OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 28, 2012

Salahkah aku??


Sedih.

Kecewa.

Terkilan.

Tertekan.

Salahkah saya kerana saya ingin meneruskan penyusuan susu ibu walaupun terpaksa menjadi seorang EP mom? Salahkah saya mengepam setiap 2-3 jam untuk beri anak saya susu badan sendiri?? Salahkah??? Hmmm...

Saya sedih sebab sehingga ke hari ini, saat ini.. Saya masih lagi dicemuh kerana asyik mengepam susu untuk Mifzal.. Asyik mengusung pam ke sana ke mari.. Adakah ini kehendak saya??? Ya, memang kehendak saya. Kalau ini bukan kehendak saya, dah lama saya suap anak saya dengan susu formula. Lebih baik saya bersenang lenang goyang kaki hanya tunggu anak menangis then baru sibuk2 nak bancuh susu daripada saya korbankan masa rehat & masa tidur saya untuk mengepam.

Tapi adakah kehendak saya semuanya jadi begini?? Saya tak pernah tak pernah & tak pernah terlintas apa lagi berkehendak untuk menjadi seorang EP mom.. Sewaktu mengandung lagi saya da tanamkan niat untuk menyusukan anak dengan susu badan sehingga dia berusia 2 tahun. Siapa yang taknak menyusukan anak secara direct?? Saya pernah merasai nikmat menyusukan anak secara direct selama 3 bulan setengah.. & saat ini masih terasa (malah sentiasa!) perasaan "bonding" yang dirasakan antara seorang ibu & anak. Tapi apa yang terjadi, anak saya menolak untuk menyusu secara direct hanya kerana flow susu yang terlalu laju.. (ada saya nyatakan dalam entri terdahulu). Susu saya terlalu banyak waktu itu. saya google cara penyelesaian yang patut saya buat untuk perlahankan milk flow. Saya buat semua yang dicadangkan. Pam dahulu, kepit cara gunting, menyusu jangan menunduk, bertanya pakar laktasi & macam2 lagi. Tapi keadaannya tetap sama. Malah saya mampu merasai let down reflex (LDR) sehingga 3-4x dalam masa setengah jam hingga Mifzal stress untuk menyusu. Hinggalah akhirnya dia taknak menyusu. Takkanlah saya nak biarkan anak saya kelaparan. Dengan berat hatinya terpaksalah juga saya pam masuk dalam botol dan berikan padanya. Pada mulanya dia boleh terima nipple dan jugak botol. Entah di mana silapnya sehingga satu hari tu dia langsung taknak menyusu dengan saya, tapi bila diberi botol baru dia akan minum. Sampailah ke hari ini saya menjadi seorang pengepam tegar. Dengan sokongan suami & group kumpulan ibu menyusu yang saya sertai, saya terus mencuba untuk direct feed tapi bukanlah mudah buat seorang bayi yang sudah boleh membezakan rasa. Akhirnya saya pasrah. Saya redha menjadi seorang EP mom andainya itu sahajalah caranya saya dapat salurkan susu badan saya buat Mifzal. Tak perlu saya nyatakan berapa banyak airmata saya yang gugur mengenangkan "rezeki & nikmat" saya hanyalah setakat itu. Hanya Allah & suami yang menjadi saksi.. Mungkin saya tak layak berkata begini sebab mungkin saya yang tak cukup berusaha. Mungkin saya tak cukup 'keras' untuk memaksa Mifzal direct feed. Pernah saya marah & paksa Mifzal direct feed sebab cara lembut pun tak berkesan sehingga dia meronta, menjerit & menangis sampai merah muka. Tapi akhirnya saya juga yang menangis sebab menyesal.

Sekarang Mifzal dah pun 8 bulan setengah & Alhamdulillah saya masih mengepam sehingga ke hari ini. Dan masih lagi dicemuh sehingga ke saat ini. Saya mengaku saya tak kuat untuk menerima cemuhan daripada orang di sekeliling saya. Tambah lagi dengan ketiadaan suami dcc. Paling menyedihkan orang2 itu adalah orang2 yang saya sayang! Saya hanya perlukan sokongan.. SOKONGAN.. Sukar sangatkah? Tak perlu mencemuh saya.. Tak perlu membandingkan saya dengan ibu-ibu lain di luar sana.. Memang anda semua bertuah kerana dapat menyusukan anak secara DIRECT & berjaya menuruti sunnah nabi untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.. Tahniah buat anda semua. Apa salahnya bantu saya juga untuk menuruti sunnah ini dengan cara yang saya mampu?? Kita kan saudara sesama islam. Mengapa tak saling membantu? Saya tak minta lebih, cukup sekadar memberi saya sokongan. Bukan menjatuhkan saya dengan kata-kata yang cukup menyedihkan. Agaknya sebab itulah pada zaman moden ni tak ramai yang berjaya menyusukan anak sampai 2 tahun. TIADA SOKONGAN!

Saya bukan anti susu formula, malah saya tidak pernah mencemuh mana2 ibu yang memberikan anak mereka susu formula. Setiap orang tak sama, rezeki setiap manusia itu berbeza. Kita tak tahu masalah orang. Siapa kita nak judge orang lain. Dan terima kasih jugak pada pengeluar susu formula kerana sikit sebanyak membantu ibu-ibu yang ada kesulitan untuk menyusu. mungkin ada yang tercuit dengan statement saya ini tapi macam saya cakap tadi, masalah orang kita tak tahu. jangan kita pandai2 nak menghukum & menjatuhkan orang lain kalau tak tahu hujung pangkal cerita.

Saya sendiri ada sejarah "dipaksa & terpaksa" bagi susu formula pada Mifzal. tapi saya tak salahkan sesiapa. saya yang gagal sebenarnya. Anggaplah itu semua kesilapan diri sendiri. alhamdulillah sekarang tiada lagi susu formula buatnya. Walaupun bekalan yang ada hanyalah sekadar mencukupi tapi saya masih bersyukur masih ada rezeki buat Mifzal setakat ini. Saya seboleh-bolehnya mahukan anak saya minum susu badan saya sekurang2nya sampai dia 2 tahun. Itupun dengan izin Allah. Semoga saya terus kuat untuk memberikan titisan-titisan emas ini buat Mifzal.

Buat suami, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan & pengorbanan abang.. Berkorban wang ringgit membelikan pam & botol susu yang banyak tu. Berkorban tenaga & kudrat kerana sanggup menjaga anak setiapkali saya mengepam walaupun terpaksa menahan sakit slipped disc yang dihadapinya. Sanggup menahan lapar sekejap bila saya terpaksa mengepam tergesa-gesa dan dalam masa yang sama saya harus masak. Sanggup bangun malam untuk tolong susukan Mifzal bila mana waktu itu saya sedang mengepam. Sanggup berhenti dengan kerap setiapkali kami travel jauh @ jalan-jalan untuk beri ruang saya mengepam. Sangat rajin membantu saya membasuh botol2 susu & alatan pam walaupun waktu tu dia baru je nak baring. Yang paling utama, terima kasih yang tak terhingga atas SOKONGAN yang tak pernah putus dari dulu sehingga ke saat ini.. Dan terima kasih juga pada ahli keluarga saya & keluarga mertua yang tolong sama-sama menjaga Mifzal setiapkali saya sibuk mengepam.

Maafkan saya andainya entri kali ini mengguris hati sesetengah pihak. Bukan tujuan saya mengaibkan sesiapa. Saya cuma ingin meluahkan rasa yang dah terpendam sekian lama. Mungkin bukan saya saja yang melaluinya. Saya percaya ramai lagi EP mom di luar sana yang menghadapi cabaran sebegini. Semuanya demi memberikan yang terbaik buat anak tersayang.

Kami cuma perlukan SOKONGAN, bukan cemuhan.




- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. Salam.. suka bc nukilan akak. Sy mgalami msalah yg sama. Anak tolak df krn selalu tersedak bl mnm susu laju sgt. Dpt df 3 bln ajee.. ni baru masuk sbulan jd ep mom. Kak bertuah sbb dpt sokongan suami. Sy xdpt sokongan suami, lgsung xnk tolong. Mlm berjaga dia lgsung xsedar. Bl suruh jg ank sbb nk pam susu pon tlg nk xnk.. cm dpt pam bl baby tdo, sgt x consistent,. Xtau dpt bertahan sampai bl. Wpon niat ckp kuat

    ReplyDelete
  2. Salam..terima kasih sudi baca blog yang dah berhabuk ni..:) nampaknya kita senasib.. Tp alhamdulillah sebab baby kita masih dpt minum susu ibunya.. Actually sekarang anak sy dhpun setahun 3 bulan.. Quite sad sebab dah campur susu kambing karihome since he turned 1 year old sebab susu dah tak cukup sangat2.. But apart of it, saya bersyukur dh buat yg termampu.. Gudluck to u too ayu.. Wish u can do much better than me n of course u definitely can.. Cuma bulatkan tekad, kuatkn azam n have to strongly ignore what ppl would say about u.. Memang sangat penat mentally n physically, but it's worth it! Bg suami bc artikel tntg kebaikan susu ibu n what u've found out in the internet.. Insyaallah one day he will give support..who knows kan? Sorry terpanjang pulak komen hee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails