OUR JOURNEY -----> MUSUH - SAHABAT - KEKASIH - TUNANG - SUAMI (^_*)

Daisypath Anniversary tickers

CINTA HALAL KAMI (^_^)

Daisypath Anniversary tickers

OUR JUNIOR IS IN DA HOUSE!! :))

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 12, 2009

DUHAI LELAKI...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

 ***************
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

************
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah ditinggalkan akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.


**************
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak… jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat.

*************
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

 *******************************************************
Dan kepada kaum perempuan,jika anda sayangkan keempat-empat mereka,anda jagalah diri anda sebaik yang mungkin...Firman Allah S.W.T, "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,jin dan batu-batu…"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails