Friday, January 18, 2013

Bila anak membesar


Penat ohh bila anak da melasak ni.. Lagi penat bila da merangkak laju pastu tanak orang dukung... Panjat sana sini.. Pastu buat stunt lepas tangan sebelah sambil nak jalan.. Memang tak senang nak buat keje. Phewww.. Merata ceruk dia nak explore.. Bawah kerusi, bawah meja makan, bucu dinding, celah pintu.. Bila da tersepit takble nak kuar mula la duk panggil ebu.. Comel je dia sebut ebu. teheheheee..

I have to admit kepenatan kali ni 2x ganda penatnye masa Mifzal baby2 dulu. Wah, skarang bukan baby dah ke.. Hihihi.. Skarang big strong baby.. :)) dulu nak tinggal sekejap ke lama ke tadak hal pasal paling kuat pun dia ekk ekk atas tilam je. Skarang niiiii ya rabbi.. Semput mak! Lagi2 abahnya takde ni memang menyemput macam tak cukup oksigen.. Tangan ni dah macam tangan octopus dah.. Kadang2 kalau dah tak larat sangat letak je dalam cot ataupun walker dia. Tapi walker tu memang harapkan pagar, pagar makan padi.. Ada stopper pun Mifzal da boleh gerakkan jugak. Kuat nau kaki dia..

Walaupun penat tapi happy ohh tengok anak sendiri.. Tengok dia senyum2.. Gelak2 time main.. And da pandai ajak ebu join main skali.. =_=' yang ni memang takble nak tolak, kang menjerit la budak tu sebab boring main sorang2.. Tapi takle la nak layan selalu.. Ebu pun ada banyak lagi keje lain nak kena buat kan. Tapi selagi boleh selagi tu la layankan aje. Asalkan dia happy, i will be moreeeee happyyy.. :))

Oh, cakap pasal boring main sorang-sorang ni kan, teringat plak kat satu malam tu. mifzal tengah merangkak pastu dia jeritla 'abah'. Dia memang selalu sebut abah pun time dia main. Time lapar, tak sihat, nak tido baru cari ebu. Nampak nau ingat ebu time susah je kan.. Huuu.. Ok, balik pada cerita tadi. Bila dia jerit panggil abah tu saya cakapla abah work.. Pastu dia sebut "adik?"... Hahahaha.. Memang terkejut tahap gaban dah masa tu.. Tok ma yang tengah lelap kat sebelah pun bleh terbangun pastu join saya gelak. Tak sangka plak perkataan tu boleh keluar jelas dari mulut comel tu.. Hai, nak adik ke sayang? Boring main sorang2 eh? Takpe takpe, mifzal mintak kat Allah yep. Heeeee.. Actually kami tak lah merancang secara serius. saya pun tak amik pape pil perancang keluarga. Merancang secara natural je orang cakap. Huhu.. Tapi buat masa ni belum lah. Maybe lepas Mifzal setahun la kot. Itu pun semuanya bergantung pada perancangan Allah. Saya cuma pikirkan penyusuan Mifzal nanti, sebab previous pregnancy saya ada bleeding. Bukanlah bleeding jugak sebenarnya, just staining. But it happened 3 times during my first trimester. N kalau pernah ada history camtu memang not advisable to continue bf sebab boleh trigger contraction. Lagi pulak saya bukan direct feed kan.. all the time nak kena pam. Tapi sebolehnya saya memang nk bf mifzal sampai 2 tahun. Tapi ada jugak yang takde rasa contraction pape, ok je bf sepanjang preggy..

Serik ke beranak? Emm, kalo soalan tu ditanya, jawapan saya tak. Beranak memang sakit, menanggung alahan mengandung sampai 5 bln pun perit, pengalaman menjaga anak sulung ni pun memang da letih. Tengok orang lain senang je dari mengandung sampai da ada anak.. Allah da uji saya dengan agak berat dengan pengalaman pertama ni, dari mula mengandung sampai dah melahirkan. And of course ujian yang mampu kita tanggung. Tapi semua ujian tu sebenarnya sangat indah. Saya takde nak mengeluh jauh sekali nak merungut.. Saya bersyukur sebab Allah terus bagi ujian berat pada saya. Sebab semua tu buat jiwa saya tambah kuat. Buat saya lebih matang untuk hadapi hari2 seterusnya. Alhamdulillah.. :)) Tak sangka saya dapat melaluinya.. Padahal saya lah orang yang paling mudah menangis, paling cepat patah semangat. Dan kalau boleh saya memang nak anak ramai. Sebab orang yang paling kaya ialah orang yang ada ramai anak. :)) semoga yang seterusnya dipermudahkan Allah.. :))

Cakap da melalut dah pasal beranak ni.. Hihi.. Takpelah, alang2 melalut biar sampai abis entri.. Kuikuikui.. Semalam saya termimpi.. Mifzal tiba2 nak direct feed dalam usia dia 9m sekarang ni. Pastu tiba tiba mimpi lain pulak, saya beranak dengan mudahnya utk second pregnancy ni.. Saya taktau lah mimpi ni sekadar mainan tidur @ Allah memang nak bagi petunjuk. Susah nak cakap, hanya Allah yang tau. Tapi kalau mimpi tu jadi kenyataan, one word i can say is.. ALHAMDULILLAH.... :))





- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 16, 2013

My breastfeeding journey #9


Dia tidak meminta bahkan Dia lah yang memberi rezeki..

Alhamdulillah..

Siapa sangka kan.. Rentetan episod kemeruduman susu yang saya alami selama 2 bulan lepas menyebabkan 200++ oz stok ebm yang dah saya simpan selama ni akhirnya hanya tinggal 4 botol sahaja ( 17oz).. 4 botol stok tu statik di situ sehinggalah sekarang ni dah bertambah semula menjadi 10 botol.. Alhamdulillah.. Selama 2 bulan saya berusaha sekarang dah nampak hasilnya.. Allah tetap makbulkan doa hambanya yang berusaha sama ada cepat @ lambat.. Syukurrr sangat2...

Dulu saya macam dah pasrah bila production sehari cukup2 untuk menampung keperluan Mifzal untuk satu hari... Tak dapat nak buat stok pun. Tapi da syukur sangat sebab saya tak perlu tambah air masak dalam susu @ topup dengan fm.. Tapi saya tetap disiplinkan diri pam setiap 2-3 jam. Kadang2 bila dah terlalu penat @ sibuk dengan housechores ade la jugak terlambat sejam dua tapi nasib baik tak jejaskan production saya. Pernah terlintas nak let go 30 storage bottle tu tapi siapa sangka saat tu jugaklah Allah memperbanyakkan rezeki Mifzal. Alhamdulillah...

There is nothing happier than looking at my own flesh and blood drinking my own milk, his mother's milk.. :') alhamdulillah.. Thank you Allah..

Skarang ni memang tengah bersemangat nak kumpul stok. Sehari dapatlah simpan at least 3 oz.. Kalau ade lebih dapat la simpan lebih.. Kalau tak dapat simpan pun tetap bersyukur. Asalkan Mifzal dapat minum susu ibunya.. Cukuplah 2x dulu dia terpaksa topup fm. (1st masa minggu pertama lahir, 2nd masa 7m++). Nasib baik sekejap je waktu genting tu.

Semoga Allah terus mempermudahkan laluan saya untuk bf Mifzal sampai 2y & semoga diperbanyakkan rezeki Mifzal untuk minum susu ibunya. In shaa Allah. Aminn..




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 4, 2013

Mifzal @8 months++


Salam.

Hi! Da tido ke uols? Saya baru lepas mengepam. :)) alhamdulillah di saat cik P datang ni susu tak berkurang pun macam sebelum ni tapi bertambah pulak. Syukur alhamdulillah... :)) tapi masih tak dapat nak penuhi demand Mifzal untuk satu hari. Terpaksa jugak topup ebm dalam deep freezer tu yang cuma tinggal 5 botol SAHAJA!! Oh em jiiiii.. !!! O__o
Ok lupakan soal susu dulu. Tanak cakap banyak pon sebenarnya. Ni nak apdet milestone Mifzal. Jom apdet cepat2.. :))

1) Da pandai lambai.. Sebut aje babai terus dia lambai. Bangun tido babai, nak tido babai, tengah mandi pun sibuk nak babai.. =_='

2) sibuk duk kira jari sendiri. Saya memang selalu ajar dia nombor tapi baru sampai 5 la. Guna jari saya lipat satu satu pastu tunjuk kat dia. Dulu dia tak reti nak lipat jari tu, skarang da boleh sikit sikit. Tapi lipat 5 terus. Haha.. Clever boy!

3) kalau kita zikir ke apa da pandai ayun badan depan belakang sambil dia duduk tu. seketul je nampak.. Kikiki..

4) suka tengok kartun upin ipin. Selalu layan dengan abah dia la. Tapi yang terlebih gelak tu abahnya. Mifzal cool je. Hehe

5) da expert sebut 'abah'.. Lately memang kerap sangat sebut abah. Rindu ke sayang. Abah work la..

6) da pandai expresskan perasaan & ajak orang bergurau. Suka geletek leher ebu dia ni. Pastu duk korek2 tulang ebu, picit2 siku ebu. Mentang2 ebu da tinggal tulang.. :((

7) gigi belum tumbuh lagi.. Tapi gusi memang da kuat, da boleh gigit buah pear pun!

8) tengah berlatih nak tepuk tangan. Suka sangat dengan lagu tepuk amai amai tu.

9) merangkak da laju sikit. Kadang2 tengah merangkak tu dia angkat punggung nak bangun sendiri tanpa pegang apa-apa. Haiyoo.. Tak boleh tinggal langsung ni..

10) da mula paham bila kita larang sesuatu. And bila dia dah rasa 'sakit' terkena sesuatu, sure pastu tak buat dah, tak payah kita nak penat2 larang dia. Good boy!

11) takut pada bunyi hentakan.

12) skarang minum susu 4-5 oz.. Makan 3x sehari. Tak kesah ebu suap apa memang suka makan. Sentiasa licin! Berbaloii baloii ebu masak sendiri yep? :))

13) da pandai tepuk tangan.. Sebelum tido nak tepuk, bangun tido pun tepuk tangan.. =_='

Mm, apa lagi yek.. Itu ajela kot.. Tak larat dah nak pikir. Nak tido pulak ni.. Gudnite! :))




- Posted using BlogPress from my iPhone