Thursday, October 29, 2009

lawak..lawak...

Aku ade terbace citer lawak nih kat satu blog. sakit perut aku gelak. ni aku copy bulat2 dari blog kmk. well, enjoy reading it!

****************

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)

Wednesday, October 28, 2009

WANITA...

KAU DIGELAR SEBAGAI PENYERI DUNIA
HADIRMU MELENGKAP HUBUNGAN MANUSIA
BUKAN SAJA DIRINDUI YANG BIASA
MALAH ADAM TURUT SUNYI TANPA HAWA

AKALMU SENIPIS BILA MENEMPUH
TEBALKANLAH IA DENGAN LIMPAHAN ILMU
JUA HATIMU BAK KACA YANG RAPUH
KUATKANLAH IA DENGAN IMAN YANG TEGUH

TERCIPTA ENGKAU DARI RUSUK LELAKI
BUKAN DARI KAKI UNTUK DIALASI
BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIJUNJUNG
TAPI DEKAT DI BAHU UNTUK DILINDUNG
DEKAT JUA DI HATI UNTUK DIKASIHI
ENGKAULAH WANITA HIASAN DUNIAWI

MANA MUNGKIN LAHIRNYA BAYANGAN YANG LURUS ELOK
JIKA DATANGNYA DARI KAYU YANG BENGKOK
BEGITULAH PERIBADI YANG DIBENTUK
DIDIKLAH WANITA DENGAN KEIMANAN
BUKANNYA HARTA ATAUPUN PUJIAN
KERNA TIDAK DERITA BERHARAP PADA YANG BINASA
ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

SEDARILAH INSAN ISTIMEWA
BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN
BUKAN JUA PENGHINAAN DARI TUHAN
BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKAN...

Kias Cinta...

Seandainya dunia tiada warna
Tetap kan ku kagumi...
Indah maya alam ciptaanNya
KudratNya ku agungi...

Namun jalin warna
Zahirlah sang pelangi
Menyisih mendung menambat seri
Terbias semua cahaya
Nyata ilham di alam mimpi
Betapa ku syukuri nikmatNya
Ku pasti.....

Begitu kias cinta hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa kurnia penuh bermakna
Tika dalam gelita atau sepi kembara
Dihadirkan rasa cinta sisih segala duka
Anugerah dariNya.....

Hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
Tiada lain yang jadi rayuan
Namun Dia maha mengerti
Tak mampu insan bersendiri
Menempuh dugaan yang menguji naluri

Begitu kias cinta hadir menghuni jiwa
Menyatu sejuta rasa kurnia penuh bermakna
Tak akan dipersia limpah rahmat Yang Esa
Bagaikan jalinan warna yang menyulam cahaya
Biasan kasihNya

Moga tak diuji asyik cinta duniawi
Mengharap teduh redha Ilahi
Kerna segala kurnia hadirnya hanya pinjaman
Sungguh ku syukuri kesempatan bahagia.....

Tuesday, October 27, 2009

Aku blurr...

Otak aku berserabut btol la skang. blom masuk ofis da bertimbun keje. poning2....ari2 kene kua, da naik bosan da aku asyik kua jer. sok ade discussion lak ngan assistant. ntah apela hasilnya. tapi harapnya janganla kitorang end up with nothing. tak ke wasting time namenye. xpe, gambatte!! ni aku da attach gambar2 yang aku gi gambang water park ari tuh.best!


Wednesday, October 21, 2009

I'm back!!!!

Rasenyer da lame giler aku tak update blog nih. Al maklumla 2-3 bulan lepas aku busy mengajar. Jadi cikgu katun kejap aku. hoho... Hari Deepavali aritu time org India sibuk beraya, kitorang satu family gi serbu gambang water park. Dalam kul 10 kitorang btolak, pasal gambang ngan umah aku dalam sejam jek. tapi kul 12 lebey baru kitorang sampai pasal terlajak sampai ke chini nuh, dalam 23km dari gambang. haha. laz2 ayah aku pusing balik, baru jumpe. Maunyer tak jumpe, signboard xde, main ltk poster je. poster lak dah layu ke tanah. rupenyer tempat tu dalam bukit gambang resort city. ampeh..

****************

Fuhh... memang ramai giler arr orang aritu. Nak beli entrance ticket pon lemah semangat aku tgk orang queue. Tapi luckily ada group pe ntah jual tiket, aku malas nak beratur panjang, bantai je beli kat situ. Dapat harga murah lak tu. Maybe dorang group penginap2 hotel kot. Tibai jelaa... huhu. Not bad la tempat tuh. Even dia tak sebesar sunway lagoon, tapi pueh ati la dapat men air. Aku pun aritu macam tak penah jumpa air seumur idup. Haha... Ngalahkan budak kecik je aku ni.

*****************

Cumenye tang nak beli makanan ngan air yang aku lemah sangat tuh. queue panjang tu satu hal, service satu hal. service kat stu slow arr sket. da tau ramai orang, wat keje lak lemah gemalai ngalahkan pempuan. banyak gak ar aku dengar komplen2 pasal tu time tengah beratur. Paling best sbb benda2 camni le eratkan lagi hubungan kekeluargaan.. walaupun muke aku da merah hangus cam udang bakar and sore aku pun perit nak kua pasal banyak menjerit. Haha... gambar pun tak banyak yang sempat aku snap pasal syok main air. Hihi.. Tapi next time arr aku attach gambar2 tuh...Hav to go now. Cau cin cau.