal apa yang sepatutnya dia dapat. Tapi dah jadik camni, terpaksalah campur jugak. Di usianya yang baru 7 bulan setengah. Harus redha & pasrah. Tapi saya tetap jugak makan ubat homeopati untuk tambahkan susu selain makan milk booster yang lain tu. and of course keep on regular pumping, every 2-3 hours.. Hopefully nanti dah tak perlu topup FM dah. InsyaAllah...





Ni la susu yang Mifzal tanak minum tu. huhu.. Organic-based.. All natural ingredients.. Ingat nak let go susu ni. baru bancuh dalam 10 oz je rasenye. Ade sape2 nak beli tak?

Hmmm..




- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 27, 2012

My breastfeeding journey #8


Salam.

Risau.

Susu merudum lagi.

Masa Mifzal demam hari tu memang tak dapat nak pam sangat sebab dia asyik nak berdukung. Dengan abahnya pun dia jarang nak. Time tido pun dia nak tido atas dada saya. Tak boleh nak letak langsung.

Dugaan.

Stok ebm kat umah ni pun ada 2 botol lagi which is 5 oz.. Haha.. Oke tak kelakar. Saya tak dapat nak buat stok pun sebab production yg saya dapat hari2 pun tak terkejar dengan demand dia. Demand > supply.. Stok tu konpem2 dah abis arini or esok.. Aduhaiii.. Risau tapi berlagak cool. Taknak stress walaupun kepala ni asyik duk pikir nak wat camne lagi. Dahla cik P nak datang ni. Biasanya memang drop time bendera merah tu.. Dugaan sungguh. Nak bagi air masak banyak2 Mifzal taknak. Dia tau tu bukan susu.. Bagi susu baru diam. Clever boy anak ebu.

Runsing.

Permudahkan rezeki anakku untuk minum susu badanku ya Allah.

Perbanyakkanlah susu badanku.

Permudahkanlah perjalanan penyusuanku.

Amin.

Pls pray for us.

Masih sangat risau.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 26, 2012

Quick update

Salam.

Hoi lamanye tak hapdet...! Hohoho... Cam biaselah, bizi manjang.. Btw baru2 ni Mifzal demam.. Ni pestaim dia tak sehat sejak saya lahirkan dia. Oh panik risau tak hengat.. Demam tiba tiba dengan suhu 38+++... 3 hari tak kebah.. Ingat ke campak ke apa kan tapi nasib baik demam biasa je. Pastu kahak kemain banyak sampai dia nangis2 tak henti sebab susah nak bernafas & tido.. Alkisahnya selama 3 hari berturut2 tu la kami laki bini tak tido.. Mifzal nak tido atas dada je.. Abis sakit2 satu badan. demi anak tersayang layankan aje kerenah anak yang tak sehat.. Asalkan kamu cepat sembuh sayang..

Dah 3 hari try ubat klinik & hospital tak jugak nampak perubahan. Kitorang try rawatan homeopati plak. Alhamdulillah malam tu Mifzal beransur pulih. Kahak pun makin berkurang. Esoknya da boleh senyum2 dah. Suke. Suke. ^__^




Everytime pas mandi, sapu vicks baby ni kat leher, dada & belakang badan. Nampak Mifzal lebih selesa & tido lebih lama..





Beli benda ni kunun nak sedut kahak dia la kan.. Tapi nan hadooo.. Tak kua pun kahak tu.. Memang kahak degil. Try sedut guna mulut sendiri pun tak jugak keluar.. =_=' alhamdulillah ubat homeopati tu membantu.. Syukur.

Aritu incik hubby belikan Mifzal walker.. Kemain suke anak abah sorang tu.. Tapi bukan nak duduk sangat pun. Walker ni memang tak elok pun sebenarnya. Tapi kami beli sebab juz nak letak dia time kena tinggalkan dia. Kalo abah dia takde n saya nak mandi, nak basuh botol ke.. Sebab walker ni ade macam brek kat tayar tu so walker tu takkan bergerakla. But still.... Saya tak berani nak tinggalkan dia sorang2 jauh dari pandangan saya melainkan betul2 perlu sahaja.. Biasanya memang akan letak dia dekat. Kalo nak bia dia main atas comforter ni alamatnya ntah ke mana2 dah merangkak. Huii...





Disney baby... (+___+)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 9, 2012

My breastfeeding journey #7


Lamanya tak apdet belog... Heee..

Assalamualaikum.. Eh baru nak bagi salam ker.. Huhu..

Lately ai busy sangat sampaikan tak nyempat nak cilok nak apdet belog.. Raya korban kedua hari tu demam panas lah pulak.. Plus bengkak tonsil.. 6 hari tak kebah2 jugak.. Suhu badan maintain aje 37.9-38.8 degree celcius.. Ingat ke campak ke ape kan tapi takdelah pulak kua pape.. Da berpuluh paracetamol telan.. Tak baik2 jugak and got no choice, pegi klinik doc bagi antibiotik so terpaksalah habiskan.. Ngam2 abis antibiotik demam terus kebah.. Alhamdulillah kuasa Allah.. Seksa & deritanya kalo demam n ada anak kecik.. Tambah plak incik hubby takde dcc.. Nasib baik jugaklah my mom tolong jagakan waktu siang.. Tu baru sakit demam kan.. Sakit lain mintak jauh... :))

Production susu jangan cakaplah, memang drop habis!! Ada sekali tu pam kua 0.5 oz je...! Oh my oh my.... Panik tak hengat masa tu siap nanges2 drama bagai ngadu kat incik hubby yang jauh di sinun.. :( drama queen betul lah.. Sape tak panik hoii... Nanti anak nak minum ape.. Nyaris2 tergoda iman nak beli susu formula.. Oh jangan jangan.. usaha harus lebih gigih lagi.. harap2 susu badan ni masih boleh bertahan.. Aritu memang give up sangat2.. Mane dengan tak larat nak pump, dahtu bila pump kua seciput pulak aduhaiiii... Demam tak jugak kebah2.. Dugaan sungguh.. Tapi nasib baiklah stok susu banyak lagi dalam deep freezer.. Skarang?? Hukhukhuk.. Dari 200++ oz tinggal 80++ jerrr!! :((

Sebenarnya bukan sedih pasal stok susu berkurang.. *eh, risau la jugak sikit2..huhu* tapi ape yang lebih menyedihkan Mifzal kena minum susu beku manjang 6 hari tu.. 2-3 botol je dia minum yang fresh.. Kesian anak ebu.. Cukup ke idak khasiat untuk kamu sayang.. Huuu.. :'(

Skarang ni forget about stock.. Laa ni nak fokus nak up kan semula milk production.. Setidak2nya tak perlu lagi kuarkan stok.. Arini terpaksa jugak kuarkan 3 oz dari deep freezer.. Still tak dapat cover lagi.. Tapi okla sebab sebelum2 ni saya kuarkan 5-8 oz.. Hopefully esok takde dah yang kua.. Insyaallah amin amin amin! Let's power pumping! Heh...

Btw nak selit jugak milestone Mifzal kat sini.. Mifzal skarang da boleh berdiri.. Tapi berpaut pada katil dia tu la.. Ekceli dia da boleh berdiri masa umur dia 6 bulan 2 minggu aritu tapi ai kan tak sehat so takdenyelah nak sibuk2 menghapdet belog.. Merangkak memang da makin laju tapi saya tak lepas dia merangkak without comforter lagi pasal dia suka sangat sondol kepala ke lantai.. =_=' skarang ni dia try2 nak duduk plak.. Best kan duk umah doplohpatjam ngan anak.. Ada je perkembangan dia setiap hari.. Eh, statement ni bukan nak kasi sentap ebu2 yang bekerja tau.. Jangan salah paham plak ye.. Uols lagi best pe sebab ade duet poket sendre.. Ai pon ade tapi duet laki.. Kuikuikui.. sekadar gurauan malam jumaat je yep.. ^__^

Bab makan pulak, so far Mifzal dah makan lebih banyak berbanding dulu.. Kalo dulu 1 kiub je skali makan, skarang dah 2 kiub.. Kuatnya anak ebu makan.. Huhu.. Bubur saya stop sekejap sebab aritu dia punye sembelit sampai nanges2 nak poo poo.. Tapi tu sebab makan bubur banyak sangat rasanya sehari tu.. Before ni oke je pun takde sembelit.. Takpelah kita abiskan kiub2 puree tu dulu yep.. Lagi 3-4 hari kalo da ok poo poo kita sambung bubur semula.. :))

Pukul berapa pulak la Mifzal nak tido niiii... Tadi pas maghrib dia da tido kejap *kejap hape 2 jam lebey* kul 9 lebih baru bangun.. Skarang ni siap sedia la bermata panda wahai ebu.. Huhuhu...

-_____-




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha


Salam.

Raya haji kali ni kami sambut berdua je tanpa incik hubby.. Sobsob.. :'( takpelah, atleast raya puasa hari tu dapat sambut sama2.. Tu pun da syukurrrr sangat2.. Raya dengan family jelah skarang ni.. Yang sedihnya sebab incik hubby kena keje jugak raya2 camni pun.. Da namanya rotator kan.. Takkan nak cuti pulak.. Tapi Alhamdulillah la sebab incik hubby dapat jugak tunaikan solat sunat hari raya.. Walaupun pastu kena keje cam biasa.. Hari ni takdelah buat apa sangat pun, aktiviti free and easy sahaja.. That's why la sempat hapdet belog ni.. Hihihi.. Si tecik tu? Mentidokan dirinya dari kul10 tadi.. Da bangun pukul 8.30 pagi tadi tapi ebu dia ni sibuk masak last2 dia tertido kat bahu makngah & ayah teh nyer.. Time raya ni ebu tak tangan sotong sangat dah sebab ramai yang nak melayan dia.. Teeheheeee..

Arini kome2 masak ape? Menu kat umah ni nasik tomato + ayam masak merah + ayam masala + acar timun.. Dessert plak my sis da masakkan puding karamel tapi saya khianatkan dengan letak coklat kat atas tu.. kikiki..





Cannntikkk lah sangat kan?? Kan?? Hahaha.. Buruk perangai.. Bini sape lah ni.. :p

Kat umah my MIL diorang masak nasik ayam, ketupat, rendang.. Bestnyer nasik ayam.. Lagi dua tiga hari ingat nak masak nasik ayam lah.. Hehe..

Emm, arini supposely Mifzal makan potato puree lagi kalo ikut 4 days rule tu. tapi saya tengok 3 hari ni dia macam ok, tak kembung tak sembelit tak cirit.. Semua ok sihat aktif senyum seindah suria.. So ingat arini nak masak bubur kat dia.. Eksaited plak ebu nih.. Anak baru sorang boley la kan.. nanti anak da pat lima nam? ehhhhh laaagii rajin.. Hewhewhew.. Insyaallah mudah mudahan..





Suka tengok puree2 ni.. Heee.. Kalo ade kaler hijau lagi cantik kan? :)) yang oren tu carrot, coklat tu apple.. Oren cerah tu pumpkin n kuning tu potato.. Kurma tak masuk lam gambar pasal tak santek sebab tak keras elok aritu.. So duk diam2 dalam freezer tu takyah nak enteprem.. Hihi..

Oklah malas lah nak cakap banyak walaupun da banyak sangat sebenarnya.. Hihi.. Nak masak bubur Mifzal la jap lagi.. :)) akhir kata, kepada my parents, my siblings yang ada kat umah ni, abg long & kak ina yang tak dapat balik, my PIL, semua la family in law, kawan2, readers blog saya (eh ade ke.. huhu) n yang teristimewanya buat incik hubby ku, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.. Maafkan segala salah silap yang tersurat mahupun yang tersirat.. Zahir & batin..




Sori gambo google jek.. Takde masa mak nak buat sendre.. Hihihi.. Eh kira plagiat tak ni??? Hohoho.. Halal jelah ye kan hari raya. :))



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 23, 2012

Mifzal @ 6months++


Salam.

Arini letih sangat2 tahap nak pengsan.. Tapi tak pengsan pun.. Huhuhu.. Petang tadi siapkan puri kentang, apple ngan carrot.. Pastu blend beras siap2.. bagi halus nanti jimat masa sikit nak masak bubur.. Stok frozen puree ( pumpkin, dates & apple) ade lagi dalam deep freezer tu.. Tapi sajer buat banyak siap2.. nanti senang di kemudian hari.. :)) lagipun frozen puree tahan 3-4 bulan kan kalo dalam deep freezer.. tapi yang saya buat ni rasanya dalam sebulan da boleh habiskan.. insyaallah..

Sejak Mifzal da makan ni memang keje makin bertambah.. Mana dengan kerja2 rumah lagi.. Uruskan makan pakai suami.. Pam susu lagi.. Oh memang dah macam tangan sotong.. Tapi bukan merungut tau.. hehe.. That is why saya buat frozen stock.. Ikutkan mula2 dulu hari2 nak bagi yang fresh tapi tiadalah daya mak nak oii.. tak terkejar lagi buat masa ni.. masih cuba mengejas masa walaupun waktu rehat pun terhad sangat.. sampai nak sikat rambut pun tak sempat.. huhuhu.. Tapiiiiiii... Tak kisahla penat ke takde masa untuk diri sendiri ke hape ke.. Yang penting hati ni happy dan puas hati dapat tengok hero2 tersayang makan dari air tangan sendiri.. Kankankan? (^__^)

Semalam gi cucuk Mifzal.. Lewat sikit appointment dia untuk injection 6 bulan ni sebab bulan lepas lewat pegi cucuk.. Tapi takla lewat sangat pun.. 2-3 hari je pun. Sejak lepas kena cucuk ni dia asyik nangissssss je.. Bukan meraung2 la.. Cume merengek2.. Kadang2 je high pitch tu.. Tapi susah nak pujuk.. Dukung taknak.. Letak apatah lagi.. Orang main2 ngan dia, kejap gelak kejap nangis.. Eh serba tak kenalah.. Da taktau nak buat macam mana.. Mungkin dia tak selesa tempat kena cucuk tu kot. Yela, dua jarum kan.. Suntikan hepatitis B ngan pneumococal.. Tapi sebelum2 ni ok je pun.. Demam pun takde.. Hmmm.. Takpelah.. Ebu akan tetap bersabar dengan kerenahmu sayangku.. Walaupun belakang ngan pinggang ni da macam nak patah rasanya.. Sakit ya amat hanya Allah yang tahu..

"Jika engkau minta intan permata tak mungkinku mampu.. Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu.. Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba.. Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.."

^__^

Berat terkini Mifzal ialah 7.6 kg.. Naik 500 g jer.. Ohh kecewa jugak sebenarnya sebab naik sikit tapi takpelah asalkan tak turun.. Mungkin sebab dia aktif.. Sekarang dia da boleh merangkak tau.. Hee suka suka.. Dia boleh merangkak masa 6 bulan seminggu aritu.. Masa dia 5m ++ dia da dalam posisi merangkak tu tapi statik kat situ jela setempat.. sekarang baru dia da start engine.. Hihi..

Time nak tido suka sangat buat tangan polis trafik tu, hayun2 ke peha sampailah terlelap.. Mulut plak tak banyak bebel cam dulu tu.. Cuma skarang ni suka sangat sebut "ho".. Kadang2 macam boo kan orang.. Hehe.. Ke sebab ebu hari2 minum horlicks? Kikiki..

Dia da kenal orang dah skarang ni.. Kalo sape2 yang dia tak biasa tengok tetibe pegang dia (termasukla doktor yang nak cucuk dia) mula la menangis sampai berjurai2 airmata tu.. Jenuh pulak nak pujuk..

Kalo nak orang dukung dia da pandai nak hulur tangan tak sesabo nak pegi.. Ngan ebu toksah cakapla kan, konpem2 la nak ebu dukung.. Hihihi..

Gigi belum tumbuh lagi tapi selalu sangat gigit ape semua benda yang ada kat tangan dia.. Termasuklah kepala lutut ebu ni.. =_='

Waktu paling tension n stress bila nak pakaikan diapers.. Sibuk nak meniarap n merangkak pastu meraung2 bila tak bagi.. Haihhh.. Sarung kaki tu suka sangat ditanggalkan.. Tapi bukan guna tangan, dia tenyeh guna kaki dia..

Cakap pasal kaki, Mifzal suka sangat tengok kaki orang.. Hmm...??? =_='

Suka main tendang2 ebu.. Nak test power dia la tu.. Tarik rambut & spec masih hobi no 1..

Makan baru sekali sehari.. Tapi lagi 3 hari saya nak bagi dia dua kali sehari makan.. N nak start intro bubur plak.. :)) so far dia memang tade pape masalah pasal makan. susu? masih lagi susu ibunya.. Alhamdulillah.. :)) walaupun jadual pam masih kelaut sebab sibuk + penat.. Hihihi.. Sekali minum 3-5 oz.. Kalo mood tak ok @ mengantuk sangat 1oz je...

So far tu jelah kot perkembangan dia untuk 6 bulan ni.. Kalo ada yg terlupa tu kira halal jela.. :))

Perkembangan ebu ngan abah takde ke?? +__+

Ebu makin kering.. Makan tah kemana.. Tido lagi la.. Kulit muka jadi kering.. Tension! =_=' sakit pinggang, belakang, tangan, perut, senang citer semua tempatlah.. Huhu

Abah makin membesar dengan jayanya.. Pandai tak saya jaga? Muahaha.. Statement kasi panas jer.. Skarang ni incik hubby bengkak tonsil plak.. Aritu da baik pastu jadik lagi.. Bersabarlah anda ye..

Ok tu je nak apdet.. Da penat.

Assalamualaikum n bai!
^___^



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, October 18, 2012

Puree labu pulak.. :))


Salam.

Arini ai bz buat puree.. Pumpkin puree.. Lenguh tangan mak nak buang kulit..huhu.. Dahla tergeliat urat tak baik lagi.. Da kat dua minggu dah.. =_='

Jadi arini tanak cakap banyak.. Tu je nak cakap.. Kuikuikui..




Saya buat sebiji labu yang kecik tu.. Buang kulit & biji, potong kecik2 then rebus.. Letak halia sket takut berangin lak perut Mifzal.. Rebus jap je dengan air yang paling minima.. Then blend (tanpa halia) pastu tapis.. kendian masuk dalam ice tray ni.. Esoknya da bleh makan.. Mudah kan? :))





Puree labu yang da keras.. Yummyyyy... Ebu pun tak penah makan lagi labu.. Huhuhu..



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, October 14, 2012

Berdua kembali


Salam.

Da dua hari incik hubby kembali bekerja.. Tak puas lagi rasanya spend time together.. Masak untuk incik hubby.. main dengan Mifzal sama-sama.. Sebulan tu sekejap jer berlalu.. Kalo time incik hubby keje rasa lambat pulak.. :p tipu kalau saya cakap saya tak "terasa" dengan semua ni.. Isteri mana yang tak sedih bila terpaksa berpisah jasad dengan suami sendiri.. Rasa sunyi, sepi, macam hilang sebelah tangan.. Sedih, sayu, semua rasa tak best tu ada.. Lagi2 bila ada anak ni makin menjadi2 pulak.. Banyak sangat kenangan manis kami bertiga di teratak kecil kami ni.. everytime saya masak, incik hubby yang akan jaga & uruskan Mifzal.. dodoikan dia, layan dia main, dan skarang da pandai mandikan & pakaikan pampers.. :)) cuma time berak ebu jugak kena basuhkan.. huhu.. Bila bangun pagi biasanya incik hubby berguling atas katil menggomol si tecik tu.. Pastu bersembang & main cakcak.. Kemain lebar si tecik tu tersengih.. Kalau dengan ebu baru dia ketawa mengekek.. Skarang ni bangun pagi berdua je.. Tapi takpelah.. Saya selalu bagitau Mifzal yang abahnya pegi work.. Jauh.. Demi untuk carik rezeki buat kita.. Tapi nanti abah akan jumpa kita lagi.. 5 minggu tu kejaaaaaapp jer.. :') saya tau saya tak kuat, tapi saya harus & wajib menjadi kuat demi anak kami yang baru sorang ni.. :)) lagipun ini bukan pertama kali kami terpaksa berjauhan.. Da hampir 2 tahun pun.. insyaAllah.. Allah sentiasa ada untuk membantu saya.. Semoga segalanya dipermudahkan buat saya & Mifzal sepanjang abahnya bekerja.. Semoga segalanya dipermudahkan juga buat incik hubby.. Amin amin amin..

Mifzal da menginjak ke usia 6 bulan dah skarang ni.. Alhamdulillah.. Macam tak percaya anak ebu da 6 bulan pun.. Da big boy, bulat & berisi padat.. :)) aritu kecik je masa ebu lahirkan Mifzal.. Skarang kemain aktif.. Sibuk nak merangkak, main & explore benda2 baru di sekeliling.. Next appointment dengan his paed minggu depan.. Nak kena cucuk lagi.. Dua jarum plak tu.. Haihh.. Everytime nak cucuk ni ebu yang terover nervous.. =_='

Alhamdulillah, Mifzal masih lagi minum susu ebu.. & saya masih lagi gigih mengepam.. Da almost 4 months as an EP mom.. Semoga saya terus kuat semangat & rajin mengepam. Amin! :)) tapi pas raya aritu jadual mengepam da kelaut.. Sejak incik hubby balik memang saya tak menang tangan.. Mana nak masak, kemas dapo, lipat kain, jemur baju, uruskan si tecik tu lagi.. Da abis seme keje baru bleh mengepam.. Tapi kalo susu da abis memang kena dahulukan mengepam.. Daripada 2 jam sekali lama2 jadi 4-6 jam sekali.. =_=' total production per day pun turut susut la.. Nasib baik ade frozen ebm tu.. Syukur.. Kalo tak memang tak terkejar.. Tambah pulak Mifzal makin banyak minum susu.. Da 3-4 oz sekali minum.. Kadang tu da minum 3 oz then tak sampai sejam minum lagi 3 oz.. Pengsan! Harap2 saya bleh survive.. Atleast sampai dia setahun.. Then baru continue sampai 2 tahun.. Go ebu go! :))

Pasal makan pulak, alhamdulillah takde masalah lagi so far.. Saya da buat puree kurma, pisang, apple merah, carrot.. Semua dia makan.. Cuma pisang takbole sangat sebab dia cirit sikit.. So far baru bagi sekali sehari.. Tengokla seminggu dua lagi baru nak bagi 2x then baru introduce plain porridge.. Ni tengah pikir nak buat puree apa lagi ni.. Ingat nak try pumpkin dengan sweet potato pulak.. Heee..

Tapi pape hal baik tido dulu.. Muahaha.. Ngantuk sangat nih.. Gudnite ya!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, October 7, 2012

Meragam


Salam.

Dua hari ni Mifzal asyik meragam je especially waktu malam.. Payah betul nak tidokan dia.. Dengan abahnya lagi la.. Mane maunyerrr.. Sebelum2 ni ok jerr abahnye dodoikan.. Haihh.. menguji tahap kesabaran betul.. Tapi sebelum waktu tido tu oke je pun hepi2.. Siap ketawa mengekek lagi.. Padahal kite tak buat lawak pon.. Baru senyum kat dia, dia da mengekek ketawa.. Agaknya muka ebu ni klako eh sebab ade gigi dah awak takde gigi kan.. Huhuhu... Nampak macam dia gatal gusi jer lately.. Meragam sebab tu la kot.. Bila letak jari kat gusi dia pastu gosok2kan sikit baru dia diam sekejap pastu nangis lagi.. Kalo gosokkan guna puting botol bleh plak dia ketawa mengekek.. Haih lah anak ebu.. Sabar ye sayang.. It's normal in our life, peringkat tumbesaran yang dilalui semua orang.. dan itu tandanya kamu membesar dengan sempurna.. Sabarlah wahai anak.. I know u're a good n strong boy.. :))

Btw Mifzal da start makan since 1st Oct hari tu.. Start dengan puree kurma.. Buat sendiri je.. And i'm happy doing it.. :)) so far dia oke, poo poo pun oke.. bagi 3 hari je sebab nampak macam oke.. Hehe.. The forth day i continue with apple puree.. So far poo poo dia ok, takde sembelit.. Alhamdulillah.. Dan Mifzal sangat suka makan! Kalo lambat suap sikit dah ternganga2 mulut tu tunggu kite suapkan.. Kadang2 marah kalo lambat suap.. =_=' tapi takpelah, hepi tengok dia suke makan.. Tapi susu tetap banyak.. makin banyak plak tu.. tengah pikir patut ke bagi makan 2x sehari instead of sekali je.. hmmm... Esok last day bagi puri epal.. Lusa nak bagi puri pisang pulak.. Then baru nak bagi sayur.. Teruja sangat nak prepare semua tu.. :)) Kadang2 sampai asyik bertukar menu.. Hati berbelah bagi nak bagi yang mane dulu.. Tak sesabo punye pasal.. Huhuhu... Maknye pulak yang lebih2..

Eh okelah.. Takbleh lame2 ni.. Nanti incik hubby berleter sebab lambat tido.. Nanti si tecik tu bangun nak susu pulak.. Nite everyone! :))


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 1, 2012

Mifzal @5 months++



Salam...

Da lama tak apdet belog.. Sejak incik hubby balik aritu busy sampai ke sudah.. Minggu pertama tu keluarga mertua datang tido kat umah dalam seminggu jugak.. Lepas tu busy jugak, busy dengan kerja-kerja jadik supermom @ bini.. Huhuhu.. Bile da tak busy tu kunun nak apdet la tapi sebab letih + ngantuk punye pasal so kensel ajelah.. Ni baru ade can sementara tengah pump.. :))

Ok, jom apdet cepat2 sebelum botol susu penuh.. :)) aritu macam biasalah jumpa paed Mifzal untuk check up + cucuk 5 bulan.. Alhamdulillah Mifzal tak pernah demam lagi.. Berat terkini adalah 7.15 kg.. Aritu berat dia 4 bulan 6.6 kg.. So naik tak sampai 600 g.. Doc cakap kenaikan berat mesti atleast 600g ke atas.. Huh.. Sedih pon ade.. Tak cukup 50g je pun.. Tapi tetap sedih jugak.. Rasa macam ebu yang gagal je.. :(( doc suruh bagi Mifzal makan dah.. Tapi saya hold dulu.. Hati cakap belum lagi.. Dulu memang saya berkeras nak bagi dia makan masa genap 6 bulan nanti.. Tapi tengok pada keadaan dia saya ubah fikiran, nak bagi masa dia 5m ++.. Doc halina pun bagi her bella makan masa 5m++.. :)) tapi bukan pasal nak tiru orang ke apa.. Risau jugak ramai cakap Mifzal kurus sikit dari sebelum ni.. lagipun masa dia genap 6m nanti incik hubby da sign on.. Incik hubby pun nak share jugak pengalaman pertama bagi anak makan for the first time.. :)) doc pun check dia semua n cakap he seems to be ready for his first solid food.. So i made this decision bile dah pikir semasak2nya.. Kalo ikut incik hubby, masa 4 bulan setengah aritu dia da bagi green light.. Tapi saya cakap sabar dulu.. It's too early.. Hihi.. Ingat nak bagi yang light je dulu macam puree kurma or puree epal.. Tengahari nanti nak buat.. Teruja mak! ^___^ kalo boleh makanan Mifzal nanti insyaallah saya nak buat sendiri.. Untuk suami & anak-anak kalau boleh biarlah dari air tangan saya sendiri.. Kepuasan tu lebih.. Baru la suami & anak sayang lebey kan.. Ahaks.. :)) Lagipun saya kan fulltime housewife.. Kalo tak masak sendiri tu maknanya ko memang PEMALAS.. Haha..

Skarang ni Mifzal sibuk nak merangkak.. Dia dah pun dalam posisi merangkak cume belum bergerak depan belakang lagi.. Makin aktif skarang ni.. Kadang2 sampai taknak tido asyik nak mainnnn jerr.. =_=' let he enjoys his life lah kan.. Layankan ajer.. Nanti dia da besar sure rindu all this moments.. Ohh taching..

Mifzal kan bila dengan saya senang betul dia senyum.. Kalo saya just senyum sikit je either nampak gigi ke tak sure dia balas balik senyuman tu.. Dengan senyuman yang paling manis sampai nampak lesung pipit dia tu.. Kadang2 dia yang senyum dulu.. How sweet.. Masa tu feeling likeeee... Alahaiiiiiiii... Cairnya mak!!! Fengsannnn!!! Memang tahap jatuh cinta sampai lupa kat abahnya.. Hahaha..dengan orang lain dia tak pulak cenggitu.. Kuasa ibu kan? Oh bangga di situ.. Hohoho.. Sile lempang saya.. :p

Ok lah, nak sambung join hero2 ai ni tido.. Btw Mifzal da tido dalam his baby cot dah.. Since abahnya balik aritu.. Senang sikit.. Takyah nak berhimpit bertolak2 atas katil lagi.. Huhu.. Si tecik tu sejak da pandai meniarap memang habis eibu ngan abah kena tolak sampai penjuru katil time tido.. Tunggu masa nak jatuh je kami ni.. Kuikui.. And luckily he loves it to the bits! Suke sangat main2 dalam cot dia. Kadang2 tak sedar pun bila masa dia bangun tido.. Tengok2 da segar bugar main sorang2 sambil mulut comel tu potpetpotpet.. Lega bila dia da boleh main sendiri ni..

Oklah banyak plak membebelnye.. Jomjom tido.. Batuk plak tak baik2 da seminggu lebih ni.. Tension.. =_=' morning everyone!! ^__^


Tuesday, September 11, 2012

My breastfeeding journey #6


Salam.


Tension pasal tak boleh tido.. Bile Mifzal da tido awal time tu jugaklah mata ni liat nak lelap.. Haihhh.. Rugi betul.. :p

Alhamdulillah berkat kesabaran & usaha yang tidak putus2, susu saya makin bertambah dari sehari ke sehari.. Thanks to incik hubby yang sentiasa berikan sokongan penuh pada puan isteri yang cepat panik ni.. Hehe.. Saya masih belum ambil supplement shaklee tu tapi memang berniat nak ambil untuk tambahkan tenaga.. Sangat2 letih & badan selalu sakit sana sini especially bahagian belakang, bahu & pinggang.. Mungkin jugak efek saya jatuh tangga 2-3x masa anak dara dulu.. =_='

Skarang ni saya masih "merajinkan" diri mengepam setiap 2 jam.. Kadang2 kalau Mifzal meragam payah nak tido asyik nak berdukung bermanja ngan ebu terskip jugaklah sampai 3-4 jam.. Tapi tak apalah, saya percaya pada rezeki Allah.. Walau camane pun Mifzal masih keutamaan no 1.. Insyaallah.. Utamakan mana yang utama.. Aritu saya buat power pumping selama 2 hari then stop sehari sebab malas huhu.. Then sambung semula selama seminggu.. And of course pastu kena buat regular pumping every 2-3 hours..

Alhamdulillah tiada lagi stok frozen ebm yang keluar sebaliknya saya dah topupkan dengan yang baru.. Syukur sangat sangat.. Walaupun tak banyak tapi memadailah sehari dapat masukkan 4-5oz dalam deep freezer tu.. Ade rezeki lebih ada lah.. :)) kalau dulu dalam sehari tu saya dapat pump total 28-32 oz.. Tapi skarang dah mencecah 40++ oz.. Alhamdulillah.. Semuanya rezeki Mifzal.. Saya cuma banyakkan minum air.. Sehari paling sikit pun saya minum 2.25 L.. Nak biasakan minum 3-4 L sehari.. Selain tu saya minum horlicks + susu anmum + milo.. 2x sehari.. Campur sekaligus.. Hehe.. Malas nak buat satu2.. Sangat sedap.. Yummyyy.. Oh aritu ade jugak minum air barli tapi dalam 3 hari je pastu da malas nak buat.. Huhu.. Air sejuk langsung saya tak minum tapi buah2 sejuk saya makan jugak macam tembikai tu.. Kebetulan adik saya nak exam UPSR esok so dia dapat kurma, bolehlah kakak dia ni menyibuk sekali makan.. :)) so far itu ajer yang saya makan untuk banyakkan susu selain dari nasik 2-3 pinggan sekali makan.. Hihihiiii... Semuanya milk booster saya.. Lain orang lain milk boosternye.. So kena try n error.. Yang penting kena RAJIN MENGEPAM.. Hihi... Skarang ni kalau skip pam 2 jam tu dah rasa breast full & bengkak.. Dah lama tak rasa camtu.. Super duper happy bila dapat rasa semula.. Alhamdulillah thank you Allah!!

Beberapa hari je lagi Mifzal nak masuk 5 bulan.. Sekejap je rasa.. Semoga susu badan saya sentiasa cukup untuk menampung keperluannya setiap hari.. Insyaallah.. Amin amin amin...

Nak pegi mengepam pulak.. Alang2 mata takboleh lelap ni better pump susu.. :))

Bai!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 4, 2012

My birth journey - part 2



Salam.

Da lama da pending citer ni sebab malas sangat nak menaip karangan berjela ni.. Kalo buat calculus pon lagi bagus ni.. Huhuhu... Kalo nak baca part 1 punye boleh refer sini

Ok, sambung citer.. Pas balik dari spital tu saya ada jugak rasa sakit kat bawah tu n sakit perut macam contraction sikit2 tapi since da tau kan sakit tu sebab candida so ignore jelah.. Malas da nak layan.. Buat keje umah macam biase.. Saya duk naik turun tangga, menyapu n buat housework kunun2 nak bagi bukaan tu berganjak cepat sikit.. Tak larat dah nak bawak perut plus xsesabo nak tengok muka baby.. Heee.. Dalam pada tu nervous jugak pikir canelah sakit nak bersalin nanti, mudah ke susah.. Haihhh.. Takotla bile dipikiorkan.. Incik hubby pon agaknye naik berbulu telinga kot dengar bini dia ni asyik duk tanye "sakit ke tak ha sakit ke tak ha".. Pastu sibuk tanya "abang nervous tak?" lapan belas ratus kali.. =_=' last2 malas dah nak pikir.. Haha.. Sebab nanti cane2 pun nak tanak memang kena lalui jugak.. Nak patah balik da takbole da kan.. :p so redah jelahhh... Sebenarnya tension pun ada jugak sebab pas bape ari still tak beranak jugak.. My parent n my siblings keep on asking da beranak ke blum.. Dorang plak yang nervous sebab ni cucu pertama dalam keluarga saya.. Abang & kakak saya masih belum ada rezeki..

13 April 2012
Petang tu saya monitor kekerapan contraction dah every 20 minutes n da regular.. Masa tu tertanya-tanya la jugak eh da nak beranak ke.. Takpe tunggu dulu.. Cool.. Belom rasa sakit pon.. Sampai la malam tu contraction da makin kerap da every 10 minutes.. Baru saya bagitau incik hubby.. Takpe cool lagi.. Sempat gelak2 lagi.. Hehe.. Sebab takut false alarm lagi sekali kan.. Kitorang masak sama2 pastu saje suka suki try guna application kat internet untuk kira contraction ni.. Masa tu perut saya mengeras antara 30-40 saat for every 7 minutes.. Kami duk monitor contraction ni sampaila tengah malam.. Contraction da jadik 5 minit sekali masa tu & memang saya rasa lain daripada waktu false alarm dulu tu.. Everytime contraction tu datang perut rasa tak selesa sangat n ade rasa period pain sket tapi masih boley senyum.. Saya ingat lagi waktu tu tengah bersembang dengan incik hubby.. Everytime contraction datang saya tetibe senyap sebab tengah tahan sakit.. Incik hubby cakap "tengah contraction la tu".. Hehehe.. Da 2-3 jam contraction maintain je 5 minit sekali n sakit tu makin bertambah sikit2 tapi saya masih boleh tahan.. Sebab dulu da biasa senggugut kan.. Ade advantage jugak kan Allah bagi rasa senggugut masa remaja dulu.. Hihi.. Incik hubby decide pegi hospital jelah takut memang da nak beranak.. Masa tu saya berbelah bahagi.. Ingat nak tunggu esok je nak tido dulu sebab saya ngantuk n penat sangat satu hari tu tak tido langsung.. Pastu diskas ngan incik hubby nak terus refer my gynae or nak check bukaan kat klinik dulu.. Tapi da tengah2 malam klinik mana yang bukak n cane nak sure doc laki ke pompuan.. Last2 pegi jelah hospital kerajaan (walaupun takut kalo doc laki yang check bukaan) just nak check contraction je dulu.. Sebab my gynae cakap kalo contraction da kerap n regular, pegi check dulu kat klinik baru datang jumpa dia sebab takut bukaan tu baru sikit.. Except kalo waterbag leaking or da tak tahan sakit sangat boley terus pegi jumpa dia.. Sebab dia pon consider umah kami jauh jugak dari spital..

14 April 2012
Sampai kat hospital, nurse suruh baring & kangkangkan kaki nak check bukaan.. Hattoii takotnye nak check bukaan nih!! Takpe takpe cuba bertenang.. Nasib baik nurse ni baik je ajak bersembang n saya boleh bertenang so takdela sakit sangat.. Saya tanyala da berapa cm.. Masih lagi 1 cm!!! =_=' haihhh.. Takpe takpe bawak bersabor.. Tak sesabo betul lah.. Huhu.. Pastu dia pasang alat CTG tu nak check contraction.. Memang da every 5 minutes.. Masa ni sakit da makin bertambah & saya da tak selesa baring.. Rasa nak melompat je.. Haha.. Tengah buat CTG tu ada HO laki masuk.. Tengah2 saya duk tahan sakit tu banyak plak soalan yang dia tanya.. Semuanya soalan yang nurse tu dah tanya.. =_=' pastu dia cakap nanti dia nak check bukaan lagi sekali.. Whatttttt???!!! *menjerit campur hangin dalam hati* Saya tanya la nape nak check lagi skali? Tadi kan dah check? Tak sampai bape minit pon.. Dia cakap tadi nurse yang check.. Doc memang kena check lagi skali untuk dapat result yang betul2.. Huh??? Dahtu result nurse tadi tu result acah2 jela ek?? Ingat kiter punye ni barang mainan nak main seluk banyak kali sesuka hati.. memang saya nak hangin satu badan je masa tu tapi sebab tengah sakit so sabokan jelah.. Saya bukanlah anti hospital kerajaan sangat, banyak je gomen hospital yang ok tapi hospital ni memang saya cukup tak suke.. Sebab da banyak sangat dengar citer2 tak bagus & jugak pengalaman buruk mak saya beranakkan adik saya sendiri kat sini.. My Gynae penah cakap tak boleh selalu seluk takut nanti jangkitan kuman.. Check bukaan based on progress patient n tengok jugak bape jam skali.. Ini tak sampai 15 minit nak check lagi.. Eeee hangin betol...!

Ok sambung citer.. Doc tu tanye boleh ye kak ye.. Masa tu nak je cakap takbole.. Kalo nak pegi tanye suami saya dulu.. Boleh tak gitu?? Huhu.. Tapi memang saya tak sanggup sangat masa tu.. Terpaksa redha jelah sebab doc tu tanya juz sekadar berbasa basi, ko nak ke tanak memang aku nak check jugak! Camtula lebey kurang.. Huuu.. Tak sangguuuuppppp... Kalo doc pompuan takpela jugak.. Memangla dia da biasa tengok kan tapi ah ko bukan pompuan ko takkan paham.. Kenapa la kiter takbley request doc laki ke pompuan kat gomen ye? Hmmm.. *sigh*

Kali ni dia guna speculum...ala benda alah panjang macam mulut itik tuuuu... Tengok pun da gerun.. Mau rabak ni kalo dia letak benda alah ni.. :/ Time dia letak tu rasa sakit sikit je sebab saya da boleh control emosi n cuba bernafas macam biasa.. Tapi aduhaiiiii.. Pehal lama sangat amik masa nak check bape cm tu?? Ingat kiter ni takde rasa malu ke terkangkang camtu lama2 dpn bukan muhrim?? Lelaki plak tu! Huk.. Rasa aib sangat waktu tu.. Dia cakap still 1 cm.. Kan dah kate.. Sibuk nak check jugak.. Dia suruh admit malam tu jugak.. Saya cakapla saya nak pegi private, kan dah bagitau awal2 datang sini nak check contraction je.. Lagipun baru 1cm.. Dari 9hb lagi 1cm tak berganjak.. Doc tu cakap kiter just nak rawat candida tu je.. Pastu nurse tu nyampuk "takpe masuk je dulu, belum tentu esok da beranak"..ewah macamla ko tuhan nak tentukan bila baby ni nak kua.. Saya taktau nak cakap ape masa tu.. Nurse tu cakap nanti dia bagitau incik hubby.. Incik hubby kat luar masa tu takle masuk.. Henpon pun dengan incik hubby so kami takle nak communicate.. Sedih plak masa tu.. Saya ingatkan doc n nurse tu da bincang dengan incik hubby pasal ni.. So saya pegi jelah tuka baju pink tu bila disuruh.. Rupenye bila saya keluar incik hubby cakap nurse tu tak bagitau ape2 pun.. Memang kami bengang sebab nak balik tapi takboleh.. Buku pink saya pon masih dalam simpanan nurse tu.. Ikut hati nak lari je.. =_=' time dorang tengah prepare untuk saya masuk wad tu tak abes2 dorang tanye saya kenapa nak bersalin kat private?? Nak je jawab eh suke hati aku lah nak bersalin kat mane pon nape ko sibuk tapi sebab saya ni masih lagi baik hati heh so saya jawabla elok2.. Lupe dah ape saya jawab.. Hehe..

Dalam keterpaksaan kami masuk jugakla wad.. Hospital ni takde first class second class ye.. Satu section ada 8 katil so berhimpitlah di situ.. Nak tutup langsir pengadang tu pun tak lepas.. Sangkut kat laci.. Sangat tak selesa sebab husband kat situ keluar masuk nak anta barang kul bape pun.. Saat paling sedih bila incik hubby nak balik.. Gomen hospital mane bleh teman kan.. So better balik dulu lah since dia pon tak cukup rehat.. Lagipun umah dekat je.. Malam tu saya nangis sebab sedih duk kat wad sorang2 menanggung sakit tanpa incik hubby.. Kanak2 ribena betullah kan.. =_=' pastu sedih sebab tak dapat balik.. Tension mak! Akak2 kat situ ingat saya nangis sebab sakit.. Takpelah whatever lah orang nak anggap ape pun.. Saya tak bleh pikir ape dah cume pikir nak balik n tanak beranak kat sini... :'( saya tak putus-putus doa supaya esok boleh keluar wad n bersalin kat private hospital..

Masa tu badan letih sangat2.. Try la baring.. Nak tido la kunun kan.. Tapi makin lama sakit tu makin bertambah.. Pusing kanan tak kena pusing kiri tak kena.. Telentang lagi la tak kena.. Nak meniarap hishhh acaner tuh.. Last2 saya bangun saya tawaf satu wad tu.. Sebelah pada sebelah katil saya tu *amboi susah benor nak explain* ade baby.. Dalam hati ni duk jeles bestnyer dia da beranak aku ni bile lah.. Sempat lagi nak jeles tu dalam duk sakit2.. :p da puas berjalan n tegur akak2 kat situ, saya cuba baring.. Penat dah jalan.. Sekali makin sakit plak dah.. Adoiiii achaner nih.. Jenuh nak berjalan.. Nak duduk pon takboleh.. Saya text incik hubby cakap makin sakit.. Dia pun duk risau nak tido pun tak lena.. Saya cakap takpelah pegila tido simpan energy.. Nanti saya apdet lagi.. Saya tengok orang lain rilekk jerr baik punyer baring atas katil.. Siap tido kawkaw punye macam takde ape pun.. Takpelah tu rezeki masing2 kan.. Ada yang sakit sangat ade yang tak sakit langsung macam mak saya.. Saya banyakkan baca doa nabi yunus & bismillah enam.. Pastu saya baca jugak potongan ayat untuk percepatkan bukaan serviks.. Dalam surah mana saya da lupa plak.. Kena bukak notes semula..

Sampai pukul 4 pagi saya tak jugak tido.. Apetah lagi nak duduk atau baring.. Saya cuma bleh berjalan untuk kurangkan sakit.. Da hampir 4 jam saya merayau patah balik dalam wad tu sampai nurse asyik tanye "sakit sangat ke".. Wah nak je jawab eh takdelah kak sedap sangat ni.. Da nampak muka orang berkerut lagi mau tanya.. =_=' sakit contraction yang saya rasa tu macam sakit senggugut tapi berganda2 lagi sakitnya.. Time contraction datang saya terpaksa stop berjalan n paut la kerusi meja yang ada kuat2 selagi boleh.. Pastu amik nafas dalam2.. 5 minit pastu contraction lagi.. Memang penat! Saya mengantuk sangat2 tapi saya tak boleh nak tido sebab sakit sangat..

6.00 am
Saya nekad nak pegi check bukaan sebab da tak tahan sangat dah.. Nak solat subuh pun saya da tak mampu sebab sakit sangat.. Kat situ kalo nak check bukaan bagitau je kat nurse nanti dia suruh masuk 1 bilik n dia checkkan.. So check punye check dah 2 cm.. Lambat jugak nak berganjak 1 cm nih.. Takpelah atleast dah ade progress.. Saya tanye nurse kat depan tu kalo nak balik esok boleh tak nak pegi private.. Again, dia tanya nape nak bersalin kat private?? =_=' saya malas dah nak layan soalan tu.. Dia cakap kena tunggu doc pakar cakap ape esok tapi taktau doc akan datang kul bape sebab hari minggu.. Takpelah saya tunggu jelah..

8.00 am
Saya cuba jugak baring sebab saya da penat sangat2 berjalan ke hulu ke hilir nonstop selama berjam-jam.. Tapi sakitnya ya allah tak dapat nak describe.. Sampai gigil2 badan ni ha.. Saya cuba jugak bertahan.. Banyakkan baca doa nabi yunus..kul8 tu MO datang check patients.. Perempuan.. Muda lagi.. Pastu ade doc2 muda dalam 5-6 orang yang ikut dia skali termasuk doc lelaki yang check saya malam tadi.. Apelagi, bila turn saya terus saya cakap nak keluar nak pegi private.. Dia tanye kenapa masuk wad kalo nak pegi private?? Wah ini lah soalan yang ditunggu-tunggu.. Saya jawablah *sambil tunjuk kat doc laki tu* dah doc ni yang suruh masuk dulu nak rawat candida tu saya da cakap da nak gi private blablabla potpetpotpet... Padahal sebijik ubat pon saya tak dapat untuk rawat candida tu.. Bersungguh betul saya citer sambil buat muka hangin.. Haha.. MO tu marah kat doc laki tu.. Dia pun terkedu taktau nak jawab apa sampai merah telinga kena marah depan semua orang.. MO tu cakap takpe kiter check dulu bukaan..


Alamak tak dapat nak continue sebab si tecik tu nak susu pulak.. Nanti sambung lagi ye! Okbai! :))




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, September 2, 2012

My breastfeeding journey #5


Runsing.

Resah.

Bimbang.

Tu la perasaan saya sekarang ni.. But still.. Pretending to be cool.. Taknak perasaan risau ni terlalu mengganggu hingga menjejaskan production susu.. Menangis? Tak perlu ditanya.. Itu sudah pasti.. Ibu mana tak sedih, ibu mana tak risau kalau tak dapat berikan yang terbaik buat permata hatinya? Tapi seperti yang saya cakap tadi, menangis tiada gunanya.. Malah mengeruhkan lagi keadaan.. Ape yang lebih teruk, tentulah susu malu2 nak keluar.. =_='

Sejak Mifzal masuk 4 bulan aritu, demandnya mula bertambah.. Kalau dulu dia minum 2 oz setiap sejam.. Sekarang 3-4 oz setiap 1.5/2 jam.. Sejak itulah stok susu dalam deep freezer lebih banyak keluar dari masuk.. Sekarang tinggal dalam 80+ oz sahaja.. Bertambahlah risau hati ni.. Kalau aritu saya pam setiap 3 jam, sekarang saya pam setiap 2 jam.. Hasilnya hanyalah 2.5-4 oz sahaja untuk sekali pam. Namun saya tetap bersyukur.. Saya percaya sebanyak mana saya dapat, sebanyak itulah rezeki Mifzal... Allah lebih mengetahui.. Jadi saya harus bersyukur.. Alhamdulillah.. Sekali Mifzal minum dah habis & saya kena pam lagi.. Dengan erti kata yang lebih mudah, saya harus pam setiap waktu menyusu.. Penat? Sangat!! Tambah pulak saya exclusive pumping.. Kalo direct feed tu lain cerita.. Tapi tak pernah terlintas dalam hati ni untuk merungut sebab saya tahu besar pahalanya.. Saya cuma mahukan anak saya mendapat zat & khasiat terbaik, susu ibunya sendiri.. Bukan saya menolak susu formula, tapi hak menyusu adalah hak seorang anak.. Selagi saya mampu saya akan berusaha sehabis daya, sebaik mungkin! Jika dah termaktub di Luh Mahfuz rezeki Mifzal untuk minum susu ibunya setakat waktu sekian sekian, saya redha.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya.. Sehebat mana pun kita merancang, semeriah camne pun susu kita sekarang, rezeki tiap anak & manusia tetap di tangan Allah.. Itu yang saya pegang.. Rezeki tiap anak takkan sama.. Tapi saya takkan putus2 berdoa & berusaha agar Mifzal dapat minum susu ibunya sehingga sekurang2nya dia berusia 2 tahun..

So far dah 3 hari saya buat power pumping.. Tapi saya cuma dapat dalam 7-8 oz waktu awal pagi sahaja.. Waktu tu kan kadar hormon tengah tinggi.. Waktu lain 2.5-4 oz.. Setiap hari saya minum hampir 4 liter air.. Saya minum milo.. Saya minum susu.. Saya makan lebih banyak dari biasa.. Saya pastikan saya tidur sekejap waktu siang untuk cover rasa letih.. Saya makan kurma jugak tapi kadang2 je sebab da nak habis.. Saya memang buat regular pumping, every 2 hours.. Tapi susu belom nak bertambah lebih dari biasa.. Mungkin belum masanya lagi Allah nak makbulkan permintaan saya.. Tak mengapalah.. Kalau kita bersabar pasti akan ada hasilnya kan? Esok saya nak try minum barli & horlicks pulak.. Nak try jugak masak sayur sawi yang saya tak suka tu.. Ramai yang cakap semua tu boleh tambahkan susu badan.. So far saya cuba je makanan & minuman yang boleh banyakkan susu.. Saya lebih prefer cara natural.. Pernah terlintas nak makan pil untuk tambah susu dari klinik tu tapi ramai yang tak suggest sebab katanya boleh menyebabkan mood kita berubah & sentiasa tak menentu.. Kalo mood selalu ke laut camne nak banyak susu kan? Pilihan terakhir saya adalah Shaklee.. Kenapa saya tak ambil sekarang? Sebab saya perlu detox badan saya dahulu then baru semua supplement tu boleh diserap oleh badan.. Kalau badan dah sarat dengan bahan2 yang tak diperlukan, macam mana bahan yang baik nak masuk? Saya biasa ambil set supplement dari Green City Organic sejak sebelum mengandung lagi.. Semuanya organic based.. Keluarga suami yang suggest n dorang pon memang ambil.. Kalo nak tau lebih lanjut, search je Green City Organic kat youtube.. :)) eh, da lari topik pulak dah.. Ini bukan promote produk ye.. Hehe..

Doakan saya terus kuat & tak mudah patah semangat.. Semoga Allah perbanyakkan susu badan saya & permudahkan rezeki Mifzal.. Amin..



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, September 1, 2012

Mifzal @4months++


Salam..

Malam ni tak berapa nak lelap pulak.. Haihhh.. Camni lah.. Bila ade chance tido awal, mata ni pulak buat hal.. Bila takde chance nak tido awal bukan main pulak dia nak tertutup.. Nyamuk ni pun satu hal.. Banyak pulak ko malam ni ekk.. Sambut merdeka jugak ke? Tension mak! =_='

Ate.. Bila mata payah nak lelap ni moh la kiter cerita pasal Mifzal.. Takde citer lain ye tak.. Ikut suke mak la belog mak kan.. Huhu.. Mifzal skarang ni memang da expert dah meniarap.. Kita baru berpaling sekejap je alih2 bila pusing dia dah selamat da landing.. Bahaya betul.. Memang takble terlepas pandang sikit.. Skarang ni kalo tido pun letak benteng kebal punye takut tergolek sebab dia tido atas katil..

Pegang botol susu sendiri da pandai dah.. Tapi kadang2 terlepas jugak.. Masih dalam proses belajar.. Kadang2 puting botol tu masuk skali ngan jari2 dia dalam mulut.. Bajet mulut awak tu boleh nganga besar sangatlah ye...

Habit terbaru skarang ni, nak main jari kaki plak dah.. Belom masuk dalam mulut lagi tapi jari kaki tu dah hampir la ke mulut.. Orang tua-tua cakap kalo da sampai stage ni maknanya dia nak adik la tuuu.. Yeke?? Takpe, tu orang tua-tua cakap.. Orang muda2 cakap rilek lu, awal lagi laaaa... Hihihihiiiiii...

Di usia 4 bulan setengah ni, Mifzal masih lagi minum susu ibunya.. Alhamdulillah atas rezeki Allah.. Another 1+ month to get my diploma.. :)) wish me luck.. Oh tak sabar plak rasa nak introduce his first solid food.. :)) skarang ni masih gigih mencari ilmu pasal tu.. Tak sabar nak bagi Mifzal rasa air tangan ibu dia plak.. Kalo bleh nak prepare semua tu on my own.. Insyaallah... :))

Oklah, nak tido lah.. Nanti2 hapdet lagi.. Tensen plak dengan nyamuk ni.. =_='

Sleep tight!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 27, 2012

Syawal yang terindah!


Salam.

Da lama dah tak apdet belog.. Aritu sibuk dengan beraya.. Skarang ni sibuk dengan Mifzal yang makin aktif plak.. Tak boleh nak tinggal langsung... =_='

As i mentioned before, tahun ni memang turn beraya kat umah my parents.. Yelah, asalnya memang kena raya berdua je tanpa suami.. Alih2 dia buat surprise plak balik malam raya.. Tokojut den.. Teheehee... Dapatlah beraya bersama sampai raya ketiga sebab raya keempat tu incik hubby dah kena fly.. Takpelah, da syukur sangat2 dapat raya sama2.. Tambah lagi dengan adanya si tecik tu.. Double triple semangatnya.. Baru la syok nak sedondon bertiga.. Heh.. :)) tema kami tahun ni kelabu.. memang seronok beronok2 dapat raya dengan anak kecil walaupun dia merengek kepanasan dengan baju berkolar bagai & tido terganggu.. Sedara mara sepupu sepapat semua pakat nak pegang dukung gomol dia so dapatlah ebu berehat goyang kaki layan biskut raya hahaha... Yang paling syok time kira duet raya la.. :)) dulu kira duet raya sendirik, skarang kira duet raya anak.. Alhamdulillah mudah rezeki anak ebu.. Mekacih aunty2 & uncle2 shemua yang bagi duet raya tu ye.. Taun depan boley bagi lagi.. Kahkahkah..

Alhamdulillah jugak walaupun sibuk beraya Allah permudahkan saya untuk pam susu.. Sentiasa ada ruang kosong untuk mengepam.. Walaupun penat sangat2 & terpaksa korbankan waktu tido.. Kalo tak anak ebu nak makan ape ye tak.. Nak seribu daya taknak seribu dalih.. :)) oh btw skarang Mifzal da minum 3-4 oz every 2-3 hours.. Sometimes sejam sekali.. Memang tak terkejar sebab saya exclusive pumping.. Kalo da penat sangat ngam2 dapat 4 oz je.. Breast sempat rehat 2 jam je pastu kena pam lagi.. Nasib baik ade stock ebm yang frozen tu.. So far saya da gune 28 oz yang bulan june punye and da ditopupkan dengan stok bulan ni.. Bolehla nak survive lagi.. Tapi tahap kritikal jugak sebab sekarang ni ade dalam 100 oz je dalam deep freezer tu.. Huhu.. Allah pls help me.. Semoga susu saya sentiasa cukup untuk menampung keperluan Mifzal sampai 2 tahun.. Tapi skarang punye target adalah full breastmilk sampai dia 6 bulan.. Another 1++ months to go.. Yakin boleh! ^__^

Ade satu benda lagi yang meng'eksaited'kan ebu.. Syawal ke 4 aritu dengan rasminya Mifzal da boleh meniarap @ 10.54pm.. Yeayyyyy... *lompat bintang*.. alhamdulillah.. Ebu so proud of you my son! Skarang ni dah expert dah, less then 10 seconds da boleh terbalikkan badan dia.. pantang letak je atas tilam mesti nak meniarap.. Time nak pakai diapers pon sibuk nak meniarap. Time nangis2 pon sempat lagi nak meniarap.. Memang takble bia dia baring sorang2.. Sebab dia memang da terer berpusing & menjulur before dapat skill meniarap tu.. Kalo waktu tido saya letak bantal besar penghadang kiri kanan.. Katil queen tu dia sorang je tido.. Ebu tido atas tilam bujang kat bawah.. Hehe.. Nampak bebenor anak & ebu sama2 tido buas.. Kehkehkeh..

Kesian incik hubby takbole nak tengok live.. Takpelah aritu da tengok thru skype & oovoo.. Nanti balik boleh tengok lagi.. Lagi 2 minggu je pun nak balik kan... pastu tok & wan dari kedah pun boleh tengok bila datang umah nanti.. :))

Okelah, itu ajer yang sempat apdet buat masa ni.. Masa tak mengizinkan.. Birth story punye apdet pun still pending.. Hehe.. Will apdet later k.. Till then!

SELAMAT HARI RAYA!!! ^___^




- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 18, 2012

Kepulangan yang dinanti..

Salam..


Tanak cakap banyak sebab arini super duper busy segala macam benda nak buat.. Ingat nak buat kek malam ni tapi tengoklah dulu camana.. Hehe.. Japlagi nak buat acar timun...

Tahun ni raya kami secara sederhana sahaja.. Wah sebelum ni raya melampau lampau la ek? Haha.. Takdelah.. Biskut raya pon nan adoooo... Yang ada hanyalah biskut tunjuk sahaja.. Raya pertama kat umah my parent ni biasela menu nasik minyak, gulai daging & ayam goreng berempah.. Pastu my parent buat tapai pulut.. Sate tempah masa raya ketiga nanti.. Semalam baru datang mode sedey sebab tak dapat raya bertiga tahun ni.. Nak buat cemana kan incik hubby tengah onshore.. Tuptup pagi tadik dia col dari Miri cakap tengah tunggu flight nak balik.. Hiphiphooorayyyy.... *lompat bintang* Baru la ade mood raya.. :)) Kalo tau siang2 dah buat kek itu biskut ini.. Kahkahkah.. Kununnnn... Alhamdulillah tahun ni dapat raya bersama.. Bertiga lebih baik.. :))

Ok itu ajer nak cakap.. Pasni taktau dapat berbelog ke tak sebab busy beraya.. Chewah.. Hakhak.. Akhir kata untuk kali ini,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA.. BERAYA LAH SECARA BERHEMAH.. :))







- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 15, 2012

Mifzal @4 months



Salam.. Just nak apdet milestone my lil Mifzal.. He turns 4 months already.. Oh how time flies.. tapi masih berhutang baki cerita about my birth.. Hehe.. Nanti la yep.. Belom ada waktu yang betul2 terluang.. Asyik masuk draft ajer.. Huhu..

Semalam pegi jumpa his paed for injection imunisasi pneumococal.. Other than that takde apelah.. Everything is fine.. Berat Mifzal sekarang adalah 6.6kg.. Manyak berat wooo.. Makin sakit tangan ni dukung dia.. Tapi takpelah sayang, janji awak sihat selalu ye.. :)) Dia tak demam Alhamdulillah cuma badan suam2 kuku.. Temperature pon around 36.8 degree celcius.. Tapi saya bagi jugak ubat demam juz in case dia panas dalam.. Cuaca skarang plak panas terik.. Sampai ruam sikit kat badan dia.. Saya mandikan dia 3x sehari.. Siang takyah pakaikan baju.. Better for him..

Mifzal masih belum boleh meniarap.. Takpelah, try your best oke sayang.. One step at a time.. No rush at all.. Ebu will always support u.. Tapi bila letak dia dalam posisi meniarap, memang dia da boleh mengengsot or menjulur or whatever istilah lah i'm not so sure.. And da boleh pusing nak tuka arah.. Hehe.. Takboleh dibiarkan.. Tengok2 da ade kat penjuru katil.. Kuss semangat..

Masih lagi menyembur.. Tapi da kurang berbanding dulu.. Kurang sikit ajerr pon..

Takde sangat dah nak menjerit macam dulu tapi ada habit baru - membebel dalam keadaan mulut tertutup or just like humming.. Semangat dengan riak muka sekali.. Huhu..

Kalo nak tido or time menyusu mesti tangan tu nak grab or pegang something.. Main2 dulu hayun2 tangan then baru lena.. Genggaman tangan pon dah makin kuat.. Selalu jugak spec ebu ditarik2nya termasuklah rambut ebu sekali.. =_='

Dah pandai tiru mimik muka or bunyi yang kita buat.. Macam ketap bibir, mencebik..

Masih seperti dulu, sangat sangat suka mandi.. Saya mandikan dia kat shower je takde dah besen2 ni.. Dia tak duduk diam pasal over excited sangat.. :))

Diaper da saiz L pon since he was 3++ aritu.. Peha KFC betul.. Kalo dudukkan dia atas riba, dia suka main dengan kaki sendiri.. Macam pelik je tengok kaki sendiri.. Hehe..

Masih lagi menyusu susu ibunya (2-3 oz every 1-2 hours) walaupun melalui botol.. Alhamdulillah.. :))

Teruskan membesar dengan sihat sempurna ye anak ebu.. Ebu & abah love u eternity! ^__^




- Posted using BlogPress from my iPhone

Exclusive pumping mother (EPM)



Salam.

Sedar tak sedar da hampir 2 bulan saya menjadi exclusive pumping mother.. Kalo korang taktau apekebenda alahnye tu korang google jela yep.. :)) ingat lagi tak saya penah share pasal Mifzal tanak direct feeding sebab milk flow terlalu laju? Yes, i keep trying very hard but he refuse to! Until now.. Bila saya suakan aje my nipple dia memang tanak.. Kadang2 berjaya jugak let him sucks for 2-3 minutes but then dia buat muka uwekkk nak muntahh.. Takpe saya tak give up saya try lagi, dia hisap but again uwekkk.. Oh sedihnya.. :(( skarang ni betul2 dah kes nipple confusion.. Memang sedih bila difikirkan.. I'm a fulltime housewife but i can't direct feed my son! Oh klakar kan? Emm, tak klakar pon.. Sedih lagi ade.. Hukhuk.. :((

Tapi skarang ni saya tetap jugak berusaha direct feed dia walaupun tak pernah berjaya.. Kalau tak dapat jugak redha jelah jadik EPM ni.. Asalkan Mifzal tetap dapat khasiat susu ibunya.. Malas dah nak tensen2 pikir tak dapat direct feed.. Better fikir camne nak maintain susu sentiasa meriah.. Skarang ni saya tak dapat nak buat stok frozen EBM sebab sebanyak mana saya perah sebanyak tu lah Mifzal minum.. Dalam sehari saya dapat around 28-34 oz.. Kalo ada baki nak masuk dalam fridge pun dalam 2 oz je tu pun jarang.. Takpelah.. Rezeki Mifzal pasti ada.. Allah kan Maha Pemurah.. :))

Memang saya akui saya perlukan mental yang sangat kuat untuk memastikan target saya nak menyusukan Mifzal sampai 2 tahun tercapai.. Mana taknya, every 4-5 hours saya nak kena mengepam.. Kalau siang, waktu Mifzal tido adalah waktu untuk saya mengepam.. Kadang2 kalo nasib baik Mifzal tak meragam, saya akan pam waktu menyusukan dia.. Sebelah tangan pegang botol untuk susukan dia sebelah lagi pegang corong pam.. Tengah2 malam pun kena bangun untuk mengepam.. Sebab Mifzal memang akan bangun nak susu.. So i need to prepare enough milk before he wakes up.. Kadang2 terlajak tido jugak tapi Alhamdulillah Allah sentiasa membantu.. cepat2 saya pam dengan kepala masih mamai2 tu, dan2 cukup susu untuk dia minum baru dia terjaga.. Alhamdulillah di sebalik kesusahan saya Allah telah memudahkan saya.. Betul la orang cakap kalau niat kita baik memang Allah akan tolong.. Semoga Allah mengurniakan saya semangat & jiwa yang kental untuk terus menyusukan Mifzal.. Walaupun hanya melalui botol sebagai perantaraannya.. :') Penat memang super duper penat.. Kadang2 tak sempat nak rehat langsung.. Bukan kadang2, selalunya.. :)) semua kerja saya lakukan dalam keadaan rushing.. Dah siap satu kerja, kerja lain pula menanti.. Da siap kerja lain, Mifzal pula menanti.. Hehe.. Da macam tangan sotong dah..

Terus terang saya cakap saya sangat2 rindukan saat di mana Mifzal kemas dalam pelukan saya, menyusu di nipple saya dengan gembiranya sampai sakit belakang saya sebab dia asyik nak mengempeng.. Nipple pedih toksah cakapla tapi saya tahankan jugak.. Rasa puas dapat tengok dia menyusu.. Tapi itu 2 bulan yang lepas.. Skarang tiada lagi nikmat itu.. Betapa sedihnya saya hanya Allah yang tau.. Berapa banyak airmata saya mengalir disebabkan itu hanya Dia yang mengetahui.. Tapi saya taknak terlalu ikutkan perasaan.. Sebab setitis airmata seorang ibu menitis kerana anaknya, 10 kebajikan anak itu akan hilang.. & saya takmahu itu berlaku.. Biarlah orang mengata.. Biarlah saya tak dapat direct feed Mifzal seperti ibu2 lain.. Saya masih bersyukur.. Sekurang2nya saya masih mampu bekalkan Mifzal dengan susu saya sendiri setiap hari.. Sehingga kini.. Alhamdulillah.. :')


1) " Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala dari tiap - tiap titik susu yang diberikannya."

2) "Jika wanita menyusui anaknya sehingga 2 1/2 tahun maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."

3) "Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis Allah akan memberi pahala satu tahun solat & puasa"


Semoga semua ini akan terus menjadi pembakar semangat saya agar tak mudah berputus asa.. Aminn.. Sesungguhnya di sebalik setiap kesusahan pasti akan ada kebahagiaan di penghujungnya..



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 11, 2012

Diapers la pulak..



Salam..

Semalam sehari suntuk duk survey pasal diapers ni.. Orang dulu2 suke sebut pampers je kan sebab dulu kan jenama tu yang famous.. Tapi skarang ni harga pun boleh tahan jugak mahalnya.. Cakap soal diapers ni ofkos la kite nak beli yang the best for our child kan.. Yang tak mudah bocor, lembut, selesa, pelekat bagus etc...

Masa Mifzal lahir dulu kami pakaikan dia diapers Whoopee.. Brand yang baru kuar.. Alkisahnya masa saya pregnant saya da ushar2 dah diapers brand ape yang nak dibeli.. Tapi bila pegi motherhood expo kat KLCC bulan mac kot, tengok ramai sangat mak2 yang borong diapers brand ni.. Ada yang sampai 4-5 bungkus sorang.. Masa tu hairan bin taksub la jugak kan baby memang pakai diapers banyak cenggitu eh memang kena beli banyak cenggitu eh..ok ke brand tu tak penah dengo pun.. :p maklumla belom beranak & taktau lagi hal2 diapers ni.. Jaga adik kecik dulu pun 12 tahun yang lepas.. Mana nak ingat..

So memandangkan mak2 kat situ tanpa ragu2nya memborong diapers cap whoopee tu so incik hubby pon nak borong jugaklah.. Try je kot2 ok.. Kami beli 2 bungkus.. Si isteri ni plak "eh watpe banyak sangat satu dahla.." last2 incik hubby beli dua jugak.. Hehe.. Kat expo tu dia jual RM 20 untuk satu bungkus.. Kami beli saiz S lah yang paling kecik.. Kalo harga biasa tak ingat.. Tapi last beli hari tu kat carrefour (eh ke kat Jusco da lupe) M69 harganya RM 26.90.. Tapi yang tak bestnya pasal whoopee ni pasaraya biasa takde jual.. Ade kat giant ngan carrefour je.. Diaper dia tebal, tak lembut sangat.. Pelekat dia bagus boleh bukak tutup banyak kali.. So far Mifzal pakai okla.. Kalo lama sangat pakai sebab ebu dia terlajak tido tak tuka kadang2 bocor jugak kalo Mifzal kencing banyak.. Tapi most of the time tak bocor.. Dia pon ok takder rashes.. Awal2 pakai tu adela jugak sikit2 tapi da sapu Drapolene terus hilang so proceed je lah brand ni.. Okla..





Bila out of stock abis semua kedai takde saiz yang kami nak *tensen* kami beli petpet pulak.. Petpet ni lagi lembut.. Pelekat pon bagus jugak macam whoopee.. Serapan pon bagus jugak.. So far pakai baru sekali la bocor tu pun sebab lama sangat tak tuka.. Tapi hari tu bird dia jadi merah plak.. That's y ebu dia ni nak mencari alternatif lain pulak.. Da borong dah whoopee siap2 2 bungkus sebelum incik hubby pegi keje aritu tuptup baru pakai satu keping da ketatla pulak.. Hadoiiii... Bazir plak.. Tak sangka secepat ni dia nak tuka saiz.. Ni tengah gigih melelong yang tak terpakai 2 bungkus tu.. Since whoopee ni payah benor nak dapat kat market biasa, so saya nak try brand lain la plak.. Boringlah asyik pakai hat tuuuuu jaa.. :))





So hari ni for first trial i bought Diapex Easy L20 untuk pakai siang and Huggies Total Protection L56 untuk pakai malam.. Haihhhh.. Da pakai saiz L dah anak ebu arini.. Cepat nau besonye.. Hihi.. Diapex tu RM 11.99 kot.. Huggies tu RM34.90.. Baru arini try so nak review pon masih terlalu awal sebab baru satu hari pakai.. Tapi saya memang suke brand Huggies tu.. Lembut pon lembut.. Dari segi design memang memenuhi citarasa saya lah.. Saya kalo pilih pampers ni mesti nak tekankan tang bahagian pinggang tu.. Kalo pakai bia nampak kemas & kukuh dia pegang pinggang baby..takde lobang sana sini.. Dan Huggies ade kelebihan itu.. Hehe.. Pelekat dia pon ok.. Semalam pakai lebih dari 10 jam memang takde bocor walaupun bila kita bukak check tu memang berat dah air kencing.. So i give it 4 out of 5.. Setakat review satu hari ni la ye.. :))





Diapex pulak saya tak sure lagi sebab dua hari ni Mifzal asyik meragam.. So 3-4 jam saya da tuka pampers dia.. Tapi untuk tempoh 3-4 jam tu takdela bocor.. Maybe kencing tak banyak or maybe jugak pampers tu serap elok.. Wallahualam.. Kena tengok sehari dua lagi..





Kalo da ok maintain jelah brand ni.. Kalo tak, cuba brand lain pulak.. Saya ada request free sample, banyak brand jugak tapi belom dapat lagi.. Ni kalo dikira2 ni habis dekat RM 150 jugak sebulan untuk diapers sahaja.. Phewww.. Nak try yang mahal sangat pun saya tak berapa suka.. Maybe tu pilihan terakhir.. Sebab tanak biasakan anak dengan barang2 mahal.. Except... Kalo dah itu jerr yang tinggal yang boleh bagi keselesaan kat dia n brand lain mendatangkan kemudaratan pada dia.. Hihi.. Tapi budget pon agak2 la.. Kalo pakai yang murah tapi kena tuka banyak kali pun no point jugak kan? Kalo pakai yang mahal sedangkan yang sederhana pon selesa untuk dia takde masalah ape so y not pilih yang sederhana kan? Allah kan suke kite bersederhana.. :)) anyway ade pro n cons la benda2 cenggini.. Terpulang pada diri masing2.. Tapi mahal ke sederhana ke murah ke.. Pengakhirannya tetap sama.. Ke tong sampah jua akhirnya...

^_____^



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 7, 2012

Saja-saja



Salam.

Baru lepas pam susu.. Dapat 6 oz je... Takpelah.. Skarang ni kadang2 dapat banyak adakala dapat sikit.. Alhamdulillah.. saya bersyukur atas rezeki yang Allah bagi.. Saya taknak pikir negatif.. Saya akan buat sehabis baik demi amanah Allah ini.. Mungkin badan tengah nak adjust sebab red flag tak abis lagi.. Mungkin jugak sebab saya penat menjaga Mifzal seorang diri.. Biasenye incik hubby ada tolong mana yang patut.. Ni incik hubby da pegi keje macam ilang sebelah tangan.. Hehe..

Tadi incik hubby da warning awal2 jangan apdet belog terus tido sebab dia tau saya penat & tak cukup tidur.. Niat asal memang nak terus tido je tapi sebab Mifzal tido tak nyenyak & nak susu tadi so mata da jadi tak ngantuk plak.. Hehe.. Plus nyamuk banyak la plak.. Haihh.. Ebu pinjam kelambu Mifzal boley? :)) tapi bila dipikirkan balik memang penat ni takkan abis.. Standard lah ada anak kecik memang setiap hari tak cukup tido n super duper penat.. So kalo setakat mengapdet belog sekejap rasenye takpe kot.. Hihihiii... *mau kena bambu ngan incik hubby ni*

2 hari lepas Mifzal tido lambat.. Pukul 2 pagi baru dia tido.. Biasenye pukul12 dia da lelap dah.. Tapi 2 hari lepas tetibe lewat plak.. Nasib baik arini da back to normal.. Kalo tak jenuhla ebu sebab dia asyik nak bersembang aje.. Bila kita letak atas tilam nak tepuk2 nak train tido sendiri dia boleh sengih2 makin galak plak ingat orang ajak dia main.. =_='

Pastu 2-3 hari ni jugak dia asyik duk menyembur je.. Orang tua-tua cakap kalo anak menyembur nanti rambut ebu gugur dengan banyaknye.. Tapi rambut ebu ni da memang selalu gugur pun.. Sembur lah sebanyak air paip pun tetap gugur jugak.. Hehe.. Memang da lama dah dia menyembur tapi jarang sangat dia buat.. Tapi 2-3 hari ni macam dah jadi habit dah.. Time kite tengah baekkk punye dodoi dia tido atas bahu boleh plak dia sembur air liur tu.. Haihh.. Rasa nak geget2 jerr pipi comel tu.. Camnelah hati ebu ni tak cair.. Ade je keletah dia yang menghiburkan hati.. :))

Skarang ni Mifzal suke sangat kalo ebu nyanyi kat dia.. Alah bukan sampai buat konsert pon setakat lagu tepuk amai2, baba blacksheep, old mcdonald, alif ba ta, 25 rasul.. Sampai kadang2 da suara ella dah ebu nyanyi sebab mengantuk campur penat.. Tapi dia sengih2 jugak hepi.. Nasibla suara ebu sedap kan.. Kahkahkah.. Lempang diri sendiri laju-laju..

Sebenarnya takde ape sangat pon nak apdet ni.. Saje nak bagi mengantuk so apdet la kejap.. Ni skarang da ngantuk so nak tido dulu lah.. :p

Sleep tite everyone!

*Mifzal tido lama sket ye sayang baru nenen.. Bagi can la kat ebu nak mengerekot lama sket atas tilam ni... Huhu.. :p *


^______^



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 6, 2012

Pedih ulu hati semasa mengandung


Salam.

Ada tak sape2 yang alami pedih ulu hati masa mengandung? Pengalaman saya jangan cakaplah.. 5 bulan pertama saya muntah teruk, so masalah ni sangat mengganggu.. Pedih, sakit & perit.. Bila perut makin membesar lagi la bertambah-tambah pedih.. Gaviscon dah berbotol2 saya telan masa preggy.. Itu aje yang mampu.. Sebab saya tak boleh nak buat apa dah, kawal makan pon tak jalan jugak.. Dah cuba macam2 tips semuanya gagal.. Akhirnya pasrah sajelah & malam2 terpaksa tido dengan bantal tinggi sampai lenguh tengkuk.. :((

Kat sini saya nak share pasal pedih ulu hati masa ngandung..

Source: http://portal.alamhamil.com/



Punca Terjadi Pedih Ulu Hati

Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.

Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.

Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.

Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan.

Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.


Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati

Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.

- Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
- Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
- Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
- Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
- Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
- Banyakkan minum air terutamanya air putih.
- Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok.
- Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
- Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
- Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
- Elakkan dari berbaring rata.
- Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
- Jangan merokok dan meminum alkohol.

Rawatan perubatan untuk pedih ulu hati

Jika pedih ulu hati menjadi lebih ketara, doktor anda mungkin akan menyarankan ubat gastrik bagi mengurangkan kepekatan asid dalam perut. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kerana tidak semua ubat gastrik sesuai di ambil semasa hamil. Sebagai contoh, Antasid walaupun ia selamat untuk dimakan tetapi mengandungi kandungan garam yang tinggi dan tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai darah tinggi semasa hamil.

Elakkan sebarang ubat tahan sakit yang mengandungi aspirin dalam dos ysng tinggi dan pastikan doktor anda diberitahu sebarang sejarah perubatan yang lepas seperti penyakit usus, ulcer perut atau pemeriksaan Endoskopi.

Dalam keadaan yang lebih serius, doktor mungkin akan mencadangkan satu prosedur yang dipanggil Endoskopi untuk melihat kemungkinan ada sebarang luka dalam esofagus atau perut anda. Sekiranya simtom menjadi lebih teruk, terdapat rawatan yang lebih berkesan dan selamat semasa hamil./i>



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, August 5, 2012

Raya oh raya



Salam.

Da tak lama dah nak raya rupenyer.. Tak sedar pun.. Dalam kepala ni asyik duk kira bila incik hubby nak balik bukan kira bila nak raya.. Huhu.. Btw incik hubby da 3 hari pegi keje & dah dua hari jugaklah kami tak dapat puasa sama2.. Eh puasa ke haha.. Jenuh nak mengganti nanti ni hoiii... Jeles tengok orang lain yang le puasa direct sebulan tanpa choti.. Takpe takpe kite enjoy dulu lah.. :p

Raya kali ni tak best sebab kami tak dapat nak raya sama2.. How sad.. Sobsob.. :(( But i do hope that one fine moment his boss will kindly approve his leaving even for just a day *kalo seminggu pon sodap heheh* for us to celebrate Aidilfitri together.. Semoga dilembutkan hatinya di bulan Ramadan yang mulia ini walaupun bos dia tak puasa.. :p tapi toksah berharap sangatlah ebu hoiii.. =_='

Cakap pasal raya ni mesti seme orang tengah sibuk buat preparation kan.. Kalo zaman bujang dulu time cenggini saya da start sibuk buat biskut raya.. Kalo larat buat banyak saya akan jual kat jiran2 yang nak.. Sangat menguntungkan! Tapi taun ni dengan adanya si tecik ni memang jawapannya biskut tunjuk aje leww.. Hehe.. Nan adoo la nak membuatnya.. Lotih mak.. Tapi taktaula kan tetibe datang angin kuskus nak buat biskut tu kek ni.. Tu belakang cerita.. Baru ni pegi bazar ramadan beli 2 bekas biskut.. Saja try test n sebab rasa teringin sangat nak mengunyah biskut raya..









Saya beli biskut semperit & tart nenas.. Biskut semperit tu da selamat masuk perut semua dah.. :)) takyah tunggu raya pun.. Skarang ni teringinnnnn sangat nak makan biskut sarang semut tapi still tak jumpa sesape jual.. Huuu... Umah sape ade nak sikit!









Pinjam gambo dari incik google.. :)) raya kalo takde biskut raya memang tak meriah kan.. Tu bab makan.. Bab pakai plak? Ka-ching! Hadoi.. Raya ni memang ongkos lagi banyak kua dari yang masuk kan? :)) kalo dulu memang spend duet gaji sendre, kali ni da jadik fulltime housewife perabihkan duet laki la plak kan.. Huahuahua.. :p Takdelah camtu.. Aritu masa balik kampung incik hubby, dia da belikan sepasang kurung nan kelabu.. :)) *tengkiu incik hubby* Memang saya nak sepasang je sebab baju bajan kurung yang upah jahit untuk mengajar dulu banyak lagi yang masih baru & tak terpakai.. Tapi sebenarnya kan bila da masuk golongan mak-mak ni takde dah nak berbaju raya sangat.. Meroyan beli baju anak je.. Hee.. Patutla mak ayah kiter tak beli baju raya sangat.. Asyik beli untuk anak je.. Baru tau kepuasan tu camne..

Untuk Mifzal, saya da belikan 2 helai kemeja + seluar.. Baju tido raya pun beli jugak 2 helai.. Hihi.. takdelah nak buat raya sangat pon saje nak tambah koleksi baju tido sebab dia selalu muak susu.. Rompers pon beli jugak 3 helai *yang dulu beli online tu* tapi rasanya muat 1 je untuk raya ni sebab dua lagi saiz besar.. Yang lain, baju bajan orang hadiahkan.. Mekacey shumerrr... :)) tapi kalo ikut hati ni kan, pegi mane2 nampak je baju baby rasa gatalllllll je tangan ni nak gi belek2 & sambar mana yang berkenan.. Kalo ngan incik hubby ni dia da block siap2 ngan badan dia *kunun orang tak nampak lah tu* kalo kitorang lalu area baju baby takut saya nak borong lagi.. Huhuhu... Da namanya pompuan... =_=' Tapi untuk diri sendre saya tak suke soping sangat.. Bila ade anak ni baru angin meroyan soping tu datang.. ^__^

Ok, cukup citer pasal persiapan raya.. Takde nak bersiap sangat pun sebab incik hubby takde.. :(( siapkan si tecik tu jelah sebab ramai nak gomol dia nanti.. Heh..

*mode masih berharap kepulangan incik hubby walaupun harapan tinggal harapan.. Kepulangan yang dinanti.. :(( *






- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 31, 2012

My breastfeeding journey #4


Salam.

Arini nak cakap pasal breastfeeding lagi.. Belog ni da berbau susu daaa.. Hohoho..:p citer bersalin tu kena tunggu waktu betul2 lapang dulu sebab berjela-jela.. :))

Nape nak cakap pasal breastfeeding lagi?? Sebab skang mood tengah tak bape nak ok sebab production tak meriah.. :(( hopefully everything will be back to normal very soon.. Betul ke kedatangan cik P will affect milk production? Untuk orang lain saya tak tau but for my case yes it is.. Especially kalo waktu heavy flow.. Paling banyak saya dapat untuk one session is just only 5 oz!! Tension mak nak.. =_=' Ate nak kena pump lagi kerap la jadinya.. Kat umah ni plak takde stok EBM, sume kat umah mak.. Saya tak sempat nak buat stok sebab kami baru balik dari kampung ahad lepas.. Mifzal plak meragam semalam asyik nak berdukung pastu duk potpetpotpet bahasa jepun dia tak benti sampai la kul 12.30 tengah malam.. Apela yang duk bebelkan tu sayang?? Ke sebab ebu ngan abah botakkan kepala? Teheehee.. Semalam kami suami isteri gigih cukur kepala dia sampai botak licin silau gitu.. :)) rimas plak tengok rambut yang segan silu nak tumbuh sejak cukur masa dia umur 14 hari dulu.. Moyang incik hubby cakap kalo nak cepat tumbuh kena kerap cukur.. My SIL plak cakap letak minyak buah keras.. Tapi kami memang nak cukur pun nak bagi dia nampak lagi bolat gebu.. Hohoho.. :p

Ok, back to previous topic.. Saya terbaca di internet kalo waktu cik P datang memang pengeluaran susu akan berkurang especially waktu heavy flow.. Tapi bila flow tu da nak abis dia akan back to normal tapi saya tanakla tunggu je kan.. So ape yang saya buat semalam is saya minum susu *sarsi pon sempat minum jugak hohoho* and saya makan supplement calcium magnesium.. Alhamdulillah pagi ni pam da dapat 7 oz.. Baru boleh senyum.. :)) pasni nak makan kurma plak.. Eh eh kantoi tak pose ekkk... Haha.. alaaa.. Allah da bagi cuti kannnn... ^__^

"For some women, the drop in milk supply and nipple tenderness associated with menstruation becomes more of a challenge. An effective treatment for these symptoms associated with the return of periods is to add a calcium/magnesium supplement to the diet upon ovulation and continue it through the second or third day of a period. The supplement should be 1500 calcium/750 magnesium but can be as low as 500 calcium/250 magnesium (the higher the dosage the more effective and quicker the results). It should be a combination pill. This much calcium should never be taken alone. If your cycles are not regular and you do not know when you ovulate, you can take the supplement the entire month until you begin to see a pattern to your flow. This type of supplement seems to work as it prevents the drop in blood calcium levels which occurs mid-cycle and continues through the second to third day of a period. It is this drop which is associated with the nipple tenderness and drop in milk supply as well as the uterine cramping so often experienced with menstruation. You only need to take one pill a day."


Boleh refer kat sini

Tapi papehal pon yeop, mak nak pesan janganla kome2 tension / stress bila milk production merudum.. Kalo tak laaaaagi la susu kome nan adooo... Begituuuuu....



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 27, 2012

My breastfeeding journey #3



Salam.

Da lama tak cakap pasal breastfeeding kan.. Ramai yang cakap kalo puasa susu badan akan berkurang. Bila saya tanya ma saya, dia cakap dia tak camtu pun.. Susu tetap macam biasa... For my case, Alhamdulillah susu saya tetap jugak macam biasa, macam hari tak puasa.. Sekali pump saya dapat around 8-10 oz.. Paling meriah so far 13oz.. Alhamdulillah, mudah rezeki anak ebu.. Mungkin jugak faktor keturunan kot..

Nervous jugak sebelum puasa hari tu takut susu berkurang.. Tapi saya set mind siap2 susu saya akan sentiasa cukup untuk menampung keperluan Mifzal.. Tambah plak puasa kali ni kat umah mak mertua.. So saya tak dapat nak buat stok EBM (chilled & frozen) sebab fridge & deep freezer penuh sarat dengan bahan mentah, sayur & segala macam mak nenek termasukla durian.. Yummyyy.. :)) Kadang2 kalo ade extra susu yang diperah tu terpaksa jugakla saya carik space dalam fridge & guna keesokan harinya.. Kalo lame sangat simpan kang tak pasal2 susu tu berperisa durian plak.. Huhu..

Saya selalu catat banyak mana kuantiti yang saya dapat untuk satu2 sesi mengepam.. Based on date tu nanti senang nak detect ape yang boleh menyebabkan susu berkurang @ bertambah lebih dari biasa.. For my case, kurma, milo, susu n of course plain water are my milk booster.. Tapi most of the time kalo saya tak ambik pun semua tu (or the worst case i just drink plain water) Alhamdulillah susu saya tetap jugak macam biasa.. Saya minum jugak air gas @ air sejuk @ ais.. Untuk 2 minggu ni saya tak minum susu langsung sebab malas plus tak sempat masuk perut sebab makanan lain berebut2 nak masuk dulu.. :p Waktu berbuka saya cuma minum 2 gelas air.. Itupun air sejuk @ ais.. Everyday camtu.. Contoh yang sangat tidak baik.. Sila jangan ikut.. :p Tapi makan memang banyak.. Hehe.. :)) waktu sahur pun sama jugak.. Kurma on off.. Ada hari makan ade hari tak makan sebab perut da penuh.. :p tapi biasanya saya makan 3-5 biji.. Sooo... Kesimpulannya.. Ntahla.. Saya pon konpius ape yang boleh menyebabkan susu bertambah or berkurang.. Kuikuikui.. Tapi faktor keturunan memainkan peranan jugakla kot.. Cuma yang pasti, kalo saya penat memang production tak meriah.. Apepun saya bersyukurrrr sangat3 sebab rezeki Mifzal melimpah ruah.. Semoga niat saya nak susukan dia dengan susu ebunya sahaja sehingga dia berusia 2 tahun terlaksana dengan izinNya.. Amin.


- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails