Hidup kian sepi menyendiri
Hari dilalui kosong tak berseri
Dekat tapi berjauhan
Ada garisan memisahkan
Bukan emas dan permata
Bukan kilauan intan bercahaya
Hanya perhatian dan secebis pengorbanan
Yang ku minta kemesraan setulus rasa
Bertemu tanpa bicara
Satu seksaan yang mendera jiwa rasa
Kasih sayang yang bersemi dibiarkan terkulai sendiri

***********
Zua... Jadilah seperti pohon kurma,
Tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit
Dan bila dilempar batu
Ia membalasnya dengan buah kurmanya...
Kuatkanlah aku ya Allah...
******
Ya Allah…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Lunakkanlah ucapanku di hadapan mereka
Perindahkanlah watakku terhadap mereka
Dan lembutkanlah hatiku untuk mereka
Ya Allah...
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu Ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
Dengan kebaikan berlipat ganda
Ya Allah...
Tenangkanlah hatiku menghadapi cubaan dari-Mu
Agar aku sentiasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma
Kerana aku tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna
Kerana aku tak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara
Kerana aku jua tak sekuat dan seteguh Sarah
Berilah peringatan buatku yang kealpaan
Kejutkanlah diriku daripada lamunan kesilapan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmat-Mu
Ya Allah...
Terangi jalan hidupku dengan cahaya kasih-Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir
Dan Engkaulah Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih...

No comments:
Post a Comment