OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 23, 2015

Mifzal Zhorif vs Mikail Muqri

Assalamualaikum.

Lately badan asyik rasa lemau-lemau ubi.. satu badan ni sakit2, lenguh2 taktau kenapa.. yes i need vacation.. *tetibe* kehkeh.. jerebu2 ni nak vacation camne oiiii... kecewa2...

Dah lama tak citer pasal anak-anak... sepanjang tempoh jerebu ni kami mengambil pendekatan berkurung jelah dalam rumah sambil mengeratkan hubungan kasih sayang antara satu sama lain kemudian kami bergaduh, berbaik, bergaduh dan berbaik semula.. camtu la rutin setiap hari.. kekeke.. kesian jugak sebenarnya dekat budak2 ni.. diorang da lama tak main pasir pantai, jalan sana sini.. tapi tunggulah jerebu da ok sikit.. better safe than sorry..

Aritu kemain kan mood swing seminggu dua lepas tu.. minggu ni alhamdulillah da ok da stabil, da kembali menjadi "orang".. haha.. sebelum tu jadi raksasa ijo.. makin hari makin seronok spend time dengan bebudak ni.. ade je akal diorang tiap hari yang mencuit hati.. how blissful... there is nothing more could i ask for.. marah2 mengamuk manja tu biasala kan.. mak mana yang tak pernah marah anak langsung kan? Stendet la hidup kita ni ada ups n downs.. time down tu toksah citer la skarang.. huhuhu..

Perangai dua beradik ni tersangatlah kontra.. Mifzal seorang yang soft-hearted... mudah tersentuh, mudah menangis.. kalau kaki terlanggar karpet ke, jari tersepit ke terus dia meraung.. Mikail pulak lebih cool... setakat jatuh tersembam ke, kepala terhantuk ke small matter je bagi dia.. sikit pun tak nangis.. gosok2 kepala sendiri then sambung main...😅 tapi kes yang takde injuries la ni.. kalo luka darah2 tu lain citerla kan.. and Mifzal ni kalo dia rasa bersalah, memang dia terus mintak maaf.. ayat stendet sebelum tido "mintak maaf ye bu sebab buat ni buat tu.." terus sejuk hati ok.. kalo abahnya offshore memang kejap2 "ebu nak peluk"..  "ebu nak mmuahh".. tapi time abahnya ada lupe plak dah kat ebu.. 😂😂😂

Mifzal jenis yang sangat aktif tak kira masa... asyik nak berlaaaariii aje kejenye.. kalo tak berlari, melompat.. kalau sehari tak buat tu maknanya something wrong somewhere la tu.. penat jugak nak melarang budak ni.. kalau dia tak main kejar2 dengan adik takpela tak risau sangat.. ni adik tak pandai berlari lagi.. kesian tengok terkedek2 jalan laju kena kejar... tapi nak gelak pun ada.. bahahaha.. serius geram wehh.. Mikail ni jenis aktif jugak tapi takla seaktif abang dia.. kalau time makan elokk je duduk sebelah ebu tak bergerak selagi makan tak abis.. fokus benor dik. Keep it up baby! 😅 taaaaaapiiii... budak ni saaangat kuat merajuk.. allahurabbi saya memang kadang2 meluat jugak sebenarnya perangai merajuk dia ni.. memang over sangat2.. dulu rajinla jugak pujuk.. sekarang takde dah. Berguling la ko dik sorang2 meraung.. nanti stop la tu. Jangan buat kat mall sudah.. huhuhu.. punca merajuk pun benda remeh temeh je pun.. contohnya waktu makan nasik. Dalam mangkuk ada nasi, carrot, cauliflower, ayam n sup.. bila kita sua carrot, terus merajuk mengamuk meraung bagai.. setelah dikenalpasti punca melalui try n error (yela adik kan tak pandai cakap lagi), rupanya dia cuma nak makan cauliflower SAHAJA... bersabariahla ebu tahan perangai ko dikkk.. nasib baik suka makan sayur.

Bulan ni Mikail dah setahun 7 bulan tapi tak banyak lagi perkataan yang dia pandai sebut.. dulu Mifzal time umur cenggini da petah sangat dah siap buat ayat.. tak pelat langsung. memang ringan mulut sangat sebab 7 bulan da pandai sebut 2-3 perkataan dah.. adik dia ni pun banyak develop skill bercakap time diorang main sama-sama.. takpela dik.. one step at a time.. no rushh.. ebu will always be here for you.. 😚😚😚 disebabkan kepetahan Mifzal ni lah saya dan incik hubby kena be extra careful bila bercakap especially soal yang PNC.. buatnya dia pegi cakap kat aki dengan tokma dia haishhhhh nayaaa.. hahaha... bukan percakapan je, perbuatan pun iye jugak.. yelah, budak dalam usia camni they tend to copy everything.. semua masuk dalam kepala takde tapis2..

Mikail ni jenis susah nak gelak sikit.. susah nak senyum jugak kalau dengan orang yang dia tak biasa/kenal. Masa dia setahun ke bawah tu memang kalo sape2 agah dia takdenye nak senyum statikla muke stone sampai penat dan give up si tukang agah.. kehkeh.. bila dia da pandai main dengan abang dia baru ok sikit.. nasib abang dia pandai buat lawak.. mengekek2 la dia gelak.. saya ingat lagi ketawa pertama Mikail pun datang dari Mifzal.. ebu pun tak berjaya buat adik gelak.. huhuhu.. meanwhile Mifzal pulak jenis yang tersangat senang gelak.. mudah mesra dengan sesiapa sahaja.. he is too friendly! Kenal ke tak kenal ke semua dia sapu.. haha... kalau pegi kedai makan time order da sampai, laju je mulut dia cakap terima kasih kat waiter tu. Betul la budak2 ni copy apa yang mak bapak buat kan.. kalau benda baik alhamdulillah.. benda buruk nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan.

But one thing for sure, kedua2nya kuat makan! 😅😅😅 sampai ebu pun join sekali bambam sama.. muahaha... mana taknye, budak2 ni kejap2 nak makan.. kejap2 nak makan.. dah ebu yang suap ebu pun join skali la kan.. kikiki...

Sebenarnya perbezaan2 ni lah yang jadikan setiap diri kita unik kan.. setiap hari rasa nak explore lagi nak discover lagi apa lagi perangai anak2 ni.. deep down inside my heart, i'm grateful to have them... anugerah terindah... love you both my sons!! 😍😍😍 XOXO


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails