Assalamualaikum.
Satu hari yang indah dengan jerebu yang makin pulih, saya pun dengan riang hati basuh tangan di sinki (masa tu baru lepas settle basuh kek Mifzal) sambil tinjau2 kat tingkap sliding. Skali pandang makkkkkkk! Nate gapo tuh???!!
Ni la menatang tu.. terus macam terkedu sekejap tengok dia merangkak rilek je pegi tembok umah jiran sebelah.. saya pun dengan pantas berlari memanggil Mifzallllll amikkan henpon ebuuuuuuuuuu cepatttttttt!!! Tujuannye sebab nak snap je kahkahkah.. pastu saya call la jiran sebelah takut masuk dalam umah dia pulak kan... sekaliiii bila anak dia halau biawak tu patah balik datang umah saya semula.. 😂😂😂 da start cuak nih. Tapi tangan snap lagi.. kekeke.. saya shuhhhh2 kan ajela dari tingkap, sekali beliau jelir2 lidah pulak sambil pandang2.. terus tutup tingkap! Haha
Perasan tak banyak daun pokok tu kan.. masa beliau merangkak2 nak melarikan diri tu beliau nak elak daun2 yang menghalang muka beliau tu sekali beliau jatuh terpelanting kecebukkk lebih kurang camtu la bunyinya masuk kawasan jiran belakang pulak.. kahkahkah.. (berdosa tak gelakkan biawak??) pastu saya tak tau dah apa nasib beliau selepas itu.. doa saya moga kami takkan bertemu lagi sampai bila2.. cukuplah sekali kerana hakikatnya kami memang tak serasi dan pemergian beliau tak ditangisi.. Sekian cerita biawak untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment