Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Wednesday, January 16, 2013
My breastfeeding journey #9
Dia tidak meminta bahkan Dia lah yang memberi rezeki..
Alhamdulillah..
Siapa sangka kan.. Rentetan episod kemeruduman susu yang saya alami selama 2 bulan lepas menyebabkan 200++ oz stok ebm yang dah saya simpan selama ni akhirnya hanya tinggal 4 botol sahaja ( 17oz).. 4 botol stok tu statik di situ sehinggalah sekarang ni dah bertambah semula menjadi 10 botol.. Alhamdulillah.. Selama 2 bulan saya berusaha sekarang dah nampak hasilnya.. Allah tetap makbulkan doa hambanya yang berusaha sama ada cepat @ lambat.. Syukurrr sangat2...
Dulu saya macam dah pasrah bila production sehari cukup2 untuk menampung keperluan Mifzal untuk satu hari... Tak dapat nak buat stok pun. Tapi da syukur sangat sebab saya tak perlu tambah air masak dalam susu @ topup dengan fm.. Tapi saya tetap disiplinkan diri pam setiap 2-3 jam. Kadang2 bila dah terlalu penat @ sibuk dengan housechores ade la jugak terlambat sejam dua tapi nasib baik tak jejaskan production saya. Pernah terlintas nak let go 30 storage bottle tu tapi siapa sangka saat tu jugaklah Allah memperbanyakkan rezeki Mifzal. Alhamdulillah...
There is nothing happier than looking at my own flesh and blood drinking my own milk, his mother's milk.. :') alhamdulillah.. Thank you Allah..
Skarang ni memang tengah bersemangat nak kumpul stok. Sehari dapatlah simpan at least 3 oz.. Kalau ade lebih dapat la simpan lebih.. Kalau tak dapat simpan pun tetap bersyukur. Asalkan Mifzal dapat minum susu ibunya.. Cukuplah 2x dulu dia terpaksa topup fm. (1st masa minggu pertama lahir, 2nd masa 7m++). Nasib baik sekejap je waktu genting tu.
Semoga Allah terus mempermudahkan laluan saya untuk bf Mifzal sampai 2y & semoga diperbanyakkan rezeki Mifzal untuk minum susu ibunya. In shaa Allah. Aminn..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, December 28, 2012
Salahkah aku??
Sedih.
Kecewa.
Terkilan.
Tertekan.
Salahkah saya kerana saya ingin meneruskan penyusuan susu ibu walaupun terpaksa menjadi seorang EP mom? Salahkah saya mengepam setiap 2-3 jam untuk beri anak saya susu badan sendiri?? Salahkah??? Hmmm...
Saya sedih sebab sehingga ke hari ini, saat ini.. Saya masih lagi dicemuh kerana asyik mengepam susu untuk Mifzal.. Asyik mengusung pam ke sana ke mari.. Adakah ini kehendak saya??? Ya, memang kehendak saya. Kalau ini bukan kehendak saya, dah lama saya suap anak saya dengan susu formula. Lebih baik saya bersenang lenang goyang kaki hanya tunggu anak menangis then baru sibuk2 nak bancuh susu daripada saya korbankan masa rehat & masa tidur saya untuk mengepam.
Tapi adakah kehendak saya semuanya jadi begini?? Saya tak pernah tak pernah & tak pernah terlintas apa lagi berkehendak untuk menjadi seorang EP mom.. Sewaktu mengandung lagi saya da tanamkan niat untuk menyusukan anak dengan susu badan sehingga dia berusia 2 tahun. Siapa yang taknak menyusukan anak secara direct?? Saya pernah merasai nikmat menyusukan anak secara direct selama 3 bulan setengah.. & saat ini masih terasa (malah sentiasa!) perasaan "bonding" yang dirasakan antara seorang ibu & anak. Tapi apa yang terjadi, anak saya menolak untuk menyusu secara direct hanya kerana flow susu yang terlalu laju.. (ada saya nyatakan dalam entri terdahulu). Susu saya terlalu banyak waktu itu. saya google cara penyelesaian yang patut saya buat untuk perlahankan milk flow. Saya buat semua yang dicadangkan. Pam dahulu, kepit cara gunting, menyusu jangan menunduk, bertanya pakar laktasi & macam2 lagi. Tapi keadaannya tetap sama. Malah saya mampu merasai let down reflex (LDR) sehingga 3-4x dalam masa setengah jam hingga Mifzal stress untuk menyusu. Hinggalah akhirnya dia taknak menyusu. Takkanlah saya nak biarkan anak saya kelaparan. Dengan berat hatinya terpaksalah juga saya pam masuk dalam botol dan berikan padanya. Pada mulanya dia boleh terima nipple dan jugak botol. Entah di mana silapnya sehingga satu hari tu dia langsung taknak menyusu dengan saya, tapi bila diberi botol baru dia akan minum. Sampailah ke hari ini saya menjadi seorang pengepam tegar. Dengan sokongan suami & group kumpulan ibu menyusu yang saya sertai, saya terus mencuba untuk direct feed tapi bukanlah mudah buat seorang bayi yang sudah boleh membezakan rasa. Akhirnya saya pasrah. Saya redha menjadi seorang EP mom andainya itu sahajalah caranya saya dapat salurkan susu badan saya buat Mifzal. Tak perlu saya nyatakan berapa banyak airmata saya yang gugur mengenangkan "rezeki & nikmat" saya hanyalah setakat itu. Hanya Allah & suami yang menjadi saksi.. Mungkin saya tak layak berkata begini sebab mungkin saya yang tak cukup berusaha. Mungkin saya tak cukup 'keras' untuk memaksa Mifzal direct feed. Pernah saya marah & paksa Mifzal direct feed sebab cara lembut pun tak berkesan sehingga dia meronta, menjerit & menangis sampai merah muka. Tapi akhirnya saya juga yang menangis sebab menyesal.
Sekarang Mifzal dah pun 8 bulan setengah & Alhamdulillah saya masih mengepam sehingga ke hari ini. Dan masih lagi dicemuh sehingga ke saat ini. Saya mengaku saya tak kuat untuk menerima cemuhan daripada orang di sekeliling saya. Tambah lagi dengan ketiadaan suami dcc. Paling menyedihkan orang2 itu adalah orang2 yang saya sayang! Saya hanya perlukan sokongan.. SOKONGAN.. Sukar sangatkah? Tak perlu mencemuh saya.. Tak perlu membandingkan saya dengan ibu-ibu lain di luar sana.. Memang anda semua bertuah kerana dapat menyusukan anak secara DIRECT & berjaya menuruti sunnah nabi untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.. Tahniah buat anda semua. Apa salahnya bantu saya juga untuk menuruti sunnah ini dengan cara yang saya mampu?? Kita kan saudara sesama islam. Mengapa tak saling membantu? Saya tak minta lebih, cukup sekadar memberi saya sokongan. Bukan menjatuhkan saya dengan kata-kata yang cukup menyedihkan. Agaknya sebab itulah pada zaman moden ni tak ramai yang berjaya menyusukan anak sampai 2 tahun. TIADA SOKONGAN!
Saya bukan anti susu formula, malah saya tidak pernah mencemuh mana2 ibu yang memberikan anak mereka susu formula. Setiap orang tak sama, rezeki setiap manusia itu berbeza. Kita tak tahu masalah orang. Siapa kita nak judge orang lain. Dan terima kasih jugak pada pengeluar susu formula kerana sikit sebanyak membantu ibu-ibu yang ada kesulitan untuk menyusu. mungkin ada yang tercuit dengan statement saya ini tapi macam saya cakap tadi, masalah orang kita tak tahu. jangan kita pandai2 nak menghukum & menjatuhkan orang lain kalau tak tahu hujung pangkal cerita.
Saya sendiri ada sejarah "dipaksa & terpaksa" bagi susu formula pada Mifzal. tapi saya tak salahkan sesiapa. saya yang gagal sebenarnya. Anggaplah itu semua kesilapan diri sendiri. alhamdulillah sekarang tiada lagi susu formula buatnya. Walaupun bekalan yang ada hanyalah sekadar mencukupi tapi saya masih bersyukur masih ada rezeki buat Mifzal setakat ini. Saya seboleh-bolehnya mahukan anak saya minum susu badan saya sekurang2nya sampai dia 2 tahun. Itupun dengan izin Allah. Semoga saya terus kuat untuk memberikan titisan-titisan emas ini buat Mifzal.
Buat suami, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan & pengorbanan abang.. Berkorban wang ringgit membelikan pam & botol susu yang banyak tu. Berkorban tenaga & kudrat kerana sanggup menjaga anak setiapkali saya mengepam walaupun terpaksa menahan sakit slipped disc yang dihadapinya. Sanggup menahan lapar sekejap bila saya terpaksa mengepam tergesa-gesa dan dalam masa yang sama saya harus masak. Sanggup bangun malam untuk tolong susukan Mifzal bila mana waktu itu saya sedang mengepam. Sanggup berhenti dengan kerap setiapkali kami travel jauh @ jalan-jalan untuk beri ruang saya mengepam. Sangat rajin membantu saya membasuh botol2 susu & alatan pam walaupun waktu tu dia baru je nak baring. Yang paling utama, terima kasih yang tak terhingga atas SOKONGAN yang tak pernah putus dari dulu sehingga ke saat ini.. Dan terima kasih juga pada ahli keluarga saya & keluarga mertua yang tolong sama-sama menjaga Mifzal setiapkali saya sibuk mengepam.
Maafkan saya andainya entri kali ini mengguris hati sesetengah pihak. Bukan tujuan saya mengaibkan sesiapa. Saya cuma ingin meluahkan rasa yang dah terpendam sekian lama. Mungkin bukan saya saja yang melaluinya. Saya percaya ramai lagi EP mom di luar sana yang menghadapi cabaran sebegini. Semuanya demi memberikan yang terbaik buat anak tersayang.
Kami cuma perlukan SOKONGAN, bukan cemuhan.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, December 7, 2012
Ceritera susu
Hai.
Skarang ni kami kat kampung incik hubby. Da seminggu lebey pon kat sini. Before tu sempat jugaklah cuti cuti cinta bertiga kat Cameron. Ala-ala pre honeymoon sempena eniberseri kami gitu.. Feeling ombak rindu la kunun. Heheeee.. :))

Tapi tak best sangat sebab Mifzal banyak meragam plak hari pertama kami kat sana. Dia mabuk pening2 gitu dengan jalan pusing2.. ebu ngan abahnya pon tumpang pening sekali. kesian kami kan? huhu.. And i was a little bit stress thinking of my milk production. Hmm.. Meroyan jugaklah kot. Haha. Ok not funny.. =_='
All i can do is.. Campurkan air masak sikit dalam susu tu. nak bagi jadi banyak sikit. heee.. Teruk tul. mebi akan buat khasiat dalam susu hilang, but i've got no choice.. Seems like i've been soooo selfish and stingy to my only son.. Haih.. Sorry sayang... Ebu juz want to give u the best.. All i can.. Tapi tak sampai hati pulak tengok dia berlapar sampai nangis2 nak tido pun tak boleh. takkanlah sebab saya nak sangat2 dia fully bf sampai sanggup bia dia berlapar.. tiba2 rasa sangat2 kejam.. jadi, dengan berat hatinya terpaksa lah carik susu lain untuk topup sementara saya berusaha untuk up kan production susu saya.
Sampai je kampung incik hubby, we decided to buy organic baby rice milk as an alternative, instead of giving him formula milk. Untuk topup bila emergency sahaja. Sebab skarang ni dalam sehari tu, saya tak dapat nak penuhi 2-3x feeding dia.. So juz bancuh 2-3x jelah dalam sehari. Unfortunately, dia tanak minum oke! Haihh... Dahla satu tin tu dekat RM80.. So solution ape lagi yang ada kan.. Terpaksalah merelakan formula milk.. :(( mulanya aritu nak try bagi susu kambing or soy-based milk. Tapi bila google tengok banyak kajian cakap soy-based milk ni tak berapa bagus untuk badan baby, so kami pun takut jugaklah nak try. So back to basiclah, beli anmum jer since Mifzal penah minum susu tu ms minggu pertama dia lahir dulu n he never had any problem with that milk. Poo dia pun oke. Alhamdulillah dia nak minum walaupun mula2 tu cam nak taknak jer. Sebenarnya sampai sekarang pon camtu. Huhu.. Lambat betul nak abiskan sebotol. Skarang ni Mifzal minum 4-6 oz.. Kalau dulu juz 3 oz sahaja. Tak terkejor eden ni haaa.. Dulu sedih jugak.. Bukan jugak, sedih sangat sebab tak dapat fully bf sampai 2 tahun. Setahun pun tak sampai. tak dapat berikan Mifzal apa yang sepatutnya dia dapat. Tapi dah jadik camni, terpaksalah campur jugak. Di usianya yang baru 7 bulan setengah. Harus redha & pasrah. Tapi saya tetap jugak makan ubat homeopati untuk tambahkan susu selain makan milk booster yang lain tu. and of course keep on regular pumping, every 2-3 hours.. Hopefully nanti dah tak perlu topup FM dah. InsyaAllah...

Ni la susu yang Mifzal tanak minum tu. huhu.. Organic-based.. All natural ingredients.. Ingat nak let go susu ni. baru bancuh dalam 10 oz je rasenye. Ade sape2 nak beli tak?
Hmmm..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Skarang ni kami kat kampung incik hubby. Da seminggu lebey pon kat sini. Before tu sempat jugaklah cuti cuti cinta bertiga kat Cameron. Ala-ala pre honeymoon sempena eniberseri kami gitu.. Feeling ombak rindu la kunun. Heheeee.. :))
Tapi tak best sangat sebab Mifzal banyak meragam plak hari pertama kami kat sana. Dia mabuk pening2 gitu dengan jalan pusing2.. ebu ngan abahnya pon tumpang pening sekali. kesian kami kan? huhu.. And i was a little bit stress thinking of my milk production. Hmm.. Meroyan jugaklah kot. Haha. Ok not funny.. =_='
All i can do is.. Campurkan air masak sikit dalam susu tu. nak bagi jadi banyak sikit. heee.. Teruk tul. mebi akan buat khasiat dalam susu hilang, but i've got no choice.. Seems like i've been soooo selfish and stingy to my only son.. Haih.. Sorry sayang... Ebu juz want to give u the best.. All i can.. Tapi tak sampai hati pulak tengok dia berlapar sampai nangis2 nak tido pun tak boleh. takkanlah sebab saya nak sangat2 dia fully bf sampai sanggup bia dia berlapar.. tiba2 rasa sangat2 kejam.. jadi, dengan berat hatinya terpaksa lah carik susu lain untuk topup sementara saya berusaha untuk up kan production susu saya.
Sampai je kampung incik hubby, we decided to buy organic baby rice milk as an alternative, instead of giving him formula milk. Untuk topup bila emergency sahaja. Sebab skarang ni dalam sehari tu, saya tak dapat nak penuhi 2-3x feeding dia.. So juz bancuh 2-3x jelah dalam sehari. Unfortunately, dia tanak minum oke! Haihh... Dahla satu tin tu dekat RM80.. So solution ape lagi yang ada kan.. Terpaksalah merelakan formula milk.. :(( mulanya aritu nak try bagi susu kambing or soy-based milk. Tapi bila google tengok banyak kajian cakap soy-based milk ni tak berapa bagus untuk badan baby, so kami pun takut jugaklah nak try. So back to basiclah, beli anmum jer since Mifzal penah minum susu tu ms minggu pertama dia lahir dulu n he never had any problem with that milk. Poo dia pun oke. Alhamdulillah dia nak minum walaupun mula2 tu cam nak taknak jer. Sebenarnya sampai sekarang pon camtu. Huhu.. Lambat betul nak abiskan sebotol. Skarang ni Mifzal minum 4-6 oz.. Kalau dulu juz 3 oz sahaja. Tak terkejor eden ni haaa.. Dulu sedih jugak.. Bukan jugak, sedih sangat sebab tak dapat fully bf sampai 2 tahun. Setahun pun tak sampai. tak dapat berikan Mifzal apa yang sepatutnya dia dapat. Tapi dah jadik camni, terpaksalah campur jugak. Di usianya yang baru 7 bulan setengah. Harus redha & pasrah. Tapi saya tetap jugak makan ubat homeopati untuk tambahkan susu selain makan milk booster yang lain tu. and of course keep on regular pumping, every 2-3 hours.. Hopefully nanti dah tak perlu topup FM dah. InsyaAllah...
Ni la susu yang Mifzal tanak minum tu. huhu.. Organic-based.. All natural ingredients.. Ingat nak let go susu ni. baru bancuh dalam 10 oz je rasenye. Ade sape2 nak beli tak?
Hmmm..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, November 27, 2012
My breastfeeding journey #8
Salam.
Risau.
Susu merudum lagi.
Masa Mifzal demam hari tu memang tak dapat nak pam sangat sebab dia asyik nak berdukung. Dengan abahnya pun dia jarang nak. Time tido pun dia nak tido atas dada saya. Tak boleh nak letak langsung.
Dugaan.
Stok ebm kat umah ni pun ada 2 botol lagi which is 5 oz.. Haha.. Oke tak kelakar. Saya tak dapat nak buat stok pun sebab production yg saya dapat hari2 pun tak terkejar dengan demand dia. Demand > supply.. Stok tu konpem2 dah abis arini or esok.. Aduhaiii.. Risau tapi berlagak cool. Taknak stress walaupun kepala ni asyik duk pikir nak wat camne lagi. Dahla cik P nak datang ni. Biasanya memang drop time bendera merah tu.. Dugaan sungguh. Nak bagi air masak banyak2 Mifzal taknak. Dia tau tu bukan susu.. Bagi susu baru diam. Clever boy anak ebu.
Runsing.
Permudahkan rezeki anakku untuk minum susu badanku ya Allah.
Perbanyakkanlah susu badanku.
Permudahkanlah perjalanan penyusuanku.
Amin.
Pls pray for us.
Masih sangat risau.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, November 9, 2012
My breastfeeding journey #7
Lamanya tak apdet belog... Heee..
Assalamualaikum.. Eh baru nak bagi salam ker.. Huhu..
Lately ai busy sangat sampaikan tak nyempat nak cilok nak apdet belog.. Raya korban kedua hari tu demam panas lah pulak.. Plus bengkak tonsil.. 6 hari tak kebah2 jugak.. Suhu badan maintain aje 37.9-38.8 degree celcius.. Ingat ke campak ke ape kan tapi takdelah pulak kua pape.. Da berpuluh paracetamol telan.. Tak baik2 jugak and got no choice, pegi klinik doc bagi antibiotik so terpaksalah habiskan.. Ngam2 abis antibiotik demam terus kebah.. Alhamdulillah kuasa Allah.. Seksa & deritanya kalo demam n ada anak kecik.. Tambah plak incik hubby takde dcc.. Nasib baik jugaklah my mom tolong jagakan waktu siang.. Tu baru sakit demam kan.. Sakit lain mintak jauh... :))
Production susu jangan cakaplah, memang drop habis!! Ada sekali tu pam kua 0.5 oz je...! Oh my oh my.... Panik tak hengat masa tu siap nanges2 drama bagai ngadu kat incik hubby yang jauh di sinun.. :( drama queen betul lah.. Sape tak panik hoii... Nanti anak nak minum ape.. Nyaris2 tergoda iman nak beli susu formula.. Oh jangan jangan.. usaha harus lebih gigih lagi.. harap2 susu badan ni masih boleh bertahan.. Aritu memang give up sangat2.. Mane dengan tak larat nak pump, dahtu bila pump kua seciput pulak aduhaiiii... Demam tak jugak kebah2.. Dugaan sungguh.. Tapi nasib baiklah stok susu banyak lagi dalam deep freezer.. Skarang?? Hukhukhuk.. Dari 200++ oz tinggal 80++ jerrr!! :((
Sebenarnya bukan sedih pasal stok susu berkurang.. *eh, risau la jugak sikit2..huhu* tapi ape yang lebih menyedihkan Mifzal kena minum susu beku manjang 6 hari tu.. 2-3 botol je dia minum yang fresh.. Kesian anak ebu.. Cukup ke idak khasiat untuk kamu sayang.. Huuu.. :'(
Skarang ni forget about stock.. Laa ni nak fokus nak up kan semula milk production.. Setidak2nya tak perlu lagi kuarkan stok.. Arini terpaksa jugak kuarkan 3 oz dari deep freezer.. Still tak dapat cover lagi.. Tapi okla sebab sebelum2 ni saya kuarkan 5-8 oz.. Hopefully esok takde dah yang kua.. Insyaallah amin amin amin! Let's power pumping! Heh...
Btw nak selit jugak milestone Mifzal kat sini.. Mifzal skarang da boleh berdiri.. Tapi berpaut pada katil dia tu la.. Ekceli dia da boleh berdiri masa umur dia 6 bulan 2 minggu aritu tapi ai kan tak sehat so takdenyelah nak sibuk2 menghapdet belog.. Merangkak memang da makin laju tapi saya tak lepas dia merangkak without comforter lagi pasal dia suka sangat sondol kepala ke lantai.. =_=' skarang ni dia try2 nak duduk plak.. Best kan duk umah doplohpatjam ngan anak.. Ada je perkembangan dia setiap hari.. Eh, statement ni bukan nak kasi sentap ebu2 yang bekerja tau.. Jangan salah paham plak ye.. Uols lagi best pe sebab ade duet poket sendre.. Ai pon ade tapi duet laki.. Kuikuikui.. sekadar gurauan malam jumaat je yep.. ^__^
Bab makan pulak, so far Mifzal dah makan lebih banyak berbanding dulu.. Kalo dulu 1 kiub je skali makan, skarang dah 2 kiub.. Kuatnya anak ebu makan.. Huhu.. Bubur saya stop sekejap sebab aritu dia punye sembelit sampai nanges2 nak poo poo.. Tapi tu sebab makan bubur banyak sangat rasanya sehari tu.. Before ni oke je pun takde sembelit.. Takpelah kita abiskan kiub2 puree tu dulu yep.. Lagi 3-4 hari kalo da ok poo poo kita sambung bubur semula.. :))
Pukul berapa pulak la Mifzal nak tido niiii... Tadi pas maghrib dia da tido kejap *kejap hape 2 jam lebey* kul 9 lebih baru bangun.. Skarang ni siap sedia la bermata panda wahai ebu.. Huhuhu...
-_____-
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, October 14, 2012
Berdua kembali
Salam.
Da dua hari incik hubby kembali bekerja.. Tak puas lagi rasanya spend time together.. Masak untuk incik hubby.. main dengan Mifzal sama-sama.. Sebulan tu sekejap jer berlalu.. Kalo time incik hubby keje rasa lambat pulak.. :p tipu kalau saya cakap saya tak "terasa" dengan semua ni.. Isteri mana yang tak sedih bila terpaksa berpisah jasad dengan suami sendiri.. Rasa sunyi, sepi, macam hilang sebelah tangan.. Sedih, sayu, semua rasa tak best tu ada.. Lagi2 bila ada anak ni makin menjadi2 pulak.. Banyak sangat kenangan manis kami bertiga di teratak kecil kami ni.. everytime saya masak, incik hubby yang akan jaga & uruskan Mifzal.. dodoikan dia, layan dia main, dan skarang da pandai mandikan & pakaikan pampers.. :)) cuma time berak ebu jugak kena basuhkan.. huhu.. Bila bangun pagi biasanya incik hubby berguling atas katil menggomol si tecik tu.. Pastu bersembang & main cakcak.. Kemain lebar si tecik tu tersengih.. Kalau dengan ebu baru dia ketawa mengekek.. Skarang ni bangun pagi berdua je.. Tapi takpelah.. Saya selalu bagitau Mifzal yang abahnya pegi work.. Jauh.. Demi untuk carik rezeki buat kita.. Tapi nanti abah akan jumpa kita lagi.. 5 minggu tu kejaaaaaapp jer.. :') saya tau saya tak kuat, tapi saya harus & wajib menjadi kuat demi anak kami yang baru sorang ni.. :)) lagipun ini bukan pertama kali kami terpaksa berjauhan.. Da hampir 2 tahun pun.. insyaAllah.. Allah sentiasa ada untuk membantu saya.. Semoga segalanya dipermudahkan buat saya & Mifzal sepanjang abahnya bekerja.. Semoga segalanya dipermudahkan juga buat incik hubby.. Amin amin amin..
Mifzal da menginjak ke usia 6 bulan dah skarang ni.. Alhamdulillah.. Macam tak percaya anak ebu da 6 bulan pun.. Da big boy, bulat & berisi padat.. :)) aritu kecik je masa ebu lahirkan Mifzal.. Skarang kemain aktif.. Sibuk nak merangkak, main & explore benda2 baru di sekeliling.. Next appointment dengan his paed minggu depan.. Nak kena cucuk lagi.. Dua jarum plak tu.. Haihh.. Everytime nak cucuk ni ebu yang terover nervous.. =_='
Alhamdulillah, Mifzal masih lagi minum susu ebu.. & saya masih lagi gigih mengepam.. Da almost 4 months as an EP mom.. Semoga saya terus kuat semangat & rajin mengepam. Amin! :)) tapi pas raya aritu jadual mengepam da kelaut.. Sejak incik hubby balik memang saya tak menang tangan.. Mana nak masak, kemas dapo, lipat kain, jemur baju, uruskan si tecik tu lagi.. Da abis seme keje baru bleh mengepam.. Tapi kalo susu da abis memang kena dahulukan mengepam.. Daripada 2 jam sekali lama2 jadi 4-6 jam sekali.. =_=' total production per day pun turut susut la.. Nasib baik ade frozen ebm tu.. Syukur.. Kalo tak memang tak terkejar.. Tambah pulak Mifzal makin banyak minum susu.. Da 3-4 oz sekali minum.. Kadang tu da minum 3 oz then tak sampai sejam minum lagi 3 oz.. Pengsan! Harap2 saya bleh survive.. Atleast sampai dia setahun.. Then baru continue sampai 2 tahun.. Go ebu go! :))
Pasal makan pulak, alhamdulillah takde masalah lagi so far.. Saya da buat puree kurma, pisang, apple merah, carrot.. Semua dia makan.. Cuma pisang takbole sangat sebab dia cirit sikit.. So far baru bagi sekali sehari.. Tengokla seminggu dua lagi baru nak bagi 2x then baru introduce plain porridge.. Ni tengah pikir nak buat puree apa lagi ni.. Ingat nak try pumpkin dengan sweet potato pulak.. Heee..
Tapi pape hal baik tido dulu.. Muahaha.. Ngantuk sangat nih.. Gudnite ya!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, September 11, 2012
My breastfeeding journey #6
Salam.
Tension pasal tak boleh tido.. Bile Mifzal da tido awal time tu jugaklah mata ni liat nak lelap.. Haihhh.. Rugi betul.. :p
Alhamdulillah berkat kesabaran & usaha yang tidak putus2, susu saya makin bertambah dari sehari ke sehari.. Thanks to incik hubby yang sentiasa berikan sokongan penuh pada puan isteri yang cepat panik ni.. Hehe.. Saya masih belum ambil supplement shaklee tu tapi memang berniat nak ambil untuk tambahkan tenaga.. Sangat2 letih & badan selalu sakit sana sini especially bahagian belakang, bahu & pinggang.. Mungkin jugak efek saya jatuh tangga 2-3x masa anak dara dulu.. =_='
Skarang ni saya masih "merajinkan" diri mengepam setiap 2 jam.. Kadang2 kalau Mifzal meragam payah nak tido asyik nak berdukung bermanja ngan ebu terskip jugaklah sampai 3-4 jam.. Tapi tak apalah, saya percaya pada rezeki Allah.. Walau camane pun Mifzal masih keutamaan no 1.. Insyaallah.. Utamakan mana yang utama.. Aritu saya buat power pumping selama 2 hari then stop sehari sebab malas huhu.. Then sambung semula selama seminggu.. And of course pastu kena buat regular pumping every 2-3 hours..
Alhamdulillah tiada lagi stok frozen ebm yang keluar sebaliknya saya dah topupkan dengan yang baru.. Syukur sangat sangat.. Walaupun tak banyak tapi memadailah sehari dapat masukkan 4-5oz dalam deep freezer tu.. Ade rezeki lebih ada lah.. :)) kalau dulu dalam sehari tu saya dapat pump total 28-32 oz.. Tapi skarang dah mencecah 40++ oz.. Alhamdulillah.. Semuanya rezeki Mifzal.. Saya cuma banyakkan minum air.. Sehari paling sikit pun saya minum 2.25 L.. Nak biasakan minum 3-4 L sehari.. Selain tu saya minum horlicks + susu anmum + milo.. 2x sehari.. Campur sekaligus.. Hehe.. Malas nak buat satu2.. Sangat sedap.. Yummyyy.. Oh aritu ade jugak minum air barli tapi dalam 3 hari je pastu da malas nak buat.. Huhu.. Air sejuk langsung saya tak minum tapi buah2 sejuk saya makan jugak macam tembikai tu.. Kebetulan adik saya nak exam UPSR esok so dia dapat kurma, bolehlah kakak dia ni menyibuk sekali makan.. :)) so far itu ajer yang saya makan untuk banyakkan susu selain dari nasik 2-3 pinggan sekali makan.. Hihihiiii... Semuanya milk booster saya.. Lain orang lain milk boosternye.. So kena try n error.. Yang penting kena RAJIN MENGEPAM.. Hihi... Skarang ni kalau skip pam 2 jam tu dah rasa breast full & bengkak.. Dah lama tak rasa camtu.. Super duper happy bila dapat rasa semula.. Alhamdulillah thank you Allah!!
Beberapa hari je lagi Mifzal nak masuk 5 bulan.. Sekejap je rasa.. Semoga susu badan saya sentiasa cukup untuk menampung keperluannya setiap hari.. Insyaallah.. Amin amin amin...
Nak pegi mengepam pulak.. Alang2 mata takboleh lelap ni better pump susu.. :))
Bai!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, September 2, 2012
My breastfeeding journey #5
Runsing.
Resah.
Bimbang.
Tu la perasaan saya sekarang ni.. But still.. Pretending to be cool.. Taknak perasaan risau ni terlalu mengganggu hingga menjejaskan production susu.. Menangis? Tak perlu ditanya.. Itu sudah pasti.. Ibu mana tak sedih, ibu mana tak risau kalau tak dapat berikan yang terbaik buat permata hatinya? Tapi seperti yang saya cakap tadi, menangis tiada gunanya.. Malah mengeruhkan lagi keadaan.. Ape yang lebih teruk, tentulah susu malu2 nak keluar.. =_='
Sejak Mifzal masuk 4 bulan aritu, demandnya mula bertambah.. Kalau dulu dia minum 2 oz setiap sejam.. Sekarang 3-4 oz setiap 1.5/2 jam.. Sejak itulah stok susu dalam deep freezer lebih banyak keluar dari masuk.. Sekarang tinggal dalam 80+ oz sahaja.. Bertambahlah risau hati ni.. Kalau aritu saya pam setiap 3 jam, sekarang saya pam setiap 2 jam.. Hasilnya hanyalah 2.5-4 oz sahaja untuk sekali pam. Namun saya tetap bersyukur.. Saya percaya sebanyak mana saya dapat, sebanyak itulah rezeki Mifzal... Allah lebih mengetahui.. Jadi saya harus bersyukur.. Alhamdulillah.. Sekali Mifzal minum dah habis & saya kena pam lagi.. Dengan erti kata yang lebih mudah, saya harus pam setiap waktu menyusu.. Penat? Sangat!! Tambah pulak saya exclusive pumping.. Kalo direct feed tu lain cerita.. Tapi tak pernah terlintas dalam hati ni untuk merungut sebab saya tahu besar pahalanya.. Saya cuma mahukan anak saya mendapat zat & khasiat terbaik, susu ibunya sendiri.. Bukan saya menolak susu formula, tapi hak menyusu adalah hak seorang anak.. Selagi saya mampu saya akan berusaha sehabis daya, sebaik mungkin! Jika dah termaktub di Luh Mahfuz rezeki Mifzal untuk minum susu ibunya setakat waktu sekian sekian, saya redha.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya.. Sehebat mana pun kita merancang, semeriah camne pun susu kita sekarang, rezeki tiap anak & manusia tetap di tangan Allah.. Itu yang saya pegang.. Rezeki tiap anak takkan sama.. Tapi saya takkan putus2 berdoa & berusaha agar Mifzal dapat minum susu ibunya sehingga sekurang2nya dia berusia 2 tahun..
So far dah 3 hari saya buat power pumping.. Tapi saya cuma dapat dalam 7-8 oz waktu awal pagi sahaja.. Waktu tu kan kadar hormon tengah tinggi.. Waktu lain 2.5-4 oz.. Setiap hari saya minum hampir 4 liter air.. Saya minum milo.. Saya minum susu.. Saya makan lebih banyak dari biasa.. Saya pastikan saya tidur sekejap waktu siang untuk cover rasa letih.. Saya makan kurma jugak tapi kadang2 je sebab da nak habis.. Saya memang buat regular pumping, every 2 hours.. Tapi susu belom nak bertambah lebih dari biasa.. Mungkin belum masanya lagi Allah nak makbulkan permintaan saya.. Tak mengapalah.. Kalau kita bersabar pasti akan ada hasilnya kan? Esok saya nak try minum barli & horlicks pulak.. Nak try jugak masak sayur sawi yang saya tak suka tu.. Ramai yang cakap semua tu boleh tambahkan susu badan.. So far saya cuba je makanan & minuman yang boleh banyakkan susu.. Saya lebih prefer cara natural.. Pernah terlintas nak makan pil untuk tambah susu dari klinik tu tapi ramai yang tak suggest sebab katanya boleh menyebabkan mood kita berubah & sentiasa tak menentu.. Kalo mood selalu ke laut camne nak banyak susu kan? Pilihan terakhir saya adalah Shaklee.. Kenapa saya tak ambil sekarang? Sebab saya perlu detox badan saya dahulu then baru semua supplement tu boleh diserap oleh badan.. Kalau badan dah sarat dengan bahan2 yang tak diperlukan, macam mana bahan yang baik nak masuk? Saya biasa ambil set supplement dari Green City Organic sejak sebelum mengandung lagi.. Semuanya organic based.. Keluarga suami yang suggest n dorang pon memang ambil.. Kalo nak tau lebih lanjut, search je Green City Organic kat youtube.. :)) eh, da lari topik pulak dah.. Ini bukan promote produk ye.. Hehe..
Doakan saya terus kuat & tak mudah patah semangat.. Semoga Allah perbanyakkan susu badan saya & permudahkan rezeki Mifzal.. Amin..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Monday, August 27, 2012
Syawal yang terindah!
Salam.
Da lama dah tak apdet belog.. Aritu sibuk dengan beraya.. Skarang ni sibuk dengan Mifzal yang makin aktif plak.. Tak boleh nak tinggal langsung... =_='
As i mentioned before, tahun ni memang turn beraya kat umah my parents.. Yelah, asalnya memang kena raya berdua je tanpa suami.. Alih2 dia buat surprise plak balik malam raya.. Tokojut den.. Teheehee... Dapatlah beraya bersama sampai raya ketiga sebab raya keempat tu incik hubby dah kena fly.. Takpelah, da syukur sangat2 dapat raya sama2.. Tambah lagi dengan adanya si tecik tu.. Double triple semangatnya.. Baru la syok nak sedondon bertiga.. Heh.. :)) tema kami tahun ni kelabu.. memang seronok beronok2 dapat raya dengan anak kecil walaupun dia merengek kepanasan dengan baju berkolar bagai & tido terganggu.. Sedara mara sepupu sepapat semua pakat nak pegang dukung gomol dia so dapatlah ebu berehat goyang kaki layan biskut raya hahaha... Yang paling syok time kira duet raya la.. :)) dulu kira duet raya sendirik, skarang kira duet raya anak.. Alhamdulillah mudah rezeki anak ebu.. Mekacih aunty2 & uncle2 shemua yang bagi duet raya tu ye.. Taun depan boley bagi lagi.. Kahkahkah..
Alhamdulillah jugak walaupun sibuk beraya Allah permudahkan saya untuk pam susu.. Sentiasa ada ruang kosong untuk mengepam.. Walaupun penat sangat2 & terpaksa korbankan waktu tido.. Kalo tak anak ebu nak makan ape ye tak.. Nak seribu daya taknak seribu dalih.. :)) oh btw skarang Mifzal da minum 3-4 oz every 2-3 hours.. Sometimes sejam sekali.. Memang tak terkejar sebab saya exclusive pumping.. Kalo da penat sangat ngam2 dapat 4 oz je.. Breast sempat rehat 2 jam je pastu kena pam lagi.. Nasib baik ade stock ebm yang frozen tu.. So far saya da gune 28 oz yang bulan june punye and da ditopupkan dengan stok bulan ni.. Bolehla nak survive lagi.. Tapi tahap kritikal jugak sebab sekarang ni ade dalam 100 oz je dalam deep freezer tu.. Huhu.. Allah pls help me.. Semoga susu saya sentiasa cukup untuk menampung keperluan Mifzal sampai 2 tahun.. Tapi skarang punye target adalah full breastmilk sampai dia 6 bulan.. Another 1++ months to go.. Yakin boleh! ^__^
Ade satu benda lagi yang meng'eksaited'kan ebu.. Syawal ke 4 aritu dengan rasminya Mifzal da boleh meniarap @ 10.54pm.. Yeayyyyy... *lompat bintang*.. alhamdulillah.. Ebu so proud of you my son! Skarang ni dah expert dah, less then 10 seconds da boleh terbalikkan badan dia.. pantang letak je atas tilam mesti nak meniarap.. Time nak pakai diapers pon sibuk nak meniarap. Time nangis2 pon sempat lagi nak meniarap.. Memang takble bia dia baring sorang2.. Sebab dia memang da terer berpusing & menjulur before dapat skill meniarap tu.. Kalo waktu tido saya letak bantal besar penghadang kiri kanan.. Katil queen tu dia sorang je tido.. Ebu tido atas tilam bujang kat bawah.. Hehe.. Nampak bebenor anak & ebu sama2 tido buas.. Kehkehkeh..
Kesian incik hubby takbole nak tengok live.. Takpelah aritu da tengok thru skype & oovoo.. Nanti balik boleh tengok lagi.. Lagi 2 minggu je pun nak balik kan... pastu tok & wan dari kedah pun boleh tengok bila datang umah nanti.. :))
Okelah, itu ajer yang sempat apdet buat masa ni.. Masa tak mengizinkan.. Birth story punye apdet pun still pending.. Hehe.. Will apdet later k.. Till then!
SELAMAT HARI RAYA!!! ^___^
- Posted using BlogPress from my iPhone
Labels:
Aidilfitri,
breastfeeding,
incik hubby,
Our lil caliph
Wednesday, August 15, 2012
Exclusive pumping mother (EPM)
Salam.
Sedar tak sedar da hampir 2 bulan saya menjadi exclusive pumping mother.. Kalo korang taktau apekebenda alahnye tu korang google jela yep.. :)) ingat lagi tak saya penah share pasal Mifzal tanak direct feeding sebab milk flow terlalu laju? Yes, i keep trying very hard but he refuse to! Until now.. Bila saya suakan aje my nipple dia memang tanak.. Kadang2 berjaya jugak let him sucks for 2-3 minutes but then dia buat muka uwekkk nak muntahh.. Takpe saya tak give up saya try lagi, dia hisap but again uwekkk.. Oh sedihnya.. :(( skarang ni betul2 dah kes nipple confusion.. Memang sedih bila difikirkan.. I'm a fulltime housewife but i can't direct feed my son! Oh klakar kan? Emm, tak klakar pon.. Sedih lagi ade.. Hukhuk.. :((
Tapi skarang ni saya tetap jugak berusaha direct feed dia walaupun tak pernah berjaya.. Kalau tak dapat jugak redha jelah jadik EPM ni.. Asalkan Mifzal tetap dapat khasiat susu ibunya.. Malas dah nak tensen2 pikir tak dapat direct feed.. Better fikir camne nak maintain susu sentiasa meriah.. Skarang ni saya tak dapat nak buat stok frozen EBM sebab sebanyak mana saya perah sebanyak tu lah Mifzal minum.. Dalam sehari saya dapat around 28-34 oz.. Kalo ada baki nak masuk dalam fridge pun dalam 2 oz je tu pun jarang.. Takpelah.. Rezeki Mifzal pasti ada.. Allah kan Maha Pemurah.. :))
Memang saya akui saya perlukan mental yang sangat kuat untuk memastikan target saya nak menyusukan Mifzal sampai 2 tahun tercapai.. Mana taknya, every 4-5 hours saya nak kena mengepam.. Kalau siang, waktu Mifzal tido adalah waktu untuk saya mengepam.. Kadang2 kalo nasib baik Mifzal tak meragam, saya akan pam waktu menyusukan dia.. Sebelah tangan pegang botol untuk susukan dia sebelah lagi pegang corong pam.. Tengah2 malam pun kena bangun untuk mengepam.. Sebab Mifzal memang akan bangun nak susu.. So i need to prepare enough milk before he wakes up.. Kadang2 terlajak tido jugak tapi Alhamdulillah Allah sentiasa membantu.. cepat2 saya pam dengan kepala masih mamai2 tu, dan2 cukup susu untuk dia minum baru dia terjaga.. Alhamdulillah di sebalik kesusahan saya Allah telah memudahkan saya.. Betul la orang cakap kalau niat kita baik memang Allah akan tolong.. Semoga Allah mengurniakan saya semangat & jiwa yang kental untuk terus menyusukan Mifzal.. Walaupun hanya melalui botol sebagai perantaraannya.. :') Penat memang super duper penat.. Kadang2 tak sempat nak rehat langsung.. Bukan kadang2, selalunya.. :)) semua kerja saya lakukan dalam keadaan rushing.. Dah siap satu kerja, kerja lain pula menanti.. Da siap kerja lain, Mifzal pula menanti.. Hehe.. Da macam tangan sotong dah..
Terus terang saya cakap saya sangat2 rindukan saat di mana Mifzal kemas dalam pelukan saya, menyusu di nipple saya dengan gembiranya sampai sakit belakang saya sebab dia asyik nak mengempeng.. Nipple pedih toksah cakapla tapi saya tahankan jugak.. Rasa puas dapat tengok dia menyusu.. Tapi itu 2 bulan yang lepas.. Skarang tiada lagi nikmat itu.. Betapa sedihnya saya hanya Allah yang tau.. Berapa banyak airmata saya mengalir disebabkan itu hanya Dia yang mengetahui.. Tapi saya taknak terlalu ikutkan perasaan.. Sebab setitis airmata seorang ibu menitis kerana anaknya, 10 kebajikan anak itu akan hilang.. & saya takmahu itu berlaku.. Biarlah orang mengata.. Biarlah saya tak dapat direct feed Mifzal seperti ibu2 lain.. Saya masih bersyukur.. Sekurang2nya saya masih mampu bekalkan Mifzal dengan susu saya sendiri setiap hari.. Sehingga kini.. Alhamdulillah.. :')
1) " Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala dari tiap - tiap titik susu yang diberikannya."
2) "Jika wanita menyusui anaknya sehingga 2 1/2 tahun maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."
3) "Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis Allah akan memberi pahala satu tahun solat & puasa"
Semoga semua ini akan terus menjadi pembakar semangat saya agar tak mudah berputus asa.. Aminn.. Sesungguhnya di sebalik setiap kesusahan pasti akan ada kebahagiaan di penghujungnya..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, July 31, 2012
My breastfeeding journey #4
Salam.
Arini nak cakap pasal breastfeeding lagi.. Belog ni da berbau susu daaa.. Hohoho..:p citer bersalin tu kena tunggu waktu betul2 lapang dulu sebab berjela-jela.. :))
Nape nak cakap pasal breastfeeding lagi?? Sebab skang mood tengah tak bape nak ok sebab production tak meriah.. :(( hopefully everything will be back to normal very soon.. Betul ke kedatangan cik P will affect milk production? Untuk orang lain saya tak tau but for my case yes it is.. Especially kalo waktu heavy flow.. Paling banyak saya dapat untuk one session is just only 5 oz!! Tension mak nak.. =_=' Ate nak kena pump lagi kerap la jadinya.. Kat umah ni plak takde stok EBM, sume kat umah mak.. Saya tak sempat nak buat stok sebab kami baru balik dari kampung ahad lepas.. Mifzal plak meragam semalam asyik nak berdukung pastu duk potpetpotpet bahasa jepun dia tak benti sampai la kul 12.30 tengah malam.. Apela yang duk bebelkan tu sayang?? Ke sebab ebu ngan abah botakkan kepala? Teheehee.. Semalam kami suami isteri gigih cukur kepala dia sampai botak licin silau gitu.. :)) rimas plak tengok rambut yang segan silu nak tumbuh sejak cukur masa dia umur 14 hari dulu.. Moyang incik hubby cakap kalo nak cepat tumbuh kena kerap cukur.. My SIL plak cakap letak minyak buah keras.. Tapi kami memang nak cukur pun nak bagi dia nampak lagi bolat gebu.. Hohoho.. :p
Ok, back to previous topic.. Saya terbaca di internet kalo waktu cik P datang memang pengeluaran susu akan berkurang especially waktu heavy flow.. Tapi bila flow tu da nak abis dia akan back to normal tapi saya tanakla tunggu je kan.. So ape yang saya buat semalam is saya minum susu *sarsi pon sempat minum jugak hohoho* and saya makan supplement calcium magnesium.. Alhamdulillah pagi ni pam da dapat 7 oz.. Baru boleh senyum.. :)) pasni nak makan kurma plak.. Eh eh kantoi tak pose ekkk... Haha.. alaaa.. Allah da bagi cuti kannnn... ^__^
"For some women, the drop in milk supply and nipple tenderness associated with menstruation becomes more of a challenge. An effective treatment for these symptoms associated with the return of periods is to add a calcium/magnesium supplement to the diet upon ovulation and continue it through the second or third day of a period. The supplement should be 1500 calcium/750 magnesium but can be as low as 500 calcium/250 magnesium (the higher the dosage the more effective and quicker the results). It should be a combination pill. This much calcium should never be taken alone. If your cycles are not regular and you do not know when you ovulate, you can take the supplement the entire month until you begin to see a pattern to your flow. This type of supplement seems to work as it prevents the drop in blood calcium levels which occurs mid-cycle and continues through the second to third day of a period. It is this drop which is associated with the nipple tenderness and drop in milk supply as well as the uterine cramping so often experienced with menstruation. You only need to take one pill a day."
Boleh refer kat sini
Tapi papehal pon yeop, mak nak pesan janganla kome2 tension / stress bila milk production merudum.. Kalo tak laaaaagi la susu kome nan adooo... Begituuuuu....
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, July 27, 2012
My breastfeeding journey #3
Salam.
Da lama tak cakap pasal breastfeeding kan.. Ramai yang cakap kalo puasa susu badan akan berkurang. Bila saya tanya ma saya, dia cakap dia tak camtu pun.. Susu tetap macam biasa... For my case, Alhamdulillah susu saya tetap jugak macam biasa, macam hari tak puasa.. Sekali pump saya dapat around 8-10 oz.. Paling meriah so far 13oz.. Alhamdulillah, mudah rezeki anak ebu.. Mungkin jugak faktor keturunan kot..
Nervous jugak sebelum puasa hari tu takut susu berkurang.. Tapi saya set mind siap2 susu saya akan sentiasa cukup untuk menampung keperluan Mifzal.. Tambah plak puasa kali ni kat umah mak mertua.. So saya tak dapat nak buat stok EBM (chilled & frozen) sebab fridge & deep freezer penuh sarat dengan bahan mentah, sayur & segala macam mak nenek termasukla durian.. Yummyyy.. :)) Kadang2 kalo ade extra susu yang diperah tu terpaksa jugakla saya carik space dalam fridge & guna keesokan harinya.. Kalo lame sangat simpan kang tak pasal2 susu tu berperisa durian plak.. Huhu..
Saya selalu catat banyak mana kuantiti yang saya dapat untuk satu2 sesi mengepam.. Based on date tu nanti senang nak detect ape yang boleh menyebabkan susu berkurang @ bertambah lebih dari biasa.. For my case, kurma, milo, susu n of course plain water are my milk booster.. Tapi most of the time kalo saya tak ambik pun semua tu (or the worst case i just drink plain water) Alhamdulillah susu saya tetap jugak macam biasa.. Saya minum jugak air gas @ air sejuk @ ais.. Untuk 2 minggu ni saya tak minum susu langsung sebab malas plus tak sempat masuk perut sebab makanan lain berebut2 nak masuk dulu.. :p Waktu berbuka saya cuma minum 2 gelas air.. Itupun air sejuk @ ais.. Everyday camtu.. Contoh yang sangat tidak baik.. Sila jangan ikut.. :p Tapi makan memang banyak.. Hehe.. :)) waktu sahur pun sama jugak.. Kurma on off.. Ada hari makan ade hari tak makan sebab perut da penuh.. :p tapi biasanya saya makan 3-5 biji.. Sooo... Kesimpulannya.. Ntahla.. Saya pon konpius ape yang boleh menyebabkan susu bertambah or berkurang.. Kuikuikui.. Tapi faktor keturunan memainkan peranan jugakla kot.. Cuma yang pasti, kalo saya penat memang production tak meriah.. Apepun saya bersyukurrrr sangat3 sebab rezeki Mifzal melimpah ruah.. Semoga niat saya nak susukan dia dengan susu ebunya sahaja sehingga dia berusia 2 tahun terlaksana dengan izinNya.. Amin.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, July 3, 2012
My breastfeeding journey#2
:))
:))
:))
Eh eh buang tebiat ke hape senyum sorang-sorang.. :)) orang cakap kan, kalau nak kurus, breastfeed lah anak.. Eleh, nak cakap ko makin kurus la tuh.. Kecoh betul.. Pang sedas..
Tapi kan, memang betul la apa yang orang cakap tu.. Terbukti kesahihannya 200%!! saya still makan banyak.. Nasik tu memang penuh pinggan.. Kadang2 nasik saya lagi banyak dari nasik incik hubby pasal dia kena diet.. Hohoho.. :p sehari biasenye saya makan nasik 2-3x.. Huhu.. Malunye nak cakap.. Dari dulu zaman anak dara sampai la da jadi mak dara.. Eh mak budak.. Tak penah pulak diet2 ni.. Air pun takde pantang2.. Balun je.. Lagi2 bila breastfeed memang saya jadi cepat haus & lapar.. Da makan pun still lapar lagi.. Hihi..
Maunye tak camtu, dah semua keluar bagi kat Mifzal.. Last2 ebu ni tinggal tulang belulang.. Tinggal nak buat sup je ni.. Kuikui.. Tapi bukan nak cakap pasal tu sebenarnye.. Tu iklan semata-mata.. :p tadi baru lepas tidokan Mifzal.. Lepas dia mengamuk sebab milk flow saya laju.. Tu lah masalah saya everytime saya direct feed dia.. Milk flow laju.. Mifzal tak sempat nak telan n ambik nafas last2 dia mengamuk macam kena dera.. =_=' saya tak tau dah nak buat macam mana.. Macam2 tips & cara saya dah buat.. Ade yang suruh kepit nipple cara gunting.. Ada yang suruh sandar ke belakang sikit.. Ada yang suruh pam dulu baru direct feeding n yadayada..tapi semuanya gagal.. Walaupun saya da pam, tapi bila Mifzal isap, mesti let down reflex tu jadi lagi.. Kadang2 sampai 2x.. Haihh.. Let down reflex tu dengan ayat mudahnya rangsangan susu keluar.. Camtu la kot.. Saya tak tau nak explain kat sini.. Google sendirik la ye.. Hehe.. Bila let down reflex tu jadi, susu saya memang memancut2 sampai abis muka Mifzal dek ujan susu.. Huhu..
So jalan penyelesaiannya adalah saya terpaksa pam n bagi dia thru bottles.. Nasib baik dia takde masalah nipple confusion ke ape.. Dari dulu sampai sekarang, walaupun dia lagi banyak minum thru bottle, tapi dia sentiasa nakkan ebu dia punye ni.. :)) tapi tu la, bila start laju je terus mengamuk.. Cane lagi saya nak buat ye?? Huu..
Mak saya cakap dia dulu tak camtu pun.. Jiran depan umah ni tak camtu pun.. Semua tak camtu.. Mak saya cakap saya pelik.. Sadis.. :(( bukan kehendak saya jadi cenggini.. Ketentuan Allah.. Allah yang mengkehendaki setiap sesuatu berlaku.. Mengkehendaki?? Eh ade ke perkataan tu?? Hihi.. Mak saya suruh saya kurangkan minum air.. Oh big NO-NO ok... Dah 2x sembelit teruk minggu ni.. Tak sanggup.. Then mak saya suruh saya stop minum susu dulu.. Yes, i tried but failed.. Susu saya tetap banyak & milk flow tetap laju.. Lagipun tak efektif jugak kalo tak minum susu becuz my body needs calcium.. Gigi ni pun dah sakit sikit2.. Kang rongak plak sebelum usia.. Huu.. Takmo.. Mintak dijauhkan.. Then mak saya pun taktau nak buat ape lagi dah.. :p
Tapi kalau dah ditakdirkan saya terpaksa menyusukan dia thru bottles, saya redha.. Sekurang-kurangnya dia masih minum susu ibunya.. Saya tetap bersyukur.. Walaupun saya terpaksa pam banyak kali dalam sehari sampai mak saya membebel ko da takde keje lain ke asyik mengepam je n saya cume mampu sengih & buat muka dua ringgit.. walaupun terpaksa korbankan sedikit waktu tidur sampai tersengguk-sengguk untuk mengepam.. Walaupun dalam sehari jenuh asyik membasuh & mensteril botol susu.. As long dia minum susu ibunya, saya dah bersyukurrr sangat2... Alhamdulillah.. & saya syukur jugak sebab susu saya banyak.. Hopefully hasrat saya nak susukan dia sampai 2 tahun terlaksana.. Insyaallah..
Tapi kalo ada petua lain yang boleh solve my problem ni, pls share ye.. I really love direct feeding.. Satu nikmat yang tak boleh diungkapkan dengan kata2.. Biar penat tapi itulah anugerah terindah buat seorang wanita yang bergelar IBU...
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, July 1, 2012
My breastfeeding journey#1
Salam.
Arini nak share pasal pengalaman breastfeeding..Alhamdulillah, hari ni Mifzal masih lagi menyusu dengan susu ebu.. Frankly speaking i'm a bit sad n terkilan jugak sebab tak dapat breastfeed Mifzal secara ekslusif.. Exclusive breastfeeding means baby tu HANYA minum susu ibu SEPENUHNYA tanpa makanan lain seperti susu formula etc.. Sejak saya mengandung lagi saya da tanamkan niat nak menyusukan Mifzal sepenuhnya dengan susu badan.. Niat & hasrat yang sangat membuak2.. Tiap hari lepas solat saya berdoa moga hasrat & niat saya diperkenan Allah swt.. Tapi kita hanya mampu merancang, semuanya atas kehendak Allah jua..
Masa 6 bulan mengandungkan Mifzal, susu badan saya da keluar bila dipicit tapi dalam bentuk kolustrum lah, belum jadik susu lagi.. Masih pekat.. Sampai lah hampir waktu melahirkan.. Masa tu keyakinan saya untuk menyusukan dia makin bertambah.. Sebab nurse cakap biasanya hari ke3 baru susu keluar.. (Susu yang dah cair tu, sebelum tu yang ada hanyalah kolustrum) Saya pon takde experience lagi.. Maklumlah first timer.. Hari pertama bersalin, everything was fine.. Nurse pon ajar cara nak latch dengan betul.. Mula2 tu rasa geli2 je.. Sakit pon ade sebab baby hisap kuat sangat.. Tak sangka baby's suction sekuat itu.. Masuk hari kedua pon ok jugak, walaupun Mifzal da mula bukak high pitch.. Masuk hari ketiga Mifzal masih dengan high pitchnya, and my parents cakap maybe dia tak cukup susu n suruh saya topup dengan susu formula.. Hati saya da mula berdebar.. Saya diamkan aje bila parents saya suruh beli susu formula.. Saya yakinkan diri saya susu saya cukup untuk keperluannya.. Incik hubby pon always give his support.. Sangat stress saya waktu tu.. Naseb baik incik hubby ade tolong tenangkan saya..
Masa tu susu badan saya masih dalam bentuk kolustrum n i need to feed him every half an hour..baby boy memang kuat menyusu.. betapa penatnya saya waktu tu. dengan susah nak bergerak sebab luka jahitan.. Sampai gigil2 badan saya tahan sakit.. Peritnya hanya Allah yang tau.. Incik hubby da puas pegi klinik n farmasi cari ubat tahan sakit, semuanya tak jalan.. Tambah plak dengan stress.. Fizikal & mental saya memang letih sangat2 waktu tu sebab saya tak cukup tidur sejak sehari sebelum bersalin lagi.. Bila saya picit2 breast saya, tiada lagi titik2 susu yang keluar.. Perasaan saya waktu tu.. Hmm.. Hanya boleh sebut ya Allah je.. Akhirnya apa yang mampu saya buat adalah menangis & menangis... Incik hubby tanya saya nak beli susu formula tak.. Saya cuma diam & menangis.. Dalam hati saya cakap taknak.. Tapi Mifzal lapar.. Saya serbasalah sangat2.. Incik hubby tenangkan saya, suruh saya redha banyak mana & macam mana pun rezeki Mifzal.. Bila mental & fizikal saya stress macam tu, macam mana la susu nak keluar.. Bila saya pam, tak sampai 0.5 oz pun saya dapat.. Hanya beberapa titik.. Kadang2 tak keluar langsung! Airmata saya lagi bertitik2 dari susu..
Akhirnya bila Mifzal nangis tak henti, dengan berat hatinya saya merelakan incik hubby beli susu formula, tapi saya suruh beli kotak paling kecik.. Saya memencilkan diri dalam bilik.. Mak saya yang bagi susu pada Mifzal.. Waktu tu saya menangis menangis & menangis je.. Perasaan saya waktu tu sedih, kecewa, terkilan semua la saya rase.. saya rasa macam ebu yang gagal sebab tak dapat beri susu saya sendiri.. Bila dia minum je susu formula tu, terus dia diam.. Hmmm.. Lagi la menitis airmata saya ni..
Tapi saya tak putus asa, saya keep on pumping walaupun hasilnya masih sama & kadang2 tak ada langsung titik yang keluar.. And saya direct feeding dia jugak.. Susu formula tu hanyalah topup bila breast saya kosong.. Hari ke4 saya berurut.. Pas berurut susu saya da banyak sikit tapi still tak cukup dengan demand dia.. Saya ikut je tips dalam internet, bagi direct feeding, buat regular pumping, minum susu, banyakkan minum air.. Tapiiiiiii... Badan saya tak cukup rehat.. Saya sangat2 letih waktu tu.. So susu saya masih tak meriah..
Tapi alhamdulillah hari ke12 kalau tak silap, Mifzal da minum susu saya sepenuhnya except masa hari ke 25 yang saya sembelit teruk tu.. Incik hubby terpaksa buat susu formula sebab 4 jam saya dalam toilet.. N until now.. No more formula milk for him.. Syukur sangat2.. Susu formula yang incik hubby beli tu pun luak sikit je, last2 saya buang sebab da berubah warna.. Kalau dulu saya hanya dapat beberapa titik susu, jauh sekali nak dapat 1oz.. Sekarang saya mampu collect 11oz untuk 1 session.. Alhamdulillah.. Saya tak buat sangat stok expressed breast milk (EBM).. Saya utamakan beri yang fresh untuk 3 bulan ni.. Bila ada lebih baru saya masukkan dalam fridge or deep freezer.. Nanti lah later on citer pasal tu.. :))
Alhamdulillah, walaupun tak exclusive, saya masih bersyukur Mifzal minum susu dari badan ibunya sendiri.. Bahagia tengok setiap hari dia membesar dengan sihat, makin bambam & membolat dengan jayanya.. :))

Gambar kat atas ni menunjukkan banyak mana baby perlukan susu untuk sekali menyusu.. Nak baca lebih lanjut bleh refer sini
- Posted using BlogPress from my iPhone
Arini nak share pasal pengalaman breastfeeding..Alhamdulillah, hari ni Mifzal masih lagi menyusu dengan susu ebu.. Frankly speaking i'm a bit sad n terkilan jugak sebab tak dapat breastfeed Mifzal secara ekslusif.. Exclusive breastfeeding means baby tu HANYA minum susu ibu SEPENUHNYA tanpa makanan lain seperti susu formula etc.. Sejak saya mengandung lagi saya da tanamkan niat nak menyusukan Mifzal sepenuhnya dengan susu badan.. Niat & hasrat yang sangat membuak2.. Tiap hari lepas solat saya berdoa moga hasrat & niat saya diperkenan Allah swt.. Tapi kita hanya mampu merancang, semuanya atas kehendak Allah jua..
Masa 6 bulan mengandungkan Mifzal, susu badan saya da keluar bila dipicit tapi dalam bentuk kolustrum lah, belum jadik susu lagi.. Masih pekat.. Sampai lah hampir waktu melahirkan.. Masa tu keyakinan saya untuk menyusukan dia makin bertambah.. Sebab nurse cakap biasanya hari ke3 baru susu keluar.. (Susu yang dah cair tu, sebelum tu yang ada hanyalah kolustrum) Saya pon takde experience lagi.. Maklumlah first timer.. Hari pertama bersalin, everything was fine.. Nurse pon ajar cara nak latch dengan betul.. Mula2 tu rasa geli2 je.. Sakit pon ade sebab baby hisap kuat sangat.. Tak sangka baby's suction sekuat itu.. Masuk hari kedua pon ok jugak, walaupun Mifzal da mula bukak high pitch.. Masuk hari ketiga Mifzal masih dengan high pitchnya, and my parents cakap maybe dia tak cukup susu n suruh saya topup dengan susu formula.. Hati saya da mula berdebar.. Saya diamkan aje bila parents saya suruh beli susu formula.. Saya yakinkan diri saya susu saya cukup untuk keperluannya.. Incik hubby pon always give his support.. Sangat stress saya waktu tu.. Naseb baik incik hubby ade tolong tenangkan saya..
Masa tu susu badan saya masih dalam bentuk kolustrum n i need to feed him every half an hour..baby boy memang kuat menyusu.. betapa penatnya saya waktu tu. dengan susah nak bergerak sebab luka jahitan.. Sampai gigil2 badan saya tahan sakit.. Peritnya hanya Allah yang tau.. Incik hubby da puas pegi klinik n farmasi cari ubat tahan sakit, semuanya tak jalan.. Tambah plak dengan stress.. Fizikal & mental saya memang letih sangat2 waktu tu sebab saya tak cukup tidur sejak sehari sebelum bersalin lagi.. Bila saya picit2 breast saya, tiada lagi titik2 susu yang keluar.. Perasaan saya waktu tu.. Hmm.. Hanya boleh sebut ya Allah je.. Akhirnya apa yang mampu saya buat adalah menangis & menangis... Incik hubby tanya saya nak beli susu formula tak.. Saya cuma diam & menangis.. Dalam hati saya cakap taknak.. Tapi Mifzal lapar.. Saya serbasalah sangat2.. Incik hubby tenangkan saya, suruh saya redha banyak mana & macam mana pun rezeki Mifzal.. Bila mental & fizikal saya stress macam tu, macam mana la susu nak keluar.. Bila saya pam, tak sampai 0.5 oz pun saya dapat.. Hanya beberapa titik.. Kadang2 tak keluar langsung! Airmata saya lagi bertitik2 dari susu..
Akhirnya bila Mifzal nangis tak henti, dengan berat hatinya saya merelakan incik hubby beli susu formula, tapi saya suruh beli kotak paling kecik.. Saya memencilkan diri dalam bilik.. Mak saya yang bagi susu pada Mifzal.. Waktu tu saya menangis menangis & menangis je.. Perasaan saya waktu tu sedih, kecewa, terkilan semua la saya rase.. saya rasa macam ebu yang gagal sebab tak dapat beri susu saya sendiri.. Bila dia minum je susu formula tu, terus dia diam.. Hmmm.. Lagi la menitis airmata saya ni..
Tapi saya tak putus asa, saya keep on pumping walaupun hasilnya masih sama & kadang2 tak ada langsung titik yang keluar.. And saya direct feeding dia jugak.. Susu formula tu hanyalah topup bila breast saya kosong.. Hari ke4 saya berurut.. Pas berurut susu saya da banyak sikit tapi still tak cukup dengan demand dia.. Saya ikut je tips dalam internet, bagi direct feeding, buat regular pumping, minum susu, banyakkan minum air.. Tapiiiiiii... Badan saya tak cukup rehat.. Saya sangat2 letih waktu tu.. So susu saya masih tak meriah..
Tapi alhamdulillah hari ke12 kalau tak silap, Mifzal da minum susu saya sepenuhnya except masa hari ke 25 yang saya sembelit teruk tu.. Incik hubby terpaksa buat susu formula sebab 4 jam saya dalam toilet.. N until now.. No more formula milk for him.. Syukur sangat2.. Susu formula yang incik hubby beli tu pun luak sikit je, last2 saya buang sebab da berubah warna.. Kalau dulu saya hanya dapat beberapa titik susu, jauh sekali nak dapat 1oz.. Sekarang saya mampu collect 11oz untuk 1 session.. Alhamdulillah.. Saya tak buat sangat stok expressed breast milk (EBM).. Saya utamakan beri yang fresh untuk 3 bulan ni.. Bila ada lebih baru saya masukkan dalam fridge or deep freezer.. Nanti lah later on citer pasal tu.. :))
Alhamdulillah, walaupun tak exclusive, saya masih bersyukur Mifzal minum susu dari badan ibunya sendiri.. Bahagia tengok setiap hari dia membesar dengan sihat, makin bambam & membolat dengan jayanya.. :))
Gambar kat atas ni menunjukkan banyak mana baby perlukan susu untuk sekali menyusu.. Nak baca lebih lanjut bleh refer sini
- Posted using BlogPress from my iPhone
Subscribe to:
Posts (Atom)
