OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 1, 2009

Bantulah aku Ya Allah..

Kenapa Allah sentiasa menguji aku dengan ujian sebegini.Bukanlah kudratku untuk melawan kehendak takdir, dan bukan juga aku mempertikaikan kuasa Yang Maha Esa..apa lagi menidakkan qada’ dan qadar tuhan. Adakah semua ni berpunca dari diri aku sendiri? Sesungguhnya aku lemah, aku tak sempurna, dan akan jatuh jika diuji dengan ujian sebegini lagi… mengapa hatiku begitu rapuh..aku tau Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan ,apa yg mampu ditanggung hambaNya. Allah menguji aku dengan ujian ni kerana aku mampu menanggungnya… tapi adakah aku sekuat dan setabah itu untuk bangkit kembali seperti dulu.. berapa banyak hati yg akan aku lukakan lagi.ya allah.. apakah semua di sebalik ini..Kau berikanlah aku petunjuk..Kau permudahkan laluan untukku..Kau Maha Mengetahui yg aku tak mudah untuk bangkit dan mencari kembali diriku sepertimana yg pernah aku lakukan dulu..aku bangun dengan pelbagai jerih payah, dengan airmata yg tak pernah kontang, dengan pertolonganMu ya Allah..mampukah aku mengharunginya lagi..bagaimana harus aku bendung semua ini ya Allah… mengapa Kau temukan jika akan ada perpisahan..mengapa Kau putikkan rasa sayang tetapi akhirannya aku terpaksa melukakan..apakah hikmah di sebalik semua ini.. ampuni aku..Berikanlah petunjuk pada hambaMu yg lemah ini ya Allah...
Apa maknanya impian datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali jalan-jalan sepi
Kau kah di situ yang menantiku
Atau jelmaan titik kenangan yang bernama pengalaman...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails