Saturday, August 27, 2011

Al-kisahnya menjelang hari raya



Pejam celik pejam celik kelip kelip mata da 27 ramadhan arini... Cepat sungguh masa berlalu skang ni.. Sedar tak sedar tinggal bape hari je lagi nak raya kan.. Taun ni kami beraya di kampung incik hubby di Kedah.. Khamis aritu lagi kami da sampai sini.. Since puan isteri pon da jadi fulltime housewife kan, last day keje aritu teros zasss datang sini.. Sakit pinggang duk dalam kete sepanjang perjalanan hanya Allah yang tau.. Naseb bek jalan tak banyak kete lagi masa tu..

Dalam keghairahan orang lain buat persiapan raya, beli baju bajan raya, biskut raya segala bagai mak nenek tuh, kami suami isteri tak buat apa-apa pon.. Ngeeee... Baju raya taun ni incik hubby da belikan sepasang untuk puan isteri.. Aritu memang tanak beli pape baju raya pon sebab raya ngan incik hubby pon kejap je kan.. Tapi dah incik hubby offer, puan isteri pon macam orang mengantuk disorongkan bantal la.. Rezeki jangan ditolak.. Kuikui.. Tq incik hubby.. :)) Tema hijau turquoise, sama macam tema wedding kami aritu.. :)) pas incik hubby gi laut, takde nak raya mana dah.. Lagipun baju kurung yang baru siap jahit untuk buat mengajar aritu ada 3-4 pasang lagi tak pakai.. Since da benti keje n tak jadi further study, so boleyla pakai untuk raya kan.. >_<

So far mood raya belom datang lagi walaupun lagi 2 hari jek lagi nak raya.. Tatau lah nape.. Mebi jugak pikirkan incik hubby nak naik laut dah.. Moga Allah kuatkan semangat & tabahkan hati untuk berjauhan ngan incik hubby.. Masuk arini, da 27 hari jugak incik hubby stay kat darat.. Tu yang agak bimbang, takut terlebih emo lak kali ni.. May Allah give me strength.. Pasti boleh! InsyaAllah.. ^__^

Semalam kami berbuka puasa berenam, tambah lagi sorang adik saya.. Alang2 dia nak balik naik bas malamnya, so amik dia berbuka sekali kat sini.. Hujan lebat sepanjang hari kat sini.. Sejukkkkk... So apa menu berbuka semalam?

Ni dia...........

Hasil masakan K.A.M.I........ Puan isteri + incik hubby + SIL + MIL... Woot! Woot!
+_______+




Ikan jenahak masak sweet sour.. Mabeles! Tempting kan? :))




Sup ikan jenahak.. Pekat sikit, but still yummylicious!




Sayur campur my SIL... Pon shedap!! :))

Dan tak ketinggalan kuih muih.. Handmade semenye... :))




Cempedak goreng lagik.. Ehehee.. Banyak sangat.. Fresh dari kebun my FIL.. incik hubby yang gorengkan.. :))




Ni tatau apa nama kuih ni.. Asalnya my MIL nak buat apam kelapa.. Tapi da macam pancake kelapa berperisa coklat da.. Ekekeke.. Yang penting sedap.. Masuk ke perut jua akhirnya kan.. :))





Menu berbuka untuk arini plak, sup daging kibas.. Tatau lagi camno rasenye.. Pestaim puan isteri nak rasa.. :))

Nak napping jap, pagi nanti nak gi klinik plak.. Yang belum solat subuh tu sila solat dulu ya.. >_<

Till then!




- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment