Thursday, June 28, 2012
Pap smear??
Salam.
Semalam incik hubby col..
Incik hubby: petang tadi abg sembang ngan akak opis.. abg rasa ayg kena buat jugakla ujian pap smear tu..
Saya: posmen?? Ohh, pap smear.. * termalu di situ sebab pekak..:p *
Saya: ala, takotla.. Luka tak baik sangat lagi ni..tunggu la dulu.. Bukan lepas 6 bulan ke?
Incik hubby: akak2 tu kate pas abis pantang da boleh buat.. Ala tak sakit lah.. (ewah ewah.. Mentang2 bukan dia yang kena buat)
Saya: ala takot la.. Fobia kena seluk time nak beranak aritu pon tak ilang lagi.. akak2 tu penah rasa kena seluk ke?
Incik hubby: diorang anak da 4-5 orang yang..
Saya: tapi tak semua orang penah kena seluk kalo nak beranak.. Mmm, mak ngan ma tak buat pon.. Takyah buat pon takpe kot.. Orang dulu2 tak buat pon.. (carik alasan nak ngelat)
Incik hubby: nanti kiter gi cucuk Mifzal 3 bulan kiter watla terus pap smear tu..
Saya: ish, tak mo lah.
=_='
Korang da buat ke? Napela kena buat test ni.. Huuuuu... Ekceli tak sakit pon bile doc masukkan speculum tu KALAU kite relaks.. Hamek ko caps lock di situ.. Tapiiiiiiiiiiiiii.... Kalo kiter gabra, takot2 pastu terkemut2 haaa memangla perittt... Tambah2 dengan pengalaman ngeri saya yang diseluk tanpa rela hampir 10x oleh doktor & nurse yang tak bertauliah masa nak beranak dulu.. (memang hangin bile ingat semula) nanti la i story pasal pengalaman beranak yang stress tu ye..
Tapi memang ujian ni penting pon.. Sangat2 penting.. Nanti lah, once saya da ready saya buat.. Agak2 bile tu ye? Hewhewhew.. :p
Saya google kat tenet tadi pasal pap smear ni.. Enjoy reading!
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.
Bila saya patut melakukan ujian pap smear?
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.
Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?
Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1. Melakukan seks,
2. Menyembur kawasan vagina,
3. Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina.
Apa yang dilakukan semasa pap smear?
1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Rujukan: http://www.metromaternity.com/
- Posted using BlogPress from my iPhone
My daughter has such sensitive ears! I bet these could well be nice for my child.
ReplyDeleteAppreciate your sharing.
My webpage ,cheap trendy earrings