Assalamualaikum.
Hari itu merupakan hari sedih dalam hidup saya. Melihat riak wajah gembira teman2 membuatkan saya bertambah sedih dan terpalit sedikit rasa cemburu. Majoriti mereka memperoleh 8A dalam keputusan PMR.. sedangkan saya hanya beroleh 7A1B.. malu tidak terkata. Dalam kelas saya boleh dibilang dengan jari yang tak dapat full score. Balik ke rumah saya berkurung di dalam bilik.. menangis semahunya seolah-olah itulah pengakhiran hidup. Petang itu ayah saya balik dari kerjanya. Gayanya seperti belum tahu keputusan PMR saya.. yelah pada waktu itu kemudahan handphone bukanlah seperti sekarang. Sesiapa yang sudah memiliki handphone pada waktu itu sudah dikira orang berada. Bila diberitahu tentang keputusan saya, matanya bercahaya gembira. Dalam masa yang sama dia gelakkan saya kerana menangis seperti orang mendapat 7E lagaknya. Malam itu dia menasihati saya. Kata-katanya selalu menjadi penyejuk hati dan penguat semangat saya untuk terus berjaya. Niat saya belajar selama ini hanyalah kerana Allah & kerana kedua ibu bapa.. tiada lain yang saya niatkan. Keesokan hari, dia membawa pulang sebiji kek tanda meraikan saya. Bagi keluarga kami yang kurang berkemampuan pada ketika itu, dapat beli sebiji kek ibarat mengadakan jamuan besar. Entah bagaimana pula dia ikat perut untuk menampung belanja kami 5 beranak semata-mata untuk membeli kek itu.. demi kegembiraan seorang anak. Itulah kasih seorang ayah.
Itu kisah 13 tahun yang dulu.. yang tak mungkin luput dalam ingatan saya sampai bila2.. terlalu banyak memori indah untuk disimpan kemas dalam hati ni. Mungkin jugak saya pernah menjadi anak bongsu dengan agak lama (6 tahun) sebelum kedua-dua adik saya lahir selepas itu menjadikan saya agak rapat dengan ayah berbanding yang lain. Kini ayah da berusia 60 tahun dan di usia 60 tahun ini ayah saya disahkan menghidap kanser prostat (masih dalam proses untuk mengetahui tahap berapa). Tiada kata yang mampu saya ucap apabila mendapat perkhabaran itu. Saya sendiri yang temankan ayah ke hospital untuk consult tentang sakit yang dialami.. pada mulanya ayah saya mengalami kesukaran untuk buang air kecil dan biasanya air kencingnya keluar sedikit dan rasa sakit setiapkali nak kencing.. dah lama sangat sebenarnya sakit dia ni cuma on off kejap ok kejap sakit pulak tu dia degil taknak buat further check up di hospital. So setelah dipaksa akhirnya dia mengalah. Setelah dibuat full check up, doktor mendapati ada batu karang dalam pundi kencing, dan prostat itu sendiri mengalami pembengkakan (BPH). Hari yang saya buat rawatan akar itulah hari ayah saya warded untuk menjalani operation membuang batu karang & prostat pada keesokan hari. Tapi pada masa itu doktor hanya suspek ada kanser. Seminggu selepas operation barulah keluar result yang mengesahkan ayah memang ada kanser tapi saya rahsiakan dulu dari pengetahuan ayah. Dunia saya jadi gelap sejak hari pertama consultation tu lagi.. saya tak boleh nak berfikir langsung.. saya jadi moody, banyak menangis, tak bagi tumpuan 100% pada anak dan suami. Saya hanya menangis dan berdoa mohon kekuatan dari Allah. Tambah pulak masa tu nak raya haji. Saya harus jadi kuat tapi dalam masa yang sama saya tak kuat.. nasib baik hal anak2 suami tolong uruskan. Tapi itu cerita 3 minggu lepas. Semalam ayah baru selesai buat CT scan. Isnin nanti baru dapat result. Sekarang pun ayah dah makin positif, slowly dia dapat terima semua ni berkat sokongan semua. alhamdulillah.. dan saya bersyukur sangat di saat2 camni kawan2nya, saudara mara tak putus2 bagi kata-kata semangat untuk dia bangkit melawan penyakitnya. Setakat hari ini ayah saya cuma amalkan minum air rebusan daun durian belanda dan biji aprikot sementara menunggu rawatan yang selanjutnya.
Banyak perkara yang saya belajar hikmah dari ujian Allah ini.. hubungan saya dan ayah bertambah rapat sejak dia sakit. Saya cuba menelefonnya hampir setiap hari supaya dia stay in positive mood walaupun kadang2 saya sendiri tak kuat untuk hadapi semua ni. Saya tak sanggup nak tengok dia kesakitan lagi.. cukuplah rasanya saya tengok dia terlantar di hospital 2x dulu.. tak sanggup dah rasanya. Tapi ayah tetap selamanya seorang ayah. Selalu sembunyikan rasa gundah di hatinya di hadapan anak2. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Saya selalu titipkan doa (dan saya mohon anda semua doakan juga) agar ayah diberi kekuatan untuk menerima semua ini.. agar dia sentiasa positif untuk bangkit melawan penyakitnya. Saya sendiri tak sangka dia akan menjadi tenang (menerima hakikat dia menghidap kanser) secepat ini. Alhamdulillah saya happy dengan perkembangan positifnya setiap hari.. alhamdulillah syukur padamu ya Allah. Tapi jujur saya katakan saya masih rasa nervous selagi belum tahu result CT scan.. mohon anda semua tolong doakan yang baik2 sahaja ye. Semoga kami semua diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini. Amin.
Sunday, October 4, 2015
Ceritera seorang ayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment