OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 14, 2015

Tips menjadi isteri kepada pekerja offshore/seaman

Assalamualaikum.

Tajuk takbleh blah kan. Macam expert bebenor je nak bagi tips segala.. muehehe... ini berdasarkan pengalaman sendiri sahaja ye. Sebelum tu nak pesan semua yang baik tu datangnya dari Allah swt dan yang buruk tu tentulah dari kelemahan saya sendiri.

Alhamdulillah tahun ini nak masuk tahun kelima sebagai isteri kepada seorang pekerja offshore. Macam mana bertemu jodoh dengan seorang seaman tu ihikkk takyah citerla maluwwww... *blushing* pangg! Oke2 ape ni astaghfirullahalazimm.... dulu sebelum kahwin selalu jugak duk google tips2 nak berhadapan dengan situasi bilamana husband dah gi keje, terkontang kanting sorang2 pastu pikir boleh ke aku ni boleh ke aku ni repeat 18x sehari.. dahla very the drama queen kan ratu tisu ratu airmata segala patotla anak2 pun drama king jugak.. kehkehkeh.. ok takyah mukadimah panjang sangatlah straight to the point teruslah omputih kata.. omhitam tak sempat kata pape...

Tips #1: JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Yang ni kita sebagai muslim of course la kan.. kita nak cari kekuatan dalaman, cari lah Allah, utamakan Allah dulu dalam segala hal sebab Allah lah yang memberi kita kekuatan.. sebenarnya saya sangat2 bersyukur sebab Allah memberi saya peluang untuk merasai pengalaman sebegini.. yelah, suami orang lain ada kat rumah almost 24/7 kan tapi suami yang keje offshore ni cuma stay at home bila waktu cuti mereka sahaja.. kenapa saya kata bersyukur tadi sebabnya bila suami bekerja, walaupun sibuk uruskan anak2 sendiri tapi saya ada lebih banyak masa untuk mengaji, berzikir dan beribadat. Bila suami cuti bukanlah tak dapat buat semua tu, cume kadang2 tugas sebagai seorang isteri untuk satu2 hari tu pack sangat pastu terlalu penat.. but still, itu kelemahan saya sendiri lah.. insyaallah kita sama2 improve ok? Selalu lah berdoa mintak pada Allah dipermudahkan semua urusan sepanjang suami bekerja, diberi kekuatan, kesihatan yang baik, keselamatan & perlindungan, diteguhkan iman kedua-duanya, diteguhkan rasa kasih sayang suami isteri walaupun berjauhan... mintaklah semuanya.. pada siapa lagi kita nak bergantung melainkan pada Allah.

Tips #2: JAGA HUBUNGAN DENGAN KELUARGA & JIRAN TETANGGA

Yang ni pun sama penting jugak. Hablumminallah wa hablumminannas... jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan sesama manusia jugak.. kita tak tau kan bila kita akan diuji dengan kesusahan especially bila suami offshore. Hence, orang2 terdekat dengan kita lah yang akan jadi tempat kita bergantung / mintak pertolongan.. Alhamdulillah Allah selalu permudahkan semua urusan saya & anak2 everytime incik hubby offshore. Allah kirimkan saya orang2 yang baik, keluarga yang mengambil berat & jiran yang sangat prihatin. Alhamdulillah.. ini semua rezeki jugak kan.

Tips #3: AMBIL TAHU/ KENALI SIAPA RAKAN SUAMI

Ok yang ni optional la tapi sama penting jugak especially bagi yang jauh dari keluarga. Macam kes saya dulu migrate sekejap ke Brunei tu.. keluarga jauh.. jiran-jiran saya waktu tu jenis buat hal sendiri plus saya tak faham bahasa diorang bercakap. Ada macam2 bangsa cina iban etc... so ada sekali tu incik hubby offshore then saya sakit area bawah perut da melarat2 dalam seminggu dua sampai senak nak berjalan.. at the same time handle budak berdua tu alone. Incik hubby plak memang tak dapat balik sebab tak ada replacement. Saya tak boleh nak drive sebab taktau area situ plus takde carseat (mikail baru merangkak kot time tu). So terpaksa mintak tolong kawan2 opisnya (walaupun segan giler masa tu).. *tenkiu kak zaidah & en shahril*... Masa tu doc cakap otot ligamen yang support rahim tu tegang n stress.. memang waktu tu badan saya terlampau penat sampai nak pitam2.. so nampak tak penting jugak kan.

Tips #4: SENTIASA PANDANG KE BAWAH

Saya tak pernah lupa kata2 dari mak mertua saya dulu.. dia cakap, kita jangan tengok orang yang lebih dari kita.. tapi selalu lah tengok orang yang lebih susah dari kita.... kata2 ni saya pegang ikat kemas2 paku dalam hati siap buat tampalan kekal lagi haa.. kahkah... tak abes2 kan cerita gigi engko tu trauma betul.. so back to basic lah.. redha dengan ketentuan Allah bahawa memang di lautan lah sumber rezeki buat keluarga kami.. kalau rasa sekarang ni susah, ramai lagi yang jauhhhhh lebih susah. Kita sekadar berpisah jasad sahaja untuk sementara, tapi ada orang yang diuji berpisah untuk selama-lamanya. Kita diuji dengan suami yang bekerja di lautan, tapi ada yang diuji tiada pekerjaan. Tidakkah semua ini cukup untuk menjadikan kita insan yang bersyukur?

Tips #5: BELAJAR BERDIKARI & CARI ILMU

Aik, nak jadi isteri seaman pun kena cari ilmu ke? Mestiiiiiiiiiii... wajib! Sebab yang membezakan seorang isteri dengan isteri yang lain adalah ilmu. Huhuhu.. skop bidang ilmu itu luassss sangat2 kan.. even nak tau cara tukar mentol jamban pun adalah ilmu betul tak?? Bila suami offshore ni paham2lah kan semua benda kena buat sendiri termasuklah kerja2 orang lelaki.. yelah kita tak bleh nak expect hidup kita ni smooth aje kan all the way.. mesti kadang2 mentol lampu umah terbakar ke, tong gas memasak habis ke, pintu jahanam ke, binatang liar ke *mintak jauh yang ni* ape2 lah kan.. so expect the worst tapi selalulah doa yang baik2 aje.. huiii serius bimbang kalo pikir bab ni kan.. lagi2 sekarang ni pulak malaysia masih aman kan. Haa paham2 sendiri lah cedok ilmu pertahankan diri sekali oke. Serius yang ni tak tipu bak ang. Tetibe teringat plak slogan "berilmu beramal berbakti"... ^____^ so kalau time suami ada tu cedokla ilmu kemahiran hidup sket dengan dia.. tak rugi pun.. macam saya dari kecik memang dah didedahkan dengan kerja2 orang lelaki seperti membancuh simen (manual oke bukan guna mesin), mengecat rumah, memasang atap, menukang dsb... *tima kasih ayahku sobsobsob terharu*...adik-adikku? Huhhh nan adoooo... pi main laptop ngan henpon manjang aihhhh...

Tips #6: LESEN MEMANDU

Yang ni memang penting tahap gaban.. tak kisahla lesen motor ke kereta ke.. lagi bagus ada dua2.. sangat2 berguna especially time emergency such as anak tak sihat nak kena bawak gi klinik ke, stok diapers anak habis ke, roti dan biskut anak habis ke... eh emergency jugak tu.. nak2 kalau anak2 campur mak skali kuat makan.. kahkahkah.. and make sure lesen tu hidup!

Tips #7: BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN ORANG LAIN

Sejak saya kenal dengan incik hubby ni, secara tiba2 sahaja hidup saya dikelilingi oleh orang2 yang bekerja offshore atau bersuamikan pekerja offshore.. padahal sebelum tu tak pernah tau keje offshore tu buat apa sebenarnya. Tak pernah terserempak jauh sekali berbual2 perkara2 berkaitan offshore.. Mungkin itulah hikmah Allah mengaturkan pertemuan2 yang tak sengaja itu untuk memberi saya kekuatan sedikit sebanyak.. maklumlah ratu tisu! Kehkeh.. dari tak kenal jadi kawan dan kita tahu kita tak sendirian mengharungi semua ini.. kalau ada kawan2 suami yang lebih senior, cedoklah pengalaman dan ambil sedikit kekuatan dari isteri2 mereka.. bagi saya semua tu sangat2 berharga sebab sedikit sebanyak boleh kita jadikan panduan di masa hadapan..

Tips #8: SIBUKKAN DIRI

Awal2 kahwin dulu biasanya seminggu sebelum incik hubby nak pegi offshore and seminggu pertama setelah incik hubby offshore memang saya agak mood swing.. asyik menaaaaaaaangisss aje kerojenyer... on the way nak pegi mengajar pun sempat lagi tuh menangis seround dua.. hahaha.. masa tu saya masih bekerja la kan.. sekarang ni da ok sikit.. tempoh recovery tu lebih cepat sikit dengan pertambahan usia perkahwinan kehkeh... tapi seingat saya sepanjang 5 tahun ni, baru SEKALI saya tak menangis time incik hubby nak berangkat.. yang lain semua 😂😂😂😂😂... kan dah cakap ratu tisu ratu drama tadi kan... 😅 bila da ade anak lagi la.. anak meraung ko pun ikut sama meraung.. anak da stop da hepi2 main lego ko kat situ jugak sokseksoksekkk... last2 anak yang pujuk mak.. kahkahkah.. so kalo nak menangis tu menangis jelaaa takyah tahan2. Dia da lega nanti dia stop la tuuu.. sibukkan diri buat kerja2 umah, dengan anak2.. kalo da settle semua keje umah rasa2 macam da takde kerja nak buat tu carik lagi kerja.. sental la lantai ke.. lap2 habuk celah almari ke.. basuh besen 2-3x ke apa ke janji buat2 sibuk! Bila sibuk, ralit dengan kerja, dah penat pastu zzzzzzz tak sempat nak fefeeling sadis ulang balik hari2 benda yang sama last2 suami da balikkkkkkkk... yeeeeehaaaaaa... semudah ABC kan?? ^______^


Tips #9: SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Kadang2 memang susah nak pikir positif especially bila ada orang2 negatif di sekeliling kita.. ada aje ayat2 setajam pisau hinggap sedebuk jatuh betul2 menusuk dalam dada ni... biaq pi la depa.. hidup setiap kita ni tak sama.. mereka tak nampak apa yang kita lalui.. jadi, bertabah dan bersabariahlah.. so again, back to basic... istighfar dan doa... bersihkan hati kita sendiri dulu baru boleh jadi positif.. syaitonirrojim memang suke la menghasut time2 cenggini.. jadi banyakkan doa,istighfar dan berdoa pada Allah..


Tips #10: SHOPPING ONLINE

Kahkahkah... yang ni confirm kena bambu dengan suami sendiri ni... ^___* but it works! Wanita ni kalo stress dua je ubat dia.. either MAKAN or SHOPPING!! Ngeeeeeee.... tapi biar berpada2 lah kan.. almaklum semua di hujung jari.. yelah sometimes kita stress dengan perangai anak2, penat setiap hari buat kerja rumah.. masalah itu masalah ini.. dengan suami jauh.. nak keluar lagi lah penat dengan handle anak2 sorang2.. so why not kita reward diri sendiri dengan cara yang halal betul tak.. hihihi... but depends la pada cara masing2.. ada orang bleh hilangkan stress dengan baca novel, travelling, etc... lagipun bukan sepanjang masa stress kott.. pokok pangkalnya buat sesuatu yang kita minat.



So far itu ajela yang saya terfikir... kot ada yang tertinggal kira halal la ye.. tapi di sebalik semua ni, kita cuma perlukan MASA... time will heal everything.. masa jugak akan lebih mematangkan kita... sentiasalah bersangka baik pada pasangan, saling percaya antara satu sama lain.. kalau masing2 tahu tentang peranan & tanggungjawab masing2 insyaallah semuanya baik2 sahaja.. yang paling penting sekali kita para isteri ni jagalah maruah diri , jagalah maruah suami.. yang penting DOA, DOA dan terus DOA.. harap perkongsian ni berguna sedikit sebanyak buat isteri2 atau bakal2 isteri seaman di luar sana.. again, yang baik tu semuanya dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya sendiri dan saya mohon maaf andainya penulisan saya ini ada mengguriskan hati mana2 pihak. Thanks for reading! ❤


36 comments:

  1. salam sis.. tumpang tanya.. ada kawan sy tu dia kerja offshore, 2 bulan laut, 2 bulan darat.. cmne sis berhubung dgn suami sis? macam sy, mula2 dia contact olek aja, 24 hours online wasap, tapi 3 arini nie dia offline.. mmg perkara biasa ke mcmane? risau juga sbb xtahu lg keadaan dia smpai skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslam..sorry sy tlg jwab..biasa klau offline dy dkt location..mcm sy husb krja offshre 2bulan laut 2 bulan darat..bila kt laut sblm dy pergi locttion dy akn bgthu sy dlu brap hari..and biasa klau kpal besar wlpn dy dkt location boleh jer whtsapp..tp xboleh nk cntct sbb sna xdew line..

      Delete
  2. good sharing sis.
    I just got married about a year. kenal terus kawin so until now still nangis bila husband offshore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congrates on ur wedding n welcome to the club... 😊bila ada ank nnt lg terasa.. tp Allah tau kite mampu n kuat,insyaallah...thanks for reading! ^__^

      Delete
  3. Assalamualaikum sis..boleh sy tahu mcm mana cara berhubung dgn suami? Maksud sy boleh call/msg or email?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. dlu zaman takde wassap viber hangout (semua jnis video call n voice call yg ada skrg ni byk sgt nk sebut huhu) sy cume emel jela utk tau pkembangan.. n suami cuma bleh reply bile time ada line je..kdg sminggu skali..kdg 2 minggu senyap takde kabar berita..tawakal ajela.. tp skrg kbykn rig/platform da bleh bwk hp.. depends tempat yg suami pegi.. hrp sy mjawb soalan la ye.. ^_^

      Delete
    2. Lupe nk bgtau..lg satu kt sana biasenye ade telefon yg diorg bleh guna tp bleh ckp 5 mnit je sorang.. so kalau ada emergency ke pape blehla kite col nombor tu..

      Delete
    3. Ok..t kasih byk2..jwpn yg sgt membantu.. Suami masih kerja offshore ke? Smoga sis terus tabah dan mudah2an keluarga akan sentiasa bahagia

      Delete
    4. Amin amin amin... skrg masih offshore lg tp freelance je sbb oil n gas industry tgh drop kn.. btw sis da brp thn jd isteri seaman? Smoga sis pun kuat smgt n tabah..

      Delete
    5. Sy belum kahwin lg..insyaAllah hujung thn ni..cuma sy mcm tkejut sikit tiba2 xboleh msg berhari2 dah..belum boleh terima dan adapt sepenuhnya lg..lgpn ni 1st time dia br nk naik laut..huhu

      Delete
    6. Ohh..pgalaman ptama mmg sume gelabah sikit..lama2 nnt biasala tu insyaallah..sabarla ye..smoga dipermudahkn semua..

      Delete
  4. Salam sis..t kasih atas perkongsian..sy cuma nk tahu cmna cara berhubung dgn sume kalu dia pergi offshore..mksud sy boleh call/msg/email ke? Berapa kerap boleh contact? T kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..thank you for reading..^_^ zmn skg xmcm dlu dh and kebanyakan rig/platform da bleh bwk hp.. so blehla kite wassap or col suami..tp ada jgk yg mmg xboleh bwk hp.. biasanya kalau cmtu harapkan emel jela n tu pun kalau kebetulan dia dpt line blehla dia reply.. kalo tak mmg senyap tanpa kabar berita la..risau mmg risau tp dh tuntutan kerja cenggitu kite tawakal jela.. :))

      Delete
  5. luahan yg sgt brguna sis.hehheehehe.. sy nk kgsi lh. teman lelaki sy kerja onshore.. kmi knl xlama pun, skg ni dh nk dkt 2 bln mcm tu lh. xprnh jmpa cuma bhubng mll hp jer. knl bf sy tu dr fb. xtau lh nk ckp cmne,, sbb xprnh jmpa. tp, dia ada bagi tmpoh kat sy slma 1 tahun 1 bln kat sy utk ubh prngai sy yg sllu cri gaduh ngn dia, dan tmpoh tu msa sy dh hbis stdy dh.dlm tmpoh yg dia beri tu, dia akan prhtikn sikap sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading sis.. :) kita ni prmpuan biasala kdg2 kurang matang sikit.. tp jgn slalu sgt cari gaduh nanti lelaki cpt bosan.. pesanan utk diri sdiri jgk ni..huhuhu... btw sy doakan semuanya berjalan lancar dan baik2 aje ye.. :)

      Delete
  6. Allahu. seronok baca perkongsian akak. Sy ni baru je kenal dengan sorg seaman ni. baru 2bulan. kenal sbb ada kwn kenalkan tapi tak pernah jumpa face to face lagi. selama ni mmg whatsapp je ngn dia. masa tu kenal dalam 3 minggu lepas tu dia dah kena pergi offshore. ada sekali tu seminggu tak dpt contact, punye la risau. Alhamdulillah semuanya okay je.

    huhu saya harap saya pun dapat juga kekuatan seperti kak zua. saja baca-baca blog pasal pengalaman suami kerja offshore ni, untuk persediaan masa hadapan. insyaAllah kalau takde apa aral melintang, dia balik dari offshore nnt, family dia nk dtg meminang..huhu harap semua berjalan lancar..

    btw, suami akk bawah company mana? mana tahu bawah satu company yg sama. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tumpang beronok2 kalau readers seronok baca blog yg ntah pape ni..hehe.. btw akak nk ucap congrates dulu lah..tingat plak zaman akak dipinang dulu.. hihihihi.. husband akak dulu pernah keje under halliburton.. baker hughes pun pernah.. tp skrg buat freelance je.. akak doakan semuanya berjalan lancar la ye dik..insyaallah mintak kekuatan tu dr Allah.. doa byk2..:)

      Delete
  7. Salam, kak. Best je baca diary kak. Btw, sy pun akan berkahwin dgn seaman tp dia kerja atas kapal. 4 bulan kene tinggal. Kadang2 fikir jugak macam mane hidup lepas kawin nanti. Huhu. Suami kak kerja offshore berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..tahniah dik bakal mendirikan masjid..smoga lancar semuanya ye..suami akak keje 5minggu sekali pergi tu.. tapi ade jgk kes baru sampai umah tgh mlm, pg esok da kena pegi semula.. worst part, da naik bot nk balik,sekali kena patah balik rig semula..berkrik2 la akak di situ..huhuhu... kwn akak ramai jgk yg suami kje kapal kne tinggal smpai 6 bln.. time pegi ank dlm pantang lg bile blk anak da bleh merangkak.. tp konsep dia sama jela, kita kena kuat..kena independant..sebab semua kena buat sendiri..hal anak2, skt pening semua sendiri.. kdg2 rs tak mampu sgt dh, tp no choice, bertahan n kuatkan semangat..insyaallah boleh tu.. allah xkn uji kite di luar yg kite mampu..pk positif ok? 😊

      Delete
  8. Assalamualaikum sis..thanks sbb kgsi tips nie sis, bile bace sis punye tips nie hilang sikit mood swing sy, sy dah 2mggu tak berhubung dengan hubby sbb takde line fon kat sane laut..raya pon sengsorg..raya dengan fmly je sis..sedihnye lahai jgn ckp..3, 4 hari nie asyik rindu je die, hari2 anta text event die tak bole bace..nak2 lg sedih sy baru lepas accident 1st syawal aritu..and die tkde..huu sedih sis..nie first time lgsg tak contact dgn hubby..doa jela jd penghubung..mmg kene kental betol, first year dh kene raya without him.

    ReplyDelete
  9. Wsalam.. lahai sedih akak dengar awak raya sengsorang.. yela akak memahami sgt.. tp bykkan sabar ye.. Allah x akan uji kita melebihi ape yg kita mampu..sentiasa ingt dan pegang kemas2 ayat tu.. tawakal dan doa2 byk2 pd allah sebab hakikatnya kita xdapat jaga suami 24 jam.. dia hak allah.. mintak allah lindungi suami dr segala perkara yg xbaik ye.. akak pn cmtu jgk dlu xdpt kontek slalu..zmn dlu manader wassap line wechat bagai ni..bykkn sabar ye dik.. xpayah pikir sgt nnt masa lambat berlalu.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Hai.. Sy baru je brkenalan dgn seseorg.. Tak tahu pn dia kerja apa sebelum ni.. Bila da suka baru tau dia keje offshore 😅

    ReplyDelete
  11. Last paragraph sy suka, memang macam tulah yg seronok sangat, sebagai ubat,
    Suami sy pun keje Offshore,first-time ditinggal rase senyap

    ReplyDelete
  12. Last paragraph sy suka, memang macam tulah yg seronok sangat, sebagai ubat,
    Suami sy pun keje Offshore,first-time ditinggal rase senyap..
    Sy Indonesian, assalamualaikum

    ReplyDelete
  13. 😅😅😅 memang sunyi kan? Rasa separuh jiwaku pergi gitu kan? Hehehe..tak sangka ade jgk indonesian baca belog xseberapa ni.. salam perkenalan n thanks for reading sis.. 😊

    ReplyDelete
  14. Good shearing sis ..
    Lega skit hatii dpt bca blog2 mcmne sis..
    Nk kenal rapat sis. .

    ReplyDelete
  15. Sy pun suami keje offshore.. lepas dia pergi kerja mula lah sy ni.. sedih.. teringat sana sini.😂😂 Skrg ni duduk rumah Mak AYAH..sebab rumah 1 taman. Hikmah sy dpt bile suami keje mcm ni.. sy dpt luangkan Masa dgn Mak AYAH.dulu sy x sempat.. tp semakin mereka tua dpt la sy tgk2 kan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya bukan saya sorangla yg sedih bila suami gi laut.. ade geng..hihi. dulu saya duduk rumah mak ayah jgk mula2 kawen..tp bila da ada anak duduk rumah sendiri je sbb malas dah nak berangkut barang2..😁

      Delete
  16. saya bakal isteri offshore, lepas baca ni macam takutlah pula kalau kena tinggalllll😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂😂 tp jujurnya, dlu camtu jugak sy rasa. Takut, risau, pikir mampu ke aku ni. Tp insyaallah, doa byk2, bersedia mental n fizikal. Allah ada, Allah yg jaga kita. Insyaallah kita boleh & kita kuat sebenarnya.

      Delete
  17. Sy plg lama last year 6bulan xleh jumpa my husband sbb suami xleh balik flight delay��now,3bulan plop xleh jumpa....wth 3 kids yg still kecik...mmg kne kuat mental.fizikal ..n kekalkan iman dlm ati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah..lame tu. Sis mmg kuat.. dgn ank kecik lg memang xmudah kn..? sy pun anak 3org. Makin bertambah usia ni makin kurang kudrat ni rasa 😂 Moga Allah kuatkan diri kita mentally n physically.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails