Assalamualaikum.
Lately badan asyik rasa lemau-lemau ubi.. satu badan ni sakit2, lenguh2 taktau kenapa.. yes i need vacation.. *tetibe* kehkeh.. jerebu2 ni nak vacation camne oiiii... kecewa2...
Dah lama tak citer pasal anak-anak... sepanjang tempoh jerebu ni kami mengambil pendekatan berkurung jelah dalam rumah sambil mengeratkan hubungan kasih sayang antara satu sama lain kemudian kami bergaduh, berbaik, bergaduh dan berbaik semula.. camtu la rutin setiap hari.. kekeke.. kesian jugak sebenarnya dekat budak2 ni.. diorang da lama tak main pasir pantai, jalan sana sini.. tapi tunggulah jerebu da ok sikit.. better safe than sorry..
Aritu kemain kan mood swing seminggu dua lepas tu.. minggu ni alhamdulillah da ok da stabil, da kembali menjadi "orang".. haha.. sebelum tu jadi raksasa ijo.. makin hari makin seronok spend time dengan bebudak ni.. ade je akal diorang tiap hari yang mencuit hati.. how blissful... there is nothing more could i ask for.. marah2 mengamuk manja tu biasala kan.. mak mana yang tak pernah marah anak langsung kan? Stendet la hidup kita ni ada ups n downs.. time down tu toksah citer la skarang.. huhuhu..
Perangai dua beradik ni tersangatlah kontra.. Mifzal seorang yang soft-hearted... mudah tersentuh, mudah menangis.. kalau kaki terlanggar karpet ke, jari tersepit ke terus dia meraung.. Mikail pulak lebih cool... setakat jatuh tersembam ke, kepala terhantuk ke small matter je bagi dia.. sikit pun tak nangis.. gosok2 kepala sendiri then sambung main...😅 tapi kes yang takde injuries la ni.. kalo luka darah2 tu lain citerla kan.. and Mifzal ni kalo dia rasa bersalah, memang dia terus mintak maaf.. ayat stendet sebelum tido "mintak maaf ye bu sebab buat ni buat tu.." terus sejuk hati ok.. kalo abahnya offshore memang kejap2 "ebu nak peluk".. "ebu nak mmuahh".. tapi time abahnya ada lupe plak dah kat ebu.. 😂😂😂
Mifzal jenis yang sangat aktif tak kira masa... asyik nak berlaaaariii aje kejenye.. kalo tak berlari, melompat.. kalau sehari tak buat tu maknanya something wrong somewhere la tu.. penat jugak nak melarang budak ni.. kalau dia tak main kejar2 dengan adik takpela tak risau sangat.. ni adik tak pandai berlari lagi.. kesian tengok terkedek2 jalan laju kena kejar... tapi nak gelak pun ada.. bahahaha.. serius geram wehh.. Mikail ni jenis aktif jugak tapi takla seaktif abang dia.. kalau time makan elokk je duduk sebelah ebu tak bergerak selagi makan tak abis.. fokus benor dik. Keep it up baby! 😅 taaaaaapiiii... budak ni saaangat kuat merajuk.. allahurabbi saya memang kadang2 meluat jugak sebenarnya perangai merajuk dia ni.. memang over sangat2.. dulu rajinla jugak pujuk.. sekarang takde dah. Berguling la ko dik sorang2 meraung.. nanti stop la tu. Jangan buat kat mall sudah.. huhuhu.. punca merajuk pun benda remeh temeh je pun.. contohnya waktu makan nasik. Dalam mangkuk ada nasi, carrot, cauliflower, ayam n sup.. bila kita sua carrot, terus merajuk mengamuk meraung bagai.. setelah dikenalpasti punca melalui try n error (yela adik kan tak pandai cakap lagi), rupanya dia cuma nak makan cauliflower SAHAJA... bersabariahla ebu tahan perangai ko dikkk.. nasib baik suka makan sayur.
Bulan ni Mikail dah setahun 7 bulan tapi tak banyak lagi perkataan yang dia pandai sebut.. dulu Mifzal time umur cenggini da petah sangat dah siap buat ayat.. tak pelat langsung. memang ringan mulut sangat sebab 7 bulan da pandai sebut 2-3 perkataan dah.. adik dia ni pun banyak develop skill bercakap time diorang main sama-sama.. takpela dik.. one step at a time.. no rushh.. ebu will always be here for you.. 😚😚😚 disebabkan kepetahan Mifzal ni lah saya dan incik hubby kena be extra careful bila bercakap especially soal yang PNC.. buatnya dia pegi cakap kat aki dengan tokma dia haishhhhh nayaaa.. hahaha... bukan percakapan je, perbuatan pun iye jugak.. yelah, budak dalam usia camni they tend to copy everything.. semua masuk dalam kepala takde tapis2..
Mikail ni jenis susah nak gelak sikit.. susah nak senyum jugak kalau dengan orang yang dia tak biasa/kenal. Masa dia setahun ke bawah tu memang kalo sape2 agah dia takdenye nak senyum statikla muke stone sampai penat dan give up si tukang agah.. kehkeh.. bila dia da pandai main dengan abang dia baru ok sikit.. nasib abang dia pandai buat lawak.. mengekek2 la dia gelak.. saya ingat lagi ketawa pertama Mikail pun datang dari Mifzal.. ebu pun tak berjaya buat adik gelak.. huhuhu.. meanwhile Mifzal pulak jenis yang tersangat senang gelak.. mudah mesra dengan sesiapa sahaja.. he is too friendly! Kenal ke tak kenal ke semua dia sapu.. haha... kalau pegi kedai makan time order da sampai, laju je mulut dia cakap terima kasih kat waiter tu. Betul la budak2 ni copy apa yang mak bapak buat kan.. kalau benda baik alhamdulillah.. benda buruk nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan.
But one thing for sure, kedua2nya kuat makan! 😅😅😅 sampai ebu pun join sekali bambam sama.. muahaha... mana taknye, budak2 ni kejap2 nak makan.. kejap2 nak makan.. dah ebu yang suap ebu pun join skali la kan.. kikiki...
Sebenarnya perbezaan2 ni lah yang jadikan setiap diri kita unik kan.. setiap hari rasa nak explore lagi nak discover lagi apa lagi perangai anak2 ni.. deep down inside my heart, i'm grateful to have them... anugerah terindah... love you both my sons!! 😍😍😍 XOXO
Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Friday, October 23, 2015
Mifzal Zhorif vs Mikail Muqri
Friday, January 18, 2013
Bila anak membesar
Penat ohh bila anak da melasak ni.. Lagi penat bila da merangkak laju pastu tanak orang dukung... Panjat sana sini.. Pastu buat stunt lepas tangan sebelah sambil nak jalan.. Memang tak senang nak buat keje. Phewww.. Merata ceruk dia nak explore.. Bawah kerusi, bawah meja makan, bucu dinding, celah pintu.. Bila da tersepit takble nak kuar mula la duk panggil ebu.. Comel je dia sebut ebu. teheheheee..
I have to admit kepenatan kali ni 2x ganda penatnye masa Mifzal baby2 dulu. Wah, skarang bukan baby dah ke.. Hihihi.. Skarang big strong baby.. :)) dulu nak tinggal sekejap ke lama ke tadak hal pasal paling kuat pun dia ekk ekk atas tilam je. Skarang niiiii ya rabbi.. Semput mak! Lagi2 abahnya takde ni memang menyemput macam tak cukup oksigen.. Tangan ni dah macam tangan octopus dah.. Kadang2 kalau dah tak larat sangat letak je dalam cot ataupun walker dia. Tapi walker tu memang harapkan pagar, pagar makan padi.. Ada stopper pun Mifzal da boleh gerakkan jugak. Kuat nau kaki dia..
Walaupun penat tapi happy ohh tengok anak sendiri.. Tengok dia senyum2.. Gelak2 time main.. And da pandai ajak ebu join main skali.. =_=' yang ni memang takble nak tolak, kang menjerit la budak tu sebab boring main sorang2.. Tapi takle la nak layan selalu.. Ebu pun ada banyak lagi keje lain nak kena buat kan. Tapi selagi boleh selagi tu la layankan aje. Asalkan dia happy, i will be moreeeee happyyy.. :))
Oh, cakap pasal boring main sorang-sorang ni kan, teringat plak kat satu malam tu. mifzal tengah merangkak pastu dia jeritla 'abah'. Dia memang selalu sebut abah pun time dia main. Time lapar, tak sihat, nak tido baru cari ebu. Nampak nau ingat ebu time susah je kan.. Huuu.. Ok, balik pada cerita tadi. Bila dia jerit panggil abah tu saya cakapla abah work.. Pastu dia sebut "adik?"... Hahahaha.. Memang terkejut tahap gaban dah masa tu.. Tok ma yang tengah lelap kat sebelah pun bleh terbangun pastu join saya gelak. Tak sangka plak perkataan tu boleh keluar jelas dari mulut comel tu.. Hai, nak adik ke sayang? Boring main sorang2 eh? Takpe takpe, mifzal mintak kat Allah yep. Heeeee.. Actually kami tak lah merancang secara serius. saya pun tak amik pape pil perancang keluarga. Merancang secara natural je orang cakap. Huhu.. Tapi buat masa ni belum lah. Maybe lepas Mifzal setahun la kot. Itu pun semuanya bergantung pada perancangan Allah. Saya cuma pikirkan penyusuan Mifzal nanti, sebab previous pregnancy saya ada bleeding. Bukanlah bleeding jugak sebenarnya, just staining. But it happened 3 times during my first trimester. N kalau pernah ada history camtu memang not advisable to continue bf sebab boleh trigger contraction. Lagi pulak saya bukan direct feed kan.. all the time nak kena pam. Tapi sebolehnya saya memang nk bf mifzal sampai 2 tahun. Tapi ada jugak yang takde rasa contraction pape, ok je bf sepanjang preggy..
Serik ke beranak? Emm, kalo soalan tu ditanya, jawapan saya tak. Beranak memang sakit, menanggung alahan mengandung sampai 5 bln pun perit, pengalaman menjaga anak sulung ni pun memang da letih. Tengok orang lain senang je dari mengandung sampai da ada anak.. Allah da uji saya dengan agak berat dengan pengalaman pertama ni, dari mula mengandung sampai dah melahirkan. And of course ujian yang mampu kita tanggung. Tapi semua ujian tu sebenarnya sangat indah. Saya takde nak mengeluh jauh sekali nak merungut.. Saya bersyukur sebab Allah terus bagi ujian berat pada saya. Sebab semua tu buat jiwa saya tambah kuat. Buat saya lebih matang untuk hadapi hari2 seterusnya. Alhamdulillah.. :)) Tak sangka saya dapat melaluinya.. Padahal saya lah orang yang paling mudah menangis, paling cepat patah semangat. Dan kalau boleh saya memang nak anak ramai. Sebab orang yang paling kaya ialah orang yang ada ramai anak. :)) semoga yang seterusnya dipermudahkan Allah.. :))
Cakap da melalut dah pasal beranak ni.. Hihi.. Takpelah, alang2 melalut biar sampai abis entri.. Kuikuikui.. Semalam saya termimpi.. Mifzal tiba2 nak direct feed dalam usia dia 9m sekarang ni. Pastu tiba tiba mimpi lain pulak, saya beranak dengan mudahnya utk second pregnancy ni.. Saya taktau lah mimpi ni sekadar mainan tidur @ Allah memang nak bagi petunjuk. Susah nak cakap, hanya Allah yang tau. Tapi kalau mimpi tu jadi kenyataan, one word i can say is.. ALHAMDULILLAH.... :))
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, December 28, 2012
Salahkah aku??
Sedih.
Kecewa.
Terkilan.
Tertekan.
Salahkah saya kerana saya ingin meneruskan penyusuan susu ibu walaupun terpaksa menjadi seorang EP mom? Salahkah saya mengepam setiap 2-3 jam untuk beri anak saya susu badan sendiri?? Salahkah??? Hmmm...
Saya sedih sebab sehingga ke hari ini, saat ini.. Saya masih lagi dicemuh kerana asyik mengepam susu untuk Mifzal.. Asyik mengusung pam ke sana ke mari.. Adakah ini kehendak saya??? Ya, memang kehendak saya. Kalau ini bukan kehendak saya, dah lama saya suap anak saya dengan susu formula. Lebih baik saya bersenang lenang goyang kaki hanya tunggu anak menangis then baru sibuk2 nak bancuh susu daripada saya korbankan masa rehat & masa tidur saya untuk mengepam.
Tapi adakah kehendak saya semuanya jadi begini?? Saya tak pernah tak pernah & tak pernah terlintas apa lagi berkehendak untuk menjadi seorang EP mom.. Sewaktu mengandung lagi saya da tanamkan niat untuk menyusukan anak dengan susu badan sehingga dia berusia 2 tahun. Siapa yang taknak menyusukan anak secara direct?? Saya pernah merasai nikmat menyusukan anak secara direct selama 3 bulan setengah.. & saat ini masih terasa (malah sentiasa!) perasaan "bonding" yang dirasakan antara seorang ibu & anak. Tapi apa yang terjadi, anak saya menolak untuk menyusu secara direct hanya kerana flow susu yang terlalu laju.. (ada saya nyatakan dalam entri terdahulu). Susu saya terlalu banyak waktu itu. saya google cara penyelesaian yang patut saya buat untuk perlahankan milk flow. Saya buat semua yang dicadangkan. Pam dahulu, kepit cara gunting, menyusu jangan menunduk, bertanya pakar laktasi & macam2 lagi. Tapi keadaannya tetap sama. Malah saya mampu merasai let down reflex (LDR) sehingga 3-4x dalam masa setengah jam hingga Mifzal stress untuk menyusu. Hinggalah akhirnya dia taknak menyusu. Takkanlah saya nak biarkan anak saya kelaparan. Dengan berat hatinya terpaksalah juga saya pam masuk dalam botol dan berikan padanya. Pada mulanya dia boleh terima nipple dan jugak botol. Entah di mana silapnya sehingga satu hari tu dia langsung taknak menyusu dengan saya, tapi bila diberi botol baru dia akan minum. Sampailah ke hari ini saya menjadi seorang pengepam tegar. Dengan sokongan suami & group kumpulan ibu menyusu yang saya sertai, saya terus mencuba untuk direct feed tapi bukanlah mudah buat seorang bayi yang sudah boleh membezakan rasa. Akhirnya saya pasrah. Saya redha menjadi seorang EP mom andainya itu sahajalah caranya saya dapat salurkan susu badan saya buat Mifzal. Tak perlu saya nyatakan berapa banyak airmata saya yang gugur mengenangkan "rezeki & nikmat" saya hanyalah setakat itu. Hanya Allah & suami yang menjadi saksi.. Mungkin saya tak layak berkata begini sebab mungkin saya yang tak cukup berusaha. Mungkin saya tak cukup 'keras' untuk memaksa Mifzal direct feed. Pernah saya marah & paksa Mifzal direct feed sebab cara lembut pun tak berkesan sehingga dia meronta, menjerit & menangis sampai merah muka. Tapi akhirnya saya juga yang menangis sebab menyesal.
Sekarang Mifzal dah pun 8 bulan setengah & Alhamdulillah saya masih mengepam sehingga ke hari ini. Dan masih lagi dicemuh sehingga ke saat ini. Saya mengaku saya tak kuat untuk menerima cemuhan daripada orang di sekeliling saya. Tambah lagi dengan ketiadaan suami dcc. Paling menyedihkan orang2 itu adalah orang2 yang saya sayang! Saya hanya perlukan sokongan.. SOKONGAN.. Sukar sangatkah? Tak perlu mencemuh saya.. Tak perlu membandingkan saya dengan ibu-ibu lain di luar sana.. Memang anda semua bertuah kerana dapat menyusukan anak secara DIRECT & berjaya menuruti sunnah nabi untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.. Tahniah buat anda semua. Apa salahnya bantu saya juga untuk menuruti sunnah ini dengan cara yang saya mampu?? Kita kan saudara sesama islam. Mengapa tak saling membantu? Saya tak minta lebih, cukup sekadar memberi saya sokongan. Bukan menjatuhkan saya dengan kata-kata yang cukup menyedihkan. Agaknya sebab itulah pada zaman moden ni tak ramai yang berjaya menyusukan anak sampai 2 tahun. TIADA SOKONGAN!
Saya bukan anti susu formula, malah saya tidak pernah mencemuh mana2 ibu yang memberikan anak mereka susu formula. Setiap orang tak sama, rezeki setiap manusia itu berbeza. Kita tak tahu masalah orang. Siapa kita nak judge orang lain. Dan terima kasih jugak pada pengeluar susu formula kerana sikit sebanyak membantu ibu-ibu yang ada kesulitan untuk menyusu. mungkin ada yang tercuit dengan statement saya ini tapi macam saya cakap tadi, masalah orang kita tak tahu. jangan kita pandai2 nak menghukum & menjatuhkan orang lain kalau tak tahu hujung pangkal cerita.
Saya sendiri ada sejarah "dipaksa & terpaksa" bagi susu formula pada Mifzal. tapi saya tak salahkan sesiapa. saya yang gagal sebenarnya. Anggaplah itu semua kesilapan diri sendiri. alhamdulillah sekarang tiada lagi susu formula buatnya. Walaupun bekalan yang ada hanyalah sekadar mencukupi tapi saya masih bersyukur masih ada rezeki buat Mifzal setakat ini. Saya seboleh-bolehnya mahukan anak saya minum susu badan saya sekurang2nya sampai dia 2 tahun. Itupun dengan izin Allah. Semoga saya terus kuat untuk memberikan titisan-titisan emas ini buat Mifzal.
Buat suami, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan & pengorbanan abang.. Berkorban wang ringgit membelikan pam & botol susu yang banyak tu. Berkorban tenaga & kudrat kerana sanggup menjaga anak setiapkali saya mengepam walaupun terpaksa menahan sakit slipped disc yang dihadapinya. Sanggup menahan lapar sekejap bila saya terpaksa mengepam tergesa-gesa dan dalam masa yang sama saya harus masak. Sanggup bangun malam untuk tolong susukan Mifzal bila mana waktu itu saya sedang mengepam. Sanggup berhenti dengan kerap setiapkali kami travel jauh @ jalan-jalan untuk beri ruang saya mengepam. Sangat rajin membantu saya membasuh botol2 susu & alatan pam walaupun waktu tu dia baru je nak baring. Yang paling utama, terima kasih yang tak terhingga atas SOKONGAN yang tak pernah putus dari dulu sehingga ke saat ini.. Dan terima kasih juga pada ahli keluarga saya & keluarga mertua yang tolong sama-sama menjaga Mifzal setiapkali saya sibuk mengepam.
Maafkan saya andainya entri kali ini mengguris hati sesetengah pihak. Bukan tujuan saya mengaibkan sesiapa. Saya cuma ingin meluahkan rasa yang dah terpendam sekian lama. Mungkin bukan saya saja yang melaluinya. Saya percaya ramai lagi EP mom di luar sana yang menghadapi cabaran sebegini. Semuanya demi memberikan yang terbaik buat anak tersayang.
Kami cuma perlukan SOKONGAN, bukan cemuhan.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, December 23, 2012
Jom buat puree!
Salam.
2 hari ni busy buat puree je kejenye.. Nak tinggal Mifzal main ngan tok ma lame2 pun takboleh sebab dia mesti carik ebu dia jugak. Huhu.. Buat mane yang sempat je dulu then esok continue semula. Heee..
Inilah hasil untuk 2 hari ni.. Puri betik, pear, apple & brokoli.. Tapi buat masa ni banyakkan bagi betik dulu sebab Mifzal sembelit. And he loves it to the bits! tak nyempat2 ebu nak suap.. gudboy.. :))
Arini dia dah poo tapi najis dia masih tak lembut.. Tapi dah makin ok la.. Hopefully esok dah back to normal. Bubur pun kena hold dulu.. Baby lain seusia dia dah makan macam2 tapi Mifzal makan buah, bubur n sayur je.. Blum tambah pape protein lagi.. Bukan taknak or bukan sengaja ye tapi disebabkan mifzal kerap sembelit sebulan dua ni so terpaksa lah semua tu ditangguhkan. Tu pun atas nasihat doc. Bagi yang light2 je dulu. Nanti sembelit da ok then baru slowly intro ikan bilis ke, ayam ke ape ke kan. Ingat nanti nak carik oat lah untuk gantikan bubur tu. hopefully he will like it. mifzal pun da makan dalam kuantiti yang banyak. So pasni dah kena bagi 3x sehari..
Ebu sebenarnya excited n tak sabar nak bagi yang tumis2 plak kat Mifzal. Hehe.. Cepatla baik ye sayang.. +___+
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, October 23, 2012
Mifzal @ 6months++
Salam.
Arini letih sangat2 tahap nak pengsan.. Tapi tak pengsan pun.. Huhuhu.. Petang tadi siapkan puri kentang, apple ngan carrot.. Pastu blend beras siap2.. bagi halus nanti jimat masa sikit nak masak bubur.. Stok frozen puree ( pumpkin, dates & apple) ade lagi dalam deep freezer tu.. Tapi sajer buat banyak siap2.. nanti senang di kemudian hari.. :)) lagipun frozen puree tahan 3-4 bulan kan kalo dalam deep freezer.. tapi yang saya buat ni rasanya dalam sebulan da boleh habiskan.. insyaallah..
Sejak Mifzal da makan ni memang keje makin bertambah.. Mana dengan kerja2 rumah lagi.. Uruskan makan pakai suami.. Pam susu lagi.. Oh memang dah macam tangan sotong.. Tapi bukan merungut tau.. hehe.. That is why saya buat frozen stock.. Ikutkan mula2 dulu hari2 nak bagi yang fresh tapi tiadalah daya mak nak oii.. tak terkejar lagi buat masa ni.. masih cuba mengejas masa walaupun waktu rehat pun terhad sangat.. sampai nak sikat rambut pun tak sempat.. huhuhu.. Tapiiiiiii... Tak kisahla penat ke takde masa untuk diri sendiri ke hape ke.. Yang penting hati ni happy dan puas hati dapat tengok hero2 tersayang makan dari air tangan sendiri.. Kankankan? (^__^)
Semalam gi cucuk Mifzal.. Lewat sikit appointment dia untuk injection 6 bulan ni sebab bulan lepas lewat pegi cucuk.. Tapi takla lewat sangat pun.. 2-3 hari je pun. Sejak lepas kena cucuk ni dia asyik nangissssss je.. Bukan meraung2 la.. Cume merengek2.. Kadang2 je high pitch tu.. Tapi susah nak pujuk.. Dukung taknak.. Letak apatah lagi.. Orang main2 ngan dia, kejap gelak kejap nangis.. Eh serba tak kenalah.. Da taktau nak buat macam mana.. Mungkin dia tak selesa tempat kena cucuk tu kot. Yela, dua jarum kan.. Suntikan hepatitis B ngan pneumococal.. Tapi sebelum2 ni ok je pun.. Demam pun takde.. Hmmm.. Takpelah.. Ebu akan tetap bersabar dengan kerenahmu sayangku.. Walaupun belakang ngan pinggang ni da macam nak patah rasanya.. Sakit ya amat hanya Allah yang tahu..
"Jika engkau minta intan permata tak mungkinku mampu.. Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu.. Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba.. Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.."
^__^
Berat terkini Mifzal ialah 7.6 kg.. Naik 500 g jer.. Ohh kecewa jugak sebenarnya sebab naik sikit tapi takpelah asalkan tak turun.. Mungkin sebab dia aktif.. Sekarang dia da boleh merangkak tau.. Hee suka suka.. Dia boleh merangkak masa 6 bulan seminggu aritu.. Masa dia 5m ++ dia da dalam posisi merangkak tu tapi statik kat situ jela setempat.. sekarang baru dia da start engine.. Hihi..
Time nak tido suka sangat buat tangan polis trafik tu, hayun2 ke peha sampailah terlelap.. Mulut plak tak banyak bebel cam dulu tu.. Cuma skarang ni suka sangat sebut "ho".. Kadang2 macam boo kan orang.. Hehe.. Ke sebab ebu hari2 minum horlicks? Kikiki..
Dia da kenal orang dah skarang ni.. Kalo sape2 yang dia tak biasa tengok tetibe pegang dia (termasukla doktor yang nak cucuk dia) mula la menangis sampai berjurai2 airmata tu.. Jenuh pulak nak pujuk..
Kalo nak orang dukung dia da pandai nak hulur tangan tak sesabo nak pegi.. Ngan ebu toksah cakapla kan, konpem2 la nak ebu dukung.. Hihihi..
Gigi belum tumbuh lagi tapi selalu sangat gigit ape semua benda yang ada kat tangan dia.. Termasuklah kepala lutut ebu ni.. =_='
Waktu paling tension n stress bila nak pakaikan diapers.. Sibuk nak meniarap n merangkak pastu meraung2 bila tak bagi.. Haihhh.. Sarung kaki tu suka sangat ditanggalkan.. Tapi bukan guna tangan, dia tenyeh guna kaki dia..
Cakap pasal kaki, Mifzal suka sangat tengok kaki orang.. Hmm...??? =_='
Suka main tendang2 ebu.. Nak test power dia la tu.. Tarik rambut & spec masih hobi no 1..
Makan baru sekali sehari.. Tapi lagi 3 hari saya nak bagi dia dua kali sehari makan.. N nak start intro bubur plak.. :)) so far dia memang tade pape masalah pasal makan. susu? masih lagi susu ibunya.. Alhamdulillah.. :)) walaupun jadual pam masih kelaut sebab sibuk + penat.. Hihihi.. Sekali minum 3-5 oz.. Kalo mood tak ok @ mengantuk sangat 1oz je...
So far tu jelah kot perkembangan dia untuk 6 bulan ni.. Kalo ada yg terlupa tu kira halal jela.. :))
Perkembangan ebu ngan abah takde ke?? +__+
Ebu makin kering.. Makan tah kemana.. Tido lagi la.. Kulit muka jadi kering.. Tension! =_=' sakit pinggang, belakang, tangan, perut, senang citer semua tempatlah.. Huhu
Abah makin membesar dengan jayanya.. Pandai tak saya jaga? Muahaha.. Statement kasi panas jer.. Skarang ni incik hubby bengkak tonsil plak.. Aritu da baik pastu jadik lagi.. Bersabarlah anda ye..
Ok tu je nak apdet.. Da penat.
Assalamualaikum n bai!
^___^
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, October 14, 2012
Berdua kembali
Salam.
Da dua hari incik hubby kembali bekerja.. Tak puas lagi rasanya spend time together.. Masak untuk incik hubby.. main dengan Mifzal sama-sama.. Sebulan tu sekejap jer berlalu.. Kalo time incik hubby keje rasa lambat pulak.. :p tipu kalau saya cakap saya tak "terasa" dengan semua ni.. Isteri mana yang tak sedih bila terpaksa berpisah jasad dengan suami sendiri.. Rasa sunyi, sepi, macam hilang sebelah tangan.. Sedih, sayu, semua rasa tak best tu ada.. Lagi2 bila ada anak ni makin menjadi2 pulak.. Banyak sangat kenangan manis kami bertiga di teratak kecil kami ni.. everytime saya masak, incik hubby yang akan jaga & uruskan Mifzal.. dodoikan dia, layan dia main, dan skarang da pandai mandikan & pakaikan pampers.. :)) cuma time berak ebu jugak kena basuhkan.. huhu.. Bila bangun pagi biasanya incik hubby berguling atas katil menggomol si tecik tu.. Pastu bersembang & main cakcak.. Kemain lebar si tecik tu tersengih.. Kalau dengan ebu baru dia ketawa mengekek.. Skarang ni bangun pagi berdua je.. Tapi takpelah.. Saya selalu bagitau Mifzal yang abahnya pegi work.. Jauh.. Demi untuk carik rezeki buat kita.. Tapi nanti abah akan jumpa kita lagi.. 5 minggu tu kejaaaaaapp jer.. :') saya tau saya tak kuat, tapi saya harus & wajib menjadi kuat demi anak kami yang baru sorang ni.. :)) lagipun ini bukan pertama kali kami terpaksa berjauhan.. Da hampir 2 tahun pun.. insyaAllah.. Allah sentiasa ada untuk membantu saya.. Semoga segalanya dipermudahkan buat saya & Mifzal sepanjang abahnya bekerja.. Semoga segalanya dipermudahkan juga buat incik hubby.. Amin amin amin..
Mifzal da menginjak ke usia 6 bulan dah skarang ni.. Alhamdulillah.. Macam tak percaya anak ebu da 6 bulan pun.. Da big boy, bulat & berisi padat.. :)) aritu kecik je masa ebu lahirkan Mifzal.. Skarang kemain aktif.. Sibuk nak merangkak, main & explore benda2 baru di sekeliling.. Next appointment dengan his paed minggu depan.. Nak kena cucuk lagi.. Dua jarum plak tu.. Haihh.. Everytime nak cucuk ni ebu yang terover nervous.. =_='
Alhamdulillah, Mifzal masih lagi minum susu ebu.. & saya masih lagi gigih mengepam.. Da almost 4 months as an EP mom.. Semoga saya terus kuat semangat & rajin mengepam. Amin! :)) tapi pas raya aritu jadual mengepam da kelaut.. Sejak incik hubby balik memang saya tak menang tangan.. Mana nak masak, kemas dapo, lipat kain, jemur baju, uruskan si tecik tu lagi.. Da abis seme keje baru bleh mengepam.. Tapi kalo susu da abis memang kena dahulukan mengepam.. Daripada 2 jam sekali lama2 jadi 4-6 jam sekali.. =_=' total production per day pun turut susut la.. Nasib baik ade frozen ebm tu.. Syukur.. Kalo tak memang tak terkejar.. Tambah pulak Mifzal makin banyak minum susu.. Da 3-4 oz sekali minum.. Kadang tu da minum 3 oz then tak sampai sejam minum lagi 3 oz.. Pengsan! Harap2 saya bleh survive.. Atleast sampai dia setahun.. Then baru continue sampai 2 tahun.. Go ebu go! :))
Pasal makan pulak, alhamdulillah takde masalah lagi so far.. Saya da buat puree kurma, pisang, apple merah, carrot.. Semua dia makan.. Cuma pisang takbole sangat sebab dia cirit sikit.. So far baru bagi sekali sehari.. Tengokla seminggu dua lagi baru nak bagi 2x then baru introduce plain porridge.. Ni tengah pikir nak buat puree apa lagi ni.. Ingat nak try pumpkin dengan sweet potato pulak.. Heee..
Tapi pape hal baik tido dulu.. Muahaha.. Ngantuk sangat nih.. Gudnite ya!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, August 7, 2012
Saja-saja
Salam.
Baru lepas pam susu.. Dapat 6 oz je... Takpelah.. Skarang ni kadang2 dapat banyak adakala dapat sikit.. Alhamdulillah.. saya bersyukur atas rezeki yang Allah bagi.. Saya taknak pikir negatif.. Saya akan buat sehabis baik demi amanah Allah ini.. Mungkin badan tengah nak adjust sebab red flag tak abis lagi.. Mungkin jugak sebab saya penat menjaga Mifzal seorang diri.. Biasenye incik hubby ada tolong mana yang patut.. Ni incik hubby da pegi keje macam ilang sebelah tangan.. Hehe..
Tadi incik hubby da warning awal2 jangan apdet belog terus tido sebab dia tau saya penat & tak cukup tidur.. Niat asal memang nak terus tido je tapi sebab Mifzal tido tak nyenyak & nak susu tadi so mata da jadi tak ngantuk plak.. Hehe.. Plus nyamuk banyak la plak.. Haihh.. Ebu pinjam kelambu Mifzal boley? :)) tapi bila dipikirkan balik memang penat ni takkan abis.. Standard lah ada anak kecik memang setiap hari tak cukup tido n super duper penat.. So kalo setakat mengapdet belog sekejap rasenye takpe kot.. Hihihiii... *mau kena bambu ngan incik hubby ni*
2 hari lepas Mifzal tido lambat.. Pukul 2 pagi baru dia tido.. Biasenye pukul12 dia da lelap dah.. Tapi 2 hari lepas tetibe lewat plak.. Nasib baik arini da back to normal.. Kalo tak jenuhla ebu sebab dia asyik nak bersembang aje.. Bila kita letak atas tilam nak tepuk2 nak train tido sendiri dia boleh sengih2 makin galak plak ingat orang ajak dia main.. =_='
Pastu 2-3 hari ni jugak dia asyik duk menyembur je.. Orang tua-tua cakap kalo anak menyembur nanti rambut ebu gugur dengan banyaknye.. Tapi rambut ebu ni da memang selalu gugur pun.. Sembur lah sebanyak air paip pun tetap gugur jugak.. Hehe.. Memang da lama dah dia menyembur tapi jarang sangat dia buat.. Tapi 2-3 hari ni macam dah jadi habit dah.. Time kite tengah baekkk punye dodoi dia tido atas bahu boleh plak dia sembur air liur tu.. Haihh.. Rasa nak geget2 jerr pipi comel tu.. Camnelah hati ebu ni tak cair.. Ade je keletah dia yang menghiburkan hati.. :))
Skarang ni Mifzal suke sangat kalo ebu nyanyi kat dia.. Alah bukan sampai buat konsert pon setakat lagu tepuk amai2, baba blacksheep, old mcdonald, alif ba ta, 25 rasul.. Sampai kadang2 da suara ella dah ebu nyanyi sebab mengantuk campur penat.. Tapi dia sengih2 jugak hepi.. Nasibla suara ebu sedap kan.. Kahkahkah.. Lempang diri sendiri laju-laju..
Sebenarnya takde ape sangat pon nak apdet ni.. Saje nak bagi mengantuk so apdet la kejap.. Ni skarang da ngantuk so nak tido dulu lah.. :p
Sleep tite everyone!
*Mifzal tido lama sket ye sayang baru nenen.. Bagi can la kat ebu nak mengerekot lama sket atas tilam ni... Huhu.. :p *
^______^
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, July 17, 2012
Ketagih
Salam.
Sekarang ni kan.. Saya da mula ketagih.. Tu la, orang cakap jangan cuba-cuba start.. Nanti ketagih.. Bila da ketagih payah plak nak stop.. Dulu tengok orang lain buat saya macam ragu-ragu, takot2 lagi.. Bleh percaya ke, tak kena tipu ke nanti.. Tapi aritu terpaksa jugak buat, lama2 bila da dapat jadik syok plak.. :))
Ep ep.. Jangan pikior negetip aaaa... Saya ketagih shopping online lorrrr.. Huhuhu... :p dulu mula2 terjebak dalam shopping online ni sebab nak beli breastpump.. Punyela jakun masa pestaim tu.. Takut kena tipu pun ye jugak.. Tapi saya selalu baca review orang ramai dulu before beli.. Saya survey kat forum2 ramai yang cakap beli breastpump & kebanyakan barang lain secara online lagi murah.. & ternyata memang betul.. Tapi kena pandai mencari sumber yang betul la.. Masa tu saya beli Medela Harmony dengan harga RM190 sahaja including postage.. Kalo kat luar harganya RM260.. Jimat kan?? :))
Lepas beli breastpump, set bersalin amway, tilam kekabu, pastu beli storage bottle plak.. Storage bag.. And the latest one ebu rembat rompers untuk Mifzal 3 helai & JJ warmer.. :)) tapi achaner2 pon kena habaq incik hubby dulu pasal dia tukang tabur cash money nak membayor.. Kuikuikui... :p eh, duet suami duet isteri jugak.. Duet isteri duet isteri la.. Ngeeee... ^__^
Pasni duk pikir nak merembat ape lagi.. Rabak la poket incik hubby gini.. Ala, sape lagi nak tulun perabih duet laki kan kalo bukan bininye sendirik.. Huahuahua... :p da lama sangat sebenarnya saya tak soping2 neh.. Untuk diri sendre?? Lagi la.. Rasenye last soping pun beli baju mengandung dulu.. Pastu semenye soping barang anak.. Da tak ingat diri sendiri dah.. Hehe.. Ni bila internet di hujung jari ni lagi bahaya ni.. Takyah kua berpanas berhujan, just click and less than 72 hours barang tu da ada depan mata.. Cukup mudah untuk fulltime housewife macam saya.. :)) biasanya pompuan la kan yang addicted bersoping online ni kan?? Hehe.. Da nasib badan la incik2 hubby kat luar sana tu.. Kuikui..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Long journey
Salam.
Hari ni bersiaran dari utara, Kedah darul Aman... Bawak Mifzal jumpa keturunan belah sini pulak.. :)) Kami bertolak hari Sabtu aritu, transit kat KL dulu.. Then ahad tu baru bertolak ke Kedah.. Kalo zaman berdua dulu blehla nak balik terus tanpa transit.. Ni bila da ade si tecik tu payahla sikit.. Nak naik flight risau dia melalak plak.. Kang jenuh semua orang tadah telinga.. Huhu..
Btw anak korang meragam tak bila travel jauh ni?? Perjalanan kami ke KL tu ok jer, takde masalah untuk 2 jam yang pertama sebab Mifzal tido.. Bila masuk je highway karak tu dia da bangun da.. Mula2 ok la lagi.. Tapi maybe sebab telinga dia berdengung kot, (plus boring duduk dalam kereta) dia nangis menjerit2 dalam kereta.. Haihhh.. Bersilat ebu nak bagi dia diam.. Bagi susu pun takmo.. Dahtu achaner.. Pekakkan telinga jelah.. Pastu stop kejap kat Genting Sempah.. Bagi dia relaks amik angin kat luar.. Keluar kereta je terus diam sengih2.. Nampak sangat boring terperuk dalam kereta kan.. Sian anak ebu.. Dah tau boring yerrr.. Bila nak start perjalanan semula, dia uwaaaa lagi.. Sampaila kat hotel.. Haihhh... Jenuh ebu sayang oii.. Nasib baik abahnya cool je drive.. Kalo ebu gamaknye terus tak nampak jalan.. =_='
Kunun plan nak gi jalan2 la lepas berbuka (kami laki bini puasa aritu) sebab mall kat bawah hotel jer tuptup budak tecik ni meragam lagik.. Sebelum tido harus dia uwaaa dulu.. So cancel la plan nak jenjalan.. Sadisss.. :(( Tapi alhamdulillah perjalanan ke Kedah *yang lagi lama* esoknya tu Mifzal behave sangat.. Gudboy la anak ebu nih.. Mmuahh dia seratus kali.. :))
Challenging betul bawak anak kecik travel kan.. Tu yang kadang2 rasa malasssss sangat nak pegi mana2.. Rasa nak stay kat umah jerr.. Kalo dekat tu takpe lagi la.. Kalo jauh camni.. Haihhh.. Kadang2 rasa give up pun ada bila dia nangis nonstop camtu.. Terpikir jugak anak orang lain camni jugak ke? Tapi biasela kan budak kecik.. Lain baby lain ragamnya.. Mungkin susah arini senang kemudian.. Senang arini tak bermakna senang juga kemudian.. Siapa tahu percaturan Allah kan.. Tak elokla nak make comparison anak kiter ngan anak orang lain caner.. Macam tak bersyukur plak.. Ebu sayangggg anak ebu walau achaner pun tau... Be a gud boy ok tomey2.. :))
Ishh bising betul la bunyik anjing kat umah sebelah nii.. Asyik menyalakkkkk jerr.. Jap2 cam bunyi serigala.. Tido la weiii... Ape duk menyalak lagi tuh.. Tensen eden.. =_=' banyak tul bunyik binatang kat sini.. Takyah anak ebu gi zoo.. :p Japjap bunyik anjing.. Pastu kucing bergaduh berebut awek.. Sat lagik bunyik ayam berkokok plak tak kira pagi petang siang malam.. Nak bagitau satu taman perumahan ni dia bertelur agaknya.. Ke dia da konpius yang mana satu siang mana satu malam.. Haha... Penin den pikior.. Tu baru ragam binatang.. Blom masuk ragam manusia lagi tu.. Malasla nak citer kat sini.. Hehe..
Skarang ni Mifzal is trying his best nak pusingkan badan dia.. Da nampak macam dia nak meniarap.. Tapi punggung tak lepas lagi.. Bila ebu or abah assist dia masa dia berpusing tu, tolong tolak sikit sampai dia meniarap, terus tersengih2 sambil mulut tu potpetpotpet.. Suke bebenor bleh meniarap yerr.. Kali ni jer tau ebu ngan abah tolong.. Pasni buat sendirik.. :)) takpela slow2 ye sayang.. One step at a time.. No need to rush.. We'll always be by your side.. ^__^
Oklah, nak beradu dulu.. Japlagik nak bangun lagi.. Pastu nak sahur lagi.. Esok kami puasa lagi.. :)) eh banyaknye lagi.. Huhuhu...
Till then!
*Tidola wahai anjing oiii.. Ujan2 ni bek tido la.. Haihhh.. Haru betul..*
=_='
- Posted using BlogPress from my iPhone
Thursday, July 12, 2012
Mifzal @3months
Salam.
Dah seminggu tak apdet belog nih.. Berhabuk daa macam rumah saya jugak.. Hohoho.. :p skarang ni masih kelam kabut lagi nak manage my time.. Mana nak jadik ebu lagi.. Jadik isteri lagi.. Heh.. Penat sangat2 sampai demam selsema dah skang ni.. Takble nak cium2 anak ebu yang gibu iteww.. Tapi takpelah.. Bak kata incik hubby.. Penattttt sangatttt tapi syok! Biaselah kan ada anak kecik.. Tak rock lah kalau semuanya senang.. Hidup pun jadi tak happening..:))
Incik hubby has safely arrived since last thursday.. Alhamdulillah.. :)) tapi saya masih tak sempat nak masak hari-hari.. Bergilir-gilir dengan incik hubby.. Tapi banyak yang incik hubby lah yang buatkan.. Nasib baik jugaklah incik hubby pandai masak.. Pandai buat kerja rumah, basuh baju jemur baju yadayada.. Kalo tak memang tak menang tangan la saya dibuatnya.. Mifzal kalo time nak tido most of the time nak ebu dia yang dodoikan.. Nak kena berdukung sampai dia lelap.. Then baru letak.. Naik patah bahu ebu.. Time menyusu kadang2 dengan abahnya.. Tapi lagi banyak dengan ebu.. Time nak main2 borak2 bahasa jepun baru dia dengan abahnya.. Bila da boring sembang2, mula la nangis pastu ebuuu jugak yang kena pujuk.. Macam mana ebu nak buat keje rumah ni sayang?? Huhu..
Tadi pegi klinik cucuk Mifzal 3 bulan.. Ebu plak yang terlebey nebes macamla ebu nak kena masuk labour room.. Haha.. =_=' Nasib baik anak bujang ebu ni nangis kejap jer.. Pastu da boleh tegur2 doctor ngan nurse ngan bahasa jepun dia tu.. Sebelum kena cucuk tu sempat lagi dia borak2 ngan makcik2, auntie n grandma yang berbangsa cina kat situ.. Ramai plak yang tegur n agah2 dia.. Mifzal asyik tersengih2 pastu layan je orang agah dia.. Pandai amik ati ye anak ebu ni.. Camnelah ebu tak cair sayang oii... :))
Apdet untuk 3 bulan ni, berat Mifzal naik 800gram.. So skarang berat dia 5.8 kg.. Ni baru 3 bulan ebu da lenguh sana sini.. Nanti makin besar tak larat dah ebu nak dukung.. Berat ebu??? Jengjengjeng.... Berat ebu skarang 49 kg..!! turun lagik 5 kg.. Hakhak.. Nak jugak menyebok bagitau berat sendre.. 4-5 kali timbang tadi.. Sebab macam tak caya kan.. Mulut ni duk ternganga ha? ha? jerrr masa timbang.. Kuikui.. Tu berat masa sekolah menengah tuuuuuu... Takyah ebu diet2 dah.. Yeayy.. Semua orang cakap saya makin kurus.. Tapi nampak macam kurus sakit.. Bukan kurus sihat.. Huhu.. Takpelah.. Asalkan KURUS... Ngeeee... :p
Alhamdulillah Mifzal skarang ni da tak nangis sangat macam dulu.. Dulu risau sangat2 hati ni bila diuji camtu.. Tak sanggup rasanya.. Cukuplah.. Saya tak cukup kuat untuk melaluinya.. Tak sampai hati tengok anak ebu nangis2 camtu.. Kalau boleh biarlah Mifzal senyummmm jerr.. Hepi2 jerr.. Sihat2 selalu.. Mmm, malaslah nak citer pasal tu dalam ni.. Pasal nak tido dah.. Hehe.. Gudnite!!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Tuesday, July 3, 2012
Apdet dulu sebelum tido... :))
Hadui.. Sakit belakang ni makin menjadi-jadi plak.. Tapak kaki pon sakit berdenyut-denyut.. Mifzal makin berat.. Skarang ni hobi dia baring atas tilam sambil ajak orang bersembang, pastu bila da boring nak berdukung plak.. Kalo sebelum tido nak orang dodoikan kat bahu, pastu dia nak lentok senget.. Lagi lenguh sebab berat sebelah.. Lagi kesian kat Tok Ma kena tido lewat sebab malam2 dia asyik nak ngan Tok Ma je.. Maklumla bahu empuk.. Bahu ebu ni da tinggal tulang.. Kuikui.. :p Mifzal jarang tido awal.. Kalo tido awal tu kire miracle la tu.. Biasenye pukul 12 la.. Kadang2 pukul 1.. Pastu bangun 2-3 jam sekali nak susu pastu tido balik.. Siang dia tak banyak tido.. Kire ok la sebab sesetengah baby kan jenis berjaga malam..
Ni nape ebu tak reti nak tido lagi ni??? Heh.. Rutin setiap hari.. Lepas Mifzal tido ebu busy dengan sesi mengepam pulak.. :)) Biase la bile da jadi mak budak ni memang takde dah nak tido lena.. Kalo dapat tido 6 jam tu kire bertuah sesangat la.. Biasenya saya dapat tido around 4-5 hours je.. Kadang-kadang 3 jam je.. Cukuplah tu.. Bukan kuantiti yang dicari tapi kualiti.. Saya selalu doa supaya Allah bagi saya tidur yang berkualiti dalam kuantiti yang sedikit itu.. Biarlah tidur yang sekejap tu dapat melegakan tubuh saya yang super duper penat so that saya boleh kembali bertenaga untuk menjaga Mifzal..
Dahlah, da penat nak taip.. Campur mengantuk.. Dah tau penat sibuk nak apdet belog lagi.. Hehe.. :p Nanti-nanti sambung lagi.. Ok bai!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, July 1, 2012
My breastfeeding journey#1
Salam.
Arini nak share pasal pengalaman breastfeeding..Alhamdulillah, hari ni Mifzal masih lagi menyusu dengan susu ebu.. Frankly speaking i'm a bit sad n terkilan jugak sebab tak dapat breastfeed Mifzal secara ekslusif.. Exclusive breastfeeding means baby tu HANYA minum susu ibu SEPENUHNYA tanpa makanan lain seperti susu formula etc.. Sejak saya mengandung lagi saya da tanamkan niat nak menyusukan Mifzal sepenuhnya dengan susu badan.. Niat & hasrat yang sangat membuak2.. Tiap hari lepas solat saya berdoa moga hasrat & niat saya diperkenan Allah swt.. Tapi kita hanya mampu merancang, semuanya atas kehendak Allah jua..
Masa 6 bulan mengandungkan Mifzal, susu badan saya da keluar bila dipicit tapi dalam bentuk kolustrum lah, belum jadik susu lagi.. Masih pekat.. Sampai lah hampir waktu melahirkan.. Masa tu keyakinan saya untuk menyusukan dia makin bertambah.. Sebab nurse cakap biasanya hari ke3 baru susu keluar.. (Susu yang dah cair tu, sebelum tu yang ada hanyalah kolustrum) Saya pon takde experience lagi.. Maklumlah first timer.. Hari pertama bersalin, everything was fine.. Nurse pon ajar cara nak latch dengan betul.. Mula2 tu rasa geli2 je.. Sakit pon ade sebab baby hisap kuat sangat.. Tak sangka baby's suction sekuat itu.. Masuk hari kedua pon ok jugak, walaupun Mifzal da mula bukak high pitch.. Masuk hari ketiga Mifzal masih dengan high pitchnya, and my parents cakap maybe dia tak cukup susu n suruh saya topup dengan susu formula.. Hati saya da mula berdebar.. Saya diamkan aje bila parents saya suruh beli susu formula.. Saya yakinkan diri saya susu saya cukup untuk keperluannya.. Incik hubby pon always give his support.. Sangat stress saya waktu tu.. Naseb baik incik hubby ade tolong tenangkan saya..
Masa tu susu badan saya masih dalam bentuk kolustrum n i need to feed him every half an hour..baby boy memang kuat menyusu.. betapa penatnya saya waktu tu. dengan susah nak bergerak sebab luka jahitan.. Sampai gigil2 badan saya tahan sakit.. Peritnya hanya Allah yang tau.. Incik hubby da puas pegi klinik n farmasi cari ubat tahan sakit, semuanya tak jalan.. Tambah plak dengan stress.. Fizikal & mental saya memang letih sangat2 waktu tu sebab saya tak cukup tidur sejak sehari sebelum bersalin lagi.. Bila saya picit2 breast saya, tiada lagi titik2 susu yang keluar.. Perasaan saya waktu tu.. Hmm.. Hanya boleh sebut ya Allah je.. Akhirnya apa yang mampu saya buat adalah menangis & menangis... Incik hubby tanya saya nak beli susu formula tak.. Saya cuma diam & menangis.. Dalam hati saya cakap taknak.. Tapi Mifzal lapar.. Saya serbasalah sangat2.. Incik hubby tenangkan saya, suruh saya redha banyak mana & macam mana pun rezeki Mifzal.. Bila mental & fizikal saya stress macam tu, macam mana la susu nak keluar.. Bila saya pam, tak sampai 0.5 oz pun saya dapat.. Hanya beberapa titik.. Kadang2 tak keluar langsung! Airmata saya lagi bertitik2 dari susu..
Akhirnya bila Mifzal nangis tak henti, dengan berat hatinya saya merelakan incik hubby beli susu formula, tapi saya suruh beli kotak paling kecik.. Saya memencilkan diri dalam bilik.. Mak saya yang bagi susu pada Mifzal.. Waktu tu saya menangis menangis & menangis je.. Perasaan saya waktu tu sedih, kecewa, terkilan semua la saya rase.. saya rasa macam ebu yang gagal sebab tak dapat beri susu saya sendiri.. Bila dia minum je susu formula tu, terus dia diam.. Hmmm.. Lagi la menitis airmata saya ni..
Tapi saya tak putus asa, saya keep on pumping walaupun hasilnya masih sama & kadang2 tak ada langsung titik yang keluar.. And saya direct feeding dia jugak.. Susu formula tu hanyalah topup bila breast saya kosong.. Hari ke4 saya berurut.. Pas berurut susu saya da banyak sikit tapi still tak cukup dengan demand dia.. Saya ikut je tips dalam internet, bagi direct feeding, buat regular pumping, minum susu, banyakkan minum air.. Tapiiiiiii... Badan saya tak cukup rehat.. Saya sangat2 letih waktu tu.. So susu saya masih tak meriah..
Tapi alhamdulillah hari ke12 kalau tak silap, Mifzal da minum susu saya sepenuhnya except masa hari ke 25 yang saya sembelit teruk tu.. Incik hubby terpaksa buat susu formula sebab 4 jam saya dalam toilet.. N until now.. No more formula milk for him.. Syukur sangat2.. Susu formula yang incik hubby beli tu pun luak sikit je, last2 saya buang sebab da berubah warna.. Kalau dulu saya hanya dapat beberapa titik susu, jauh sekali nak dapat 1oz.. Sekarang saya mampu collect 11oz untuk 1 session.. Alhamdulillah.. Saya tak buat sangat stok expressed breast milk (EBM).. Saya utamakan beri yang fresh untuk 3 bulan ni.. Bila ada lebih baru saya masukkan dalam fridge or deep freezer.. Nanti lah later on citer pasal tu.. :))
Alhamdulillah, walaupun tak exclusive, saya masih bersyukur Mifzal minum susu dari badan ibunya sendiri.. Bahagia tengok setiap hari dia membesar dengan sihat, makin bambam & membolat dengan jayanya.. :))

Gambar kat atas ni menunjukkan banyak mana baby perlukan susu untuk sekali menyusu.. Nak baca lebih lanjut bleh refer sini
- Posted using BlogPress from my iPhone
Arini nak share pasal pengalaman breastfeeding..Alhamdulillah, hari ni Mifzal masih lagi menyusu dengan susu ebu.. Frankly speaking i'm a bit sad n terkilan jugak sebab tak dapat breastfeed Mifzal secara ekslusif.. Exclusive breastfeeding means baby tu HANYA minum susu ibu SEPENUHNYA tanpa makanan lain seperti susu formula etc.. Sejak saya mengandung lagi saya da tanamkan niat nak menyusukan Mifzal sepenuhnya dengan susu badan.. Niat & hasrat yang sangat membuak2.. Tiap hari lepas solat saya berdoa moga hasrat & niat saya diperkenan Allah swt.. Tapi kita hanya mampu merancang, semuanya atas kehendak Allah jua..
Masa 6 bulan mengandungkan Mifzal, susu badan saya da keluar bila dipicit tapi dalam bentuk kolustrum lah, belum jadik susu lagi.. Masih pekat.. Sampai lah hampir waktu melahirkan.. Masa tu keyakinan saya untuk menyusukan dia makin bertambah.. Sebab nurse cakap biasanya hari ke3 baru susu keluar.. (Susu yang dah cair tu, sebelum tu yang ada hanyalah kolustrum) Saya pon takde experience lagi.. Maklumlah first timer.. Hari pertama bersalin, everything was fine.. Nurse pon ajar cara nak latch dengan betul.. Mula2 tu rasa geli2 je.. Sakit pon ade sebab baby hisap kuat sangat.. Tak sangka baby's suction sekuat itu.. Masuk hari kedua pon ok jugak, walaupun Mifzal da mula bukak high pitch.. Masuk hari ketiga Mifzal masih dengan high pitchnya, and my parents cakap maybe dia tak cukup susu n suruh saya topup dengan susu formula.. Hati saya da mula berdebar.. Saya diamkan aje bila parents saya suruh beli susu formula.. Saya yakinkan diri saya susu saya cukup untuk keperluannya.. Incik hubby pon always give his support.. Sangat stress saya waktu tu.. Naseb baik incik hubby ade tolong tenangkan saya..
Masa tu susu badan saya masih dalam bentuk kolustrum n i need to feed him every half an hour..baby boy memang kuat menyusu.. betapa penatnya saya waktu tu. dengan susah nak bergerak sebab luka jahitan.. Sampai gigil2 badan saya tahan sakit.. Peritnya hanya Allah yang tau.. Incik hubby da puas pegi klinik n farmasi cari ubat tahan sakit, semuanya tak jalan.. Tambah plak dengan stress.. Fizikal & mental saya memang letih sangat2 waktu tu sebab saya tak cukup tidur sejak sehari sebelum bersalin lagi.. Bila saya picit2 breast saya, tiada lagi titik2 susu yang keluar.. Perasaan saya waktu tu.. Hmm.. Hanya boleh sebut ya Allah je.. Akhirnya apa yang mampu saya buat adalah menangis & menangis... Incik hubby tanya saya nak beli susu formula tak.. Saya cuma diam & menangis.. Dalam hati saya cakap taknak.. Tapi Mifzal lapar.. Saya serbasalah sangat2.. Incik hubby tenangkan saya, suruh saya redha banyak mana & macam mana pun rezeki Mifzal.. Bila mental & fizikal saya stress macam tu, macam mana la susu nak keluar.. Bila saya pam, tak sampai 0.5 oz pun saya dapat.. Hanya beberapa titik.. Kadang2 tak keluar langsung! Airmata saya lagi bertitik2 dari susu..
Akhirnya bila Mifzal nangis tak henti, dengan berat hatinya saya merelakan incik hubby beli susu formula, tapi saya suruh beli kotak paling kecik.. Saya memencilkan diri dalam bilik.. Mak saya yang bagi susu pada Mifzal.. Waktu tu saya menangis menangis & menangis je.. Perasaan saya waktu tu sedih, kecewa, terkilan semua la saya rase.. saya rasa macam ebu yang gagal sebab tak dapat beri susu saya sendiri.. Bila dia minum je susu formula tu, terus dia diam.. Hmmm.. Lagi la menitis airmata saya ni..
Tapi saya tak putus asa, saya keep on pumping walaupun hasilnya masih sama & kadang2 tak ada langsung titik yang keluar.. And saya direct feeding dia jugak.. Susu formula tu hanyalah topup bila breast saya kosong.. Hari ke4 saya berurut.. Pas berurut susu saya da banyak sikit tapi still tak cukup dengan demand dia.. Saya ikut je tips dalam internet, bagi direct feeding, buat regular pumping, minum susu, banyakkan minum air.. Tapiiiiiii... Badan saya tak cukup rehat.. Saya sangat2 letih waktu tu.. So susu saya masih tak meriah..
Tapi alhamdulillah hari ke12 kalau tak silap, Mifzal da minum susu saya sepenuhnya except masa hari ke 25 yang saya sembelit teruk tu.. Incik hubby terpaksa buat susu formula sebab 4 jam saya dalam toilet.. N until now.. No more formula milk for him.. Syukur sangat2.. Susu formula yang incik hubby beli tu pun luak sikit je, last2 saya buang sebab da berubah warna.. Kalau dulu saya hanya dapat beberapa titik susu, jauh sekali nak dapat 1oz.. Sekarang saya mampu collect 11oz untuk 1 session.. Alhamdulillah.. Saya tak buat sangat stok expressed breast milk (EBM).. Saya utamakan beri yang fresh untuk 3 bulan ni.. Bila ada lebih baru saya masukkan dalam fridge or deep freezer.. Nanti lah later on citer pasal tu.. :))
Alhamdulillah, walaupun tak exclusive, saya masih bersyukur Mifzal minum susu dari badan ibunya sendiri.. Bahagia tengok setiap hari dia membesar dengan sihat, makin bambam & membolat dengan jayanya.. :))
Gambar kat atas ni menunjukkan banyak mana baby perlukan susu untuk sekali menyusu.. Nak baca lebih lanjut bleh refer sini
- Posted using BlogPress from my iPhone
Saturday, June 30, 2012
Tak sehat..
Salam.
Baru lepas tidokan Mifzal yang mengamuk menangis macam kena dera.. Huhu.. Hai la anak ebu.. Saje je ek nak test power suara tengah2 malam cenggini.. Takpe takpe, suara high pitch tu insyaallah esok2 lancar alunkan ayat2 suci Al-Quran, lantang sebarkan ilmu Allah.. Aminnn..
Dua hari ni tak sehat plak.. Sakit tekak & nak selsema.. Harap2 tak sampai demam. Sangat tak selesa.. Sebab jerebu ke? Tapi tak keluar rumah pon.. Tu pun ada jugak yang takde etika pegi bakar sampah time panas berjerebu cenggini.. Sakkkitt hati.. Huh..
Rasa tak larat je badan ni tapi kena gagahkan diri jugak.. Camni la bile ada anak kan.. Tak bleh nak manjakan diri sangat.. Harus WAJIB kuatkan mental & fizikal like a supermom.. Mifzal pls be a good boy ye.. Doakan saya cepat recover..
P/s: satu benda je terkilan bila tak sehat ni.. Takble nak cium anak takut berjangkit.. Huuu.. Ebu rinduuuuu... :((
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, June 22, 2012
Kelab tak tido malam??
Salam..
Dalam 6 bulan ni banyak betul dengar berita kawan2 n sedara sepapat mengandung & beranak.. Memang musim mengawan kan? Tehehee... :p dulu masing2 berhingus lagi, sibuk duk struggle blaja di zaman remaja.. Tup2 skang da kawen la, da preggy, branak, anak dua yadayada etc... How time flies.. :)) Mine? Pon tak sangka da ade anak teruna da haku.. Esok2 da terima menantu daa... *eh tetibe* haha.. Diamla ko cicak asyik bunyik je kaco anak aku tido.. Huh! =_='
Tadi bukak facebook, saje la tengok perkembangan kawan2 yang tengah kembang.. Hewhewhew.. Al maklumla musim mengawan kan.. Tingat plak zaman saya mengandungkan Mifzal dengan penuh dugaan dulu.. Nantilah citer pasal mengandung yang panjang lapan belas ratus muka surat tu.. :p bile da beranak je mesti orang akan wish tahniah n blablabla kan.. Pastu mesti terselit ayat "welcome to kelab tak tido malam".. Haha.. Part ni best, nak tergelak pon ada bila diingat balik.. Memang betullah apa yang dorang cakap tuh.. Time bujang baikkkk punyer tido tak hengat dunia, kejut suh bangun pon sampai mak nak kene tonyoh ngan kaki *oh itu bukan aku ye*.. Skang rasala kan.. Selagi takde anak kiter takkan merasa seme tu..
Awal2 dulu masa incik hubby blom masuk keje, memang kami stay sama for 7 weeks.. Sorgaaa.. Hehe.. Masa Mifzal dalam hari memang dia akan bangun every 30 minutes-1hour untuk menyusu.. It depends.. Tengok tahap kelaparan dia macam mana.. Mata ni da macam mata panda.. Dahlah siang berjaga, malam nak kena bangun kerap pulak.. Masa tu pakat2 dengan incik hubby, bergilir tido.. Kalo tak nanti dua-dua penat.. Biasenye saya suruh incik hubby tido dulu 2 jam then da abis syif baru saya plak tido.. Wah da macam keje syif kan? Huhu.. Bila umurnya da makin bertambah, gap pun bertambah jugak.. Dia dah tak bangun sekerap tu untuk menyusu.. Macam skarang, every 2-3 hours baru die bangun.. Kadang2 4 jam baru bangun.. Ebu pun bleh qada tido la.. Ngee.. Suke suke.. :p
Pernah sekali dua jadik masa mamai2 bangun dalam keterpaksaan tu, puting susu tu sua kat mata n idong anak.. Maknye? Duk tersengguk2 tido sambil pangku anak kat riba.. Haha.. Sudahnya si kecik tu yang ternganga2 carik puting.. Kesian anak aku.. Pls dun try this at home ya.. Kuikui..
Kalo nak kata penat memanglah penat.. Skarang ni da 2 bulan lebih da jadik biasa dah.. Orang cakap alah bisa tegal biase.. Tapi seronok tu tetap ada.. :)) Nanti baru la ada benda nak citer kat anak2 kan bila dorang da besar..
Takble nak potpet banyak2.. Mifzal da bangun sengih2 nak susu.. Till then!
^__^
- Posted using BlogPress from my iPhone
Monday, June 18, 2012
Motivasi untuk diri sendiri
Salam.
Arini mood ok sikit.. kot.. bila dah ada anak ni, takble ikutkan sangat perasaan.. Becuz my life is not only about me n myself anymore, ada banyak benda lagi saya kena amik tau.. So bila da naik pangkat jadi ebu ni, harus pandai dan matang untuk distinguish mane yang patut diutamakan.. Dalam case skarang ni, of course my son comes first.. Kalo saya lemah macam mane saya nak mendidik amanah Allah ini dengan sebaiknya..? Lagi2 bila suami saya jauh di sana mencarik rezeki halal buat kami sekeluarga, tentu dia mengharapkan saya dapat menggalas tanggungjawab menjaga permata hati sulungnya dengan sebaiknya..
Macam ni lah bila ada anak kecil, pastu berjauhan pulak dengan suami.. Saya masih belajar untuk menjaga Mifzal, maklumlah menjadi ebu di usia yang masih muda.. Amboi angkat tong masuk sendiri.. Heh.. Susah ke jaga anak ni?? Saya takmo share lah, nanti ada plak yang takut nak kawen & berkeluarga.. :p but trust me, ada anak ni memang double extra happy lah.. Terasa hidup lebih bermakna.. :)) Semua orang akan rasa sendiri, ada bahagian masing-masing.. Tapi saya yakin & percaya yang Allah Maha Adil.. Setiap kesusahan pasti akan dituruti kesenangan & kebahagiaan di pengakhirannya.. Bila saya patah semangat, motivasi saya cuma satu which is what are we all striving for... PAHALA & SYURGA.. Sesuatu yang tak mudah untuk dicapai, dah tentulah cabaran & halangannya pun bukan calang2 kan? everytime saya rasa saya dah tak berdaya lagi, saya cuba cekalkan semangat dan BERSABAR.. Setiap kesabaran pasti akan ada ganjarannya.. Tapi kekadang tu terkehel la jugak kat mane2.. Sedih2 nanes2 pastu mengadu okk ekk ngan incik hubby macam budak kecik.. :p masa tu memang tak matang la.. Heh.. Yela, sebab kite kan manusia biase.. Kalo manusia luar biasa tu da jadik alien pulak kan.. Ape ko melalut..
Semoga saya menjadi hamba yang beriman, isteri yang solehah, ebu yang baik pada anak saya & anak yang berbakti pada ibu bapa.. Amin..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Thursday, May 31, 2012
Keletah baru
Salam.
Ramai mak2 yang senior cakap bayi ni kalo dalam hari perangai dia lain, da lepas tempoh berpantang lain plak.. Betul ke? Mine, ade satu keletah terbarunya... Which is suke tido atas bahu or dada.. Dalam posisi ala2 meniarap tu.. Tapi bila letak meniarap atas tilam dia boley bertahan dalam setengah jam je.. Pastu mula la ekk ekk mintak diangkat sebab tak boley nak pusing kepala.. Bila saya tolong tuka posisi kepala tu dia terjaga pulak.. Aduhai.. =_='
Bila atas bahu or atas dada, elok je bertahan sampai sejam or 2 jam.. *pengsan* tangan ni lenguh toksah cakapla.. Memang takbley nak buat keje lain.. Tapi demi nakkan anak dapat tidur yang cukup, ebu tahankan jela.. Kalo ikut mak, suruh letak dalam buai.. Tapi bila baca banyak sangat kesan negatif dari kesan positif, saya macam berat hati.. Memang bagus untuk kesan jangka masa pendek - ebu boley buat keje lain.. Tapi.... Untuk jangka masa panjang.. Otak bleh bgegar sebab hayunan, risiko terhempap besi buaian, jatuh, etc yadayada... Better jangan ajar.. Lagipun saya risau nanti nak ke mana2 susah kalo dia nak tidur berbuai je.. Buatnya otw balik kampung suami yang 8-9 jam tuh dia nak berbuai, tanak tido dalam kete, sape nak jawab tuh? Ebuuuu dia jugakkkk...
Semalam bawak Mifzal pegi klinik sebab risau sangat 2 hari lepas dia muntah susu.. Sampai kua dari hidung.. Kesian tengok dia menangis meronta2 bagai nak rak.. As what we expected, masalah perut kembung lagi.. Haihhh.. Bila la nak ilang ye.. Sian anak ebu.. Doc cakap sebab overfeed.. Mifzal minum 2 stgh oz setiap 2-3 jam sekali.. So terpaksa la buat catuan susu.. Saya bagi 1.5-2 oz sahaja.. Semalam bagi 1-1.5 aun setiap sejam.. Tapi tak bertahan lama sebab dia menangis tak benti macam hape sebab tak puas susu.. Terpaksa la ebu bagi lagi.. Tapi alhamdulillah dia takde muntah.. Harap2 cepatla ilang masalah kembung ni..
Orang cakap biasanya baby lepas 3 bulan da kurang masalah ni.. Yeke? Kalo camtu cepatla anak ebu besar sayang.. Erkk.. Boley ke camtuh? Hewhewhew.. :p
Minggu ni sangat penat uruskan Mifzal sorang diri.. Mak pun kadang2 je tolong dukung time saya mandi.. Dia pun cam malas dah nak layan cucu dia ni pasal asek nanes.. Dengan berat Mifzal yang makin bertambah.. Penat.. Haha.. Sedey oke.. Saya makan, pam susu, taip entri ni pun sambil dukung dia kat bahu.. Ye, sangat2 penat sebab saya tak boleh nak letak atas tilam.. Kalo letak, 5 minit pastu dia terjaga.. Kalo tak puas tido, lagi penat saya nak memujuknya.. Kadang2 terfikir jugak gila ke hape aku ni asyik dukung anak.. Haha.. Orang lain konpem2 da masuk dalam buai.. Tapi takpelah.. Demi nak elakkan buaian tuh, n demi nakkan anak tidur cukup, saya sanggup bertahan.. *tu yang tak sabo nak dia beso sikit tu..:p* bak kata incik hubby, moga2 esok2 anak ni akan sayangkan saya sepenuh hatinya sebab selalu di pangkuan saya.. Aminnnnnn...
Hari tu hati ni macam berbelah bagi jugak sebenarnya nak try guna buaian.. Tapi bile pk kesan negatif tu, saya kuatkan semangat.. Alhamdulillah, Allah masih memberi saya kekuatan sehingga ke hari ni walaupun setiap hari saya didesak oleh ibu sendre untuk masukkan dia dalam buaian.. Moga saya terus diberi kekuatan itu.. Walaupun super duper penat, tapi saya da mula merasai keseronokan menjaganya.. Tiada yang lebih berharga bila melihat wajah mulus tanpa dosa itu di pangkuan saya.. Indahnya anugerahMu ya Allah..
*doakan juga incik hubby kuat di sana.. Sejak dia kembali bekerja, dia tak bersemangat sebab terlalu rindukan anak.. Dia cakap dia rindu kat saya jugak tapi ayat penyedap jela kot.. Haha.. Lumrahla bila da ade anak ni isteri jatuh no 2 kan.. :))
+__+
- Posted using BlogPress from my iPhone
Monday, May 28, 2012
Penangan anak
Aduhai....
2-3 hari ni saya agak moody & terasa sangat sunyi & kosong.. Yes, i miss him olredi.. :'( Teman sebilik yang jauh di mata namun sentiasa dekat di hati.. Dan kali ni bukan hanya saya seorang yang terasa 'ketiadaannya' yang sementara tapi juga si kecil yang belum memahami apa-apa.. Sayunye hati ini bila mendengar tangisannya.. 2 hari lepas dia menangis tak henti.. & arini suaranya sedikit serak.. Badan pun nampak tak bermaya.. Hanya nak tidur lebih dari biasa.. Nasib baik arini da tak meragam.. Kepenatan agaknya setelah 2 hari menangis.. Kesian anak ebu.. Sabar lah sayang yea.. Abah pergi mencarik rezeki halal buat kita.. Sudah tertulis rezeki buat kita jauh di sana.. Anak ebu pasti lebih kuat & tabah dari ebu.. :))
Sepertimana saya, abahnya lebih terasa 'kekosongan' itu.. Kalo time berdua dulu boleyla nak bergayut lama2, chatting lama2.. Skarang saya nak pegang henpon pon tak sempat.. Tambah plak terpaksa menahan rindu kat si tecik tu.. Yes, he deeply in love with our lil junior.. Sayangnya melebihi segalanya.. Lebih dari dirinya sendiri.. *ebu pun da jatuh rank no 2 tau.. :p * sampai sanggup mintak nak balik kat bos.. Bila mendengar keadaan Mifzal yang asyik menangis, tambah tak senang duduk dibuatnya sebab tak dapat nak buat apa-apa.. tengok gambar anak pun boleh meleleh airmata sedangkan saya tahu dia bukanlah lelaki yang berhati tisu.. Rindu + kesian pada si kecil yang belum mengerti apa-apa.. Itulah penangan anak kan..
Harus mengumpul semula semangat yang da nyawa2 ikan ni.. Kalo otromen ni da lampu merah liplapliplap daa kat dada.. ni baru 3 hari incik hubby kat sana.. Haihh.. Cepatla masa berlalu.. Tak sabar nak jumpa kekasih halal yang satu iteww.. Bila incik hubby balik nanti, Mifzal da 2 bulan lebih.. Agak-agak dia da boleh meniarap ke blum eh? Incik hubby duk tunggu bila dapat letak dia tido meniarap atas dada.. Huhu.. Ebu pun tak sabar nak tengok perkembangan kamu membesar sayang! :)) but there's no rush.. Slowly yea sayang.. One step at a time.. :))
Da pukul 1 lebey.. Mata da ngantuk + badan penat.. Mifzal da tido pukul12 tadi.. So apelagi, jom tido!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Saturday, May 26, 2012
Yang pahit & manis
Salam.
Da seminggu tak apdet belog..semenye gara-gara emosi yang diganggu setanirrojim.. *dushdush* masa pon memang padat 24 jam uruskan anak teruna sorang tu sampai diri sendiri pon tak terurus macam zombi.. Nak makan mandi buang air pun seme kena hold dulu selagi tak settlekan bab dia.. Belum campur bab uruskan suami.. Bukan senang nak jadi ebu & dalam masa yang sama jadi isteri kan? Patutla syurga tu di bawah tapak kaki ebu.. So suami2 kat luar sana hargai & sayangilah isteri anda walaupun isteri anda tak sempat nk bersolek berhias ala bidadari bila baru beranak.. *tetiba pesanan penaja* :p nasib baikla incik hubby sangat ringan tulang menolong puan isteri.. Tenkiu incik hubby! :))
Tempoh 43 hari yang dah dilalui memang sangat2 mencabar & menguji ketahanan mental & fizikal.. Memang sangat2 letih & penat.. Tp bila tengok wajah anak, senyuman dia yang manis dengan lesung pipit di pipi kiri, terus hati ebu ni melting like an ice cream.. sambil dalam hati cakap 'hensemnye anak ebu ngan abah'.. *obses dengan anak sendre* Haha.. Rasa nak kunyah2 itu budak tecik..
Arini sudah 43 hari usia anak ebu & da 2 hari abahnye kembali bekerja jauh nun di sana setelah 7 minggu bersama kami.. Memang sangat terasa bila kini harus menguruskan Mifzal sendiri.. Itu yang membuatkan hati ni mudah je nak menangis.. Semalam Mifzal menangis tak henti.. *Ebu pun tumpang nangis 2 kaki..:'( * puas diusahakan sumenye tak berjaya.. Mungkin jugak sebab perutnya sedikit kembung.. Yang buat hati ni tambah sayu bila tengah2 dia menangis tu, bila saya balutkan badan dia dengan baju abahnya, dia diam.. Aduhai anak.. Rindukan abah ye.. Ebu pun rindu jugak.. Huuuuu.. Sobsob.. :(( Bertabahla kita ye sayang... 5 minggu tu kejaaaappp jerrr...
Walaupun da abis berpantang tapi rasa macam tak abes lagi je.. Mak tak bg makan tu la ni la.. Semenye dicatu.. makan pun macam masa berpantang lagi.. Hati ni memang stress tapi sabokan jelah.. =_=' tapi dalam masa yang sama, saya rasa hepi sangat sebab berat sekarang adalah 54 kg iaitu bersamaan berat sebelum mengandung.. Weeee... *lompat bintang* Berat sebelum bersalin aritu 63 kg.. :)) aritu saya ada buat entri pasal luka bersalin yang bernanah tu kan.. Alhamdulillah, skarang nanah tu da baik pun.. Pegi check dengan doc kat private hospital aritu dia cakap nanah bukan disebabkan oleh pemakanan.. Die expect sebab melecet je n jahitan pun da bercantum elok.. Alhamdulillah.. :))
Mifzal da bangun mintak susu.. Sebelum dia bukak high pitch dia baik saya stop dulu.. Nk gi kunyah2 anak ebu yang da bam bam tu.. :))
Till then!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, May 18, 2012
Hilang semangat
Saat ni tengah syok baring dengan Mifzal yang tertido lepas kekenyangan menyusu.. Sejuk hati ebu tengok wajah anak yang dikandung selama 37 minggu 1 hari.. Terbayang lagi saat2 menanggung kesakitan melahirkan Mifzal dulu... Walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang bukan calang2, tapi indah & puasnya perasaan dapat melahirkan seorang umat Muhammad ke dunia ini.. Besarnya anugerah yang Allah berikan pada hambaNya yang bergelar WANITA.. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata2 betapa indahnya perasaan dapat menjadi seorang ibu.. Alhamdulillah..
Tapi hati ni rasa sedih sangat sejak semalam.. Semalam asyik rasa sakit je pada tempat luka bersalin.. Mula2 tu ingatkan melecet je kot sebab terlebih aktif 2-3 hari ni, banyak sangat bergerak.. Yela, da nama pun ebu kan.. Mana nak basuh poo poo Mifzal lagi, tukar diapers, menyusu lagi etc yadayada.. Memangla tak boleh nak duduk statik je kan.. Lagi2 bila Mifzal da bukak high pitch dier, ada masa lagi ke ko nak ayu2 bangun berkepit macam pempuan jepun yang pakai kimono..
Malam tu check la kat tempat luka tu.. Pestaim tengok area tu lepas 34 hari.. Ngeri punyer pasal.. Huhu.. Sebelum ni incik hubby je yang tolong keringkan, sapukan ubat seme.. Tengok2, ada dua bijik nanah kecik.. Apa lagi, lajuuuuu jela airmata ni turun... :(( benda yang ditakutkan sangat selama ni terjadi lagi.. Before ni da bernanah sekali, incik hubby kata masa tu lagi teruk dari yang ni.. *ntah2 nak sedapkan ati je.. Huu* tapi pastu nanah tu kecut sendiri n memang da fully recovered seminggu pastu.. Da pakai seluar da pun.. Tup2 jadi lagik.. Taktaula sebab makan ayam or tak keringkan betul2 or dia melecet pastu bernanah sebab terlampau aktif bergerak.. =_='
Kecewa dan sedihnya dalam hati ni hanya Allah yang tau.. Napela payah sangat nak baik.. Orang lain 2 minggu camtu da baik.. Ini da sebulan lebih.. :'( incik hubby cakap jangan compare dengan orang lain.. Rezeki & bahagian masing2.. Anggap ni seme ujian Allah.. Memang betul kata incik hubby tu.. Tak patut saya cakap camtu, seolah-olah saya menyalahkan takdir.. Sepatutnya saya bersyukur jahitan saya bercantum elok, tak tertetas, cuma bernanah tu je sikit.. Saya kesiankan incik hubby.. Mana nak jaga saya, masak lagi, membasuh lagi, jaga Mifzal lagi.. :'( Bila bernanah camni, perit sikitla saya nak bergerak & berjalan..
Hmmm..
Doakan luka ni cepat sembuh.. Harus kuatkan semangat & berfikiran positif..
- Posted using BlogPress from my iPhone
Wednesday, May 16, 2012
Blocking nose
Hari ni bangun pagi risau sangat dengan keadaan my baby Mifzal Zhorif yang nampak susah nak bernafas.. Macam berkahak je dekat tekak dia.. Tak sampai ati tengok dia nanges.. Dengan ebu dia sekali nanges.. :'( *tak kuat betul ebu ni* Dia kecik lagi bukan tau camne nak bagitau kiter sakit dia kan.. :(( nasib baik dia still boleh minum susu walaupun pelan2.. Our first effort tu cume le tinggikan kedudukan badan dia masa menyusu, tiarapkan dia kejap2 bila dia nanges.. Incik hubby try usha incik google, katanya petua nak redakan kahak sapu sket kunyit hidup atas hidung.. So try jela kan.. Tapi still macam tu jugak..
So cepat2 bersiap dengan tak mandinya, tuka diaper baju seme terus zass ke klinik.. Ramaila plak orang.. Adela kena tunggu dalam 8 orang lagi.. Nasib baik anak ebu behave je tido.. Sejuk ekon kan.. Doc cakap blocking nose je sebab baby bawah 3 bulan cuma pandai bernafas melalui hidung.. Lega la sket dengar.. Doc bagi ubat titis, ubat kembung perut skali sebab perut dia berangin.. Alang2 da kt klinik terus cucuk imunisasi untuk sebulan.. *da sebulan da anak ebu.. How time flies..* meraung la sekejap masa kena cucuk tu sebab dia susah nak bernafas kan.. Tak sampai ati plak ebu tengok punggung comel tu kena cucuk.. :'( harap2 tak demam la yea sayang.. Kalo tak lagi riso ebu dibuatnye..
Skang ni Alhamdulillah blocking nose tu macam da takde.. Mifzal da bole bernafas macam biase.. Baru titis sekali je ubat tu.. Baru la ebu boley senyum tengok dia da back to normal.. Alhamdulillah.. :))
Arini da penat sangat seharian.. Dengan sakit belakang yang tak berkurang.. =_=' Incik hubby pun penat duk vakum satu umah arini.. Mane nak siapkan makanan untuk orang berpantang ni lagi.. Tolong jaga anak lagi.. Sian incik hubby.. Tapi betul la kata orang, bila da ade anak ni masa untuk berdua pun agak berkurang.. *bukan agak lagi dah, da memang berkurang pun.huhu..* dengan masing2 penat lagi kan.. Kalo dulu sempatla nak main kejar2 dalam umah *blushing* tapi skang ni banyak benda asyik tumpu pada anak.. Masa pun cepat je berlalu..
Tapi takyahla terlalu pikirkan sangat seme tu.. Anak ni pengerat kasih sayang.. Penyeri keluarga.. Memang agak penat sikit tapi di sebalik kepenatan tu rasa sangat berbaloi2.. Ilang seme rasa penat bila tengok wajah anak sendre.. :))
Mifzal n incik hubby da masuk lalaland daa.. Harus join sama sebelum Mifzal terjaga.. Gudnite everyone!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Subscribe to:
Posts (Atom)
