Niat asal nak tido tapi tetibe rasa nak menghapdet belog plak.. :))
Amaran: entri ini penuh dengan mood jiwang.. Jika meluat sila jangan teragak-agak untuk beredar dengan kadar segera..
:p
Semalam terima balasan emel dari incik hubby.. Puas puan isteri ni duk pikir maksud di sebalik kata-kata incik hubby..
"keindahan di sebalik tangisan..."
Yeala, puan isteri kan asyik sedihhhhh manjang sejak incik hubby gi keje kali ni, tak macam sebelum2 ni.. Tataulah nape kan.. So disebabkan keadaan itu saya menjadi agak bengap sedikit ye untuk mengetahui maksud tersirat di sebaliknya.. Atau adakah saya sememangnya... Ohh, tidakkk.. Jangan katakan iteww.. :p
Sememangnya setiap kemanisan yang Allah berikan pasti akan dititipkan sedikit kesulitan untuk memperolehinya.. Omputih kata no pain no gain ye idak.. Wah, cakap omputih.. Haak tuiyyyy.. :p sebagai isteri seorang pelaut, inilah sedikit kesulitan yang Allah berikan.. terpaksa hidup berjauhan dengan suami, terpaksa berdikari dalam semua perkara, berdepan dengan segala cabaran & kesusahan seorang diri, sakit pening semua ditanggung sendiri.. Itulah bahagian yang telah tersurat buat wanita bergelar isteri pelaut.. Tapi sedikitpun tak pernah terlintas di hati ini rasa sesal, malah bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk diuji sebegini..
Memang pahit untuk dilalui.. Tapi bila incik hubby cakap "abang da nak balik"... Hilang semua rasa gundah di hati.. Rasa berbaloi-baloi penantian selama ini.. Dalam hati ada taman gitu.. :D walau peritnya hidup berjauhan (penantian memang suatu penyeksaan..:p) dan penat nak nangis berkoyan-koyan.. dalam hati ni hanya Allah yang tau betapa sarat dengan muatan RINDU.. tapi itulah nikmat sebenar.. Jarak & masa telah mengajar kami untuk menghargai insan di sekeliling.. Jarak & masa telah mengajar kami agar tau menghargai erti sebenar kasih sayang... Jarak & masa telah mengajar kami tentang erti sebuah ikatan suci antara suami & isteri.. Jarak & masa telah mengajar kami erti SABAR & rela berkorban.. Deii, berapa kali nak ulang jarak & masa daaa... Penat nak tulis.. :p
See... banyak kan nikmat & petunjuk yang Allah bagi kat kita tanpa kita sedar.. Tapi kita yang buta mata buta hati, tak pernah nak bersyukur.. Dalam setiap kepahitan pasti akan ada kemanisan & Allah tak tentukan sesuatu dengan sia2.. Segalanya pasti ada tujuan & hikmah di sebaliknya..
So pasni, SEBOLEH-BOLEHNYA puan isteri tanak bersedih lagi.. Tak salah bersedih, yeala sapa yang tak sedih jauh dengan suami kan.. Tapi jangan berlebih-lebihan.. Kalo saya terlebih sila ingatkan saya.. :)) terlebey sudaaaaa...
Skang ni da start counting days for his homecoming.. :)) InsyaAllah kalau takde masalah pape, by the end of this month incik hubby da bleh balik.. Hopefully everything will be going smoothly lah.. Sabar menanti.. Da tak lama..
Mm, skang nak siap2 ke lalaland plak... Dada ni da start rasa sakit lagi.. Tapi nak avoid makan gaviscon n ubat seme tu.. Harap2 cepatla la ilang sakit ni..
To my cutie pie..
Sleep tite oke.. Thanks for everything.. A part of you has grown in me. And so you see, it's you and me together forever and never apart, maybe in distance, but never in heart...
Absence sharpens love, presence strengthens it... :))
So ppl, remember one thing...
"RINDU ITU INDAH...!!"
^__^
- Posted using BlogPress from my iPhone