Friday, July 10, 2009

Allah Pasti Tetapkan Yang Terbaik Untuk HambaNya

Dalam hidup ni kadang-kadang kiter tak dapat seperti yang kiter harapkan. Kiter tak diberi pilihan untuk menentukan ke mana arah dan hala tuju hidup kiter, sebab tak wujudnya peluang dan kesempatan. Bile peluang tu dah ade di depan mata, dan ia bukanlah sepertimana yang kiter harapkan, dan kiter masih menggapai peluang tu, pastinya kiter terkapai2 kerana tidak yakin dengan keupayaan diri. Keyakinan dalam diri mulai luntur, kekuatan mulai goyah hingga hampir2 tersungkur. Tetapi dalam tak sedar, Allah sebenarnya telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kiter, kerana tentunya dan pastinya Dia yang lebih memahami perihal diri kiter, kerana sesungguhnya kiter adalah hak milik mutlakNya. Sesuatu yang bermula dengan kepayahan dan seribu macam kesukaran pasti akan berakhir dengan nikmat kejayaan dan kegembiraan di penghujungnya. Dan pastinya kejayaan itu adalah milik empunya yang memiliki semangat kental, tak mudah goyah dan mengalah dengan hasutan2 yang menjatuhkan. InsyaAllah...

  ***************

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangatku menghadapi hari2 ku selepas ini... Dan biarlah hari2ku hanya diterangi dengan cahaya ketenangan yang tak pernah pernah surut. Kau bantulah aku dalam setiap perjuanganku... Kau permudahkanlah jalan untukku... Dan biarlah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini, dan hari2 ku seterusnya lebih baik dari hari2 sebelumnya... Moga hanya kejayaan yang bakal mengiringiku...Amin ya Rabbal Alamin...