Friday, June 12, 2009

DUHAI LELAKI...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

 ***************
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

************
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah ditinggalkan akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.


**************
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak… jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat.

*************
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

 *******************************************************
Dan kepada kaum perempuan,jika anda sayangkan keempat-empat mereka,anda jagalah diri anda sebaik yang mungkin...Firman Allah S.W.T, "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,jin dan batu-batu…"

Thursday, June 11, 2009

Selamat Bertunang 'Abg Long & Kak Ina'

Selepas berkali-kali tertangguh and tertunda perancangan abg long aku nak bertunang, akhirnya arini selamat jugak majlis tu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Harap2 hubungan yang terjalin selama 7tahun tu akan berpanjangan hingga ke jinjang pelamin and kekal sampai akhir hayat... Kalau diizinkan Allah, majlis pernikahan dorang akan berlangsung Disember ni. Moga semuanya berjalan seperti yang dirancang, InsyaAllah. Aku sentiasa doakan kebahagiaan dorang... Aku pun da lembik sangat2 arini, penat giler. Bertolak ke Chini jam 10 pagi dengan rombongan 5buah kereta and majlis pertunangan tu berlangsung lepas solat zuhur. Lebih kurang jam 3ptg kitorang bertolak balik tapi sebelum tu merayau-rayau la dulu kat area bandar kuantan. Penat jer yang aku dapat... Jam 9malam baru la kitorang sume bertolak balik umah...

Saat mak aku sarungkan cincin pertunangan ke jari manis Kak Ina. Bile la plak turn aku kan. Huhu...



Salam, jangan tak salam...

 Like mother like daughter in law...





Kak Ina dan Abg Long...

Wednesday, June 10, 2009

KELEBIHAN SEORANG WANITA

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Sunday, June 7, 2009

Bersabarlah Duhai Hati...

Hidup kian sepi menyendiri
Hari dilalui kosong tak berseri
Dekat tapi berjauhan
Ada garisan memisahkan
Bukan emas dan permata
Bukan kilauan intan bercahaya
Hanya perhatian dan secebis pengorbanan
Yang ku minta kemesraan setulus rasa
Bertemu tanpa bicara
Satu seksaan yang mendera jiwa rasa
Kasih sayang yang bersemi dibiarkan terkulai sendiri

***********
Zua... Jadilah seperti pohon kurma,
Tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit
Dan bila dilempar batu
Ia membalasnya dengan buah kurmanya...
Kuatkanlah aku ya Allah...


******

Ya Allah…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Lunakkanlah ucapanku di hadapan mereka
Perindahkanlah watakku terhadap mereka
Dan lembutkanlah hatiku untuk mereka

Ya Allah...
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu Ya Allah
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
Dengan kebaikan berlipat ganda

Ya Allah...
Tenangkanlah hatiku menghadapi cubaan dari-Mu
Agar aku sentiasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma
Kerana aku tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna
Kerana aku tak setabah Rabiatul Adawiyah yang begitu setia dalam sengsara
Kerana aku jua tak sekuat dan seteguh Sarah
Berilah peringatan buatku yang kealpaan
Kejutkanlah diriku daripada lamunan kesilapan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmat-Mu

Ya Allah...
Terangi jalan hidupku dengan cahaya kasih-Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir
Dan Engkaulah Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih...

Thursday, June 4, 2009

Esok Pasti Lebih Baik...

Arini aku cam xde mood jer... Boleh dikatakan minggu ni minggu yang agak berat bagi aku. Perasaan aku cukup terganggu. Adakah aku patut rase marah? Sedih? Taktaula, banyak benda yang kaco fikiran aku. Yang pasti aku tak happy. Ya Allah... Bantula aku leraikan kekusutan ni... Aku sepatutnya pikir positif je. Ni sume keje syaitan yang tak bleh tengok aku bahagia. Kadang2 aku rindu zaman kanak2 aku. Bestnyer jadi budak2, tak payah ambik pusing pening kepala pikirkan hal sekeliling... Kalo hidup ni takder masalah tak syokla kan. Tapi kalo ade masalah pun bukannyer kiter rase syok pun... Tu yang aku tak sesabo nak keje. Atleast bleh sibukkan diri and tak pikir sangat masalah tu sekejap. Hmmm... Tapi tak patut gak lari dr masalah. Well, just take it as a challenge!!

Monday, June 1, 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Arini aku rase epy sebab abg aku yang blaja kat sarawak da balik. Da 5bulan lebey aku tak jumpe dier. Umah aku pon da meriah sket. Tambah2 ngan kerenah adik2 aku yg cukup memeningkan kepala. Poning2... Asyik bergado je berebutkan laptop. Sape yg ader adik lelaki phmla cmne rasenye. Nasib baikla ader dua orang je. Kalo lagi banyak tak taula aku. huhu... Aku ni jenis garang ngan adik2 aku. Tapi tak bermaksud aku tak sayang dorang. Cume memang perangai aku jenis tak tunjuk sgt. Sebenarnya jauh di sudut diri aku yang paling dalam, aku ni saaaaaaangatla penyayang. chewah. haha... Cian gak kat adik2 aku kadang2... Tapi pahami la wahai adik2ku sekalian bahawa itu semua didikan dari kakakmu untukmu agar dirimu menjadi insan yg berguna kelak... Aminn...

********************

Aku da beli 2ekor ikan arini. Orang cakap kalo kiter sunyi ke ape, haiwan peliharaan ni sesuai la untuk ilangkan kesunyian. Yeke?? Tapi aku rase betul la kot. Teringat plak kat arwah ikan aku yang 2ekor dulu. Ikan laga ngan ikan emas tapi dua2 tu da arwah. Meraung2 la aku mase tu. Aku sayang sangat kat dorang. Nak wat camne, da ajal kan. Tapi aku tak terkilan la. Aku sempatla tanam ikan emas aku kat belakang bilik hostel universiti. huhuhu... Tapi yang ikan laga tu aku tak sempat nak wat pape sebab aku amanahkan mak and adik aku jaga kat umah. Mak aku pun inform lambat pasal kematian ikan tu. Kes taknak aku meraung lagi. Tapi yang sadisnya, mak aku siap bagi bangkai ikan tu kat ayam makcik sebelah. Waaaaaaaaaaa!! Sadis sungguh... Ayam tu pun tak selera nak makan. Mereputla ikan aku tu kat situ agaknye. huuuuuu. tak dapat and taknak aku bayangkan. Bile da ader ikan baru ni le la aku jage dorang sepenuh mase (cam pelik je ayat ni...), jadikan dorang tempat luahan perasaan. hehe... And harap2 umur dorang panjang. Amiiin...Sekurang2nya terubatla rindu aku kat arwah2 ikan aku dulu. Rindu dak bungcet ngan dak engcem!!