Saturday, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Da lame aku tak update blog nih. mmm..hari ni hari kedua umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha… tapi aku rasa raya haji tahun ni tak semeriah tahun2 lepas. Kat kawasan aku la. But still ade jgk budak2 datang beraya kat umah aku semalam. Yang aku nak tergelak, umah aku tak prepare pon makanan untuk dak2 yang datang sebab kitorang tak expect ade budak2 akan datang. Maklumla raya haji. Biasenye tahun2 lepas aku rajin gak ar wat biskut ngan kek cam raya aidilfiti... Memang meriah sakan. Tapi tahun ni tak taw la angin kuskus ape yg serang aku sampai aku rs malas yg amat nak wat sume tu. Yang ada cume kacang sira yg mak aku wat. Sian dak2 tu. Berebut2 jugakla dorang makan. Tapi yg datang tak ramaila. Dalam dua group jer.. ayah aku lak rilek jer tido pastu...aku pon ape lagi..tengok ayah aku syokkkkk je tido jeles gak. Kebetulan aku memang ngantuk giler. Kena bangun awal tolong mak aku masak. Akak aku membuta lagi. Ampeh tul. aku pon tak buang masa dah. Sebelum lagi ramai yg datang umah aku, aku gi tido dulu. Ekeke.. then, 1 umah aku membuta.
                                     
                                          *******************

Eheee....petang tu kitorang cam boring gak duk umah. So abg ipar aku suggest kitorang gi Mesra Mall memandangkan mall tu dah dibuke secara rasminya pada hari tuh. Padahal da lame da siap tapi atas beberapa faktor dan kekangan, semalam baru dibuka sepenuhnya. Memang ramai giler org. Sume beraya kat sini. Ekeke..Parking penuh, troli pon abis. Kena tunggu turn kalo nak pakai troli. Dulu aku da pegi banyak kali kat situ tapi byk lagi kedai kat dalam tu yg belum dibuka masa tu. Dari umah aku dalam 30 minit perjalanan je. Kalo laju sket drive dlm 20 minit jela. Ade banyakla kedai dalam tu. Kiri kanan bangunan ade TMC, kat tengah2 ade byk kedai cam The Body Shop (tempat peberet aku nih. hihi), kedai buku Popular (peberet aku gak), Guardian, Pizza Hut, Burger King, Roti Boy, Vern’s, kedai Kasut You, Kamdar, pusat Boling, futsal, pawagam, banyakla lagi...letih aku nak list.
view Mesra Mall dari stesen minyak petronas. Hihi..


aku boring2 snap jerla mane2 pic..

Pastu semalam ade promosi barang seposen. Banyak gakla brg yg dijual dgn harga seposen cam sabun protex ngan ubat nyamuk. Sempat gak aku amik 20 kotak sabun protex. Hahaha... baru 2 hengget kan. Nak amik banyak lagi dorang tak kasi. Patutnya sorang cume le amik skotak je (taktaula pe objektif dorang) tapi akak aku mandrem pe ntah smpai cashier tu kasi. Hihi..Tapi mall ni blehla aku katekan mall yg terbesar kat kemaman ni buat mase ni. Dekat sejam lebey gak pusing2 bangunan tu. Pas solat asar kitorang gi santai2 kat pantai kemasik. Tak jauh pon dari Mesra Mall tu. Tapi mase tu da almost 6.30 kot. So tak le nak lama2 sangatla. Tapi tempat tu da cantik berbanding dulu. Angin pon sepoi2 bahase je (tapi cam angin kencang gak ar. huhu). Kalo de peluang lagi memang aku akan drive sendiri pegi sane layan perasaan. Ihiks...setengah jam pastu kitorang pon balik..perut pon da buat konsert kan...
pantai kemasik yg mendamaikan...




main entrance..
aksi melampau nih. naseb da kawen. kehkeh...

adik aku...bajet ensem la tuh. hahaha..

Friday, November 6, 2009

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

Setiapkali kiter wat sesuatu, mesti kiter start dengan Bismillah... Dari kecik mak ayah dah ajar kiter bace Bismillah. Banyaaak sangat kelebihan baca Bismillah ni. Tapi berape ramai yang masih amalkan baca Bismillah zaman skang ni. Pesanan untuk diri aku n everybody kat luar sana, selalu dan jangan sesekali tinggalkan amalan membaca Bismillah ni.

                                            ******************
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

                                           ******************
Renung renungkan dan selamat beramal…….
Sumber: halaqah.net

Rahsia Bulan Kelahiran

Mata ni liat lak nak tido malam ni. So aku just browse jela internet. Ikut jari aku nak browse ape. Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Well, it's just a research yang dibuat atas kebanyakan orang. Yang lebih mengetahui tentunya hanya Allah, Yang Punya Dunia Alam Semesta..

JANUARI
-Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
-Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
-Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
-Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
-Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
-Pandai mengambil hati orang lain.
-Pendiam kecuali telah dirangsang.
-Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
-Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
-Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
-Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
-Cukup sayang pada kanak-kanak.
-Suka duduk di rumah.
-Setia pada segala-galanya.
-Perlu belajar kemahiran bersosial.
-Sifat cemburu yang sangat tinggi


*********FEBRUARI
-Berfikiran abstrak.
-Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
-Bijak dan pintar
-Berpewatakan yang mudah berubah.
-Mudah menawan orang lain.
-Agak pendiam.
-Pemalu dan rendah diri.
-Jujur dan setia pada segalanya.
-Keras hati untuk mencapai matlamat.
-Tidak suka dikongkong.
-Mudah memberontak apabila dikongkong.
-Suka kegiatan yang lasak.
-Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
-Mudah mempamerkan marahnya.
-Tidak suka benda yang remeh-temeh.
-Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
-Sangat berani dan suka memberontak.
-Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
-Pemerhatian yang tajam.
-Suka hiburan dan sukan.
-Suka benda yang bersifat seni.
-Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
-Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
-Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
-Belajar untuk mempamerkan emosi


  **************MAC
-Berpesonaliti menarik dan menawan.
-Mudah didampingi.
-Sangat pemalu dan pemendam rasa.
-Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
-Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
-Suka pada kedamaian.
-Sangat peka pada orang lain.
-Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
-Tidak cepat marah dan sangat amanah.
-Tahu membalas dan mengenang budi.
-Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
-Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
-Suka berangan-angan.
-Suka melancong.
-Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
-Kelam kabut dalam memilih pasangan.
-Suka dengan hiasan rumahtangga.
-Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
-Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
-Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


 **************APRIL-Sangat aktif dan dinamik.
-Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
-Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
-Punya daya mental yang sangat kuat.
-Suka diberi perhatian.
-Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
-Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
-Sangat berani dan tiada perasaan takut.
-Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
-Emosi cepat terusik.
-Cuba kawal perasaan.
-Kecenderungan bersifat pendendam.
-Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
-Kuat daya ingatan.
-Gerak hati yang sangat kuat.
-Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
-Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
-Sangat cemburu dan terlalu cemburu


 ************MEI
-Keras hati & tegas.
-Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
-Pemikiran yang tajam.
-Mudah marah apabila tidak dikawal.
-Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
-Perasaan yang amat mendalam.
-Cantik dari segi mental & fizikal.
-Tidak perlu dimotivasikan.
-Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
-Mudah dipujuk.
-Bersikap sistematik (otak kiri).
-Suka berangan.
-Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
-Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
-Daya khayalan yang tinggi.
-Permikiran yang tajam.
-Pandai berdebat.
-Fizikal yang baik.
-Kelemahan sistem pernafasan.
-Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
-Tidak berapa suka duduk di rumah.
-Tidak boleh duduk diam.
-Tidak punya ramai anak.
-Rajin dan bersemangat tinggi.
-Agak boros


 ******************JUN
-Berfikiran jauh & berwawasan.
-Mudah ditawan kerana sikap baik.
-Berperangai lemah lembut.
-Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
-Idea yang terlalu banyak di kepala.
-Bersikap sensitif.
-Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
-Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
-Bersikap suka menangguh-nangguh.
-Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
-Cepat marah & cepat sejuk.
-Suka bercakap & berdebat.
-Suka buat lawak & bergurau.
-Otaknya cerdas berangan-angan.
-Mudah berkawan & pandai berkawan.
-Seorang yang sangat tertib.
-Pandai mempamerkan sikap.
-Mudah kecil hati.
-Mudah kena selsema.
-Suka berkemas.
-Cepat rasa bosan.
-Sikap terlalu memilih & cerewet.
-Kurang mempamerkan perasaan.
-Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
-Suka pada barang yang berjenama.
-Mudah menjadi eksekutif.
-Kedegilan yang tidak terkawal.
-Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


****************JULAI
-Sangat suka didamping.
-Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
-Agak pendiam kecuali dirangsang.
-Ada harga dan maruah diri.
-Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
-Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
-Sangat menjaga hati orang lain.
-Sangat peramah.
-Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
-Berjiwa sentimental.
-Jarang berdendam.
-Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
-Tidak suka benda remeh-temeh.
-Membimbing cara fizikal dan mental.
-Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
-Layanan yang serupa terhadap semua orang.
-Tinggi daya simpati.
-Pemerhatian yang tajam.
-Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
-Mudah dan rajin belajar.
-muhasabah diri.
-Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
-Suka mendiamkan diri.
-Suka duduk di rumah.
-Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
-Tidak agresif kecuali terpaksa.
-Lemah dari segi kesihatan perut.
-Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
-Minta disayangi.
-Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
-Terlalu mengambil berat.
-Rajin dalam membuat kerja


****************OGOS
-Suka berlawak.
-Mudah tertawan padanya.
-Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
-Berani dan tidak tahu takut.
-agak tegas & bersikap kepimpinan.
-Pandai memujuk orang lain.
-Terlalu pemurah & bersikap ego.
-Nilai harga diri yang sangat tinggi.
-Dahagakan pujian.
-Semangat juang yang luar biasa.
-Cepat marah & mudah mengamuk.
-Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
-Sangat cemburu.
-Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
-Cepat berfikir.
-Fikiran yang berdikari.
-Suka memimpin & dipimpin.
-Sifat suka berangan.
-Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
-Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
-Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
-Belajar untuk bertenang.
-Sikap kelam kabut.
-Romantik, pengasih dan penyayang.
-Suka mencari kawan


  ********************SEPTEMBER
-Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
-Sangat cermat, teliti & teratur.
-Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
-Pendiam tapi pandai bercakap.
-Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
-Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
-Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
-Sangat sensitif yang tidak diketahui.
-Seorang yang banyak berfikir.
-Daya pentaakulan yang baik.
-Otak bijak & mudah belajar.
-Suka mencari maklumat.
-Kawal diri dari terlalu mengkritik.
-Pandai mendorong diri sendiri.
-Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
-Suka sukan, hiburan & melancong.
-Kurang menunjukkan perasaannya.
-Terluka hatinya sangat lama disimpan.
-Terlalu memilih pasangan.
-Sukakan benda yang luas.
-Bersistematik


 *************OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
(kebanyakan dari info dalam bulan Oktober ni memang bertepatan ngan diri aku.wink wink =).....)

   **************

NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
                                                     **********

DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik