OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 24, 2015

My breastfeeding journey #10

Assalamualaikum.

Dulu masa anak pertama dulu tu kan, saya cuma dapat survive selama setahun sahaja sebagai EP mom.. kalau nak tahu lebih lanjut pasal pengalaman saya sebagai EP mom, boleh refer entri saya yang dah lepas2 tu.. da berhabuk sangat... huhuhu... alhamdulillah, Allah kurniakan kami seorang lagi cahayamata lelaki selepas itu which is Mikail Muqri.. and of course saya taknak pisang berbuah dua kali.. sepanjang waktu mengandung saya gali lagi ilmu cukup2 tentang penyusuan susu ibu.. tentang teknik direct feed yang betul.. semualah tentang breastfeeding. kalau boleh taknak gagal lagi.. waktu saya disahkan mengandung tu, Mifzal berumur 1 tahun 3 bulan.. waktu tu dia da diberi susu kambing karihome sebab susu saya dah jadi terlampau sedikit.. pam pun dapat setengah auns sahaja.. sedih kan? Sedangkan demand dia waktu itu sekurang2nya 6 oz/session.. takpelah tu cerita lama.. sedih bila ingat semula.. saya dah cuba sehabis baik.. ok fullstop..

Alhamdulillah dengan anak kedua ini saya berjaya direct feed sejak saat pertama dia dilahirkan sehinggalah sekarang dia berusia 1 tahun 6 bulan.. DANNNN... saya tak pernah buat stok susu.. tiada lagi sesi mengepam sepertimana dahulu.. yang ada hanyalah direct feeding.. alhamdulillah.. dulu terfikir jugak "eh takpe ke ni tak pam, tak buat stok langsung??" Tapi saya bulatkan tekad.. taknak pam.. sebab saya percaya dengan konsep supply vs demand.. orang dulu2 pun takde pun nak pam2 bagai kan.. lagipun sekarang ni saya fulltime housewife... kalau working mom tu of course la kan kena buat stok.. so skang ni everytime anak mintak je sua terus.. hihihi... 

Saya dan suami selalu jugak teringat2 zaman jadi pengepam tegar dulu.. wah gittu.. kikiki... ngilu pulak bila teringat time pam tu tersangkut sebab susu tak disedut elok.. huhuhu.. paling annoying bila tiub buat hal pastu susu masuk dalam pam sampai ke bateri... memang mengundang betul.. pam tu masih elok lagi saya simpan.. mana tau kan boleh guna untuk waktu kecemasan.. untuk anak ketiga pulak ke.. ehems..

Hopefully dapatla menyusu sampai Mikail cukup 2 tahun... saya tak plan pun lagi bila nak wean off.. sekarang da setahun setengah.. mungkin sebulan dua sebelum dia nak masuk 2 tahun tu boleh slowly ajar kot... taktau nak gambarkan macam mana perasaan ni.. nervous mak nak oiii.. huhuhu... semoga Allah permudahkan... lepas ni bolehla fikir nak repair balik body ni, makan jamu ke apa ke kan.. seriously sekarang rasa macam lebih tua dari usia je.. selalu sangat sakit belakang, sakit pinggang lenguh sana sini.. oh i really need massage..

Tapi betul la kan..rezeki setiap anak tu tak sama... tapi apa2 pun saya bersyukur sangat2 sebab Allah berikan saya nikmat ni.. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan.. yang penting kita terus berusaha dan tak mudah putus asa...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails