Assalamualaikum.
Tajuk takbleh blah kan. Macam expert bebenor je nak bagi tips segala.. muehehe... ini berdasarkan pengalaman sendiri sahaja ye. Sebelum tu nak pesan semua yang baik tu datangnya dari Allah swt dan yang buruk tu tentulah dari kelemahan saya sendiri.
Alhamdulillah tahun ini nak masuk tahun kelima sebagai isteri kepada seorang pekerja offshore. Macam mana bertemu jodoh dengan seorang seaman tu ihikkk takyah citerla maluwwww... *blushing* pangg! Oke2 ape ni astaghfirullahalazimm.... dulu sebelum kahwin selalu jugak duk google tips2 nak berhadapan dengan situasi bilamana husband dah gi keje, terkontang kanting sorang2 pastu pikir boleh ke aku ni boleh ke aku ni repeat 18x sehari.. dahla very the drama queen kan ratu tisu ratu airmata segala patotla anak2 pun drama king jugak.. kehkehkeh.. ok takyah mukadimah panjang sangatlah straight to the point teruslah omputih kata.. omhitam tak sempat kata pape...
Tips #1: JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Yang ni kita sebagai muslim of course la kan.. kita nak cari kekuatan dalaman, cari lah Allah, utamakan Allah dulu dalam segala hal sebab Allah lah yang memberi kita kekuatan.. sebenarnya saya sangat2 bersyukur sebab Allah memberi saya peluang untuk merasai pengalaman sebegini.. yelah, suami orang lain ada kat rumah almost 24/7 kan tapi suami yang keje offshore ni cuma stay at home bila waktu cuti mereka sahaja.. kenapa saya kata bersyukur tadi sebabnya bila suami bekerja, walaupun sibuk uruskan anak2 sendiri tapi saya ada lebih banyak masa untuk mengaji, berzikir dan beribadat. Bila suami cuti bukanlah tak dapat buat semua tu, cume kadang2 tugas sebagai seorang isteri untuk satu2 hari tu pack sangat pastu terlalu penat.. but still, itu kelemahan saya sendiri lah.. insyaallah kita sama2 improve ok? Selalu lah berdoa mintak pada Allah dipermudahkan semua urusan sepanjang suami bekerja, diberi kekuatan, kesihatan yang baik, keselamatan & perlindungan, diteguhkan iman kedua-duanya, diteguhkan rasa kasih sayang suami isteri walaupun berjauhan... mintaklah semuanya.. pada siapa lagi kita nak bergantung melainkan pada Allah.
Tips #2: JAGA HUBUNGAN DENGAN KELUARGA & JIRAN TETANGGA
Yang ni pun sama penting jugak. Hablumminallah wa hablumminannas... jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan sesama manusia jugak.. kita tak tau kan bila kita akan diuji dengan kesusahan especially bila suami offshore. Hence, orang2 terdekat dengan kita lah yang akan jadi tempat kita bergantung / mintak pertolongan.. Alhamdulillah Allah selalu permudahkan semua urusan saya & anak2 everytime incik hubby offshore. Allah kirimkan saya orang2 yang baik, keluarga yang mengambil berat & jiran yang sangat prihatin. Alhamdulillah.. ini semua rezeki jugak kan.
Tips #3: AMBIL TAHU/ KENALI SIAPA RAKAN SUAMI
Ok yang ni optional la tapi sama penting jugak especially bagi yang jauh dari keluarga. Macam kes saya dulu migrate sekejap ke Brunei tu.. keluarga jauh.. jiran-jiran saya waktu tu jenis buat hal sendiri plus saya tak faham bahasa diorang bercakap. Ada macam2 bangsa cina iban etc... so ada sekali tu incik hubby offshore then saya sakit area bawah perut da melarat2 dalam seminggu dua sampai senak nak berjalan.. at the same time handle budak berdua tu alone. Incik hubby plak memang tak dapat balik sebab tak ada replacement. Saya tak boleh nak drive sebab taktau area situ plus takde carseat (mikail baru merangkak kot time tu). So terpaksa mintak tolong kawan2 opisnya (walaupun segan giler masa tu).. *tenkiu kak zaidah & en shahril*... Masa tu doc cakap otot ligamen yang support rahim tu tegang n stress.. memang waktu tu badan saya terlampau penat sampai nak pitam2.. so nampak tak penting jugak kan.
Tips #4: SENTIASA PANDANG KE BAWAH
Saya tak pernah lupa kata2 dari mak mertua saya dulu.. dia cakap, kita jangan tengok orang yang lebih dari kita.. tapi selalu lah tengok orang yang lebih susah dari kita.... kata2 ni saya pegang ikat kemas2 paku dalam hati siap buat tampalan kekal lagi haa.. kahkah... tak abes2 kan cerita gigi engko tu trauma betul.. so back to basic lah.. redha dengan ketentuan Allah bahawa memang di lautan lah sumber rezeki buat keluarga kami.. kalau rasa sekarang ni susah, ramai lagi yang jauhhhhh lebih susah. Kita sekadar berpisah jasad sahaja untuk sementara, tapi ada orang yang diuji berpisah untuk selama-lamanya. Kita diuji dengan suami yang bekerja di lautan, tapi ada yang diuji tiada pekerjaan. Tidakkah semua ini cukup untuk menjadikan kita insan yang bersyukur?
Tips #5: BELAJAR BERDIKARI & CARI ILMU
Aik, nak jadi isteri seaman pun kena cari ilmu ke? Mestiiiiiiiiiii... wajib! Sebab yang membezakan seorang isteri dengan isteri yang lain adalah ilmu. Huhuhu.. skop bidang ilmu itu luassss sangat2 kan.. even nak tau cara tukar mentol jamban pun adalah ilmu betul tak?? Bila suami offshore ni paham2lah kan semua benda kena buat sendiri termasuklah kerja2 orang lelaki.. yelah kita tak bleh nak expect hidup kita ni smooth aje kan all the way.. mesti kadang2 mentol lampu umah terbakar ke, tong gas memasak habis ke, pintu jahanam ke, binatang liar ke *mintak jauh yang ni* ape2 lah kan.. so expect the worst tapi selalulah doa yang baik2 aje.. huiii serius bimbang kalo pikir bab ni kan.. lagi2 sekarang ni pulak malaysia masih aman kan. Haa paham2 sendiri lah cedok ilmu pertahankan diri sekali oke. Serius yang ni tak tipu bak ang. Tetibe teringat plak slogan "berilmu beramal berbakti"... ^____^ so kalau time suami ada tu cedokla ilmu kemahiran hidup sket dengan dia.. tak rugi pun.. macam saya dari kecik memang dah didedahkan dengan kerja2 orang lelaki seperti membancuh simen (manual oke bukan guna mesin), mengecat rumah, memasang atap, menukang dsb... *tima kasih ayahku sobsobsob terharu*...adik-adikku? Huhhh nan adoooo... pi main laptop ngan henpon manjang aihhhh...
Tips #6: LESEN MEMANDU
Yang ni memang penting tahap gaban.. tak kisahla lesen motor ke kereta ke.. lagi bagus ada dua2.. sangat2 berguna especially time emergency such as anak tak sihat nak kena bawak gi klinik ke, stok diapers anak habis ke, roti dan biskut anak habis ke... eh emergency jugak tu.. nak2 kalau anak2 campur mak skali kuat makan.. kahkahkah.. and make sure lesen tu hidup!
Tips #7: BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN ORANG LAIN
Sejak saya kenal dengan incik hubby ni, secara tiba2 sahaja hidup saya dikelilingi oleh orang2 yang bekerja offshore atau bersuamikan pekerja offshore.. padahal sebelum tu tak pernah tau keje offshore tu buat apa sebenarnya. Tak pernah terserempak jauh sekali berbual2 perkara2 berkaitan offshore.. Mungkin itulah hikmah Allah mengaturkan pertemuan2 yang tak sengaja itu untuk memberi saya kekuatan sedikit sebanyak.. maklumlah ratu tisu! Kehkeh.. dari tak kenal jadi kawan dan kita tahu kita tak sendirian mengharungi semua ini.. kalau ada kawan2 suami yang lebih senior, cedoklah pengalaman dan ambil sedikit kekuatan dari isteri2 mereka.. bagi saya semua tu sangat2 berharga sebab sedikit sebanyak boleh kita jadikan panduan di masa hadapan..
Tips #8: SIBUKKAN DIRI
Awal2 kahwin dulu biasanya seminggu sebelum incik hubby nak pegi offshore and seminggu pertama setelah incik hubby offshore memang saya agak mood swing.. asyik menaaaaaaaangisss aje kerojenyer... on the way nak pegi mengajar pun sempat lagi tuh menangis seround dua.. hahaha.. masa tu saya masih bekerja la kan.. sekarang ni da ok sikit.. tempoh recovery tu lebih cepat sikit dengan pertambahan usia perkahwinan kehkeh... tapi seingat saya sepanjang 5 tahun ni, baru SEKALI saya tak menangis time incik hubby nak berangkat.. yang lain semua 😂😂😂😂😂... kan dah cakap ratu tisu ratu drama tadi kan... 😅 bila da ade anak lagi la.. anak meraung ko pun ikut sama meraung.. anak da stop da hepi2 main lego ko kat situ jugak sokseksoksekkk... last2 anak yang pujuk mak.. kahkahkah.. so kalo nak menangis tu menangis jelaaa takyah tahan2. Dia da lega nanti dia stop la tuuu.. sibukkan diri buat kerja2 umah, dengan anak2.. kalo da settle semua keje umah rasa2 macam da takde kerja nak buat tu carik lagi kerja.. sental la lantai ke.. lap2 habuk celah almari ke.. basuh besen 2-3x ke apa ke janji buat2 sibuk! Bila sibuk, ralit dengan kerja, dah penat pastu zzzzzzz tak sempat nak fefeeling sadis ulang balik hari2 benda yang sama last2 suami da balikkkkkkkk... yeeeeehaaaaaa... semudah ABC kan?? ^______^
Tips #9: SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Kadang2 memang susah nak pikir positif especially bila ada orang2 negatif di sekeliling kita.. ada aje ayat2 setajam pisau hinggap sedebuk jatuh betul2 menusuk dalam dada ni... biaq pi la depa.. hidup setiap kita ni tak sama.. mereka tak nampak apa yang kita lalui.. jadi, bertabah dan bersabariahlah.. so again, back to basic... istighfar dan doa... bersihkan hati kita sendiri dulu baru boleh jadi positif.. syaitonirrojim memang suke la menghasut time2 cenggini.. jadi banyakkan doa,istighfar dan berdoa pada Allah..
Tips #10: SHOPPING ONLINE
Kahkahkah... yang ni confirm kena bambu dengan suami sendiri ni... ^___* but it works! Wanita ni kalo stress dua je ubat dia.. either MAKAN or SHOPPING!! Ngeeeeeee.... tapi biar berpada2 lah kan.. almaklum semua di hujung jari.. yelah sometimes kita stress dengan perangai anak2, penat setiap hari buat kerja rumah.. masalah itu masalah ini.. dengan suami jauh.. nak keluar lagi lah penat dengan handle anak2 sorang2.. so why not kita reward diri sendiri dengan cara yang halal betul tak.. hihihi... but depends la pada cara masing2.. ada orang bleh hilangkan stress dengan baca novel, travelling, etc... lagipun bukan sepanjang masa stress kott.. pokok pangkalnya buat sesuatu yang kita minat.
So far itu ajela yang saya terfikir... kot ada yang tertinggal kira halal la ye.. tapi di sebalik semua ni, kita cuma perlukan MASA... time will heal everything.. masa jugak akan lebih mematangkan kita... sentiasalah bersangka baik pada pasangan, saling percaya antara satu sama lain.. kalau masing2 tahu tentang peranan & tanggungjawab masing2 insyaallah semuanya baik2 sahaja.. yang paling penting sekali kita para isteri ni jagalah maruah diri , jagalah maruah suami.. yang penting DOA, DOA dan terus DOA.. harap perkongsian ni berguna sedikit sebanyak buat isteri2 atau bakal2 isteri seaman di luar sana.. again, yang baik tu semuanya dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya sendiri dan saya mohon maaf andainya penulisan saya ini ada mengguriskan hati mana2 pihak. Thanks for reading! ❤