OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 14, 2015

Tips menjadi isteri kepada pekerja offshore/seaman

Assalamualaikum.

Tajuk takbleh blah kan. Macam expert bebenor je nak bagi tips segala.. muehehe... ini berdasarkan pengalaman sendiri sahaja ye. Sebelum tu nak pesan semua yang baik tu datangnya dari Allah swt dan yang buruk tu tentulah dari kelemahan saya sendiri.

Alhamdulillah tahun ini nak masuk tahun kelima sebagai isteri kepada seorang pekerja offshore. Macam mana bertemu jodoh dengan seorang seaman tu ihikkk takyah citerla maluwwww... *blushing* pangg! Oke2 ape ni astaghfirullahalazimm.... dulu sebelum kahwin selalu jugak duk google tips2 nak berhadapan dengan situasi bilamana husband dah gi keje, terkontang kanting sorang2 pastu pikir boleh ke aku ni boleh ke aku ni repeat 18x sehari.. dahla very the drama queen kan ratu tisu ratu airmata segala patotla anak2 pun drama king jugak.. kehkehkeh.. ok takyah mukadimah panjang sangatlah straight to the point teruslah omputih kata.. omhitam tak sempat kata pape...

Tips #1: JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Yang ni kita sebagai muslim of course la kan.. kita nak cari kekuatan dalaman, cari lah Allah, utamakan Allah dulu dalam segala hal sebab Allah lah yang memberi kita kekuatan.. sebenarnya saya sangat2 bersyukur sebab Allah memberi saya peluang untuk merasai pengalaman sebegini.. yelah, suami orang lain ada kat rumah almost 24/7 kan tapi suami yang keje offshore ni cuma stay at home bila waktu cuti mereka sahaja.. kenapa saya kata bersyukur tadi sebabnya bila suami bekerja, walaupun sibuk uruskan anak2 sendiri tapi saya ada lebih banyak masa untuk mengaji, berzikir dan beribadat. Bila suami cuti bukanlah tak dapat buat semua tu, cume kadang2 tugas sebagai seorang isteri untuk satu2 hari tu pack sangat pastu terlalu penat.. but still, itu kelemahan saya sendiri lah.. insyaallah kita sama2 improve ok? Selalu lah berdoa mintak pada Allah dipermudahkan semua urusan sepanjang suami bekerja, diberi kekuatan, kesihatan yang baik, keselamatan & perlindungan, diteguhkan iman kedua-duanya, diteguhkan rasa kasih sayang suami isteri walaupun berjauhan... mintaklah semuanya.. pada siapa lagi kita nak bergantung melainkan pada Allah.

Tips #2: JAGA HUBUNGAN DENGAN KELUARGA & JIRAN TETANGGA

Yang ni pun sama penting jugak. Hablumminallah wa hablumminannas... jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan sesama manusia jugak.. kita tak tau kan bila kita akan diuji dengan kesusahan especially bila suami offshore. Hence, orang2 terdekat dengan kita lah yang akan jadi tempat kita bergantung / mintak pertolongan.. Alhamdulillah Allah selalu permudahkan semua urusan saya & anak2 everytime incik hubby offshore. Allah kirimkan saya orang2 yang baik, keluarga yang mengambil berat & jiran yang sangat prihatin. Alhamdulillah.. ini semua rezeki jugak kan.

Tips #3: AMBIL TAHU/ KENALI SIAPA RAKAN SUAMI

Ok yang ni optional la tapi sama penting jugak especially bagi yang jauh dari keluarga. Macam kes saya dulu migrate sekejap ke Brunei tu.. keluarga jauh.. jiran-jiran saya waktu tu jenis buat hal sendiri plus saya tak faham bahasa diorang bercakap. Ada macam2 bangsa cina iban etc... so ada sekali tu incik hubby offshore then saya sakit area bawah perut da melarat2 dalam seminggu dua sampai senak nak berjalan.. at the same time handle budak berdua tu alone. Incik hubby plak memang tak dapat balik sebab tak ada replacement. Saya tak boleh nak drive sebab taktau area situ plus takde carseat (mikail baru merangkak kot time tu). So terpaksa mintak tolong kawan2 opisnya (walaupun segan giler masa tu).. *tenkiu kak zaidah & en shahril*... Masa tu doc cakap otot ligamen yang support rahim tu tegang n stress.. memang waktu tu badan saya terlampau penat sampai nak pitam2.. so nampak tak penting jugak kan.

Tips #4: SENTIASA PANDANG KE BAWAH

Saya tak pernah lupa kata2 dari mak mertua saya dulu.. dia cakap, kita jangan tengok orang yang lebih dari kita.. tapi selalu lah tengok orang yang lebih susah dari kita.... kata2 ni saya pegang ikat kemas2 paku dalam hati siap buat tampalan kekal lagi haa.. kahkah... tak abes2 kan cerita gigi engko tu trauma betul.. so back to basic lah.. redha dengan ketentuan Allah bahawa memang di lautan lah sumber rezeki buat keluarga kami.. kalau rasa sekarang ni susah, ramai lagi yang jauhhhhh lebih susah. Kita sekadar berpisah jasad sahaja untuk sementara, tapi ada orang yang diuji berpisah untuk selama-lamanya. Kita diuji dengan suami yang bekerja di lautan, tapi ada yang diuji tiada pekerjaan. Tidakkah semua ini cukup untuk menjadikan kita insan yang bersyukur?

Tips #5: BELAJAR BERDIKARI & CARI ILMU

Aik, nak jadi isteri seaman pun kena cari ilmu ke? Mestiiiiiiiiiii... wajib! Sebab yang membezakan seorang isteri dengan isteri yang lain adalah ilmu. Huhuhu.. skop bidang ilmu itu luassss sangat2 kan.. even nak tau cara tukar mentol jamban pun adalah ilmu betul tak?? Bila suami offshore ni paham2lah kan semua benda kena buat sendiri termasuklah kerja2 orang lelaki.. yelah kita tak bleh nak expect hidup kita ni smooth aje kan all the way.. mesti kadang2 mentol lampu umah terbakar ke, tong gas memasak habis ke, pintu jahanam ke, binatang liar ke *mintak jauh yang ni* ape2 lah kan.. so expect the worst tapi selalulah doa yang baik2 aje.. huiii serius bimbang kalo pikir bab ni kan.. lagi2 sekarang ni pulak malaysia masih aman kan. Haa paham2 sendiri lah cedok ilmu pertahankan diri sekali oke. Serius yang ni tak tipu bak ang. Tetibe teringat plak slogan "berilmu beramal berbakti"... ^____^ so kalau time suami ada tu cedokla ilmu kemahiran hidup sket dengan dia.. tak rugi pun.. macam saya dari kecik memang dah didedahkan dengan kerja2 orang lelaki seperti membancuh simen (manual oke bukan guna mesin), mengecat rumah, memasang atap, menukang dsb... *tima kasih ayahku sobsobsob terharu*...adik-adikku? Huhhh nan adoooo... pi main laptop ngan henpon manjang aihhhh...

Tips #6: LESEN MEMANDU

Yang ni memang penting tahap gaban.. tak kisahla lesen motor ke kereta ke.. lagi bagus ada dua2.. sangat2 berguna especially time emergency such as anak tak sihat nak kena bawak gi klinik ke, stok diapers anak habis ke, roti dan biskut anak habis ke... eh emergency jugak tu.. nak2 kalau anak2 campur mak skali kuat makan.. kahkahkah.. and make sure lesen tu hidup!

Tips #7: BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN ORANG LAIN

Sejak saya kenal dengan incik hubby ni, secara tiba2 sahaja hidup saya dikelilingi oleh orang2 yang bekerja offshore atau bersuamikan pekerja offshore.. padahal sebelum tu tak pernah tau keje offshore tu buat apa sebenarnya. Tak pernah terserempak jauh sekali berbual2 perkara2 berkaitan offshore.. Mungkin itulah hikmah Allah mengaturkan pertemuan2 yang tak sengaja itu untuk memberi saya kekuatan sedikit sebanyak.. maklumlah ratu tisu! Kehkeh.. dari tak kenal jadi kawan dan kita tahu kita tak sendirian mengharungi semua ini.. kalau ada kawan2 suami yang lebih senior, cedoklah pengalaman dan ambil sedikit kekuatan dari isteri2 mereka.. bagi saya semua tu sangat2 berharga sebab sedikit sebanyak boleh kita jadikan panduan di masa hadapan..

Tips #8: SIBUKKAN DIRI

Awal2 kahwin dulu biasanya seminggu sebelum incik hubby nak pegi offshore and seminggu pertama setelah incik hubby offshore memang saya agak mood swing.. asyik menaaaaaaaangisss aje kerojenyer... on the way nak pegi mengajar pun sempat lagi tuh menangis seround dua.. hahaha.. masa tu saya masih bekerja la kan.. sekarang ni da ok sikit.. tempoh recovery tu lebih cepat sikit dengan pertambahan usia perkahwinan kehkeh... tapi seingat saya sepanjang 5 tahun ni, baru SEKALI saya tak menangis time incik hubby nak berangkat.. yang lain semua 😂😂😂😂😂... kan dah cakap ratu tisu ratu drama tadi kan... 😅 bila da ade anak lagi la.. anak meraung ko pun ikut sama meraung.. anak da stop da hepi2 main lego ko kat situ jugak sokseksoksekkk... last2 anak yang pujuk mak.. kahkahkah.. so kalo nak menangis tu menangis jelaaa takyah tahan2. Dia da lega nanti dia stop la tuuu.. sibukkan diri buat kerja2 umah, dengan anak2.. kalo da settle semua keje umah rasa2 macam da takde kerja nak buat tu carik lagi kerja.. sental la lantai ke.. lap2 habuk celah almari ke.. basuh besen 2-3x ke apa ke janji buat2 sibuk! Bila sibuk, ralit dengan kerja, dah penat pastu zzzzzzz tak sempat nak fefeeling sadis ulang balik hari2 benda yang sama last2 suami da balikkkkkkkk... yeeeeehaaaaaa... semudah ABC kan?? ^______^


Tips #9: SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Kadang2 memang susah nak pikir positif especially bila ada orang2 negatif di sekeliling kita.. ada aje ayat2 setajam pisau hinggap sedebuk jatuh betul2 menusuk dalam dada ni... biaq pi la depa.. hidup setiap kita ni tak sama.. mereka tak nampak apa yang kita lalui.. jadi, bertabah dan bersabariahlah.. so again, back to basic... istighfar dan doa... bersihkan hati kita sendiri dulu baru boleh jadi positif.. syaitonirrojim memang suke la menghasut time2 cenggini.. jadi banyakkan doa,istighfar dan berdoa pada Allah..


Tips #10: SHOPPING ONLINE

Kahkahkah... yang ni confirm kena bambu dengan suami sendiri ni... ^___* but it works! Wanita ni kalo stress dua je ubat dia.. either MAKAN or SHOPPING!! Ngeeeeeee.... tapi biar berpada2 lah kan.. almaklum semua di hujung jari.. yelah sometimes kita stress dengan perangai anak2, penat setiap hari buat kerja rumah.. masalah itu masalah ini.. dengan suami jauh.. nak keluar lagi lah penat dengan handle anak2 sorang2.. so why not kita reward diri sendiri dengan cara yang halal betul tak.. hihihi... but depends la pada cara masing2.. ada orang bleh hilangkan stress dengan baca novel, travelling, etc... lagipun bukan sepanjang masa stress kott.. pokok pangkalnya buat sesuatu yang kita minat.



So far itu ajela yang saya terfikir... kot ada yang tertinggal kira halal la ye.. tapi di sebalik semua ni, kita cuma perlukan MASA... time will heal everything.. masa jugak akan lebih mematangkan kita... sentiasalah bersangka baik pada pasangan, saling percaya antara satu sama lain.. kalau masing2 tahu tentang peranan & tanggungjawab masing2 insyaallah semuanya baik2 sahaja.. yang paling penting sekali kita para isteri ni jagalah maruah diri , jagalah maruah suami.. yang penting DOA, DOA dan terus DOA.. harap perkongsian ni berguna sedikit sebanyak buat isteri2 atau bakal2 isteri seaman di luar sana.. again, yang baik tu semuanya dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya sendiri dan saya mohon maaf andainya penulisan saya ini ada mengguriskan hati mana2 pihak. Thanks for reading! ❤


Monday, October 12, 2015

Muscle stress

Assalamualaikum.

2-3 hari ni pinggang dengan tulang pinggul ni sakit lain macam.. dahla memang dari pinggang ke tapak kaki tu hari2 lenguh toksah cakapla.. berdenyut nyut nyut je.. tulang belikat ni, tulang belakang, lengan ishhh senang cakap semualah satu badan complete lenguh2 sakit2.. da serupa nenek tua dah haku ni... teringinnya nak pergi massage tapi apakan daya masa & keadaan tak mengizinkan... takkanlah hari2 nak mintak incik hubby urutkan ye takk.. dia pun penat jugak. Nasib baikla Mifzal rajin jugak pijak2 belakang ebu dia ni haaa..

Orang kata ada anak bujang sorang da penat sangat dah.. memang pun.. dah rasa dah.. bila ada dua anak bujang ni double triple penat.. memang.. pun dah rasa dah... 😅😅😅 to be frank, terrrrramatlah penatt... especially bila time abah dia offshore.. kalo dalam seminggu tu ade la dalam dua hari menjerit sorang2 dalam bantal itu biasa... kalo dalam seminggu tu 2-3x menangis meratapi kepenatan diri sendiri pun biasa.. hahaha... tu kalau dah tahap penat sangat2la tuh.. mental & physical stress.. tapi takdela selalu camtu.. biasanya kalo penat sangat2 plus mood bercelaru sebab masalah tertentu plus dengan anak2 buat perangai maka akan meroyanlah sorang2 di situ.. bila ingat2 balik macam kelakar je.. betullah orang cakap kesusahan membesarkan anak tu lah kenikmatan & kebahagiaan sebenar kan.

Budak 2 orang ni kuat makan betul.. mana ebu tak penat. Lepas makan nasik mintak nak makan makanan lain pulak. Dahtu bila pulak turn ebu nak makan ni? 😂😂😂 diorang kalau makan nasik bukan macam kebanyakan budak tu yang biasanya just nak nasik kosong + ayam goreng or nasik + telur..  yelah budak2 kan.. mana nak lauk sangat.. tapi budak2 ni alhamdulillah senang jugak makan sayur.. biasanya memang completela skali makan nasik tu dgn ikan/ayam + sup+ sayur/telur/kentang... tak cukup kenyang lagi ke tu??? Lepas makan elok pulak serentak dua2 orang buat kek... -____-'

Dulu masa Mifzal seusia Mikail sekarang, dia boleh dikatakan picky eater jugaklah tapi on off.. masa tu rajinla saya masakkan menu baru untuk dia... tapi turn Mikail ni saya tak larat sangat.. rasa ralat jugak tapi dia still makanla cumenye saya akan masak makanan/lauk/kuih/kudap2 yang kedua2nya boleh makan.. so takdela buat 2 kerja kan.. ni Mikail da boleh makan macam2 rasa lega sikitla.. kalo larat petang2 buatla lempeng ke penkek ke cekodok ke.. kalo tak larat kunyah biskut dengan roti jelah nakk.. rezeki jugak tu... baru anak dua da lenguh sana sini.. acaner nak selit no 3 ni?? Huhuhu.. ok2 da melalut topik lain ni.. tapi saya memang salute lah mak2 yang bleh baking kek bagai time malam2.. saya bile malam je totally flat.. nasib baik budak2 ni jenis tido awal. 9.30 da zzzzzzzz......

Entri ni macam tak kena dengan tajuk je kan? Kihkih.. tak kisahla tu.. sebab memang tengah muscle stress nih.. oh pasal gigi geraham yang saya buat rawatan akar aritu, 3 hari lepas treatment tu memang rasa sakit and takle nak mengunyah langsung.. but then hari ke4 tu da takde sakit apa dah sampai saat ni Alhamdulillah.. tapi saya takdelah kunyah benda2 keras guna gigi tu.. setakat nasik roti camtu jela. Tak terpikir pun nak buat crown buat masa ni.. tak perlu lagi lah kot. Oklah nak join bebudak ni zzzzzzz... sakitnya pinggangggggg.. 😂😂😂


Friday, October 9, 2015

Biawak

Assalamualaikum.

Satu hari yang indah dengan jerebu yang makin pulih, saya pun dengan riang hati basuh tangan di sinki (masa tu baru lepas settle basuh kek Mifzal) sambil tinjau2 kat tingkap sliding. Skali pandang makkkkkkk! Nate gapo tuh???!!


Ni la menatang tu.. terus macam terkedu sekejap tengok dia merangkak rilek je pegi tembok umah jiran sebelah.. saya pun dengan pantas berlari memanggil Mifzallllll amikkan henpon ebuuuuuuuuuu cepatttttttt!!! Tujuannye sebab nak snap je kahkahkah.. pastu saya call la jiran sebelah takut masuk dalam umah dia pulak kan... sekaliiii bila anak dia halau biawak tu patah balik datang umah saya semula.. 😂😂😂 da start cuak nih. Tapi tangan snap lagi.. kekeke.. saya shuhhhh2 kan ajela dari tingkap, sekali beliau jelir2 lidah pulak sambil pandang2.. terus tutup tingkap! Haha

Perasan tak banyak daun pokok tu kan.. masa beliau merangkak2 nak melarikan diri tu beliau nak elak daun2 yang menghalang muka beliau tu sekali beliau jatuh terpelanting kecebukkk lebih kurang camtu la bunyinya masuk kawasan jiran belakang pulak.. kahkahkah.. (berdosa tak gelakkan biawak??) pastu saya tak tau dah apa nasib beliau selepas itu.. doa saya moga kami takkan bertemu lagi sampai bila2.. cukuplah sekali kerana hakikatnya kami memang tak serasi dan pemergian beliau tak ditangisi.. Sekian cerita biawak untuk hari ini.


Tuesday, October 6, 2015

My Favourite Online Tudung shop



Assalamualaikum.

Malam ni mood ada sedikit terganggu tapi malas nak ambik port sangat.. jadi mohla kiter citer sumthing yang bleh jadi terapi especially bagi kaum hawa ni... kaum hawa ni memangla kan sinonim sangat dengan shopping ni.. well, we are born to shop.. kehkehkeh.. kalau bab shopping ni saya ikut mood.. kalau sesetengah orang tu pantang keluar mesti beli sumthing.. tapi saya tak camtu.(Incik hubby sila sujud syukur) semuanya bergantung pada mood.. kalau time mood meroyan shopping tu datang ha siapla ko tangan ni gatalllllllll je duk scroll ig tu tengok kot2 la ada pape yang berpotensi untuk disambar.. tapi tengok bajet bulanan jugaklah.. kalau bulan lepas dah beli takdela beli lagi bulan ni.. kita pun nak ada tabungan sejak kecil jugak kan.. huhuhu.. biasanya mood meroyan ni datang time incik hubby offshore la.. almaklumla kiter bosan takde geng nak bersembang kan hari2 asyik bersembang ngan budak kenit dua orang tu topik apela sangat. Pastu kan kadang2 stress biasalah kan surirumah hari2 rutin sama pastu kerenah anak2 lagi u knowww we need therapy (selain dari mengaji zikir solat tu yelah takyahla nak sembang kencang kat sini pulak kan). Yang bestnye lagi pasal saya ni, (promo diri sendiri hahahah) saya tak suka sangat beli pinggan mangkuk kuali sudip perabot tupperware segala mak nenek tu lah.. yang tu memang tak pernah masuk list.. melainkan kalo incik hubby yang tetibe cakap nak beli. Sebab tu kalo ada sapa2 yang promote tupperware lah ape lah kan memang saya tak terjebak.. melainkan betul2 perlu je.. kesian jugak kadang2 tapi nak buat camne dah memang perangai camni.. (incik hubby sila sujud syukur skali lagi sebab dapat wife cenggini)

Bila jadi surirumah ni especially kalo time incik hubby offshore tu (up sket title surirumah berdikari tough and supermak lagi vogue) nak kua shopping dengan bawak budak 2 orang tu adalah sangat mencabar. Makanya satu2nya option yang ada hanyalah online shopping.. tu je nak cakap sebenornye.. kehkeh. barang dapo tu toksah citerla kalo yang tu pun beli online memang nak kena lempang laju-laju makan dia. Ok2 nak citer ni.. kalo shopping online ni biasenye saya cume shopping baju dengan shawl je.. baju anak ikut keperluan.. tapi lagi suke walk in je pegi mall lagi senang. Sebab shopping baju budak kat kedai ni dia punya meroyan tu lain macam.. bile tengok design ni dia terus macam aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Tengok sana ya allah diskon 50% niiiiiiii aaaaaaaaaaaaaa!! lagi.. ha cenggituuu.. sape jadi mak2 tu taula kan.. hahaha.. masuk air betul. Ok2 sambung tadi.. sebab tu orang cakap kan jangan start.. once dah start susah nak berenti.. sama jugaklah kes online shopping ni. Dulu saya mane reti nak shopping online bagai ni.. takut kena tipu pun ada.. tapi start dengan barang baby kot masa tu pastu terus istiqamah sampai ke hari ni.. 😊 klik sana klik sini esoknya barang daaa sampai umahhh.... sorgaaaaa.. hahaha. Paling annoying bila abg poslaju sampai pastu nak hon2 banyak kali kita ni kelam kabut capai tudung. Ok da melalut ni.

Kalo nak listkan seller yang pernah saya berurusan, memang banyakkkkk sangat juttta jutttaaa jutttaaaaaaa... sampai dah bleh bezakan butik ni biasanya guna material apa, jahitan yang macam mana, harga mana yang lebih murah, blablabla.. untuk shawl saya pernah beli dengan radiusite, purdypetals, anggunzara, marshmallowscarf, cattleya couture, fanacouture, scarfsecret dan banyak lagi lah.. shawl saya semuanya hasil belian online sebab kat sini takde butik shawl or tudung yang steady.. material pun biasa2 je.. kalo shawl ni saya paling suka material chiffon georgette sebab lebih tebal so takla nampak leher or nak kena pakai inner neck bagai. Tapi sekarang ni da kurang dah sket mood meroyan shopping shawl ni sebab da banyak sangat dah koleksi plus warna pun kira macam complete dah ada semua.. kekeke.. mengucap panjang laki aku tengok perangai bini dia shopping shawl.. hahah.. kadang2 dia jugak yang tolong pilihkan design n colour. Veryyy the sportinggg.. nanti lanje la satu eh? 😅😅😅

Blouse jarang la beli sebab menyusu kan.. susah nak cari blouse yang nursing friendly yang cantik n tak nampak macam orang yang lebih tua dari usia. 😊 Sekarang dah banyak dah tapi mostly yang berzip. Saya tak suka sangat nak kua menyusu kalau baju yang guna zip ni sebab macam terdedah banyak sangat je.. luckily sekarang Mikail da kurang menyusu kalau kuar jalan2 so blehla melaram huhuhu.. taun lepas sebelum migrate brunei kejap tu adela saya beli banyak sekaligus dalam 6-7 helai camtu kat onebabyworld kot kalo tak silap.. pastu takde dah.. baru-baru ni je mood meroyan tu datang lagi. Sempatla sambar 3 helai 2 bulan lepas.. 2 bulan lepas? Oh bunyi macam dah lama kan? Jadi bolehla ushar lagi.. kahkahkah.. yang tu saya beli kat butik rayyanhaya and fanacouture.. online jugaklah.. nama2 seller yang saya sebut tu memang highly recommended sebab fast service and material memang best.. comfy sangat untuk mak anak dua yang kuat berpeluh ni.. 😥😥😥 tapi kalo saya tak konfiden dengan measurement memang tak beli lah.. sebab tu jarang beli blouse takut tak ngam saiz. Bleh search ig dorang ok for latest collection.. serius memang menyesal pastu sebab akan terjebak.. hahaha

Akhir kata, selamat menjebakkan diri dalam online shopping dan selamat terjebak ye.. kurangkan kontroversi dengan suami tingkatkan prestasi shopping anda.. kita boleh!! Because we are born to shop.. 💪💪💪( tolong jangan bash saya pasni hahaha)


Sunday, October 4, 2015

Ceritera seorang ayah



Assalamualaikum.

Hari itu merupakan hari sedih dalam hidup saya. Melihat riak wajah gembira teman2 membuatkan saya bertambah sedih dan terpalit sedikit rasa cemburu. Majoriti mereka memperoleh 8A dalam keputusan PMR.. sedangkan saya hanya beroleh 7A1B.. malu tidak terkata. Dalam kelas saya boleh dibilang dengan jari yang tak dapat full score. Balik ke rumah saya berkurung di dalam bilik.. menangis semahunya seolah-olah itulah pengakhiran hidup. Petang itu ayah saya balik dari kerjanya. Gayanya seperti belum tahu keputusan PMR saya.. yelah pada waktu itu kemudahan handphone bukanlah seperti sekarang. Sesiapa yang sudah memiliki handphone pada waktu itu sudah dikira orang berada. Bila diberitahu tentang keputusan saya, matanya bercahaya gembira. Dalam masa yang sama dia gelakkan saya kerana menangis seperti orang mendapat 7E lagaknya. Malam itu dia menasihati saya. Kata-katanya selalu menjadi penyejuk hati dan penguat semangat saya untuk terus berjaya. Niat saya belajar selama ini hanyalah kerana Allah & kerana kedua ibu bapa.. tiada lain yang saya niatkan. Keesokan hari, dia membawa pulang sebiji kek tanda meraikan saya. Bagi keluarga kami yang kurang berkemampuan pada ketika itu, dapat beli sebiji kek ibarat mengadakan jamuan besar. Entah bagaimana pula dia ikat perut untuk menampung belanja kami 5 beranak semata-mata untuk membeli kek itu.. demi kegembiraan seorang anak. Itulah kasih seorang ayah.

Itu kisah 13 tahun yang dulu.. yang tak mungkin luput dalam ingatan saya sampai bila2.. terlalu banyak memori indah untuk disimpan kemas dalam hati ni. Mungkin jugak saya pernah menjadi anak bongsu dengan agak lama (6 tahun) sebelum kedua-dua adik saya lahir selepas itu menjadikan saya agak rapat dengan ayah berbanding yang lain. Kini ayah da berusia 60 tahun dan di usia 60 tahun ini ayah saya disahkan menghidap kanser prostat (masih dalam proses untuk mengetahui tahap berapa). Tiada kata yang mampu saya ucap apabila mendapat perkhabaran itu. Saya sendiri yang temankan ayah ke hospital untuk consult tentang sakit yang dialami.. pada mulanya ayah saya mengalami kesukaran untuk buang air kecil dan biasanya air kencingnya keluar sedikit dan rasa sakit setiapkali nak kencing.. dah lama sangat sebenarnya sakit dia ni cuma on off kejap ok kejap sakit pulak tu dia degil taknak buat further check up di hospital. So setelah dipaksa akhirnya dia mengalah. Setelah dibuat full check up, doktor mendapati ada batu karang dalam pundi kencing, dan prostat itu sendiri mengalami pembengkakan (BPH). Hari yang saya buat rawatan akar itulah hari ayah saya warded untuk menjalani operation membuang batu karang & prostat pada keesokan hari. Tapi pada masa itu doktor hanya suspek ada kanser. Seminggu selepas operation barulah keluar result yang mengesahkan ayah memang ada kanser tapi saya rahsiakan dulu dari pengetahuan ayah. Dunia saya jadi gelap sejak hari pertama consultation tu lagi.. saya tak boleh nak berfikir langsung.. saya jadi moody, banyak menangis, tak bagi tumpuan 100% pada anak dan suami. Saya hanya menangis dan berdoa mohon kekuatan dari Allah. Tambah pulak masa tu nak raya haji. Saya harus jadi kuat tapi dalam masa yang sama saya tak kuat.. nasib baik hal anak2 suami tolong uruskan. Tapi itu cerita 3 minggu lepas. Semalam ayah baru selesai buat CT scan. Isnin nanti baru dapat result. Sekarang pun ayah dah makin positif, slowly dia dapat terima semua ni berkat sokongan semua. alhamdulillah.. dan saya bersyukur sangat di saat2 camni kawan2nya, saudara mara tak putus2 bagi kata-kata semangat untuk dia bangkit melawan penyakitnya. Setakat hari ini ayah saya cuma amalkan minum air rebusan daun durian belanda dan biji aprikot sementara menunggu rawatan yang selanjutnya.

Banyak perkara yang saya belajar hikmah dari ujian Allah ini.. hubungan saya dan ayah bertambah rapat sejak dia sakit. Saya cuba menelefonnya hampir setiap hari supaya dia stay in positive mood walaupun kadang2 saya sendiri tak kuat untuk hadapi semua ni. Saya tak sanggup nak tengok dia kesakitan lagi.. cukuplah rasanya saya tengok dia terlantar di hospital 2x dulu.. tak sanggup dah rasanya. Tapi ayah tetap selamanya seorang ayah. Selalu sembunyikan rasa gundah di hatinya di hadapan anak2. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Saya selalu titipkan doa (dan saya mohon anda semua doakan juga) agar ayah diberi kekuatan untuk menerima semua ini.. agar dia sentiasa positif untuk bangkit melawan penyakitnya. Saya sendiri tak sangka dia akan menjadi tenang (menerima hakikat dia menghidap kanser) secepat ini. Alhamdulillah saya happy dengan perkembangan positifnya setiap hari.. alhamdulillah syukur padamu ya Allah. Tapi jujur saya katakan saya masih rasa nervous selagi belum tahu result CT scan.. mohon anda semua tolong doakan yang baik2 sahaja ye. Semoga kami semua diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini. Amin.








Friday, October 2, 2015

Pengalaman buat rawatan akar gigi - part 3

Assalamualaikum.

Oke nak sambung cerita pasal rawatan akar gigi.. bila la episod gigi ni nak habis ha? Menyampah pulak rasa cerita pasal gigi ni.. huhuhu.. oke aritu pegi last appointment.. 15 minit sebelum pegi klinik, nurse tu siap call tanya gigi sakit lagi tak.. alhamdulillah sepanjang 2 minggu tu takde rasa sakit langsung cuma lenguh gusi belah kanan sebab 2 minggu buat overtime kunyah makanan.. kehkeh.. sampai klinik doc pulak tanya sakit lagi ke tak.. since da tak sakit so terus buat tampalan kekal.. buatla cepat2 doc saya da malas nak datang lagi... kikiki..

Ingatkan terus tampal tapi dia buka dulu tampalan sementara tu and start balik prosedur macam yang lepas2...cuci lagi dalam salur akar tu, korek2 cuci2 auu! Menjerit mak kat situ.. giler sakit kena akar yang dalam tu.. bingung jap rasa kepala.. da start takut dah masa tu takut benda alah kfile tu kena akar lagi.. pastu memang kena lagi! Grrr.. 3-4x kot kena.. da settle cuci2, then baru tampal.. tampal tu kejap je.. pastu dia tanya rasa tinggi tak gigi.. try ketap gigi rasa tak best ada benda kat situ.. pastu doc alter2 la macam kena mesin gigi tu nak bagi sama.. baru ok.. the whole process took about half an hour... saya suruh tampal sekali gigi sebelah dia yang ada lubang kecik..

Pegi kaunter untuk bayar, nurse tu bagitau kalo dalam tempoh sebulan gigi ni nak cabut ke or nak tercabut masa makan ke so dia tak charge pape la.. dapat free je.. masa ni macam jadi bengap kejap.. haha.. saya tanya la oh bleh tercabut eh? Pastu dalam hati saya cakap kalo dah senang sangat nak tercabut apekejadahnye aku buat rawatan akar ni? Hahaha... saya tak paham sangat sebenarnya apa maksud nurse tu tapi tak kisahla kalo sakit lagi ni memang cabut terus tak kuasa dah nak habis 1k untuk gigi sebatang.. lepas tu dia sambung lagi kalo nak buat crown kena book appointment dulu.. kos rm 650 untuk satu gigi.. 😂😂😂 crown pulakk..memang tak penah habis kan? Wuwuwuwu.... takpelah pasal crown tu nanti2 la pikir.. kemainkan ko gigi siap nak crown bagai.. ngalahkan princess.. total cost untuk hari tu rm 140..

Ni dah 2 ari lepas rawatan tu tapi apesal rasa cam tak best eh kat gigi tu? Memang cenggini ke? Aritu masa tempoh 2 minggu tu takdela plak rasa camni.. ke sebab doc tu kacau akar yang dalam2 sangat masa tu? Nak mengunyah pun rasa macam fragile sangat.. memangla doc tu da inform takbleh kunyah yang keras2 macam tulang ayam ke kacang ke.. tapi ni setakat benda2 lembut pun rasa tak best je nak kunyah.. hmm.. harap2 takde pape la.. serious memang da malas nak gi klinik gigi.. so pasni kalo ada yang mintak pendapat nak cabut ke nak buat rawatan akar, hmmmmm.... pikir panjang la ye... kalo saya nak cakap sekarang ni... hmmmmm... hmmmm...cabut la kot.. kahkahkah.. melainkan kalau fulus berkepuk2 tak luak then go ahead la.. ntahla.. susah nak cakap... pandai2 korang la.. 😅😅😅


Wednesday, September 30, 2015

Parenting

Assalamualaikum.

Sejak anak dua ni kan, perasaan keibuan tu makin bercampur baur pulak.. camane nak explain ye.. pernah tak korang rasa macam kadang2 tu asyik marah2 si abang tapi jaraaangggg sangat nak marah pada adik. Rasa bersalah sangat2. Perasaan standard mak2 kot ni kan.. Mifzal ni sukaaaaa sangat mengusik adik dia Mikail.. lagi2 kalau adik dia da menjerit2.. dia hepi agaknya tengok adik dia menjerit camtu.. kadang2 saya pun nak tergelak jugak.. tapi kalo dibiarkan selalu memang gelak tinggal hangin la jawabnya.. mana taknye, bila kita sibuk kat dapur tu la adik duk menjerit2.. tengah potong bawang sekejap dah kena take 5 minutes break pegi membebel seround dulu.. pastu pegi dapur semula sambung potong cili pulak.. menangis lagi si adik.. oke takpe bia dulu.. sometimes we need to let them handle their own emotions.. dalam masa yang sama kita ni duk tarik napas dalam2 tahan perasaan.. masakla cepat2 sampai kadang2 tak sedar potong bawang ke potong kulit jari sendiri.. 😅😅😅 tapi Mifzal ni so far dia takde la buat yang extreme sangat kat adik dia.. stakat mengusik manja. Tumbuk2 manja.. tolak2 manja.. tapi kalo sampai adik jatuh2 tu haaa ready la ko nakkkk panahan rotan di hujung jari tu.. so far saya tak pernah libas lagi la rotan tu.. cam ganas sangat je bunyi.. paling thrill pon suruh dia tadah tangan then rotan perlahan je just to give him lesson.. biasanya saya suruh dia berdiri kat dinding jela 5 minit sambil tangan pegang telinga.. itu kalau dah tak makan saman sangat.. meraung macam kena dera dah budak tu.. baru suruh berdiri je kot.. tapi pastu peluk cium la dia sambil cakap elok2 apa kesalahan dia.. tapi selalunya hal yang kecik2 camni lah yang trigger kemarahan kita kan.. contohnya anak tumpahkan air di saat2 kita dah selesai kemas semuanya dan baru nak baring.. tak habis di situ.. selesai lap tengok2 atas sofa ada cebisan kunyahan setompok2 di beberapa tempat.. dah kenapa pulak ko korek taik gigi buang kat sini nakkkkkk.... 😂😂😂😂 ingatkan dah boleh la rehat kan pastu..tetiba si adik pulakk dah selesai buat kek.. kalo time abahnya ada blehla kan hand over kat abah dia suh cebokkan.. kekeke.. kalo abahnya keje memang senget jugak pinggang ni.. macam2 kan.. bila diingat balik kelakar pun ada..

Bila malam cam biasalah sejam dua sebelum nak tido tu golongan mak2 ni biasanya otometik akan muhasabah diri.. yelah siang kan sibuk uruskan anak2 uruskan rumah tak sempat nak termenung.. esoknya bila anak buat perangai lagi tak mampu nak tahan sabar, ulang lagi perkara yang sama.. padahal semalam tu kemain dah reset minda prof muhaya ape semua dah.. manusia ni camtu la kan.. kalo muhasabah diri balik, terlalu banyak sangat benda yang kita buat sekarang adalah perkara yang kita pernah pledge takkan buat dulu.. orang cakap "cakap tak serupa bikin".. we are only human, afterall.. memang selalu lupa, alpa. Kena selalu diingatkan..

Our child is the reflection of ourselves.. selaaaaluuuu sangat saya paku ketat2 ayat ni dalam kepala. Takyah nak expect anak kita jenis yang cool kalo kita sendiri mudah sangat mengamuk tak tentu pasal.. takyah nak expect anak akan cakap elok2 kalau kita bercakap pun asyik nak jadi tarzan. Oke terasa di situ haku lettew.. kahkahkah.. oke ini tak kelakar.. i'm not happy doing it.. mana ada ibu yang suka2 hati nak react negatively kat anak sendiri yedak.. tapi kena mengaku jugakla saya ni memang jenis hot-tempered.. lagi2 kalo da lebih dari 3x cakap elok2 tak jugak dengar mula la kan nak test vokal ustazah pilihan.. kekeke.. tapi sama ada kita sedar atau pun tak, we unintentionally put too much expectations to our children without knowing that we actually not improving ourselves at all.. nampak gaya pasni kena cabut paku try guna skru pulak baru ingat gamaknya.. tak pun gi klinik wat tampalan kekal.. kehkehkeh.. ko dah kenapa. Haaa nanti saya up entry pasal last part rawatan akar tu..

Tapi bagi pendapat peribadi saya la kan, tahap kepenatan seseorang itu memainkan peranan yang sangat2 penting dalam menentukan tahap kawalan emosi seseorang.. especially in parenting.. kalau kita penat then kita marah2 tu perkara biasa.. tapi sejauh mana kita mampu mengawal kemarahan kita dalam keadaan body kita stress, itu luar biasa.. saya pun masih belajar.. sebab hari2 kita penat kan.. takkanla hari2 jugak kita nak marah2.. sampai bila pun takkan habis kan.. saya rasa dalam hal ni incik hubby lebih banyak bersabar dan berlembut dengan anak2.. mungkin sebab dia jarang dapat bersama dengan anak2 so dia gunakan waktu tu sebaik2nya.. berlembut dalam perlakuan tetapi tetap tegas dalam mendidik.


Hakikatnya kita semua selalu inginkan yang terbaik.. selalu ingin jadi yang terbaik.. tapi kita ni cuma manusia biasa je.. kita buat silap then kita cuba improvekan mana yang perlu.. kita tak boleh cakap mana satu kaedah parenting yang betul atau salah.. in fact, we're just doing it.. and we're still learning.. will always have to.. that's life.. 😊


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails