OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Pedih ulu hati semasa mengandung


Salam.

Ada tak sape2 yang alami pedih ulu hati masa mengandung? Pengalaman saya jangan cakaplah.. 5 bulan pertama saya muntah teruk, so masalah ni sangat mengganggu.. Pedih, sakit & perit.. Bila perut makin membesar lagi la bertambah-tambah pedih.. Gaviscon dah berbotol2 saya telan masa preggy.. Itu aje yang mampu.. Sebab saya tak boleh nak buat apa dah, kawal makan pon tak jalan jugak.. Dah cuba macam2 tips semuanya gagal.. Akhirnya pasrah sajelah & malam2 terpaksa tido dengan bantal tinggi sampai lenguh tengkuk.. :((

Kat sini saya nak share pasal pedih ulu hati masa ngandung..

Source: http://portal.alamhamil.com/



Punca Terjadi Pedih Ulu Hati

Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.

Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.

Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.

Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan.

Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.


Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati

Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.

- Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
- Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
- Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
- Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
- Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
- Banyakkan minum air terutamanya air putih.
- Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok.
- Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
- Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
- Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
- Elakkan dari berbaring rata.
- Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
- Jangan merokok dan meminum alkohol.

Rawatan perubatan untuk pedih ulu hati

Jika pedih ulu hati menjadi lebih ketara, doktor anda mungkin akan menyarankan ubat gastrik bagi mengurangkan kepekatan asid dalam perut. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kerana tidak semua ubat gastrik sesuai di ambil semasa hamil. Sebagai contoh, Antasid walaupun ia selamat untuk dimakan tetapi mengandungi kandungan garam yang tinggi dan tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai darah tinggi semasa hamil.

Elakkan sebarang ubat tahan sakit yang mengandungi aspirin dalam dos ysng tinggi dan pastikan doktor anda diberitahu sebarang sejarah perubatan yang lepas seperti penyakit usus, ulcer perut atau pemeriksaan Endoskopi.

Dalam keadaan yang lebih serius, doktor mungkin akan mencadangkan satu prosedur yang dipanggil Endoskopi untuk melihat kemungkinan ada sebarang luka dalam esofagus atau perut anda. Sekiranya simtom menjadi lebih teruk, terdapat rawatan yang lebih berkesan dan selamat semasa hamil./i>



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 28, 2012

Pap smear??


Salam.

Semalam incik hubby col..

Incik hubby: petang tadi abg sembang ngan akak opis.. abg rasa ayg kena buat jugakla ujian pap smear tu..

Saya: posmen?? Ohh, pap smear.. * termalu di situ sebab pekak..:p *

Saya: ala, takotla.. Luka tak baik sangat lagi ni..tunggu la dulu.. Bukan lepas 6 bulan ke?

Incik hubby: akak2 tu kate pas abis pantang da boleh buat.. Ala tak sakit lah.. (ewah ewah.. Mentang2 bukan dia yang kena buat)

Saya: ala takot la.. Fobia kena seluk time nak beranak aritu pon tak ilang lagi.. akak2 tu penah rasa kena seluk ke?

Incik hubby: diorang anak da 4-5 orang yang..

Saya: tapi tak semua orang penah kena seluk kalo nak beranak.. Mmm, mak ngan ma tak buat pon.. Takyah buat pon takpe kot.. Orang dulu2 tak buat pon.. (carik alasan nak ngelat)

Incik hubby: nanti kiter gi cucuk Mifzal 3 bulan kiter watla terus pap smear tu..

Saya: ish, tak mo lah.

=_='


Korang da buat ke? Napela kena buat test ni.. Huuuuu... Ekceli tak sakit pon bile doc masukkan speculum tu KALAU kite relaks.. Hamek ko caps lock di situ.. Tapiiiiiiiiiiiiii.... Kalo kiter gabra, takot2 pastu terkemut2 haaa memangla perittt... Tambah2 dengan pengalaman ngeri saya yang diseluk tanpa rela hampir 10x oleh doktor & nurse yang tak bertauliah masa nak beranak dulu.. (memang hangin bile ingat semula) nanti la i story pasal pengalaman beranak yang stress tu ye..

Tapi memang ujian ni penting pon.. Sangat2 penting.. Nanti lah, once saya da ready saya buat.. Agak2 bile tu ye? Hewhewhew.. :p

Saya google kat tenet tadi pasal pap smear ni.. Enjoy reading!

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Bila saya patut melakukan ujian pap smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :

1. Melakukan seks,
2. Menyembur kawasan vagina,

3. Menggunakan tampon, dan

4. Menggunakan krim vagina.

Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.




Rujukan: http://www.metromaternity.com/



- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails