OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 12, 2010

I dedicate this post specially for Hanafiah Salim

Bergenang airmata saat melihat gambarnya di laman sosial Facebook.. Tiada lain yg dapat dibayangkan melainkan penderitaannya menanggung kesakitan selepas 15 jam pembedahan.. Memang aku xtau ape penyakit sebenarnya, tapi melihat gambarnye dah cukup untuk membuat aku mengalirkan airmata. Dan saat aku menulis entri ini, tak tahu kenapa airmata xnak berhenti mengalir... mungkin mengenangkan kembali detik2 sewaktu dia sihat dulu, seakan x percaya kini dia berada di hospital menanggung segala macam keperitan.. atau mungkin aku yg terlalu beremosi.. hati siapa yg tak runtun melihat penderitaan yg ditanggung oleh insan baik sepertinya..

Siapa sebenarnya Hanafiah Salim & apa hubungannya dengan aku? Hanafiah Salim ialah insan yg aku anggap seperti abang kandungku sendiri walaupun kami tiada langsung pertalian darah.. entah bagaimana kami boleh menjadi rapat.. sifatnya yg sangat2 baik, banyak membantu & sangat mengambil berat, seperti seorang abg kandung pada adiknya.. tak banyak yg dapat aku ceritakan di sini, bimbang mengundang salah faham sesetengah pihak yang salah tafsir dengan ape yang aku perkatakan.. tujuan aku menulis entri tentangnya bukanlah untuk meraih perhatian mane2 pihak.. semuanya atas dasar hormat & rasa sayang seorang adik kepada seorang abang.. tidak lebih dari itu..

Buat abg napi....
Kuatkan semangat ye.. zua tau abg napi memang seorang yang kuat & tabah.. Hati ni meronta2 nak tau perkembangan abg napi & mendengar abg napi semakin pulih.. walaupun dari jauh.. mungkin ramai yang menyangka, & mungkin abg napi sendiri menyangka zua dah lupa pada abg napi.. x ambil tau ape2 pasal abg napi & yg lain2 sejak hal tu.. tapi hakikatnya zua sentiasa mengikuti perkembangan abg napi & yg lain2, walaupun dari jauh...

Tak sampai hati tgk abg napi terlantar di hospital.. Hanya Allah yg tau ape yg zua rase.. abg napi kena kuatkan semangat, baru boleh cepat sembuh.. rajin2 makan ubat, jangan jadi macam zua yg penakut nak telan ubat.. abg napi kena tabahkan hati, sentiasa maintain senyum oke? nanti boley abg napi main bowling lagi ngan dorang...da sure2 abg napi kalah, lagi2 kalo zua ade.. huhu..

InsyaAllah, penderitaan abg napi akan berakhir xlama lagi.. abg napi pasti sembuh sepenuhnya pasni.. yg penting abg napi kena sabar & kuatkan semangat, bukan body je kena tough.. hehe.. juz joking.. cepat2 sehat oke? orang2 di sekeliling abg napi sentiasa setia berdiri di belakang abg napi & doakan kesihatan abg napi.. walaupun zua xtau ape penyakit sebenar abg napi, tapi zua sentiasa doakan kesihatan & kesejahteraan abg napi...

Dan pada sesiapa yg membaca entri ni, tolonglah doakan sekali supaya abg napi cepat2 sembuh. Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan sepotong doa dari seorang muslim buat saudara muslimnya yg lain.

Aku x dapat attach gambarnya kat sini, sebagai menghormatinya & bimbang akan mengundang rase x senang pada sesetengah pihak.. Andainya entri ni ade mengundang rasa x senang pd sesiapa, aku mohon maaf... doakan kesihatan yg berpanjangan buatnya.. amin..

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    Saya nak maklumkan bahawa saudara Hanafiah Bin Salim telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 16 April 2012 yang lepas. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman, Insya-Allah...

    Af-Fatihah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails