OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 31, 2012

Last entry for 2012


How time flies..

Pejam celik rupanya sudah 2 tahun saya menjadi seorang isteri & sudah 8 bulan lebih sebagai seorang ebu.. Alhamdulillah.. Syukur atas kebahagiaan & rezeki yang Allah berikan. :))

Esok da masuk 2013.. Bermakna bertambahla usia.. Tapi jiwa tetap remaja. Heheh.. :p Tak ada apa yang saya azamkan untuk 2013 sebab dah pun tanamkan azam baru masa masuk tahun baru islam hari tu. :)) but as a human being, macam orang lain jugaklah, saya mahu jadi yang lebih baik berbanding sebelum ini. Setiap hari saya niat camtu. Jadi muslimah, isteri, ibu, anak, menantu, adik, & kakak yang lebih baik berbanding hari sebelumnya. Setiap hari buat orang lain tersenyum. In shaa Allah..

Lupakan apa yang pahit berlaku sepanjang 2012.. Jadikan iktibar & pengajaran. Semoga semua itu akan menjadi penguat semangat saya pada hari esok. Kenangkan apa yang indah sepanjang 2012.. Semoga semua itu menjadi inspirasi untuk saya ke arah yang lebih baik.. :))

# Bukan 1 januari 2013 yang kami nantikan... 3 weeks left.... Waiting happily for his homecoming.. :))

Sebagai penutup 2012, saya titipkan gambar di bawah. Lupa plak kat mana saya copy. Huhu. Semoga dapat menjadi ilmu yang bermanfaat buat kita semua.












- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, December 28, 2012

Salahkah aku??


Sedih.

Kecewa.

Terkilan.

Tertekan.

Salahkah saya kerana saya ingin meneruskan penyusuan susu ibu walaupun terpaksa menjadi seorang EP mom? Salahkah saya mengepam setiap 2-3 jam untuk beri anak saya susu badan sendiri?? Salahkah??? Hmmm...

Saya sedih sebab sehingga ke hari ini, saat ini.. Saya masih lagi dicemuh kerana asyik mengepam susu untuk Mifzal.. Asyik mengusung pam ke sana ke mari.. Adakah ini kehendak saya??? Ya, memang kehendak saya. Kalau ini bukan kehendak saya, dah lama saya suap anak saya dengan susu formula. Lebih baik saya bersenang lenang goyang kaki hanya tunggu anak menangis then baru sibuk2 nak bancuh susu daripada saya korbankan masa rehat & masa tidur saya untuk mengepam.

Tapi adakah kehendak saya semuanya jadi begini?? Saya tak pernah tak pernah & tak pernah terlintas apa lagi berkehendak untuk menjadi seorang EP mom.. Sewaktu mengandung lagi saya da tanamkan niat untuk menyusukan anak dengan susu badan sehingga dia berusia 2 tahun. Siapa yang taknak menyusukan anak secara direct?? Saya pernah merasai nikmat menyusukan anak secara direct selama 3 bulan setengah.. & saat ini masih terasa (malah sentiasa!) perasaan "bonding" yang dirasakan antara seorang ibu & anak. Tapi apa yang terjadi, anak saya menolak untuk menyusu secara direct hanya kerana flow susu yang terlalu laju.. (ada saya nyatakan dalam entri terdahulu). Susu saya terlalu banyak waktu itu. saya google cara penyelesaian yang patut saya buat untuk perlahankan milk flow. Saya buat semua yang dicadangkan. Pam dahulu, kepit cara gunting, menyusu jangan menunduk, bertanya pakar laktasi & macam2 lagi. Tapi keadaannya tetap sama. Malah saya mampu merasai let down reflex (LDR) sehingga 3-4x dalam masa setengah jam hingga Mifzal stress untuk menyusu. Hinggalah akhirnya dia taknak menyusu. Takkanlah saya nak biarkan anak saya kelaparan. Dengan berat hatinya terpaksalah juga saya pam masuk dalam botol dan berikan padanya. Pada mulanya dia boleh terima nipple dan jugak botol. Entah di mana silapnya sehingga satu hari tu dia langsung taknak menyusu dengan saya, tapi bila diberi botol baru dia akan minum. Sampailah ke hari ini saya menjadi seorang pengepam tegar. Dengan sokongan suami & group kumpulan ibu menyusu yang saya sertai, saya terus mencuba untuk direct feed tapi bukanlah mudah buat seorang bayi yang sudah boleh membezakan rasa. Akhirnya saya pasrah. Saya redha menjadi seorang EP mom andainya itu sahajalah caranya saya dapat salurkan susu badan saya buat Mifzal. Tak perlu saya nyatakan berapa banyak airmata saya yang gugur mengenangkan "rezeki & nikmat" saya hanyalah setakat itu. Hanya Allah & suami yang menjadi saksi.. Mungkin saya tak layak berkata begini sebab mungkin saya yang tak cukup berusaha. Mungkin saya tak cukup 'keras' untuk memaksa Mifzal direct feed. Pernah saya marah & paksa Mifzal direct feed sebab cara lembut pun tak berkesan sehingga dia meronta, menjerit & menangis sampai merah muka. Tapi akhirnya saya juga yang menangis sebab menyesal.

Sekarang Mifzal dah pun 8 bulan setengah & Alhamdulillah saya masih mengepam sehingga ke hari ini. Dan masih lagi dicemuh sehingga ke saat ini. Saya mengaku saya tak kuat untuk menerima cemuhan daripada orang di sekeliling saya. Tambah lagi dengan ketiadaan suami dcc. Paling menyedihkan orang2 itu adalah orang2 yang saya sayang! Saya hanya perlukan sokongan.. SOKONGAN.. Sukar sangatkah? Tak perlu mencemuh saya.. Tak perlu membandingkan saya dengan ibu-ibu lain di luar sana.. Memang anda semua bertuah kerana dapat menyusukan anak secara DIRECT & berjaya menuruti sunnah nabi untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun.. Tahniah buat anda semua. Apa salahnya bantu saya juga untuk menuruti sunnah ini dengan cara yang saya mampu?? Kita kan saudara sesama islam. Mengapa tak saling membantu? Saya tak minta lebih, cukup sekadar memberi saya sokongan. Bukan menjatuhkan saya dengan kata-kata yang cukup menyedihkan. Agaknya sebab itulah pada zaman moden ni tak ramai yang berjaya menyusukan anak sampai 2 tahun. TIADA SOKONGAN!

Saya bukan anti susu formula, malah saya tidak pernah mencemuh mana2 ibu yang memberikan anak mereka susu formula. Setiap orang tak sama, rezeki setiap manusia itu berbeza. Kita tak tahu masalah orang. Siapa kita nak judge orang lain. Dan terima kasih jugak pada pengeluar susu formula kerana sikit sebanyak membantu ibu-ibu yang ada kesulitan untuk menyusu. mungkin ada yang tercuit dengan statement saya ini tapi macam saya cakap tadi, masalah orang kita tak tahu. jangan kita pandai2 nak menghukum & menjatuhkan orang lain kalau tak tahu hujung pangkal cerita.

Saya sendiri ada sejarah "dipaksa & terpaksa" bagi susu formula pada Mifzal. tapi saya tak salahkan sesiapa. saya yang gagal sebenarnya. Anggaplah itu semua kesilapan diri sendiri. alhamdulillah sekarang tiada lagi susu formula buatnya. Walaupun bekalan yang ada hanyalah sekadar mencukupi tapi saya masih bersyukur masih ada rezeki buat Mifzal setakat ini. Saya seboleh-bolehnya mahukan anak saya minum susu badan saya sekurang2nya sampai dia 2 tahun. Itupun dengan izin Allah. Semoga saya terus kuat untuk memberikan titisan-titisan emas ini buat Mifzal.

Buat suami, terima kasih yang tak terhingga atas sokongan & pengorbanan abang.. Berkorban wang ringgit membelikan pam & botol susu yang banyak tu. Berkorban tenaga & kudrat kerana sanggup menjaga anak setiapkali saya mengepam walaupun terpaksa menahan sakit slipped disc yang dihadapinya. Sanggup menahan lapar sekejap bila saya terpaksa mengepam tergesa-gesa dan dalam masa yang sama saya harus masak. Sanggup bangun malam untuk tolong susukan Mifzal bila mana waktu itu saya sedang mengepam. Sanggup berhenti dengan kerap setiapkali kami travel jauh @ jalan-jalan untuk beri ruang saya mengepam. Sangat rajin membantu saya membasuh botol2 susu & alatan pam walaupun waktu tu dia baru je nak baring. Yang paling utama, terima kasih yang tak terhingga atas SOKONGAN yang tak pernah putus dari dulu sehingga ke saat ini.. Dan terima kasih juga pada ahli keluarga saya & keluarga mertua yang tolong sama-sama menjaga Mifzal setiapkali saya sibuk mengepam.

Maafkan saya andainya entri kali ini mengguris hati sesetengah pihak. Bukan tujuan saya mengaibkan sesiapa. Saya cuma ingin meluahkan rasa yang dah terpendam sekian lama. Mungkin bukan saya saja yang melaluinya. Saya percaya ramai lagi EP mom di luar sana yang menghadapi cabaran sebegini. Semuanya demi memberikan yang terbaik buat anak tersayang.

Kami cuma perlukan SOKONGAN, bukan cemuhan.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, December 23, 2012

Jom buat puree!


Salam.

2 hari ni busy buat puree je kejenye.. Nak tinggal Mifzal main ngan tok ma lame2 pun takboleh sebab dia mesti carik ebu dia jugak. Huhu.. Buat mane yang sempat je dulu then esok continue semula. Heee..




Inilah hasil untuk 2 hari ni.. Puri betik, pear, apple & brokoli.. Tapi buat masa ni banyakkan bagi betik dulu sebab Mifzal sembelit. And he loves it to the bits! tak nyempat2 ebu nak suap.. gudboy.. :))

Arini dia dah poo tapi najis dia masih tak lembut.. Tapi dah makin ok la.. Hopefully esok dah back to normal. Bubur pun kena hold dulu.. Baby lain seusia dia dah makan macam2 tapi Mifzal makan buah, bubur n sayur je.. Blum tambah pape protein lagi.. Bukan taknak or bukan sengaja ye tapi disebabkan mifzal kerap sembelit sebulan dua ni so terpaksa lah semua tu ditangguhkan. Tu pun atas nasihat doc. Bagi yang light2 je dulu. Nanti sembelit da ok then baru slowly intro ikan bilis ke, ayam ke ape ke kan. Ingat nanti nak carik oat lah untuk gantikan bubur tu. hopefully he will like it. mifzal pun da makan dalam kuantiti yang banyak. So pasni dah kena bagi 3x sehari..

Ebu sebenarnya excited n tak sabar nak bagi yang tumis2 plak kat Mifzal. Hehe.. Cepatla baik ye sayang.. +___+




- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, December 22, 2012

Mifzal sembelit

Sian anak ebu.. Tadi pegi klinik. Muka ceria je main2 dengan handbag ebu pastu terjenguk2 tengok budak-budak kat situ main sementara tunggu nak masuk. mulut tu bebel2 bahasa jepun dia. bebel lambat masuk agaknye. Bila jumpa doc mula mula oke lagi tak nangis.. Lama-lama ditenungnya muka doc tu terus nak nangis pulak. Huhu..

Masuk arini da 3 hari Mifzal tak poo.. Nampak dia meneran 2-3 hari ni tapi najis tak kua pun. Hati ebu da risau sangat dah takut najis da keras sangat. Abah yang jauh kat sinun tu pun lagi risau. Da cuba bagi macam2.. Ikut petua bagi makan buah huruf P tu tak jalan jugak.. Da bg air prune tak jalan. Air masak pon. Kurma, betik tak jalan jugak. Senanam dah banyak kali buat, urut2 betis, belakang lutut, atas punggung tu.. Tak jugak keluar poo nye.

Arini doc masuk cecair picit masuk dalam punggung tu.. Menjerit macam hape takutkan doc. Pastu nangis menjerit nak poo plak. Sampai berpeluh2 dengan nangis tak henti. Bila ebu pasang selawat syifa yang dia memang suka sangat dengar tu baru lah dia slowly diam.. Ebu nak drive so payah nak tenangkan dia. Terpaksa mintak tolong mak ngahnya lah. Nasib baik dia diam dah pastu terus tertido kepenatan. Ni tido dengan poo tak berbasuh. nak kejut tak sampai hati. Kesian anak ebu.

Sabar ye sayang. Kalau kita nakkan sesuatu nikmat memang terpaksa sakit dulu. Anak ebu strong boy. Pasni tak sembelit dah k.. Aminnn..



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 10, 2012

Mifzal @7m++

Salam.

Lame tak apdet milestone Mifzal kan. Lately bz sangat melayan si tecik tu. banyakkkk sangat progress dia bila da 7m++ ni.. Teruja mak nak! Ngeee..

Ok, lets start.

1) mifzal da boleh sebut 'ebu'!!! Yeayyy.. Shabbashh bete.. Tapi sometimes it sounds like 'evoo'.. Hm tak kesahlah kan.. I'm happy enough! Hihi! Abah? Baru sekali dia sebut. Itupun menurut kata abahnya laa. Ntah btul ntah idak. Bole pecaya ke tuu?? +__+

2) da pandai sebut Allahuakbar. But of course in his own slang la kan. Bahasa comel baby. But i know it is exactly Allahuakbar sebab bila saya sebut, dia akan ajuk semula. Sweet kan? :)) Alhamdulillah. Now saya tengah nak train dia baca zikir2 mudah tu. bacakan kat dia selalu biar lekat dalam kepala dia. And hopefully one fine day he will successfully alunkan kalimah2 zikir tu. insyaallah..

3) da boleh duduk dengan sendiri. Yeayyy!! Shabbashh bete lagi sekalik! ^__^ suke sangat tengok dia seketul je duduk. Haha. Geram!

4) suka tengok orang solat. Especially abahnya solat. Kalau ebu dia solat dia takdela nampak eager sangat. Huhu. Nanti da besar kena rajin solat ye sayang. Jadi imam ebu ngan abah tau. :))

5) makin aktif merangkak & memanjat. Jenuh kepung.

6) sukeeeee sangat main ngan plastik. Big NO NO ok syg.. Not BPA free. Hahah..

7) suka cakar2 muka orang, korek mata ngan idung orang lain. Senang cakap suka lunyaikan muka orang.. Penah sekali time kuku dia panjang, sampai berdarah mulut tok akinya. Muka ebu setakat luka calar2 jela. Hihi

8) sukeeee capai barang. Tarik2 barang. tarik2 rambut. Pantang nampak ape pun depan mata. Tapi bila kita cakap "lepas sayang lepas" then dia slowly lepaskan. Good boy anak ebu.

9) da pandai nak marah2.. Boleh tahan garang jugak anak ebu ni. Huhu

10) da paham kalo ebu ngan abah marah dia. Bila ebu ngan abah larang @ marah dia buat something mula la teriak cam hape jew. =_='

11) berat terkini tak tau sebab tak gi timbang pon. Huhuhu

12) bila tengok ebu ngan abah polok2 manja2 mula la dia sengih2 gelak2.. Haha. Notty.

13) sangat mesra dengan orang ramai. Tak kesah sapa pun dukung dia. Cuma ngan doktor je dia melalak. Hahaha

14) di usia dia 7 bulan ni dah 2x dia demam. Sekali demam berkahak. 3 hari baru baik. guna ubat homeopati. Pas 2 minggu demam selsema plak. Terpaksa doc masukkan ubat bontot sebab panas dalam. Sebab dia nangis tak henti dari petang ke malam sampai takle tido. Itulah pengalaman 2x dia demam sejak dia lahir sampai skarang.

Emm rasenye tu jelah kot so far. Ni nak gi tuka diaper dia plak ni.

Terus membesar dengan sihat bagaikan juara ye sayang. Ebu & abah love u sooooo mucho mucho!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, December 7, 2012

Ceritera susu

Hai.

Skarang ni kami kat kampung incik hubby. Da seminggu lebey pon kat sini. Before tu sempat jugaklah cuti cuti cinta bertiga kat Cameron. Ala-ala pre honeymoon sempena eniberseri kami gitu.. Feeling ombak rindu la kunun. Heheeee.. :))






Tapi tak best sangat sebab Mifzal banyak meragam plak hari pertama kami kat sana. Dia mabuk pening2 gitu dengan jalan pusing2.. ebu ngan abahnya pon tumpang pening sekali. kesian kami kan? huhu.. And i was a little bit stress thinking of my milk production. Hmm.. Meroyan jugaklah kot. Haha. Ok not funny.. =_='

All i can do is.. Campurkan air masak sikit dalam susu tu. nak bagi jadi banyak sikit. heee.. Teruk tul. mebi akan buat khasiat dalam susu hilang, but i've got no choice.. Seems like i've been soooo selfish and stingy to my only son.. Haih.. Sorry sayang... Ebu juz want to give u the best.. All i can.. Tapi tak sampai hati pulak tengok dia berlapar sampai nangis2 nak tido pun tak boleh. takkanlah sebab saya nak sangat2 dia fully bf sampai sanggup bia dia berlapar.. tiba2 rasa sangat2 kejam.. jadi, dengan berat hatinya terpaksa lah carik susu lain untuk topup sementara saya berusaha untuk up kan production susu saya.

Sampai je kampung incik hubby, we decided to buy organic baby rice milk as an alternative, instead of giving him formula milk. Untuk topup bila emergency sahaja. Sebab skarang ni dalam sehari tu, saya tak dapat nak penuhi 2-3x feeding dia.. So juz bancuh 2-3x jelah dalam sehari. Unfortunately, dia tanak minum oke! Haihh... Dahla satu tin tu dekat RM80.. So solution ape lagi yang ada kan.. Terpaksalah merelakan formula milk.. :(( mulanya aritu nak try bagi susu kambing or soy-based milk. Tapi bila google tengok banyak kajian cakap soy-based milk ni tak berapa bagus untuk badan baby, so kami pun takut jugaklah nak try. So back to basiclah, beli anmum jer since Mifzal penah minum susu tu ms minggu pertama dia lahir dulu n he never had any problem with that milk. Poo dia pun oke. Alhamdulillah dia nak minum walaupun mula2 tu cam nak taknak jer. Sebenarnya sampai sekarang pon camtu. Huhu.. Lambat betul nak abiskan sebotol. Skarang ni Mifzal minum 4-6 oz.. Kalau dulu juz 3 oz sahaja. Tak terkejor eden ni haaa.. Dulu sedih jugak.. Bukan jugak, sedih sangat sebab tak dapat fully bf sampai 2 tahun. Setahun pun tak sampai. tak dapat berikan Mifzal apa yang sepatutnya dia dapat. Tapi dah jadik camni, terpaksalah campur jugak. Di usianya yang baru 7 bulan setengah. Harus redha & pasrah. Tapi saya tetap jugak makan ubat homeopati untuk tambahkan susu selain makan milk booster yang lain tu. and of course keep on regular pumping, every 2-3 hours.. Hopefully nanti dah tak perlu topup FM dah. InsyaAllah...





Ni la susu yang Mifzal tanak minum tu. huhu.. Organic-based.. All natural ingredients.. Ingat nak let go susu ni. baru bancuh dalam 10 oz je rasenye. Ade sape2 nak beli tak?

Hmmm..




- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails